Showing posts with label Suami Isteri. Show all posts
Showing posts with label Suami Isteri. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Petua Untuk Mendapat Anak Perempuan Atau Lelaki

Assalamualaikum wbt

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kehadiran cahayamata yang comel. Lelaki atau perempuan? Bergantung kepada faktor rezeki.

Kini, terdapat pelbagai cara & petua yang boleh dicuba oleh suami isteri bagi menentukan jantina anak. Berkesan atau tidak? Wallahua'lam. Kandungan pertama dahulu kami tak pernah rancang. Jika lelaki, Alhamdulillah. Jika perempuan, kami terima dengan hati gembira dan berlapang dada. Ternayta sang putera menjadi milik kami. Syukur atas anugerah yang tak terhingga.

Di sini ingin saya kongsikan satu artikel atau petua untuk mendapatkan anak perempuan atau lelaki. Bakal ayah dan ibu sekalian, silalah cuba ya. Mana tahu, tertunai hasrat di hati nanti =)
 
------------------------------------------------------------------------------------------------
Petua Untuk Mendapat Anak Perempuan Atau Lelaki





Pada zaman teknologi yang serba canggih ni sebenarnya takde masalah untuk kita membuat pemilihan jantina anak perempuan mahupun lelaki antaranya dengan membuat pemilihan jantina melalui embrio yang menggunakan kaedah PGD (Preimplantation Genetic Diagnosis) atau melalui sperma iaitu dengan kaedah IUI (Intrauterine Insemination), IVF (In Vitro Fertilisation) dan ICSI (Intra Cytoplasmic Sperm Injection).

Keberkesanan kaedah IUI, IVF dan ICSI ini adalah 70% bagi pemilihan sperma untuk jantina lelaki dan bagi pemilihan sperma untuk jantina perempuan pula ialah sebanyak 50 - 60%. Kos bagi ketiga-tiga kaedah melalui sperma adalah lebih murah berbanding penggunaan kaedah PGD (iaitu melalui embrio).  




Walaubagaimanapun faktor-faktor / petua di bawah boleh dijadikan panduan untuk pasangan yang mahu mendapatkan anak perempuan atau anak lelaki mengikut kaedah semula jadi, iaitu :-

 1) FAKTOR MAKANAN

Untuk mendapatkan anak perempuan, suami harus membanyakkan makan makanan beralkali. Manakala isteri pula perlu banyak mengambil makanan berasid. Jika anda mahukan anak lelaki pula, pihak suami yang perlu makan lebih banyak makanan berasid dan isteri mengambil lebih banyak makanan beralkali. Makanan beralkali terdiri daripada sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan sebagainya. Makanan berasid pula boleh didapati daripada makanan seperti daging, makanan laut dan lain-lain.

 2) FAKTOR MASA

Lakukan hubungan intim sebelum datang haid boleh membantu anda mendapatkan anak perempuan. Tetapi jika lakukan sebaliknya iaitu selepas sahaja selesai haid anda berkemungkinan akan dapat anak lelaki. Untuk memastikan waktu pilihan anda adalah tepat, kira seminggu awal atau seminggu selepas kedatangan haid.

 3) FAKTOR KEDALAMAN

Suami tidak perlu memasukkan zakar terlalu dalam pada vagina isteri jika mahukan anak perempuan. Namun lakukan sebaliknya sekiranya anda mahu anak lelaki. Ini disebabkan Gen X (lelaki) dan Gen Y (perempuan) mempunyai ciri yang berbeza. Logiknya kerana Gen X (lelaki) mempunyai stamina yang kuat dan dapat sampai ke destinasi dengan pantas, berbeza pula dengan Gen Y (perempuan) yang mana kurang staminanya.

 4) FAKTOR KEMUNCAK

Untuk mendapatkan anak perempuan, suami perlu sampai kemuncak sebelum isteri. Ini kerana ketika isteri sampai ke kemuncak, isteri akan mengeluarkan cecair berbentuk alkali. Jika sebaliknya iaitu suami sampai ke kemuncak selepas isteri, kemungkinan anda akan mendapat anak lelaki.

 5) FAKTOR PERSEDIAAN (ISTERI) 

Isteri boleh membasuh vagina dengan menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air sekiranya mahukan anak perempuan. Jika mahukan anak lelaki, cuci vagina menggunakan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya vagina lebih beralkali.

 6) FAKTOR KEDUDUKAN

Jika kedudukan suami di bawah manakala isteri pula di atas, membantu pasangan memiliki anak perempuan. Jika kedudukan bertentangan pula, iaitu suami di atas dan isteri di bawah, ia membantu mendapatkan anak lelaki.

--------------------------------------------------------------------------------
Semoga bermanfaat buat semua. Untuk simpanan dan rujukan diri sendiri juga. Mana tahu, selepas ini kita merancang untuk dapatkan sang puteri pula. Cukup sepasang. Tak gitu? hihihi

Oh ya, jika anda tercari set kesuburan suami isteri bolehlah hubungi saya untuk KONSULTASI PERCUMA. Nak risik-risik saja pun boleh. =)

http://ummuhafiey.blogspot.com/2013/07/vitamin-kasih-sayang-suami-isteri.html
KLIK GAMBAR UNTUK INFO LANJUT

 
 
HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 ----------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Saturday, February 8, 2014

Sayang suami tak? ;)

Assalamualaikum wbt

Naik muak tengok fesyen-fesyen retis di anugerah Meletop ni. Memang meletop-letop sampai tak cukup kain! Haha.. Bab mengkritik pandai sungguh. Wartawan tak berbayor..hihi

Jap nak tanya, kawan-kawan sayang tak suami kalian? Nak tak suami korang semua sihat dan terjaga kesihatannya, dalaman dan luaran? Haa.. Semua duk angguk-angguk tu. Haruslah nak orang kesayangan kita sihat walafiat, menemani kita hingga ke akhir hayat kan.

Apa kata ikut cara saya. Bila tiba je birthday suami bari hadiah ZINC Shaklee ini. Saya jamin suami kalian happy dan suka punyalah. Hihi. Sebab suami saya pun TERUJA bila saya beri hadiah zinc ni. Ahaks!




Antara kebaikan Zinc untuk kesihatan lelaki khususnya para suami ialah:-
  • Elakkan rasa letih dan lesu
  • Mengelakkan masalah prostat di kalangan lelaki
  • Meningkatkan kemampuan seks lelaki (tingkatkan kualiti sperma)
  • Meningkatkan fungsi sistem imun


 
 
 Fungsi-fungsi lain Zinc:-
  • Diperlukan wanita semasa ovulasi
  • Mengelakkan radang kulit
  • Membantu membentuk protein dan kolagen untuk kesihatan gigi, kuku, rambut & organ
  • Membantu mengekalkan deria bau
  • Mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam.


Nak lebih info tentang produk-produk Shaklee? Ayuh hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut dan KONSULTASI EKSLUSIF/PERCUMA .

FAST ACTION FAST RESULT!!

Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060) 
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter  
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, January 21, 2014

Rumah tangga saya bahagia atau tidak?

Assalamualaikum wbt.

Dunia rumahtangga pasti ada pasang surutnya. Kadang bahagia, kadang masam-masam muka. Sedangkan lidah lagi tergigit kata orang tu kannnn. Ehe.. 

Banyak faktor yang menjadi punca masalah di antara suami isteri ini. Contohnya seperti kurangnya komunikasi, buruk sangka terhadap pasangan, terlalu ego atau tak mahu kalah dengan pasangan, dan sebagainya. Tetapi  bagaiman pula jika kemesraan  suami isteri terganggu akibat masalah hubungan seksual?? Fuhhhh.. Isu panas ni.. Hihi.. Jom kita bincangkan punca-punca terjadinya masalah ini.

-----------------------------------------------------------

Punca Hubungan Seks Hambar 


Ketidakpuasan dalam menikmati hubungan seksual adalah antara punca sesebuah rumah tangga goyah. Selalunya golongan yang disebut-sebut tidak puas dalam hubungan seksual adalah para suami.  Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan ketidakpuasan lelaki dalam hubungan seksual.  Mungkinkah ini antara penyebabnya?




✿Terlalu cepat mengambil keputusan berkahwin
Tidak mustahil berkahwin pada usia muda, mereka belum matang menghadapi masalah rumah tangga dan juga masalah seksual.  Justeru minat terhadap seks akan menurun.

✿Belum mengenal sifat sebenar isteri
Lelaki yang masih belum mengenali sikap isteri yang sebenar sebelum berkahwin akan menjadi terkejut atau tidak terbiasa dengannya.

✿Jodoh dipilih oleh orang tua
Tidak mustahil ada suami yang langsung tidak menyentuh isterinya berbulan-bulan kerana wanita yang dikahwini bukan pilihan hatinya.

✿Kurang pengetahuan tentang masalah seksual rumah tangga
Walaupun mungkin sudah bertahun-tahun berumah tangga namun ada lelaki yang tidak mengetahui tentang masalah seksual yang dihadapinya.  Jika dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan akan membawa kepada ketidakpuasan isteri pula.

✿Tertarik pada fizikal isteri semata-mata
Wajah pasangan yang cantik atau tubuh badan yang menarik bukan jaminan kebahagiaan rumah tangga.  Sebaliknya cara layanan isteri terhadap suamilah yang akan memastikan kebahagiaan apatah lagi jika si isteri pandai melayan nafsu seks pasangannya.

✿Sikap dominan pasangan dalam hubungan
Isteri yang dominan, garang, tegas atau "queen control" membuat lelaki rasa terkongkong  dan tidak bebas.

✿Sikap kaku pasangan
Isteri dituntut untuk lebih bersedia dan kreatif terhadap masalah seks jika ingin mahu pasangan bertahan dalam perkahwinan.

✿Sikap kasar isteri
Wanita sinonim dengan kelembutan.  Itulah yang dicari suami terhadap isterinya.

✿Berkahwin kerana nafsu
Ikatan perkahwinan akan longgar jika aspek lain dalam perkahwinan tiada antara pasangan seperti kasih sayang, jujur, kepercayaan dan sebagainya.

✿Fantasi seks suami tidak dipenuhi
Lelaki mempunyai fantasi seksnya sendiri dan kadang-kadang fantasi seks tersebut berlebihan.

-----------------------------------------------------------

Antara sumber lain yang boleh dijadikan rujukan ialah di sini. Isu ini sebenarnya subjektif. Situasi yang dihadapi oleh suatu pasangan itu tak sama. Mungkin tekanan akibat banyak kerja di pejabat, dibawa pulang ke rumah. Itu pun boleh menimbulkan ketegangan sekiranya si isteri/suami tidak memahami. Kalau dah letih, pastinya perasaan nak 'bersama' pun hambar. 

Jadi, bagaimana kita nak atasi masalah ini?  Saya ada penyelesaiannya! Pastinya dengan Shaklee yang menjanjikan rangkaian produk kesihatan yang terbaik.



Apa kelebihan Vitamin E dan Alfalfa untuk keintiman suami-isteri? Ayuh berkenalan dengan vitamin-vitamin hebat ini.

Peranan Vitamin E untuk Suami:

1. Lebih tenaga (seksual)
2. Ereksi yang lebih lama
3. Lebih mudah terangsang
4. Libido yang lebih kuat
5. Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat
 
Peranan Vitamin E kepada isteri:

1. Lebih tenaga (seksual)
2. Lebih mudah terangsang
3. Libido yang lebih kuat
4. Untuk menstabilkan hormon seks/ kewanitaan, terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan hormon prolaktin (hormon menyusu yang tinggi.

Alfalfa

Bertindak sebagai jamu moden dan mempunyai fungsi seakan-akan kacip fatimah yang mengandungi phytoestrogens (hormon seks utama bagi wanita). Alfalfa merawat keputihan bagi wanita kerana ia boleh menganggu hubungan keintiman suami isteri.

Selain itu, Alfalfa juga bertindak sebagai agen detox, membantu penyusuan (milk booster),  mengurangkan jerawat pada wajah serta penganjalkan payudara. Pastinya suami anda akan menyedari perubahan ketara Miss V anda sewaktu bersama. Ahakss! Serius, tak tipu ni! =)

Lebih info Alfalfa-----> KLIK SINI 


------------------------------------------------------------

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, jangan malu segan untuk hubungi saya. Pastinya perkhidmatan terbaik menanti anda. Seronok sebenarnya berkongsi kebaikan produk dengan ramai orang. Bila kita sendiri dah rasa perubahan positif dengan pengambilan suplemen, hati terpanggil untuk share manfaatnya dengan sahabat handai, keluarga dan mereka yang berada di luar sana. Memang mengujakan! Hehe



Hubungi saya untuk keterangan lanjut dan Kosultasi PERCUMA :)


Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter  
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 

Friday, September 20, 2013

Dari wanita untuk wanita =)

Assalamualaikum wbt..

Salam Jumaat semua.. Baru ada kelapangan untuk mengadap belog ni. Anakanda takmau tidur, nak berdukung aje. Sabar ajelah ye..hihi

Semenjak dua menjak ni Shaklee dan jadi satu fenomena  yang luar-biasa di facebook. Percaya tak?? Rata-rata iklan mesti ada yang promote Shaklee. Tu menandakan Shaklee semakin diterima ramai dan diyakini oleh ramai pengguna. Contohnya macam saya la, sekali guna terus jatuh cinta. Kalau kalian cuba pun, pasti takkan cari suplemen lain dah. Please count on me =)

Antara produk/set kegemaran saya ialah set kesihatan wanita ni. Saya amal sejak lepas pantang hinggalah sekarang. Memang berkesan. Mengatasi segala masalah kewanitaan. Dari segi masalah intimasi, keputihan, gatal-gatal, angin dalam badan dan sebagainya. All in ONE uolsss!




Yang paling best, cik abang pun puji. Dia siap tanya ada amik apa2 jamu ke?? hehehe.. Faham-faham sudah. Mana ada amik jamu. Risau la tak serasi ngan badan. Saya amalkan Alfalfa dan ESP untuk kesihatan dalaman dan luaran. GLA pula saya amalkan untuk atasi masalah kitaran haid yang tak teratur, sekaligus meningkatkan kesuburan. Tak payah susah2 buat testimoni, komfem suami2 kita yang teruja dengan 'perubahan' itu.. serius!!


Bila amalkan alfalfa dan ESP, secara tak langsung berat badan pun susut sama. Macam sy ni bukan pantang makan sangat pun,  tapi berat tetap turun. Ingatkan bantu pulihkan masalah kewanitaan je, untuk diet yang sihat pun boleh. I loikeee juta-juta lemon. hihihi


Bila kita yakin dengan suatu produk, agak susah untuk kepercayaan itu diganggu-gugat. Sebab itulah saya tak tengok dah produk lain. Ia adalah kerana saya benar-benar yakin dengan produk-produk Shaklee yang selamat, berkesan dan tiada kesan sampingan. Alhamdulillah, syukur dipertemukan dengan suplemen hebat ni.


Jika kawan-kawan nak cuba, bolehlah hubungi saya. Jom kita sama-sama amalkan gaya hidup sihat. Tak salah jika kita jaga kesihatan mulai sekarang. Penyakit ni bila-bila je boleh menyerang. Baik beringat sebelum kena.





Monday, July 15, 2013

Vitamin Kasih Sayang Suami Isteri ;)

Assalamualaikum

Kembali bersiaran pada petang 6 Ramadhan.. Ehem-ehem..mesti ada yang curios nak tau vitamin apa tu kan?? Hehe.. Nak share set vitamin hebat daripada Shaklee ni. Dah memang terbukti dapat membantu pasangan suami-isteri yang dah lama kahwin tapi belum dikurniakan zuriat. 

Ingin sy tekankan di sini, walaupun dengan pengambilan suplemen mahupun apa jua vitamin tambahan, amalan rohani sepeti doa dah ibadah-ibadah sunat tak boleh dipandang enteng. Sesungguhnya kita berusaha sebaik mungkin, tapi hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat kita. Jadi, jangan malu untuk meminta kepadaNya. Doa, doa dan doa insyaAllah hajat untuk memiliki cahayamata akan dikabulkan.


Antara doa yang boleh diamalkan :) *google*

   
Antara tips untuk meningkatkan kesuburan ialah :-

  • Air - Sangat penting bagi kesihatan badan dan kesuburan seseorang. Sebaiknya minum air mineral atau air yang ditapis. Dicadangkan minum 8 liter air dalam sehari semalam.
  • Sayur Sawi - mengadungi banyak vitamin-vitamin, zat besi/iron dan antioxidant yang penting bagi kesihatan dan kesuburan. Folic penting untuk penetasan telor yang baik kualiti, mencegah kecacatan bayi serta mengurangkan risiko gugur.
  • Sayur-sayur berwarna kuning, oren dan merah mengadungi banyak vitamin-vitamin dan antioxidant untuk mencegah penyakit dan meningkatkan kesuburan.
  • Kobis, Karrot, Brokoli, kacang hijau, keledek merah - mengandungi banyak zat dan khasiat yang bolih membetulkan kitaran haid, meimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatan kesuburan.
  • Betik, jambu batu, buah naga, tembikai, buah limau nipis/kasturi kaya dalam kandungan vitamin2 khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan

Vitamin Kesuburan Shaklee






Set Subur ini dicadangkan khas untuk meningkatkan kesuburan pasangan suami isteri. Bagaimana ia bertindak?? Jom berkenalan dengan vitamin-vitamin hebat ni:

Untuk HAWA


1.ESP Bertindak untuk memastikan sel ovum sihat dan memudahkan persenyawaan.merupakan makanan asas untuk memastikan sel-sel dalam badan sihat dan sempurna. 

 2.B-Complex
Merupakan vitamin yang sangat penting terutamanya semasa merancang kehamilan dan apabila sudah hamil. Ini kerana ia mengandungi asid folik yanag sangat penting untu kesihatan bayi dalam kandungan iaitu untuk mengelakkan kecacatan "spina bifida" iaitu satu kecacatan tulang belakang yang akan terjadi bila ibu kekurangan asid folik.

3.  GLA Complex
Sangat bagus untuk kesuburan kerana ianya membetulkan hormon yang tidak stabil. Jika hormon tidak stabil maka agak susah untuk kita merancang kehamilan. Ianya juga menyediakan satu keadaan yang memudahkan pelekatan sperma dengan ovum. Lagi info tentang GLA di SINI

Ia juga membantu memperbaiki masalah kitar period tidak teratur, membantu sperma untuk bertahan lebih lama di dalam rahim, menghasilkan cecair servikal yang memudahkan sperma untuk berenang sampai ke telur (ovum)



Untuk ADAM 

1. Vita E
Lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya. Ia Meningkatkan daya seksual bagi suami isteri, menghasilkan sperma serta hormon seks dan melindungi sperma daripada rosak serta membantu mengatasi masalah pancutan awal.

2. Zinc
Zinc membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma. Selain itu, ia juga membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat dan membantu mengurangkan potensi mendapat kanser prostat dan pembesaran prostat. Faedah lain zinc termasuk mengelakkan rambut gugur, mengurangkan kemandulan dan mencegah mati pucuk. 





** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 


Jika terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan, jangan segan-segan untuk hubungi saya ye. Jom kita sama-sama sihat dengan mengamalkan vitamin yang superb ni :)
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik