Showing posts with label Alfalfa. Show all posts
Showing posts with label Alfalfa. Show all posts

Thursday, October 2, 2014

Jamu Kunyit Asam -DIY

Assalamualaikum wbt

Dua hari tak update blog dek kesibukan melampau.. Rasa macam tak lengkap hidupku tak jengah rumah maya ni..hehe

Semalam saya sempat luangkan masa buat jamu sendiri. Al maklumlah, wanita dan jamu kan tak dapat dipisahkan. Ada macam-macam jenis jamu di pasaran. Jamu mak dara, jamu ratu bonda, susuk dara, dan sebagainya. Terpulang kepada citarasa dan keyakinan pengguna nak pilih yang mana.

Antara jamu pilihan saya ialah Pil Binari, yang botol kuning tu. Murah je, RM19.90 untuk kegunaan sebulan lebih. Selain itu, saya amalkan juga Alfalfa Shaklee sebagai jamu moden gitewww. Namun, ada cara makannya. Tak bolehlah hentam campur semua. Karang ada yang pening loya sakit kepala dek kerana salah makan.. Haaa. Jangan main-main.




Biasanya, saya selang selikan pengambilan jamu dan vitamin Shaklee. Contohnya Alfalfa. Kalau hari ini saya makan Alfalfa, esok saya makan jamu. Tapi tak spesifik pun sebenarnya, terpulang pada penerimaan tubuh individu. Pada saya, saya yakin produk berasaskan tumbuhan semulajadi tak memudaratkan. So, tepuk dada tanya selera. 

Berbalik kepada jamu kunyit asam ni, resepinya saya jumpa di internet. Dah lama teringin nak buat jamu sendiri. Lagi-lagi dengan menggunakan bahan semulajadi yang mudah dijumpai. Yang selalu kita guna untuk masak pun ya juga. Pendek kata, tak susah pun nak buatnya. Tinggal rajin atau tak aje..hihi

Untuk rujukan kawan-kawan yang ingin mencuba, saya share resepi yang mudah dan simple ini. Biasanya ia bertahan dalam masa 2 minggu. Tapi kena simpan dalam peti sejuk la. Boleh juga dipanaskan setiap kali nak minum. Mana-mana pun boleh untuk pastikan ia tahan lebih lama.


RESEPI JAMU KUNYIT ASAM

Sumber Asal: http://juliaismail.blogspot.com
Olahan: Ummuhafiey (Rynahakimi)



Bahan-bahan
  • Beberapa ruas kunyit (Anggaran segenggam)
  • Beberapa ruas halia (Anggaran segenggam)
  • 1-2 biji manjakani
  • Daun sirih secukupnya (saya ganti daun pegaga)
  • Gula merah/gula melaka 2 keping
  • Asam jawa segenggam (ikut suka)
  • Air untuk merebus

Cara-cara
  1. Buang kulit kunyit & halia. Bersihkan.
  2. Kemudian, tumbuk kasar halia, kunyit dan manjakani
  3. Dalam periuk yang berisi air, masukkan baha-bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan juga air asam jawa, gula melaka dan daun pegaga.
  4. Rebus hingga menggelegak (Anggaran 15-20 minit)
  5. Tutup api dan biarkan sejuk. Minum 1 cawan selepas makan
  6. Simpan lebihan jamu tadi dalam peti sejuk.

Suka saya ingatkan agar kawan-kawan amalkan jamu ini hanya 1-2 kali seminggu. Selang selikan hari pengambilannya. Sebab, jamu ni panas faktor penggunaan manjakani tu. Kalau minum kerap sangat, boleh kena ulser dalam mulut. Serius saya pernah kena ulser yang teruk sebab minum jamu ni setiap hari. Sedap punya pasal. haha

Kalau nak kurangkan pahit, cukuplah sekadar 1 biji manjakani. Risau kot-kot ada yang tak tahan dengan rasanya yang kelat tu. Nama pun jamu kan. Haruslah kelat pahit gitewww.. haha

Antara kelebihan jamu kunyit asam ini adalah untuk memelihara sistem peranakan kita di sampingkan melancarkan haid.  Amat elok diamalkan oleh mereka yang baru lepas bersalin. Kunyit kan antiseptik semulajadi. Ia bertindak memulihkan luka bersalin dengan lebih cepat.

Selain itu, ia membantu menyegarkan dan melangsingkan badan. Angin-angin dalam badan pun laju aje keluar. Secara tak lansung, tubuh pun rasa lebih ringan. Jamu tradisional memang kena amalkan selalu baru nampak kesannya. Kalau setakat sekali setahun baru nak makan jamu memang non hadooo la efeknya tu. Hikhik

Manjakani pula terkenal dengan fungsinya yang memelihara organ intim wanita. Ia bertindak sebagai antioksidan dan kaya vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat.


Inilah manjakani ye adik-adik.hihi : credit *link*


Selebihnya anda bolehlah google sendiri khasiat herba-herba semulajadi ni. Banyak lagi yang boleh dijadikan makanan kesihatan. Jom manfaatkan tumbuhan semulajadi yang tumbuh melata di Malaysia ni. Berbaloi-baloi dan mudah disediakan. Rasa pun sedap tau. Hehe

Nak dapatkan produk/suplemen Shaklee??? Jangan malu segan untuk hubungi saya. KONSULTASI PERCUMA menanti anda :)


SELAMAT MENCUBA..

P/s: Banyakkan minum air masak sekiranya anda mengambil jamu atau suplemen tambahan untuk membantu ia bertindak secara lebih efektif.


HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
rynahakimi@gmail.com
Instagram: RynaHakimi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, August 26, 2014

Legakan Buasir Dengan Suplemen Shaklee

Assalamualaikum wbt

Masalah buasir merupakan satu penyakit yang berbahaya jika dibiarkan tanpa rawatan. Terkini, saya baru dihubungi oleh seorang rakan yang sedang hamil dan mengalami masalah buasir.

Saya sebagai wanita yang pernah hamil faham akan masalah yang dialami oleh beliau. Boleh dikatakan kebanyakan wanita hamil mengalaminya kerana tekanan yang dialami akibat tumbesaran bayi di dalam kandungan. Orang-orang tua sering mengingatkan supaya jangan selalu mencangkung sewaktu hamil kerana ia boleh mengakibatkan buasir. Hmm, ada betulnya petua dan nasihat orang dulu-dulu. Kita sebagai yang muda jangan membantah. Belajar dari yang lebih berpengalaman, ya tak? =)

Jom saya kongsikan definisi buasir dan foktor yang menyebabkan berlakunya penyakit ini. Artikel asal diperolehi di laman http://www.myhealth.gov.my. Semoga bermanfaat :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
BUASIR DAN CARA-CARA MENGATASINYA

Sumber: *LINK*


Google

Apa itu buasir?

Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.
  1. Buasir dalaman
    Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.

  2. Buasir luaran
    Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur. Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.

Mengapa buasir terjadi?

Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung. Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. 

Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.


Perlukah saya berjumpa dengan doktor?

Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya anda mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar. Doktor perlu memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti kanser usus. Pemeriksaan untuk kanser usus perlu dibuat bagi mereka yang:
  • Berumur 40 tahun ke atas.
  • Mempunyai sejarah perubatan kanser usus atau ahli keluarga/ saudara yang mengalami kanser usus.
  • Mengalami sakit atau ketidakselesaan perut.
  • Mengalami pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit dan/atau sembelit.
  • Kurang berat badan tanpa sebab tertentu.

Apa yang boleh saya lakukan?

Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan buasir dan mengurangkan simptomnya:
  1. Elakkan sembelit
    • Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).
    • Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
    • Lakukan senaman setiap hari.
    • Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir. Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.

  2. Mengurangkan kesakitan
    • Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
    • Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
    • Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen.
    • Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada dipasaran untuk rawatan buasir. Kebanyakkannya tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit disekeliling dubur.

Bila saya perlu pembedahan/prosedur?

Selalunya buasir akan hilang/baik tanpa rawatan jika anda mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan buasir seperti di atas. Walaubagaimanapun, sekiranya ia berterusan dan mengganggu anda, dapatkan nasihat doktor.

Pembedahan/prosedur untuk rawatan buasir boleh dilakukan sama ada di klinik atau perlu kemasukan ke hospital:

Prosedur di klinik:
  1. ‘Rubber band ligation’(lihat gambar 2), boleh dilakukan bagi rawatan buasir dalaman. Rawatan ini adalah sangat ringkas dimana gelung getah yang kecil dipasang dipangkal buasir menyebabkan aliran darah ke kawasan tersebut terhenti dan buasir tersebut mengecut.
  2. 'Sclerotherapy’ di mana sejenis cecair contohnya Phenol disuntik ke dalam buasir tersebut menyebabkan dinding saluran vena tersebut mengecut.
Prosedur rawatan di hospital:
  1. ‘Hemorrhoidectomy’ di mana pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan buasir tersebut. Pesakit yang menjalni prosedur ini mengambil masa 2-4 minggu untuk pulih.
  2. ‘Doppler guided transanal hemorrhoidal dearterialization’ di mana mesin ultrasound digunakan untuk mengenalpasti aliran darah arterial terbabit yang kemudiannya disekat.
  3. ‘Stappler hemmorhoidectomy’ merupakan pembedahan untuk membuang bahagian tisu yang longgar yang menyebabkan buasir keluar dari dubur.

Bolehkah masalah buasir ini berulang?

Ya, buasir boleh berulang walaupun pembedahan telah dilakukan. Oleh itu adalah penting bagi anda untuk mengelakkan sembelit,tidak meneran semasa membuang air besar dan menggelakkan perkara-perkara lain yang boleh menyebabkan buasir seperti yang dibincangkan di atas.


Buasir bagi wanita mengandung


Google

Buasir semasa mengandung sering bermula diperingkat akhir kandungan sehingga akhir waktu berpantang. Masalah buasir dikalangan wanita di Malaysia mungkin kerap berlaku akibat amalan berpantang. Ada amalan berpantang yang menyarankan ibu-ibu untuk mengurangkan minum air dan mengelakkan memakan buah atau sayur-sayuran tertentu. Ini mungkin akan mengakibatkan masalah buasir. 

Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berpantang dan mendapatkan nasihat dan rawatan doktor sekiranya mengalami sembelit atau simptom buasir semasa tempoh berpantang.

---------------------------------------------------------------------------

Sebagai penyelesaian untuk masalah buasir di atas, saya mengesyorkan supaya pesakit mengamalkan SET BUASIR yang khusus untuk melegakan ketidakselesaan yang dialami.

Set khusus untuk buasir terdiri daripada Omega Guard, OsteMatrix, Zinc Complex dan Alfalfa Complex. Suplemen ini adalah rangkaian vitamin yang membantu memberi kelegaan kepada pesakit dan membantu melawaskan sistem pembuangan air besar.




Walaubagaimanapun, Alfalfa Complex perlu dielakkan oleh wanita hamil bagi mengelakkan komplikasi dan kontraksi yang mungkin berlaku. 


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f1f8d9e8023b645373b6363e6a6ec18c


>>Klik button di atas untuk pembelian secara ONLINE<<


Untuk maklumat lanjut dan penerangan PERCUMA, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di maklumat yang tertera di bawah. Dapatkan rawatan dari pakar kesihatan bagi mengelakkan masalah berlarutan. 


"FAST ACTION FAST RESULT"


HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 --------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Saturday, May 24, 2014

Diabetes akibat pengambilan gula berlebihan

Assalamualaikum wbt.

Asal masak je tambah gula. Asal minum je bubuh gula. Agak-agaknya apa ya khasiat gula? Memang betul, manis itu sedap. Tapi saya ada terbaca, pengambilan gula berlebihan seolah-olah 'feeding disease'. Suap penyakit kenyang-kenyang. Huuu.. menakutkan!!

Saya tak kata orang lain. Saya sendiri sebagai anak jati Kelate tak dapat dipisahkan dengan gula bila memasak. Cuma semenjak dua menjak ni semakin sedar akan bahaya gula berlebihan. Tambahan pula keluarga saya ada sejarah Diabetes. Agak gusar bila memikirkan risiko & kesan jangkamasa panjang.

Masa hamilkan Hafiey pun saya pernah alami Diabetes semasa hamil (GDM). Di mana insulin resistance tinggi dan kadar gula dalam darah tidak berada pada paras normal macam ibu-ibu hamil yg lain. Semenjak tu rasa serik. Next pregnancy, kena jaga pemakanan betul-betul. Tak ingin sejarah lalu berulang kembali. hihi

Ok, kembali kepada perihal gula. Jom kupas apa itu gula serta kesan pengambilan secara berlebihan untuk jangkamasa panjang. Semoga bermanfaat.

-------------------------------------------------------------------------
BAHAYA GULA BERLEBIHAN




Bagi pesakit Diabetes, perkara pertama yang pasti diminta oleh doktor ialah menjauhi gula. Ia tidak senang dilakukan kerana mereka telah biasa dengan gula sepanjang hayat. Lagipun, rasa gula mencetuskan sejenis hormon dalam otak yang membuatkan kita berasa senang. Inilah yang menyebabkan mengapa ramai orang mendapati sangat susah hendak meninggalkan gula.

Bagi penghidap diabetes, gula akan meningkatkan paras gula darah yang seterusnya akan meningkatkan risiko komplikasi yang melibatkan saraf, mata, buah pinggang dan jantung. 

Kini, Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association (AHA)) telah meletakkan gula tambahan dalam senarai penyebab yang boleh menjejaskan jantung selain daripada pengambilan terlalu banyak garam, lemak, kolesterol dalam diet. Menurut AHA, pengambilan gula yang tinggi dikaitkan dengan kesihatan yang tidak baik, termasuk kegemukan (obesiti), diabetes, tekanan darah tinggi, radang, paras trigliserida tinggi, semuanya ini merupakan faktor risiko penyakit jantung dan strok.

Apakah itu gula?

Gula pasir putih, juga dikenali sebagai sukrosa adalah bentuk gula paling biasa, tetapi bukan satu-satunya jenis gula. Bentuk-bentuk lain termasuk gula perang, fruktosa, maltosa, gula melaka, glukosa, madu dan sirap mapel. 

Adakah kita mengambil terlampau banyak gula?

Rakyat Malaysia pada amnya mengambil lebih kurang sebanyak 19 sudu teh (76 gram) gula tambahan setiap hari. Ini bermakna kira-kira 300 kalori daripada jumlah kalori harian anda datangnya daripada gula. Pakar kesihatan menganggap ini adalah jauh melebihi had. Kita sepatutnya mengambil gula tidak lebih daripada enam sudu teh (100 kalori) bagi wanita dan sembilan sudu teh (150 kalori) bagi orang lelaki( yang disyorkan oleh Persatuan Jantung Amerika).

Tahukah anda bahawa minuman 3-dalam-1 sarat dengan gula. Satu cawan minuman kopi putih dan malt coklat mungkin mengandungi tiga hingga empat sudu teh gula. Bayangkan, jika anda meminum hanya dua hingga tiga cawan minuman ini sehari. Anda pasti sudah melebihi had harian yang disyorkan oleh AHA. Ini belum lagi diambil kira beberapa jenis gula yang terkandung dalam makanan-makanan biasa anda. 

Pemanis tiruan

Seperti yang anda ketahui, pemanis tiruan dikatakan 'bebas gula' dan boleh menjadi satu pilihan baik untuk menggantikan gula. Persoalannya, adakah ia benar dan selamat? Munkin anda boleh melayari laman web untuk mengetahui lebih lanjut tentang 'aspartame; sucralose; side effects; dangers.'

Mungkin anda pernah terbaca bahawa makanan dan minuman, minuman berkarbonat, yogurt, makanan yang dimasak dengan ketuhar, malah minuman segera tiga dalam satu mengandungi pemanis tiruan. Sebelum membeli, periksa label makanan untuk mengesan sebarang pemanis tiruan yang tersembunyi.


Pemanis semula jadi - ekstrak stevia




Ia dikenali sebagai 'daun manis' atau stevia rebaudiana. Stevia 300 kali lebih manis daripada gula tetapi tidak mengandungi sebarang kalori. Ekstrak ini diperbuat daripada bahagian yang paling manis dalam daun stevia.

Di samping rasanya yang sedap, ekstrak stevia adalah selamat dan tiada kesan sampingan. Ekstrak stevia tidak mengandungi kalori dan tidak menaikkan paras gula darah. Oleh itu, ia adalah pilihan bijak bagi penghidap pra-diabetes, diabetes dan mereka yang mengambil berat tentang kesihatan.

Sebagai pemanis semula jadi, rasa stevia tidak seperti gula tetapi ia tetap menjadi pengganti gula yang terbaik.

-----------------------------------------------------------------------



Setakat ni saya belum pernah guna ekstrak stevia. Cuma kini lebih berhati-hati dengan pengambilan gula. Jika makan kat luar, lebih suka order air suam atau air kosong. Lebih sihat gitu. 

Bagi mereka yang ada masalah Diabetes, memang tak semudah itu nak hilangkan penyakit ini. Pesakit perlu kawal pemakanan dan bergantung kepada ubat yang dibekalkan hospital. 

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin mencuba penawar alternatif, boleh amalkan suplemen dari Shaklee yang terdiri daripada VitaLea, B-Complex, Vitamin C dan Zinc complex.








Nak lagi power, boleh consume VIVIX. Ia baik untuk menurunkan paras kolesterol dan gula dalam darah. Sangat disarankan untuk mereka yang tak suka telan vitamin tablet. Vivix adalah dalam bentuk cecair dan ia dihasilkan menggunakan anggur muscadine yang khasiat anti-oksidannya 40x ganda berbanding anggur biasa. 





Perlu diingatkan di sini, suplemen bukanlah bertujuan merawat. Ia bertujuan membantu memberi kesihatan yang lebih baik di samping boleh menurunkan paras gula dalam darah.

Pesakit Diabetes dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat doktor sebelum mencuba sebarang suplemen agar tiada komplikasi. Selain itu, set diabetes juga sesuai untuk mereka yang ingin mencegah simptom2 penyakit Diabetes, di samping mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang.

Untuk pertanyaan lanjut, bolehlah hubungi saya untuk KONSULTASI PERCUMA. Ayuh kurangkan gula dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman.






Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
---------------------------------------------------------------

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik