Showing posts with label Set Kehamilan & Kesuburan. Show all posts
Showing posts with label Set Kehamilan & Kesuburan. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

Pendarahan di awal kehamilan??

Assalamualaikum wbt

Majoriti wanita mengalami pendarahan di awal kehamilan. Malah, ada yang keliru samada itu haid atau sebaliknya.

Terdapat perbezaan di antara darah haid dan pendarahan sewaktu awal kehamilan. Pendarahan sewaktu haid adalah lebih banyak berbanding pendarahan akibat hamil. Ia juga dikenali sebagai proses implantasi.

Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak kerahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses inilah yang dinamakan implantasi. 




Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.

Bila pula waktu berlakunya implantasi ini?? Biasanya ia terjadi pada hari  5-12 selepas ovulasi, iaitu masa yang sepatutnya datang haid.

Jadi, kepada kawan-kawan yang keliru dengan darah hais yang sedikit, bolehlah check. Manalah tahu kot-kot ada berita gumbira kan?? Hehe. Saya bercerita pun atas dasar pengalaman sendiri. Awalnya ingat datang haid biasa, tapi 2 hari macam singkat sangat masanya.

Dari segi perubahan, tiada rasa mual atau tak sedap badan. Cuma buat carian di Google, jumpa info tentang implantasi ini. Terus saya buat self UPT (urine pregnancy test). Alhamdulillah, positive.

Sekarang maklumat dihujung jari aje. Tinggal kita nak korek ilmu/info atau tak. Kalau nakkan kepastian, seeloknya buat UPT di klinik-klinik berhampiran. Lebih jelas dan tepat gitu. Hehe..

Info penuh pendarahan di awal kehamilan di pautan berikut:-


====================================================

Sekiranya anda nak dapatkan vitamin untuk ibu hamil, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Shaklee menyediakan rangkaian vitamin yang membantu anda mengharungi detik-detik kehamilan dengan penuh bertenaga dan ceria. Pasti takkan ada letih lesu dan masalah-masalah seperti loya & morning sickness yang melampau.



  INFO VITAMIN HAMIL ---->KLIK SINI



HUBUNGI SAYA:-
 
 

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
rynahakimi@gmail.com
Instagram: RynaHakimi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, July 3, 2014

Set subur khusus untuk PCOS

Assalamualaikum wbt.

Salam 5 Ramadhan buat semua. Macam mana progress puasa kawan-kawan sehingga hari ni? OK ke KO? Heheh. Soalan tak membantu langsung...hikhik.. Apapun, saya doakan kalian diberkati dan dipermudahkan segala urusan sehari-hari.

Entry kali ni saya masih nak sentuh tentang kesuburan. Bukan apa, kesuburan merupakan satu topik yang menarik untuk sama-sama kita fahami akan punca dan sebab-sebab ketidaksuburan yang berlaku di kalangan wanita. Oppsss! Bukan wanita sahaja yang ada masalah kesuburan ini. Kaum adam turut tidak terkecuali. Cuma, wanita seringkali dipersalahkan bila lambat beroleh ZURIAT. Adilkah?


Soal anak, kuasa pencipta dan pemberi rezeki tiada di tangan kita. Siapalah kita untuk mempersoalkan bila dan mengapa lambat dikurniakan zuriat. Hanya Allah Ya Razzaq yang tahu, apa rezeki terbaik buat kita. 

Contoh, suami isteri sudah lama berkahwin yakni hampir 5-6 tahun. Tetapi mengapa Allah masih belum mengurniakan mereka cahayamata? Cuba 'check' dan audit diri masing-masing. Berapa kerapkah kita mengemis memohon doa dariNya? Berapa kali kita berikhtiar untuk mengatasi kesuburan? Ataupun suami isteri perangai kurang matang, pasti Allah tahu kalian belum layak untuk memikul tanggungjawab.

Ya, semuanya bersebab. Pandanglah dari mata hati. Mungkin ada kekurangan diri. Lalu Allah menurunkan tarbiyah buat kita suami isteri. Jadi, apa langkah yang boleh diaplikasi? Banyak sangat caranya. Doa yang tak bertepi, tanpa JEMU. Ikhtiar jumpa pakar sakit puan, amalkan jamu tradisi, amalkan suplemen, berurut, dan sebagainya. Usaha selagi terdaya. Pasti suatu hari hajat kalian suami isteri termakbul jua. HAVE FAITH IN HIM =)

Oh ya, ingin saya kongsikan 5 punca atau faktor kenapa wanita tak subur. Jom semak:-



Berikut lima faktor kenapa wanita tidak subur:

Ovulasi

Mengungguli senarai faktor kenapa wanita tidak subur adalah tiadanya ovulasi atau kekurangan ovulasi. Dalam erti yang mudah – pengeluaran telur daripada ovari adalah rendah atau tiada langsung. Penyebab biasa masalah ini ialah, PCOS atau penyakit polisistik ovari.

Berat badan

Wanita yang terlalu berat atau terlalu kurus juga dikenalpasti sebagai faktor sukar hamil. Jadi langkah terbaik adalah dengan mendapatkan berat badan unggul.

Usia

Umur sekitar  35 tahun ke atas adalah masa yang dianggap sebagai berkurangnya kesuburan wanita secara alamai. Hamil selepas 45 tahun adalah amat jarang berlaku walaupun tidaklah mustahil.

Masalah Di Tiub Fallopia

Ketidakbolehan tiub falopia membawa telur ke ke uterus daripada ovari juga menjadi punca. Mungkin sisebabkan tisu berparut atau jangkitan terdahulu atau endometrisis.

Masalah- Masalah Lain

Ini termasuklah pertumbuhan fibroid, tumor, masalah serviks dan bentuk uterine tidak tetap. Walaubagaimanapun, masalah-masalah ini agak jarang terjadi kepada wanita normal.

----------------------------------------------------------
Ramai juga antara customer saya yang mengalami masalah kesuburan menghidap PCOS atau polisistik ovari. Pesakit PCOS tidak boleh sama sekali mengamalkan produk yang berasaskan soya kerana boleh menyebabkan gangguan keseimbangan hormon yang teruk. Jika boleh, elakkan pengambilan produk tenusu secara berlebihan.

LEBIH INFO PCOS----> KLIK SINI

Juga, penghidap pcos dinasihatkan untuk mengambil diet seimbang dan mengurangkan berat badan. TAK MUDAH nak buat, namun TIDAK JUGA SUKAR sekiranya anda benar-benar nak fight penyakit PCOS ni. Walaubagaimanapun, penghidap PCOS tetap mempunyai peluang untuk hamil. Yang penting, dapatkan dahulu nasihat doktor dan jalani pemeriksaan terperinci punca ketidaksuburan pada diri.

Sekiranya anda tercari-cari suplemen untuk membantu meningkatkan kesuburan, bolehlah mencuba set dari Shaklee  ini. Set ini juga sesuai untuk mereka yang ada masalah PCOS. Terjamin tiada unsur soya terkandung di dalamnya.



Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi saya untuk KONSULTASI PERCUMA. Jangan pernah penat untuk berusaha. InshaaAllah ada jalannya :)

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka -Ar-Ra'd:11

FAST ACTION FAST RESULT!
--------------------------------------------------------
HUBUNGI SAYA:-

Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)  
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783  
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter  
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------ 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Monday, May 19, 2014

[Testimoni] Hamil selepas menggunakan set kesuburan Shaklee

Assalamualaikum wbt

Kali ni nak cerita perkongsian seorang rakan yang teruja dengan kehamilan beliau. Beliau juga merupakan rakan sekolah menengah dulu. Pernah keguguran masa kandungan berusia 7 bulan (Allah lebih sayangkan dia). Kini hamil anak ke dua. Sungguh ku tumpang gembira dengan perkhabaran ini.

Masa mula-mula contact, Puan Maz order GLA dan B-Complex. Kemudian amalkan Alfalfa, ESP dan Zinc untuk suami. Dalam 8 bulan lebih jugalah beliau mencuba. Ternyata Allah itu maha mendengar doa dan rintihan hambaNya. Sampai waktunya, rezeki takkan lambat walau sesaat.




Kawan-kawan yang sedang berusaha untuk hamil bolehlah cuba suplemen dari Shaklee sebagai ikhtiar. Selain dari makanan sunnah seperti kurma, kismis dan habbastussauda, vitamin juga penting untuk membantu menyokong kesihatan dalaman wanita. Untuk suami pun ada suplemen yang sesuai. Sama2 ikhtiar, hasilnya pasti manis akhirnya.




Lebih info SET KESUBURAN--> KLIK SINI

Berminat nak cuba? Bolehlah hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA. Nak dapatkan barangan Shaklee dengan harga lebih jimat? Boleh join sebagai ahli Shaklee seumur hidup.

FAST ACTION FAST RESULT!

Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Saturday, February 15, 2014

Nak hamil? Jom ikhtiar dengan Shaklee :)

Assalamualaikum wbt.

Selamat berhujung minggu buat semua. Saat yang paling indah untuk menghabiskan masa bersama-sama keluarga tersayang. Saya hari ini tak ke mana-mana. Encik suami punya urusan. Apa pun ia, kami terima dengan hati terbuka. Kerja pun satu ibadah. Demi mencari sesuap nasi untuk family, bersyukur apa adanya :)

Antara soalan atau pertanyaan yang sering diajukan kepada saya ialah bagaimana nak atasi masalah kesuburan dengan Shaklee. Dan ia menjadi soalan favourite saya juga kerana saya pernah mengalami masalah kesuburan sebelum ini.


*Ihsan Google*

Soal kesuburan ini berbeza bagi setiap individu. Ada banyak faktor yang boleh mengganggu kesuburan. Antaranya ialah kegemukan, masalah PCOS, gangguan hormon, dan tekanan hidup yang melampau. Masalah ini boleh dikenalpasti dengan cara berjumpa doktor atau penasihat kesihatan anda. 

Saya pernah berkongsi tentang cara-cara untuk mengatasi masalah kitaran haid DI SINI. Pengambilan suplemen juga digalakkan kepada mereka yang mengalami masalah kesuburan dan ingin hamil. 

Antara vitamin yang boleh diamalkan ialah B-Complex, Multivitamin dan Zinc. Saya sendiri mengamalkan Energizing Soy Protein, Alfalfa dan Vita-Lea untuk kesihatan dalaman wanita. Untuk encik suami pula, saya galakkan dia amalkan Vita-Lea & Zinc sebagai langkah mendapatkan kesihatan badan yang optimum.




Lain orang lain penerimaannya. Ada yang ambil satu set dah ok dan teratur periodnya. Ada juga yang berbulan-bulan mencuba baru menampakkan kesannya. Shaklee produk kesihatan yang semulajadi dan tidak mengganggu sistem badan anda bekerja. Cuma mungkin di awal pengambilan akan ada 'healing crisis' di mana terdapat gangguan sementara. Ia menunjukkan vitamin yang diambil sedang menyesuaikan diri dengan badan anda. 

Lebih info 'HEALING CRISIS'----------> KLIK SINI

Kepada anda yang sedang berikhtiar untuk hamil, apa salahnya cuba vitamin daripada Shaklee ini. Selain ia selamat dan berkesan, ia juga telah terbukti membantu ramai pengguna Shaklee mendapatkan zuriat dengan izin Allah. Apa yang penting, jangan pernah berputus asa atau menyerah. Allah swt sayang kepada hamba-hambaNya yang sabar dan tabah menghadapi ujian dariNya.

Untuk info lanjut tentang Shaklee, bolehlah hubungi saya untuk KONSULTASI EKSLUSIF & PERCUMA. Segalanya yang terbaik untuk anda :)

-----------------------------------------------------------------------
FAST ACTION FAST RESULT!


Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, November 12, 2013

Kencing manis semasa hamil??

Assalamualaikum wbt.

Beberapa hari yang lalu ada seorang sahabat bertanya tentang masalah diabetes/kencing manis sewaktu hamil. Zaman sekarang, penyakit pun semakin moden. Cakap boleh sebarang cakap, tapi kalau bab makan tak boleh semberono ye deknon! Hehe.. You are what you eat!
 
Dalam istilah perubatan,ia juga dikenali sebagai gestational diabetes melitus (GDM) yang hanya berlaku sewaktu hamil.  Tetapi tak mustahil juga jika penyakit ini kekal selepas melahirkan anak. Oleh itu, penting untuk menjalani pemeriksaan lanjut selepas bersalin.

Saya sendiri pernah melalui detik-detik cemas apabila menghidapi GDM sewaktu hamil anak sulung. Saya terpaksa bersalin secara induce walaupun kencing manis terkawal. Rasanya glucose level tak tinggi pun sepanjang waktu duk hospital untuk lahirkan Hafiey. Bacaan semua bawah 6. Entah kenapa kena induce juga. Kita yang tak berpengalaman ni ikut ajelah nasihat doktor. Cuma inginkan yang terbaik buat anak yang dikandung :)

Google


Ingin saya kongsikan satu artikel berkenaan diabetes semasa hamil ini. Semoga bermanfaat buat kita semua :)

 ---------------------------------------------------------------------------------
 BAHAYA KENCING MANIS SEMASA HAMIL

Sumber: http://nona.karangkraf.com

Menghidap pelbagai gejala atau penyakit ketika hamil adalah lumrah bagi wanita yang bakal bergelar ibu. Penyakit kencing manis misalnya merupakan salah satu daripada penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan si ibu dan juga bayi.

Masalah kencing manis sewaktu mengandung adalah serius. Menurut Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di Columbia Asia Hospital, jika seseorang wanita mengalami kencing manis sebelum hamil, wanita tersebut harus memastikan tahap atau paras glukosa dalam darahnya terkawal. Paras glukosa boleh dikawal dengan amalan diet yang disarankan dan pengambilan ubatan buat pesakit kencing manis.

Pencegahan ini penting bagi mengurangkan risiko negatif yang boleh menjejaskan wanita dan bayi yang dikandung.
Antara kesan yang mungkin berlaku kepada ibu:  
  • Keguguran
  • Tekanan darah tinggi
  • Jangkitan kuman
  • Kelahiran melalui pembedahan C-section
Kesan terhadap bayi dalam kandungan:
  • Kecacatan (paras glukosa yang tinggi menjadi toksin kepada janin yang sekaligus menyebabkan kecacatan jantung, saraf dan otak)
  • Bayi yang besar
  • Masalah shoulder dystocia ketika bayi dilahirkanMasalah bayi mati dalam kandungan
Sebagai penutup kata, ibu-ibu yang merancang untuk hamil dinasihatkan agar menjalani pemeriksaan kesihatan. Jika anda disahkan menghidap kencing manis, maka anda perlu mengawal penyakit ini di paras yang baik agar tidak membahayakan nyawa.

________________________________________________

Kesal rasanya kerana tak kenal Shaklee semasa mengandungkan Hafiey dulu. Pastinya saya akan cuba set kehamilan yang berupaya membantu menstabilkan tahap glukosa dalam darah. Di samping itu, ia juga membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil.

Seorang pelanggan saya sendiri telah mencuba set kehamilan ini. Jom baca sedikit perkongsian tentang Puan Iza:-

Pada pertengahan kehamilan,Puan Iza telah disahkan mengalami GDM di mana bacaan paras glukosa selepas minum air gula/glukosa di klinik ialah 7.2. Ia melebihi paras normal iaitu <5. Doktor menasihatkan Puan Iza untuk menjalankan ujian 'Blood Sugar Profile-BSP' setiap 4kali sehari bagi memantau bacaan glukos dalam darah beliau. Puan Iza tertekan dan kebetulan saya terbaca status beliau di Facebook. Puan Iza telah mengambil keputusan untuk menggunakan set kehamilan ini atas nasihat saya. Beliau menambah ESP atau energizing soy protein bagi memastikan beliau mendapat tenaga yang berpanjangan. Di samping mengurangkan kadar pengambilan gula dalam pemakanan seharian, vitamin2 ini membantu Puan Iza mendapatkan bacaan BSP yang terkawal. Sebelum kandungan mencecah 8 bulan, beliau bebas dari GDM dan hanya perlu lakukan BSP 2 minggu sekali untuk pantauan dan berjaya bersalin secara normal (tanpa induce) dengan izinNya. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan :)
 


Selain membantu ibu-ibu yang mengalami masalah GDM, ia juga baik untuk mengatasi masalah alahan dan loya-loya yang teruk sepanjang kehamilan.

Berikut adalah testimoni seorang pengguna set kehamilan Shaklee:-

Credit: hidupsihatcergas.blogspot.com


Untuk maklumat lanjut tentang vitamin kehamilan ini anda bolehlah menghubungi saya (Sms/ Whatsapp:0199138783) untuk harga istimewa. Kalau pandai kecek, saya bagi harga modal je.. hehehe.. Siapa cepat dia dapat.. Jom bertindak sekarang ;)



With Love,



-------------------------------------------------------------------------------
**Produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mendiagnosis dan menyembuhkan penyakit. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Sunday, November 3, 2013

Cash On Delivery~ Set Kesuburan

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah dimurahkan rezeki dari Allah swt. Teruja dengan sambutan yang sangat menggalakkan walaupun baru awal bulan. Hihi.. Beberapa orang customer dah confirm order setelah berbincang tentang harga dan produk yang sesuai dengan masalah kesihatan yang dialami. Yang pastinya, semua bergantung kepada bajet mereka. Shaklee memang flexible dan tidak membebankan pengguna.


Hari ini COD barang ke Mydin Mall Ipoh. One of my customer nak set kesuburan. Kahwin dah lebih 3 tahun. Asalnya merancang untuk hamil, tetapi bila betul-betul bersedia beliau masih belum hamil. Sedikit sebanyak membuatkan beliau stress dan terganggu emosi.


Duta Shaklee cilikku..hehe. excited nak COD barang kat customer ;)



Saya cadangkan beliau untuk mengambil ESP dan B-Complex untuk mengatasi masalah stress dan gangguan hormon dalam badan. ESP sangat sesuai untuk mereka yang sukar hamil atau mengalami masalah kesuburan untuk membantu tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat. Bukan setakat si isteri boleh amalkan ESP, suami pun boleh tumpang sekaki. Jimat gitu.. hihi






Semoga beliau dan suami akan mendapat khabar gembira tak lama lagi. Pastinya rezeki itu di tangan Allah. Sebagai hambaNya, hendaklah sentiasa bertawakkal dan berdoa agar semuanya dipermudahkan. HAVE FAITH :)



Allah SWT - AL-WAHHAB, 
Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. 


Doa semoga mudah hamil



Kepada sesiapa sekitar Perak Tengah (Ipoh, Parit, Bota, Siputeh, Lahat, Batu Gajah) bolehlah menghubungi saya untuk dapatkan barangan Shaklee. COD is AVAILABLE  (^_^)



With Love,



Tuesday, October 8, 2013

Apa itu P-COS?

Assalamualaikum wbt.

Siang tadi ada sahabat yang bertanya ada tak suplemen Shaklee yang boleh atasi masalah sindrom Polycystic Ovarian Syndrome (P-COS). Untuk tidak menghampakan beliau, di sini saya ingik kongsikan sedikit maklumat tentang apa itu P-COS dan ikhtiar yang boleh dilakukan untuk mengurangkan gejala penyakit ini.

Menurut Dr Hamid Arshat, pakar sakit puan.
Haid yang tidak teratur pusingannya, biasanya ini terdapat dikalangan wanita yang agak gemuk atau berlebihan timbang berat ikut ukuran tingginya. Ada juga berlaku pada wanita yang tubuh badannya sederhana atau kurus akibat daripada gangguan hormon yang berlaku secara semulajadi. Bagi mereka yang gemuk, cara untuk memulihkan kitaran haid secara normal ialah dengan mengurangkan berat badan tetapi bagi mereka yang normal atau kurus berat badannya, tidak perlu bimbang selagi ia belum berkahwin. Malah keadaan keluaran haid yang jaraknya panjang antara satu haid dengan satu haid yang lain, mungkin ada kesan baik terhadap kesihatan wanita tersebut. Tentang kesuburan, memang benar wanita yang haidnya tidak teratur dan lambat datang, memang kurang subur. Tetapi keadaan ini biasanya boleh diperbetulkan dengan beberapa kaedah rawatan kesuburan.


Menurut Dr Hamid Arshat lagi, pesakit P-COS sukar untuk pulih melainkan si pesakit mengambil langkah-langkah untuk membendung gejala pesakit ini seperti menurunkan berat badan, pengambilan makanan berkhasiat dan mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat dalam menu seharian.

Di sini saya kongsikan juga artikel yang ditulis oleh Dr. Raja Juhaidah Raja Abdullah. Semoga bermanfaat buat sahabat-sahabat semua :)



Portal.hamil.com


PCOS atau polycystic ovarian syndrome ialah keadaan yang boleh menganggu sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur. Folikel-folikel terkumpul didalam ovari dan menjadi cysta-cysta kecil yang boleh dilihat melalui ultrasounds scan. Ia berlaku 6-10% dikalangan wanita dan di antara penyebab utama mengapa wanita gagal hamil.

Siapa yang berisiko untuk mendapat PCOS?
PCOS boleh dihadapi oleh sesiapa jua tidak bangsa tetapi umur yang kerap berlaku ialah diantara 20-30 tahun. Ia juga ada kaitan dengan faktor keturunan.  

Teori punca PCOS
Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan:

Kekurangan hormon
Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.

Kebal kepada insulin
PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.


Faktor genetik
Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap PCOS.

Apa simtom dan tanda PCOS?

Terdapat banyak simtom dan tanda PCOS. Tetapi kebanyakkan dari wanita yang mengidap PCOS mengalami simtom yang berbeza-beza diantara satu sama lain seperti:
  • Haid yang tidak teratur
  • Tiada haid selama berbulan-bulan
  • Tiada ovulasi
  • Pertambahan berat badan yang keterlaluan
  • Tumbuh bulu lebat pada muka dan badan
  • Kencing manis

Polycystic Ovarian Syndrome dan masalah kesuburan

Salah satu komplikasi yang terbesar ialah sukar hamil kerana kebanyakkan wanita ini tidak mengalami ovulasi seterusnya sukar untuk mendapatkan zuriat.

Macam-mana untuk mengetahui yang saya mengidap PCOS?

Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:
  • Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)
  • Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
  • Ujian darah Progesterone/Testesterone
  • Ujian darah prolaktin
  • Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari

Bagaimana merawat masalah ini?

Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.

Ubat subur
Ialah ubat kesuburan yang boleh menolong anda mengalami ovulasi.

Ubat perancang keluarga
Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simtom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pill ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.

Pembedahan

Portalhamil


Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling.

Ia adalah sejenis pembedahan dimana ovari akan dikorek dengan mengunakan alat yang khas.70% wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini. Sumber:- Portal.alamhamil.com

Lagi info boleh dirujuk di sini---->  http://www.utusan.com.my

Bagaimana Shaklee Membantu?

Selain dari menurunkan berat badan, pesakit PCOS juga boleh mengamalkan suplemen yang membantu meningkatkan kesuburan badan. 

Sedikit perkongsian daripada saya, saya sendiri mengalamai masalah gangguan kitaran haid sejak berumur 16 tahun sehinggalah selepas berkahwin. Selepas setahun perkahwinan barulah saya disahkan hamil, setelah pelbagai ikhtiar dilakukan. Alhamdulillah. Walaupun begitu, tarikh jangkaan bersalin sukar untuk dipastikan kerana saya hamil tanpa mengikuti tarikh akhir period (tak diambilkira kerana lat period sebelum tu ialah 2 bulan sebelum hamil).

Di situ saya sedar yang saya perlu amalkan pemakanan yang sihat dan mengambil suplemen untuk mengekalkan kitaran haid yang normal. Dengan pengambilan Alfalfa dan ESP kitaran haid saya kini kembali normal dan sedikit sebanyak meningkatkan peluang untuk hamil pada masa akan datang.

Di sini juga saya syorkan set yang boleh diamalkan oleh mereka yang ingin hamil (Amat disyorkan kepada mereka yang mengalami kitaran haid tak normal/PCOS).




Bagaimana ia berfungsi?

GLA Complex 
GLA (gamma-linolenic acid) juga terdapat dalam EPO (Evening Primrose Oil) yang banyak terdapat di pasaran. Perbezaannya, GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dalam EPO dan ia 3 kali lebih berkesan dari EPO. Ia berfungsi untuk menstabilkan hormon wanita, menormalkan period dan juga mencantikkan kulit.


Omega Guard
Minyak ikan paling tulen di dunia berbanding jenama minyak ikan yang lain. Ia mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Ia mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita, meningkatkan sistem imun badan, mencegah kanser, membantu mengurangkan tekanan, mengawal masalah obesiti dan lain-lain.


Alfalfa Complex
‘Raja segala tumbuhan’ yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Ia membantu menghilangkan keputihan pada wanita yang menyebabkan sukar hamil, mengurangkan ‘period pain’, bertindak seperti kacip fatimah untuk wanita. Ia juga membantu melegakan keletihan, mengatasi sembelit, eczema, resdung dan lain-lain.

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya untuk konsultasi percuma. Nak harga istimewa? hubungi saya segera, diskaun menarik menanti anda :)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 

 With Love

Sunday, September 29, 2013

Set Bulan Madu yang Awesome!! ~

Assalamualaikum wbt.

Set apakah itu?? Jeng jeng jeng!! Hikhik.. Tengok tajuk macam nak tawarkan pakej bulan madu untuk pasangan yang baru bergelar raja sehari. Tak mampu la akak nak sponsor pakej yang mahal-mahal. Tapi jika diizinkan Allah, mana tahu suatu hari nanti kalau ada rezeki boleh buat GA Pakej bulan madu pula kan?? Heheh

Set bulan madu ni khusus buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan mereka yang berusaha mendapatkan cahaya mata.. Kiranya, membantu meningkatkan kesuburan suami-isteri gitu. Sambil pergi honeymoon tu bawalah vitamin yang hebat ni. Manalah tahu kan, bali je honeymoon terus positif 2 line gitu. Confirm teruja!!!!!!




JOM LIHAT BAGAIMANA IA BERTINDAK:-

Vitamin E & Selenium

Membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain.

Ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.


Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.

Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.



Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. 

Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).



Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.



ALL IN ONE SET!!

Berikut adalah testimonial set kesuburan & kehamilan ini:-


Credit: cikjatt.blogspot.com


Credit: cikjatt.blogspot.com

 


Credit: http://mommyachel.blogspot.com


Suplemen ini adalah makanan tambahan yang boleh meningkatkan lagi tahap kesuburan dan potensi untuk hamil si isteri. Tak salah bersedia awal. Cahaya mata itu kan penyeri rumah tangga =)

Selain untuk kesuburan, ia baik untuk kesihatan badan secara menyeluruh. Ia tak terhad untuk kesuburan sahaja. Contohnya Vitamin E, elok untuk masalah kulit yang berparut dan berjeragat teruk. Kenalah faham fungsi suplemen iaitu melengkapkan gizi pemakanan kita seharian. Ia perlu diamalkan secara berterusan untuk hasil yang optimum.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan supplemen adalah sebahagian dari usaha sahaja. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kesediaan anda untuk menerima kehadiran orang baru dalam hidup kalian. Banyakkan juga berdoa, berzikir dan lakukan solat hajat & solat taubat. Semoga usaha anda dirahmati Allah.

Bolehlah hubungi saya untuk maklumat lanjut.  Jika nak sesuaikan dengan budget anda pun boleh. Sharing is caring. Konsultasi percuma untuk sahabat-sahabat yang memerlukan :)




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik