Showing posts with label Performance Drink. Show all posts
Showing posts with label Performance Drink. Show all posts

Saturday, September 13, 2014

Penawar Denggi Yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum wbt

Minggi ini kecoh berita demam denggi yang menular di kalangan pelajar. Sebagai isteri warden, sedikit sebanyak rasa gerun kerana rumah penginapan kami terletak bersebelahan asrama putera dan puteri. Jadi, jika wabak denggi merebak kami perlu berhati-hati supaya tidak berlaku jangkitan.

Beberapa orang pelajar juga telah dikenalpasti sebagai suspek denggi. Ada yang telah dibenarkan pulang oleh pihak sekolah bagi mengelakkan risiko jangkitan kepada pelajar lain. Sebagai persediaan menghadapi situasi cemas ini, saya membuat sedikit pembacaan mengenai bahaya denggi dan kaedah mengatasinya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
DEMAM DENGGI- WABAK MEMBUNUH!!

Demam Denggi : Wabak Membunuh!
Demam Denggi : Wabak Membunuh!
Demam Denggi : Wabak Membunuh!
Oleh:Siti Noraini Bt Othman
Program Pembangunan Manusia
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi


Hampir setiap tahun wabak demam denggi dilaporkan melanda Malaysia seolah-olah masalah ini tidak mampu diselesaikan. Pelbagai kempen kesedaran dan penerangan tentang bahaya denggi dan nyamuk aedes dijalankan, namun ia seperti mencurah air ke daun keladi. 

Jenis-Jenis Nyamuk Aedes

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa. Nyamuk aedes boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu Aedes aegypti mempunyai tanda atau tompok putih-perak di kepala yang terbang di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah manakala Aedes albopictus menunjukkan  terdapat garisan putih-perak di sepanjang pertengahan kepala dan badan, lebih gemar berada di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. 

Kedua-dua jenis nyamuk ini mempunyai persamaan melalui tabiat bertelurnya iaitu lebih gemar bertelur di dalam bekas yang menakung air.  Demam denggi berpunca dari nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti dan membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Memandangkan penyakit ini berlaku di kebanyakan negara tropikal yang terletak di garisan khatulistiwa, sejumlah 2 bilion penduduk di negara-negara ini dibimbangi terdedah kepada denggi. Infeksi denggi mungkin berupa Asymptomaticatau dan Symptomatic, yang mungkin membawa kepada jenis demam denggi tertentu. 

Dalam perubatan moden, demam denggi adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus denggi (virus Flavivirus) yang dibawa oleh nyamuk. Individu yang sihat cenderung menghidap penyakit ini menerusi gigitan nyamuk aedes yang mengandungi virus denggi. 


Classical Dengue Fever

Antara jenis demam yang kerapkali disebut-sebut ialah demam tanpa mengalami sebarang gejala iaitu denggi klasik (Classical Dengue Fever). Dalam kes ini pesakit mengalami demam kuat selama empat hingga tujuh hari, sengal tulang yang diikuti dengan munculnya bintik-bintik merah di bawah kulit. 


Dengue Haemorrhagic Fever atau Dengue Shock Syndrome

Demam denggi berdarah (Dengue Haemorrhagic Fever atau Dengue Shock Syndrome) pula mempunyai gejalanya yang hampir sama dengan denggi biasa namun pesakit akan mengalami pendarahan pada hidung, lipatan siku, mulut. Demam denggi berdarah amat merbahaya dan boleh membawa kepada risiko kematian. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan kawasan tertentu di negara-negara tropikal.


Rawatan untuk Denggi

Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Kebiasaannya pesakit yang disyaki denggi akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan meminum air dengan lebih kerap. 

Pesakit akan dimasukkan ke wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah dan semasa menjalani sesi rawatan pesakit akan di beri  rawatan utama iaitu terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan cecair  badan mengambil air dengan banyak. 

Sekiranya pesakit tidak mahu  atau mampu minum, air  akan ditambahan melalui cecair intravena akan diberikan untuk menghalang kekeringan air dalam badan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya kuantiti platlet darah turun dengan mendadak.

Simptom-simptom demam denggi ialah:
  • Demam kuat secara mengejut.
  • Demam berterusan
  • Sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi, mata
  • Ruam atau bintik merah di kulit
  • Pendarahan di bawah kulit, hidung serta gusi
  • Pesakit juga akan mengalami sakit kepala
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah dan sakit perut.

Ia kemudian diikuti dengan denyutan nadi yang lemah, tekanan darah rendah (hipotensi), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan. Dalam sesetengan keadaan tertentu, jika rawatan tidak diberikan dengan segera pesakit mungkin akan meninggal dunia dalam tempoh 12 – 24 jam.

Amalan Pencegahan

Amalan pencegahan boleh dilakukan dengan menjaga kebersihan sekeliling rumah sama ada di dalam dan di luar rumah bagi menghindarkan pembiakan nyamuk. Pekara ini perlu kerana tanpa kita sedar kawasan rumah dalah kawasan yang amat sesuai sebagai habitat pembiakan nyamuk Aedes. 

Cara yang paling praktikal dalam usaha mengelakkan dijangkiti  demam denggi dan menghalang pembiakan nyamuk antaranya ialah

  • Menggunakan penyembur racun serangga
  • Memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas simpanan air
  • Menutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur,
  • Sentiasa menukar air di dalam bekas simpanan air, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu. 


Orang ramai perlu memberi kerjasama dan membenarkan petugas menyembur kabus (fogging) di dalam rumah. Aktiviti gotong royong membersihkan kawasan persekitaran sangat digalakkan untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.

Justeru itu, demam denggi merupakan penyakit yang sangat berbahaya dan mengancam kesejahteraan hidup dan masyarakat setempat. Walaupun kita kerap didedahkan dengan berita tentang kematian akibat deman denggi ini, masyarakat masih lagi mengabaikan tahap kebersihan rumah dan kawasan persekiran. 

Masyarakat dan pihak penguatkuasaan perlu lebih melipatgandakan usaha untuk mencegah penyakit demam denggi. Pihak berkuasa perlu melaksanakan penguatkuasan berterusan yang lebih berkesan agar dapat menghapuskan kawasan pembiakkan nyamuk. Sekiranya pekara ini dilaksanakan dengan lebih berkesan sudah pasti masalah denggi dalam kalangan masyarakat kita dapat dikawal dan dikurangkan. Ingatlah “Denggi Membunuh”.

 -----------------------------------------------------------------------------------

Antara rawatan tradisional yang boleh dicuba oleh penghidap demam denggi ialah sup ketam. Ia kaya dengan kandungan protein serta membantu meningkatkan platlet darah agar kembali normal. Selera pesakit juga akan kembali pulih dan tidak lagi pahit selepas makan sup ketam.

Sumber pic: http://wanie4shared.blogspot.com

Secara saitifiknya,  tiada ubat atau vaksin untuk merawat denggi. Namun, gejala ini boleh dikurangkan dengan meminum air putih secukupnya diselang-selikan dengan minuman isotonik. Anda boleh dapatkan minuman isotonik di pasaran, namun ia kurang digalakkan kerana bergas dan tinggi glukosa.

Minuman isotonik yang terbaik ialah Performance Drink Shaklee (PD) kerana ia rendah gula dan tidak berkarbonat. Di samping PD, Nutriferon juga membantu mengembalikan tahap kesihatan pesakit ke tahap normal secara meransang sistem imun tubuh.




PERFORMANCE DRINK

Ia membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan. Ia juga terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.

NUTRIFERON

Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari – ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. Mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.




Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi saya untuk KONSULTASI PERCUMA. Maklumbalas anda amatlah saya hargai. Mencegah lebih baik dari merawat!! Segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami simptom-simptom seperti di atas. 



HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 ----------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Wednesday, July 9, 2014

Tips minum air secukupnya di bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt.

Bulan Ramadhan bulan tarbiyyah. Memnguji kesabaran, ketaqwaan dan menilai tahap amal ibadah kita kepada sang pencipta. Dan salah satu tarbiyyah juga ialah dengan menahan lapar dan dahaga dari waktu selepas sahur sehinggalah waktu Maghrib. Ramai yang kurang menitikberatkan pengambil air masak untuk keperluan tubuh sepanjang hari berpuasa.

Pakar mencadangkan minum air 1 1/2 - 2 liter (8-10 gelas) sehari. Minum air putih yang cukup penting untuk membantu detoksifikasi dan dehidrasi. Tapi, bagaimana nak memastikan tubuh kita mendapat air yang secukupnya? Biasanya pada waktu sahur tak ramai yang 'suka' minum air secukupnya untuk elakkan kerap berulang alik ke tandas. Anda yang 'komplen', minum air banyak menyebabkan kembung perut/ sebu. Tak selesa jadinya.



Sedikit tip yang boleh dikongsikan mengenai cara terbaik minum air ialah dengan mengambilnya sedikit demi sedikit. Selain itu, cubalah untuk tidak minum air terlalu banyak pada satu-satu masa atau ketika makan, sebaiknya minumlah di antara waktu makan. 

Tip Untuk Minum Air Di Bulan Ramadan

Mulakan dengan 10 gelas sehari

  • 1 gelas sebaik bangun dari tidur (ketika sahur)
  • 1 gelas sebelum makan
  • 1 gelas selepas makan
  • 1 gelas sebelum imsak
  • 1 gelas sebelum makan berat waktu berbuka (selepas solat maghrib)
  • 1 gelas semasa makan
  • 1 gelas selepas makan
  • 2 gelas sebelum masuk tidur

Jika anda berdepan dengan masalah sukar untuk minum air putih, mencampurkan sedikit lemon, pudina atau sehiris halia akan memberikan rasa lebih segar. Berikut ialah cadangan kaedah terbaik untuk mendapatkan air yang cukup

Semua Jenis Cecair

Terutamanya air yang menghilangkan dahaga dan jus buah yang mengandungi mineral. Adalah lebih baik jika elakkan daripada mengambil jus buah yang mempunyai bahan pengawet dan pewarna kerana kandungan gulanya sangat tinggi. Ia boleh merosakkan kesihatan dan menyebabkan alahan.

Buah Dan Sayuran Segar




Makan buah pada waktu malam dan pada waktu sahur. ini kerana ia mengandungi sedikit air dan serat yang boleh kekal berada dalam sistem penghadaman bagi satu tempoh masa yang lama. Sekaligus membantu mengurangkan rasa lapar dan dahaga. Timun adalah sayuran terbaik untuk mengurangkan dahaga dan meyejukkan badan. Ia juga membantu mengurangkan gangguan neurologi dan mengandungi serat selulosa yang merangsang peghadaman dan menyingkirkan toksin dan membersihkan usus besar.

Melambatkan Sahur

Umat islam disunatkan untuk melambatkan sahur. Anda disarankan untuk mengambil hidangan yang ringan dan minum lebih air pada waktu sahur. Elakkan makanan pedas dan berempah. Langkah ini bukan sahaja mengurangkan badan kehilangan banyak air tetapi juga mengurangkan dahaga terutama pada hari pertama berpuasa.

Pencuri Air Dari Tubuh

Garam



Makanan yang masin meningkatkan keperluan air kepada tubuh. Jadi anda dinasihatkan untuk mengelak menambahkan lebih garam pada hidangan dan mengelakkan mengambil makanan yang tinggi garam seperti ikan masin, dan jeruk.Adalah lebih baik menggantikan garam dengan lemon dalam salad kerana ia juga mampu menyesuaikan rasa seperti garam.

Rempah dan Perasa

Hidangan makanan yang mengandungi rempah dan perasa memerlukan air yang banyak untuk penghadaman. Ini kerana makanan ini menyerap air sebaik anda menelannya, dari larinks dan menyebabkan kekeringan dalam tubuh yang memberikan rasa dahaga. Jika anda berpuasa, elakkan makanan pedas yang mengandungi banyak perasa terutama di waktu sahur.

Perangsang

Adalah dicadangkan kepada mereka yang berpuasa untuk mengurangkan amaun perangsang seperti teh dan kopi disebabkan oleh kandungan kafien, yang akan mengaktifkan buah pinggang dan meningkatkan pengeluaran urin. Peransang meningkatkan proses kehilangan air daripada tubuh. Harus juga disebut, teh dan kopi tidak boleh dianggap sebagai alternatif air, kerana ia diambil keadaan panas. Jadi anda tidak boleh meminumnya dengan banyak.

Minuman Soda

Ia mengandungi karbon yang menyebabkan kembung dan rasa penuh serta menghalang tubuh daripada menggunakan cecair yang terdapat didalamnya. Jadi lebih baik mengelakkan minuman soda sewaktu berbuka puasa. 

Pancaran Matahari

Mereka yang berpuasa disarankan mengelak pancaran matahari secara langsung bagi tempoh masa yang panjang. Untuk mmengurangkan kepanasan dan mengelakkan dahaga, anda boleh melakukan langkah di bawah:

  • Kerap mandi bagi menyejukkan tubuh dan gunakan sabun untuk menyingkirkan minyak pada tubuh yang boleh menutup liang roma.
  • Mengelakkan cahaya matahari masuk ke rumah sama ada dengan langsir atau tingkap
  • Memakai pakaian nipis dan longgar yang diperbuat daripada kapas yang menyerap peluh.
  • Berehat bagi mengembalikan semula tenaga.

------------------------------------------------------------------------------

Bagi yang kurang gemar minum air putih atau air kosong, boleh juga mengambil Performance Drink Shaklee sebagai sumber tenaga sepanjang hari berpuasa. Sedikit fakta menarik Performance Drink:-






1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Ia juga baik untuk kanak-kanak demam yang kurang selera makan. Ia membantu mengurangkan dehidrasi.

6. Rasa orennya yang sedap pasti digemari oleh semua golongan masyarakat, dari kanak-kanak hinggalah dewasa (Hafiey pun gemar minum Performance Drink ni)


Saya sendiri merupakan penggemar tegar PD ini. Kandungan carbohidrat juga rendah, hanya 11 gram bagi setiap 3 sudu besar bancuhan. Nak kurangkan carbs? Kurangkan bancuhan. Lebihkan air masak. Sedap sungguh diminum sejuk.

Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang produk ini bolehlah hubungi saya ya. Harganya sangat berpatutan. Hanya RM82.50. Jika jadi ahli, harga lebih JIMAT!!. Berminat? Habaq mai naaaa. Hihihi




Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060) 
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter  
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, February 3, 2014

Legakan Gout dengan Shaklee :)

Assalamualaikum wbt

Petang tadi berchatting dengan seorang sahabat lama. Kenalan FB yang dah lama tak bertanya khabar. Teruja pula rasanya. Hihi.. Asalnya kawan saya bertanyakan suplemen yang sesuai untuk sakit gout yang dialaminya. Isk, umur sebaya tapi dah ada gout. Tapi yelah kan, betullah kata orang penyakit kalau nak datang memang tak berjemput.

Saya cadangkan 3 vitamin/ suplemen yang sesuai diambil oleh pesakit gout. Nak rekemen lebih-lebih memang saya tak berani sebab Gout ni bukanlah penyakit yang boleh dipandang enteng. Silap hari bulan, asid urik yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya benjolan di bahagian tubuh kita. 

Sebelum berbicara lebih lanjut tentang suplemen yang sesuai, jom kenali penyakit gout dengan lebih dekat. Di sini saya kongsikan satu artikel yang bermanfaat untuk difahami bersama.

----------------------------------------------------------------------

PENYAKIT GOUT DAN CARA MENCEGAHNYA



Ihsan Google

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.

Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.


Tanda-Tanda Gout
 
1.Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.

2.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

3.Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

4.Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

5.Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

6.Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

7.Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
 
Komplikasi
 
1.Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’

2.Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.

3.Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
  • Kegemukan
  • Darah tinggi
  • Hiperlipidemia
  • Diabetes

Rawatan
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

  1. Rawatan serangan akut 
  2. Rawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

Pemakanan
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.

ELAKKAN DAN KURANGKAN MAKAN
  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Kekacang
  • Roti jagung dan bijirin

Pencegahan
  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
  • Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
  • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
  • Mengelakkan minuman keras
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
  • Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
  • Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
  • Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
  • Minum banyak air
  • Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
  • Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
  • Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.
---------------------------------------------------------------

Antara produk Shaklee yang sesuai diambil oleh pesakit Gout ialah Set Gout yang terdiri daripada Alfalfa Complex, Omega Guard dan Performance Drink.




Antara kelebihan ketiga-tiga produk ini adalah:

  • Alfalfa - Bertidak sebagai detoks untuk menyingkirkan toksin-toksin berlebihan di dalam badan. Pengambilan Alfalfa perlu disusuli dengan pengambilan air yang cukup untuk membantu proses detoksifikasi.
  • Omega Guard- Membantu mengelakkan keradangan sendi.
  • Performance Drink- Memelihara kandungan bendalir dalam badan mencukupi dan mengelakkan dari dehidrasi. Adalah sangat pentung untuk pesakit gout mengambil air secara mencukupi supaya kandungan asid urik dalam badan dapat disingkirkan melalui proses perkumuhan.
----------------------------------------------------------------------------

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat-sahabat yang sedang mencari alternatif bagi mengurangkan masalah keradangan akibat gout ini. Apa salahnya berikhtiar dengan Shaklee. Ia juga merupakan ciptaan terhebat  dunia farmaseutikal dalam menghasilkan suplemen dan vitamin semulajadi yang hebat. Sekaligus ia membantu meminimumkan masalah kesihatan yang kian membarah di zaman yang serba moden ini.

Jika inginkan info lanjut atau terdapat kemusykilan tentang produk Shaklee ini, jangan segan untuk hubungi saya. Sharing is caring. Apa yang saya boleh bantu, saya akan kongsikan ilmu dengan anda. Pastinya Konsultasi Percuma untuk anda :)


FAST ACTION FAST RESULT!!

Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060) 
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter  
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik