Showing posts with label Sustained Release Vit C. Show all posts
Showing posts with label Sustained Release Vit C. Show all posts

Saturday, May 24, 2014

Diabetes akibat pengambilan gula berlebihan

Assalamualaikum wbt.

Asal masak je tambah gula. Asal minum je bubuh gula. Agak-agaknya apa ya khasiat gula? Memang betul, manis itu sedap. Tapi saya ada terbaca, pengambilan gula berlebihan seolah-olah 'feeding disease'. Suap penyakit kenyang-kenyang. Huuu.. menakutkan!!

Saya tak kata orang lain. Saya sendiri sebagai anak jati Kelate tak dapat dipisahkan dengan gula bila memasak. Cuma semenjak dua menjak ni semakin sedar akan bahaya gula berlebihan. Tambahan pula keluarga saya ada sejarah Diabetes. Agak gusar bila memikirkan risiko & kesan jangkamasa panjang.

Masa hamilkan Hafiey pun saya pernah alami Diabetes semasa hamil (GDM). Di mana insulin resistance tinggi dan kadar gula dalam darah tidak berada pada paras normal macam ibu-ibu hamil yg lain. Semenjak tu rasa serik. Next pregnancy, kena jaga pemakanan betul-betul. Tak ingin sejarah lalu berulang kembali. hihi

Ok, kembali kepada perihal gula. Jom kupas apa itu gula serta kesan pengambilan secara berlebihan untuk jangkamasa panjang. Semoga bermanfaat.

-------------------------------------------------------------------------
BAHAYA GULA BERLEBIHAN




Bagi pesakit Diabetes, perkara pertama yang pasti diminta oleh doktor ialah menjauhi gula. Ia tidak senang dilakukan kerana mereka telah biasa dengan gula sepanjang hayat. Lagipun, rasa gula mencetuskan sejenis hormon dalam otak yang membuatkan kita berasa senang. Inilah yang menyebabkan mengapa ramai orang mendapati sangat susah hendak meninggalkan gula.

Bagi penghidap diabetes, gula akan meningkatkan paras gula darah yang seterusnya akan meningkatkan risiko komplikasi yang melibatkan saraf, mata, buah pinggang dan jantung. 

Kini, Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association (AHA)) telah meletakkan gula tambahan dalam senarai penyebab yang boleh menjejaskan jantung selain daripada pengambilan terlalu banyak garam, lemak, kolesterol dalam diet. Menurut AHA, pengambilan gula yang tinggi dikaitkan dengan kesihatan yang tidak baik, termasuk kegemukan (obesiti), diabetes, tekanan darah tinggi, radang, paras trigliserida tinggi, semuanya ini merupakan faktor risiko penyakit jantung dan strok.

Apakah itu gula?

Gula pasir putih, juga dikenali sebagai sukrosa adalah bentuk gula paling biasa, tetapi bukan satu-satunya jenis gula. Bentuk-bentuk lain termasuk gula perang, fruktosa, maltosa, gula melaka, glukosa, madu dan sirap mapel. 

Adakah kita mengambil terlampau banyak gula?

Rakyat Malaysia pada amnya mengambil lebih kurang sebanyak 19 sudu teh (76 gram) gula tambahan setiap hari. Ini bermakna kira-kira 300 kalori daripada jumlah kalori harian anda datangnya daripada gula. Pakar kesihatan menganggap ini adalah jauh melebihi had. Kita sepatutnya mengambil gula tidak lebih daripada enam sudu teh (100 kalori) bagi wanita dan sembilan sudu teh (150 kalori) bagi orang lelaki( yang disyorkan oleh Persatuan Jantung Amerika).

Tahukah anda bahawa minuman 3-dalam-1 sarat dengan gula. Satu cawan minuman kopi putih dan malt coklat mungkin mengandungi tiga hingga empat sudu teh gula. Bayangkan, jika anda meminum hanya dua hingga tiga cawan minuman ini sehari. Anda pasti sudah melebihi had harian yang disyorkan oleh AHA. Ini belum lagi diambil kira beberapa jenis gula yang terkandung dalam makanan-makanan biasa anda. 

Pemanis tiruan

Seperti yang anda ketahui, pemanis tiruan dikatakan 'bebas gula' dan boleh menjadi satu pilihan baik untuk menggantikan gula. Persoalannya, adakah ia benar dan selamat? Munkin anda boleh melayari laman web untuk mengetahui lebih lanjut tentang 'aspartame; sucralose; side effects; dangers.'

Mungkin anda pernah terbaca bahawa makanan dan minuman, minuman berkarbonat, yogurt, makanan yang dimasak dengan ketuhar, malah minuman segera tiga dalam satu mengandungi pemanis tiruan. Sebelum membeli, periksa label makanan untuk mengesan sebarang pemanis tiruan yang tersembunyi.


Pemanis semula jadi - ekstrak stevia




Ia dikenali sebagai 'daun manis' atau stevia rebaudiana. Stevia 300 kali lebih manis daripada gula tetapi tidak mengandungi sebarang kalori. Ekstrak ini diperbuat daripada bahagian yang paling manis dalam daun stevia.

Di samping rasanya yang sedap, ekstrak stevia adalah selamat dan tiada kesan sampingan. Ekstrak stevia tidak mengandungi kalori dan tidak menaikkan paras gula darah. Oleh itu, ia adalah pilihan bijak bagi penghidap pra-diabetes, diabetes dan mereka yang mengambil berat tentang kesihatan.

Sebagai pemanis semula jadi, rasa stevia tidak seperti gula tetapi ia tetap menjadi pengganti gula yang terbaik.

-----------------------------------------------------------------------



Setakat ni saya belum pernah guna ekstrak stevia. Cuma kini lebih berhati-hati dengan pengambilan gula. Jika makan kat luar, lebih suka order air suam atau air kosong. Lebih sihat gitu. 

Bagi mereka yang ada masalah Diabetes, memang tak semudah itu nak hilangkan penyakit ini. Pesakit perlu kawal pemakanan dan bergantung kepada ubat yang dibekalkan hospital. 

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin mencuba penawar alternatif, boleh amalkan suplemen dari Shaklee yang terdiri daripada VitaLea, B-Complex, Vitamin C dan Zinc complex.








Nak lagi power, boleh consume VIVIX. Ia baik untuk menurunkan paras kolesterol dan gula dalam darah. Sangat disarankan untuk mereka yang tak suka telan vitamin tablet. Vivix adalah dalam bentuk cecair dan ia dihasilkan menggunakan anggur muscadine yang khasiat anti-oksidannya 40x ganda berbanding anggur biasa. 





Perlu diingatkan di sini, suplemen bukanlah bertujuan merawat. Ia bertujuan membantu memberi kesihatan yang lebih baik di samping boleh menurunkan paras gula dalam darah.

Pesakit Diabetes dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat doktor sebelum mencuba sebarang suplemen agar tiada komplikasi. Selain itu, set diabetes juga sesuai untuk mereka yang ingin mencegah simptom2 penyakit Diabetes, di samping mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang.

Untuk pertanyaan lanjut, bolehlah hubungi saya untuk KONSULTASI PERCUMA. Ayuh kurangkan gula dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman.






Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
---------------------------------------------------------------

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Thursday, February 13, 2014

[TESTIMONI] Set Kehamilan Shaklee

Assalamualaikum wbt

Hari ini ending Ariana Rose? Amacam, ok tak? Saya rasa macam bosan je. Hihi. Hanya pandangan peribadi. Because i was expecting more than that. Naklaah ending yang boleh terpahat dalam jiwa kan. Asyik ulang janji yang sama aje. Bosan rasanya. Haha. Pandai sungguh bab-bab mengomen ni kan ;)

Back to the topic, hari ini nak share testimoni seorang pengguna set kehamilan Shaklee. Ini kehamilan ke dua beliau. Masa mengandungkan anak sulungnya, asyik melepek aje. Cepat letih dan kurang tenaga. Berbeza dengan set kehamilan dari Shaklee, sangat-sangat membantu Puan Mareeya Muda untuk tampil lebih aktif di tempat kerja (Beliau seorang staff nurse).

Sebelum saya berceloteh panjang, jom baca testimoni yang ditulis sendiri oleh Puan Mareeya.

-------------------------------------------------------------------------------------
MY REAL TESTIMONY
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


PERBEZAAN MENGANDUNG PERTAMA & KEDUA

Skang kandungan Saya dah masuk 23mggu... Kira dah nak masuk 6 bulan.... Sy alami perbezaan yg ketara antara mengandung sekarang & yg pertama dlu...

1st pregnant : sy blom kenal shaklee... Sy makan vitamin klinik kerajaan which is ade folik asid, b complex, iron tablet & Vit c.... Tp sy bukan jenis yg compliance sgt... Salu sy skip ubat² klinik ni...hihi...Sy slalu minum susu dutch lady & fresh milk... Sy x minum anmum sebab Misi klinik kata x bagus (sy pernah minum skali je.. Dah bli sekotak anmum coklat...then lepas Misi kata xelok terus sy stop)

Pregnant skang : sy makan full set shaklee untuk Ibu mengandung which is ade ESP, VITALEA, VITAMIN C, OSTEMATRIX, B COMPLEX...OMEGA sy akan start consume lepas 6 bulan nanti.... Sama mcm pregnant 1st dlu sy bkn la jenis compliance sgt... Hihi... Tapi sy lebih disiplin ckit banding pregnant 1st dlu... Susu sy jarang minum skang... Sgt jarang...

Pregnant 1st :
•• sy alami alahan sgt teruk... Lembikkk.. Sy salu ke emergency department... Kene cucuk masuk air... Kene masuk wad semalaman sbb hyperemesis gravidarum....(alahan teruk)... Saya salu MC sbb alahan teruk smpai salu geng² wad mengata.. (Tapi Ada aku kesah??? aku yg rase... Bukan hampa...hahaha)

•• Saya salu kene tangkap mengkarung sebab x cukup kalsium...alaaaa, kejang kaki tu.... Setiap malam sy menjerit pggil laki suruh tarik kaki... Haha.. Smpai dia kata, Awk ni Jgn la jerit mlm²..Kang ape plak org pk... Hahaha (ade aku kesah???)

•• seawal kandungan 5 bulan keluar stretch mark!!!! Byk!!! Hitam!!! Ya Allah..sgt stress.. Dr awal kehamilan sy sapu mcm²... Bio oil laa, myk Johnson laa.. Tapi ade jugak.. (Xdapat terima kenyataan).. N paling x best kesan stretch mark tu sy jd sgt gatallllll..... Tergaru² perut mcm monyet...hahaha

•• sy mudah letih, sakit pinggang...

•• sy alami keputihan yg teruk... (Sgt teruk smpai kene masuk pessari... Ok, Xnak cite byk bab ni)
2nd pregnant :

•• alahan still ade.. Melepek jugak tp x seteruk yg 1st... Sy xpernah ke emergency department, xpernah masuk wad... & X PERNAH MC!!!

•• setakat ni dah 23 minggu, sy x pernah lagi kene tangkap mengkarung.. Kire mlm² xde la sy terjerit²... Hahaha

•• setakat ni masih xde stretch mark.... Xde lgsg.. Sy sapu minyak Johnson je..Hihi... So xde la tergaru² lagi mcm monyet..

•• sy lebih bertenaga of cozzzz

•• tiada langsung keputihan!!! Magic!!

Ok... Ni testimoni setakat ni.. Panjang lebarrr... Nti sy Kongsi lg testimoni smpai la lepas bersalin nanti...
 
(Unedited Version)
-------------------------------------------------------------

Nampak tak perbezaan yang dialami oleh Puan Mareeya sebelum dan selepas menggunakan set kehamilan dari Shaklee ni? Bukan beliau seorang saja yang merasai kehebatan produk Shaklee, malah sudah ramai pelanggan saya sendiri mengakui yang mereka lebih bertenaga dan kurang rasa loya di awal kehamilan. 

Berikut adalah produk yang dicadangkan untuk set kehamilan trimester 1,2 & 3. Untuk penerangan terperinci produk, sila klik link ini:-




Sekiranya terdapat pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut tentang produk-produk Shaklee, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya. Konsultasi PERCUMA & EKSLUSIF menanti anda.


SHAKLEE, HANYA YANG TERBAIK!

 
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik