Showing posts with label Haid. Show all posts
Showing posts with label Haid. Show all posts

Saturday, September 20, 2014

Simptom-simptom hormon badan tidak stabil

Assalamualaikum wbt

Hormon badan yang tak stabil pastinya mencetuskan kebimbangan di kalangan mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. Sudah pasti apabila kitaran hormon terganggu, peluang untuk mendapatkan cahayamata turut terjejas. Namun janganlah salah faham. Hormon terganggu tak bermaksud anda tiada peluang untuk hamil. Kenalah rajin ikhtiar dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya agar tidak melarat.



Banyak faktor penyebab ketidakstabilan hormon ini. Antaranya ialah berat badan berlebihan, gaya hidup yang kurang aktif, stress dan pemakanan yang tidak seimbang. Nampak tak penting, tapi sebenarnya faktor tersebutlah yang mengganggu imbangan hormon dalam badan kita.

Sesetengah orang memandang ringan perkara ini. Bagi mereka yang belum berkahwin, sudah tentu menganggap ketidaksuburan bukanlah perkara utama untuk difikirkan. Tapi bila dah menempuh alam perkahwinan, barulah mula ambil tahu dan cakna akan pentingnya hormon badan yang stabil.

Antara simptom-simptom hormon badan yang tak stabil adalah seperti berikut. 
  • Perubahan perasaan yang tak menentu sama ada dalam fasa pra haid atau tak. Emosi sering terganggu.
  •  Selalu cepat marah & sukar kawal perasaan. 
  • Lesu  & kurang bertenaga. 
  • Kemerosotan daya ingatan.
  • Kerap pening kepala. 
  • Hipoglisemia.
  • Nafsu makan yg meningkat.
  • Sukar untuk turunkan berat badan atau berat badan naik mendadak.
  • Mengalami jerawat degil.
  • Mengalami ruam panas serta berpeluh lebih2 lagi pada waktu malam.
  • Keguguran rambut. 
  • Hilang minat terhadap seks.
  • Kulit kusam & tak berseri.
  • Kulit berminyak. 
  • Peningkatan jumlah rambut halus pada tubuh badan atau wajah.
  • Lemak berkumpul di perut & kehilangan jisim otot.
  • Kemurungan.
  • Insomnia & pola tidur tak menentu.


Cuba anda semua check, ada tak mengalami salah satu simptom di atas? Jika 'YA', maka anda haruslah segera bertindak. Jangan biarkan ia terus mengganggu kesihatan anda.

Nasihat saya, jalani pemeriksaan kesihatan rutin di klinik atau hospital berhampiran anda. Tak semestinya sakit baru nak 'check' tahap kesihatan kita. 

Jangan takut andai anda mengalami simptom hormon tak seimbang ini. Bahaya? Tak juga. Cuma jika dibiarkan berlarutan boleh mengakibatkan terjadinya penyakit yang lain pula seperti kanser rahim, endometriosis dan sebagainya. Sayangi tubuh kita dari penyakit-penyakit yang berbahaya ini.

Suplemen juga membantu mengimbangi hormon dalaman wanita. GLA Complex Shaklee mampu meningkatkan kesuburan mereka yang ingin hamil
 


GLA ni sejenis asid lemak omega 6 yg digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin. Prostaglandin ni bahan berkesan berupa hormon yg membantu badan mengawal atur proses2 badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah salah satu sumber asid lemak Omega 6 yang mengandungi vitamin E untuk membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.



Info lanjut GLA Complex ---> KLIK SINI

Jika anda berminat untuk mendapatkan GLA Complex dengan harga berpatutan, bolehlah menghubungi saya di maklumat tertera di bawah. Ayuh kembalikan keseimbangan hormon anda dan amalkan gaya hidup yang lebih sihat =)


"KESIHATAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"



HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Saturday, July 6, 2013

Kepentingan Asid Folik Untuk Mereka Yang Ingin Hamil

Kali ni sy nak kongsi kepentingan asid folik ni bagi mereka yang ingin hamil dan sedang berusaha untuk mendapat zuriat. Di samping berdoa dan tawakkal kepada Allah, seharusnya kita berusaha untuk mengamalkan pemakanan sihat atau dengan pengambilan vitamin-vitamin tertentu yang dapat membantu meningkatkan kesuburan.

Seperti yang telah kongsi dalam entry yang terdahulu, sy mengalami kesukaran untuk hamil kerana kitaran menstruasi yang tak teratur. Jadi, salah satu cara untuk mengatasinya saya mengamalkan asid folik yang dibeli daripada farmasi dan juga dibekalkan oleh klinik kesihatan. Alhamdulillah dengan izin Allah swt selepas sebulan mengamalkannya sy disahkan hamil. 


Gambar hiasan *Google*


Apa ada pada asid folik?

Sumber: www.majalahsains.com

     Asid folik dianggap sebagai makanan otak juga dikenali sebagai folat atau folasin yang merupakan salah satu vitamin kumpulan B, dikenali sebagai B9. Badan kita memerlukannya untuk penghasilan tenaga, penghasilan sel darah merah dan juga norefrinefrina serta serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf). Ia turut memainkan peranan dalam membantu penghasilan DNA (bahan genetik badan), yang akan memulihkan fungsi otak dan merupakan komponen kritikal cecair tulang belakang. 


    Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Asid folik juga turut terlibat dalam metabolisma protein, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia.

    Asid folik adalah sejenis bahan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak demi memastikan pertumbuhan yang sempurna dan amat penting bagi kanak-kanak untuk mendapatkan jumlah asid folik yang diperlukan oleh tubuh mereka. 


    Sungguhpun begitu sumber makanan lain yang mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral, protein dan juga lemak adalah penting dalam memelihara pertumbuhan dan pembesaran badan yang seimbang. Hal ini kerana, makanan berbeza mempunyai jumlah nutrien yang berbeza. Tidak ada satupun makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien makanan yang diperlukan. Sekiranya si kecil tidak mendapatkan jumlah asid folik seperti yang disyorkan. Mereka mungkin mengalami tanda-tanda seperti keletihan, muka pucat dan kelesuan badan (tidak bertenaga).


    Asid Folik sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan "fetal", yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan,sebelum dan semasa mengandung.


    Ramai wanita yang tidak mengetahui yang pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Asid folik diperlukan untuk merangsang kesempurnaan pembentukan saraf tunjang semasa di peringkat awal mengandung iaitu 4 minggu pertama. Ini dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect" (NTD). 

    Menurut kajian pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini di antara 50% hingga 70% kemungkinan daripada ianya terjadi. Terdapat dua bentuk utama NTD iaitu anencephaly dan spina bifida. Anencephaly ialah tiada sebahagian atau keseluruhan otak bayi manakala spina bifida pula adalah keadaan di mana terdapat bukaan pada tulang belakang yang mungkin boleh menyebabkan lumpuh.


    Asid folik juga merupakan satu daripada beberapa nutrien yang diketahui mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida, yang berlaku bagi 10 dalam setiap 10,000 orang bayi. Wanita yang tidak mengambil asid folik secukupnya juga akan meningkatkan kemungkinan mengalami keguguran dan kelahiran yang menyebabkan kematian. Ibu yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan anak yang seterusnya dengan kecacatan yang sama. 


    Dalam kes seperti ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi bermula sebulan sebelum hamil, jika boleh, dan diteruskan sehingga tiga bulan pertama kehamilan. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat kempen-kempen giat dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada wanita tentang kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung

   Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pengambilan pil asid folik. Kemungkinan besar asid folik juga boleh mengurangkan lain-lain kecacatan atau masalah bayi seperti sumbing lelangit, kecacatan jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama panjang (limb reduction), kecacatan sistem pembuangan air kencing dan pucat (anaemia).


Badan Kesihatan Dunia ‘World Health Organisation’(WHO) mencadangkan bahawa pengambilan sumber asid folik adalah seperti berikut :

  • Kanak-kanak berusia 1-3 tahun: 160ug/sehari
  • Kanak-kanak berusia 4-6 tahun:200ug/sehari
  • Kanak-kanak berusia 7-9tahun:300ug/sehari
  • Ibu mengandung: 600ug/sehari
  • Ibu menyusu bayi:500ug/sehari


    Asid folik boleh ditemui dengan banyaknya di dalam sumber sayur-sayuran hijau dan turut terdapat di dalam susu dan sumber tenusu. Makanan berikut mengandungi asid folik : barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gand
um, dan bijirin.

    Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jikalau ia terlebih masak kerana ianya mudah larut dalam air, jadi anda dinasihatkan memasak dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima serta pendekkan masa memasak. Anda juga digalakkan untuk mencuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.


Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan pengambilan asid folik turut dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, kanser usus besar dan kanser pangkal rahim.


Kelebihan Asid Folik Shaklee





Shaklee menawarkan B-Compex iaitu produk yang mengandungi rangkaian Vitamin B termasuklah Asid Folik. Kelebihan B-Complex ini ialah ia mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang penting untuk tubuh seperti Vitamib B1(thiamine), B2 (Riboflavin), B3 (niacin), B5 (panthothenic acid), B6 (pyridoxine), B9 (folic acid), B12 (cobalamin) dan Biotin. Further info boleh semak di SINI


Siapa yang perlukan B-Complex??

Semua individu perlukan vitamin ini terutamanya mereka yang:
  • Terdedah kepada sinaran cahaya matahari
  • Mereka yang sentiasa mengalami tekanan kerja yang banyak selalu stress.
  • Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan migraine.
  • Mereka yang tidak fokus dengan perkara yang dilakukan (stress/tekanan)
  • Mereka yang menitikberatkan kecantikan diri.
  • Mereka yang mengandung, berpantang selepas bersalin dan menyusukan anak.
  • Wanita yang mengambil pil perancang
  • Wanita yang merancang untuk hamil (tingkatkan kesuburan) 

Bagaimana nak tahu jenis B-Complex yang baik?? kenalah pilih yang menandungi semua kelapan-lapan jenis vitamin B tu. Lagi satu, kita hendaklah istiqamah atau mengambil suplemen secara berterusan kerana vitamin ni biasanya efektif selepas 3-6 bulan selepas mengamalkannnya. Kena disiplin tau bab-bab amalkan suplemen ni. Lagipun ianya bukanlah ubat yang merawat, tetapi ianya membantu sistem badan kita untuk bekerja dengan lebih baik :)

Jika berminat dan nak tahu info lebih lanjut, bolehlah hubungi saya. Harganya sangatlah berpatutan.. 

Tak salah mencuba, manalah tahu lepas ni ada rezeki untuk menimang cahayamata.. InsyaAllah jika diizinkanNya :)


Wan Norulhazrina (ID 923060)
SMS/Call: 0199138783
FB: http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter





Friday, July 5, 2013

Ketahui punca haid tidak teratur dan cara-cara mengatasinya.

Kitaran haid tidak teratur pastinya menjadi igauan utama mereka yang inginkan kehadiran cahaya mata. Walaubagaimanapun, masalah ini turut mengganggu kestabilan emosi mereka yang belum berkahwin. Ada yang merasa seperti diri kurang sempurna kerana tidak datang 'bulan' seperti kaum hawa yang lainnya.

Hmm.. di Malaysia ini bukan masalah terpencil kot. Ramai di kalangan wanita Malaysia ni mengalami masalah kitaran hormon yang mengganggu kitaran haid normal mereka. It happens to me too!! Seingat saya, sy first period masa 16 yrs old.
*Google*
Yup agak lambat di situ.. Boleh dikatakan cycle period sy 3 bulan sekali. Ada yang kata normal sebab asalkan ia konsisten setiap 3 bulan, maknanya my period cycle adalah sebegitu. Betul ke teori ni? Bg sy empunya badan ni masih rasa tak normal sebab haid sepatutnya datang setiap bulan..hehe :)

Selepas kahwin, kitaran tetap sama. Awal-awal perkahwinan tak stress sangat fikir soal anak. Suami pun jenis tak kisah, kalau ada rezeki cepatlah dapat anak kan. Tapi bila di pertengahan usia rumahtangga tu, dah mula fikir macam2. Mulalah nak risau ngan period yang mcm Chipsmore ni kan. hehe.. Masa tu belum berkenalan dengan produk Shaklee ni.

Walaubagaimanapun, belum sempat jumpa doc untuk check masalah kesihatan, kami dikhabarkan berita gembira. Awal januari 2012, sy hamil 5 minggu. Alhamdulillah. Seingat sy, sy amalkan pengambilan asid folik secara ekslusif selama 1 bulan. Sedikit sebanyak ia membantu, dengan izin Allah.

Bila hamil, masalah lain pula yang datang bila tak tahu tarikh last period. Bukan tak ingat, cuma takleh pakai untuk kira tarikh jangkaan bersalin tu. Terpaksalah ulang alik ke klinik O&G jumpe pakar. Pakej dengan darah tinggi, GDM. Semua ada.. huhu.. haru biru

So, sejak saat itu sy tekad nak amalkan gaya hidup sihat. Kegemukan memang satu faktor utama kenapa berlakunya gangguan kitaran haid di kalangan wanita. Mahu atau tidak, kena turunkan berat badan kalau nak ia kembali normal. Walaubagaimanapun, tetap kena consult pakar sakit puan untuk mengetahui masalah sebenar masalah tersebut.

Menurut sumber dari web healthy by nature , antara sebab-sebab haid tidak teratur adalah:-
  • Pertambahan atau penggurangan berat badan yang mendadak
  • Terlebih bersenam
  • Pemakanan tidak sihat (atau diet yang terlalu tinggi dalam karbohidrat)
  • Merokok
  • Penggunaan dadah
  • Penggambilan kafein yang tinggi
  • Pengambilan alkohol secara berlebihan (mengganggu fungsi hati dalam metabolisma estrogen dan progesteron)
  • masalah dalam pemakanan (eating disorder)
  • tekanan yang meningkat
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS)
  • Rahim tidak normal (fibroid / sista / polip / endometriosis)
  • Ketidakseimbangan hormon
  • ubat-ubatan
  • kimoterapi
  • Baru-baru ini melahirkan anak, keguguran, atau D & C
  • Breastfeeding

APAKAH YANG BOLEH MEMBANTU?

Satu cara untuk mendapatkan kitaran haid yang teratur, adalah dengan menstabilkan hormon tubuh badan. Tubuh badan sebenarnya mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk mengimbangi sendiri. Apa yang diperlukan adalah pemakanan yang seimbang dan lengkap.

Makanan tambahan yang digariskan di bawah adalah beberapa supplemen yang memastikan badan anda mempunyai semua nutrien yang diperlukan. Adalah lebih baik untuk menggambilnya dengan konsisten selama lebih dari 3 bulan kerana supplemen tidak bertindak dalam satu malam sahaja.

  • Multivitamin – Vitamin asas yang penting untuk semua. Pengambilan multivitamin akan memastikan diet harian anda adalah cukup dan lengkap.
  • Vitamin B complex- Untuk menangani kesan-kesan stress (yang mana salah satu penyebab haid yang tidak teratur), cuba amalkan vitamin b complex. Vitamin ini kerap dipanggil vitamin anti-stress kerana nutrisi ini digunakan oleh tubuh badan dalam memperbaiki kerosakan apabila dalam keadaan stress.
  • Magnesium – Mineral ini telah dikelaskan sebagai ‘penenang semulajadi’, jadi ia adalah penting dalam diet sesiapa yang mengalami haid yang tidak teratur. Malah, sesiapa sahaja yang sentiasa sibuk akan mendapat manfaat daripada tambahan magnesium. Tekanan sering faktor dalam ketidakteraturan haid, dan mineral ini dapat membantu dalam keseimbangan gaya hidup yang tertekan.
  • Antioksidan- antioksidan seperti vitamin A, C, E dan Sellenium membantu menghindarkan sel badan menjadi tidak normal. Seperti contoh sekiranya anda mempunyai masalah endometrial hyperplasia (penebalan dinding rahim), adalah baik untuk mencegah sel ini berkembang. Pencegahan adalah dengan mengambil vitamin antioksidan
Sumber: bekamkl

ATASI MASALAH HORMON DAN KITARAN DENGAN GLA COMPLEX PLUS ESP





GLA Complex Shaklee mengandungi GLA (Gamma Linolenik Asid) dan sunflower oil. GLA telah digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. Ia merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin iaitu hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6.


Antara Kelebihan lain GLA Complex ialah:

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan (awet muda)
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu menstabilkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah kulit jeragat terutama bagi wanita selepas bersalin
  • Mampu mengecutkan cyst


Fungsi dan khasiat ESP tidak perlulah dipertikaikan lagi. Kiranya ESP ni secara tak langsung berkerja dalam tubuh bersama dengan GLA untuk memperbaiki hormon wanita.  Isoflavon yang kaya di dalam soya memberikan fungsi yang sama dengan hormon wanita. Membantu menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.

Ada seorang doc ni memang cadangkan pengambilan suplemen untuk menangani masalah kewanitaan atau gangguan hormon ni. Ia juga penting untuk kesuburan suatu pasangan tu. Pengambilan suplemen perlulah istiqamah disulami kesabaran dan tawakkal kepada Allah swt.




JOM SEMAK TESTIMONIAL PENGGUNA GLA DAN ESP



Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3


Best kan jadi macam mereka?? Tampil lebih yakin dan bersemangat selepas mengambil produk Shaklee sebagai makanan kesihatan. Tapi kena ingat, produk2 ni bukanlah ubat yang bertujuan merawat atau mendiagnos penyakit. Ia adalah sebagai suplemen atau vitamin tambahan yang membantu kesihatan tubuh badan secara natural. Kawan-kawan apa lagi?? Jom lah cuba :)


Jika hati dah terpaut pada produk Shaklee ni, cepat2 hubungi saya tau, your Shaklee Independent Distributor :)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik