Showing posts with label Tentang saya. Show all posts
Showing posts with label Tentang saya. Show all posts

Tuesday, September 23, 2014

✿✿ Saya buat SHAKLEE dengan ENJOY!!! (baca ala Nora danish)✿✿

Assalamualaikum..

Seriously, biz Shaklee satu-satunya biz yang paling enjoy di doniaa. Kenapa saya cakap mcm tu? Sebab setiap hari kurasakan tak lengkap tanpa Shaklee. 

Contohnya kalau ada gangguan internet. Tak dapat nak buat biz Shaklee secara online. Jiwa kacau tahap gaban. Meroyan sorang-sorang. Seolah berhari-hari tak bertemu chenta hati..kihkih

Awal-awal masa join Shaklee, saya  dah tetapkan niat kerana Allah. Sebab nak besarkan anak sendiri. Sebab nak rumahtangga lebih terjaga. Jadi, bila niat kita ikhlas, rasa sayang dengan biz ni kian bertambah. Takkan beralasan walau apa juga cabaran menimpa.

Dari seorang yang hari-hari makan tido tanpa arah tujuan. Sekarang lebih terurus. A big thanks to mummy Hafsah Mardhiah.. Ku hargai segala ketukanmu.. hihi

Asal bangun je dari tidur, terus ingat Shaklee. Of course lah Allah tetap No.1. Sebab Shaklee adalah asbab kenapa saya jaga connection dgn sang pencipta. Betapa besarnya hikmah dipertemukan dgn Shaklee.




Yang paling best, saya enjoy sebab Shaklee totally relate dengan 'izazah' yg sy belajar dulu. Itu yang paling saya rasa 'WAJIB BERJAYA' dalam Shaklee. Allah dah sediakan saya platform untuk BANGKIT dalam hidup. 
 
Lebih syok, belajar benda baru hari-hari. Sel-sel otak yang berkarat pun dah mula berhubung balik..haha. 

Saya selalu terfikir, why Shaklee? Not other MLM or business?? Hurmm..Tak payah fikir banyak. Guna peluang ada depan mata. Rezeki Allah datang dlm pelbagai sudut. Tinggal kita nak manfaatkan atau tak je.

Bila anak ada depan mata, buat kerja pun rasa SYOKKK je. Update blog sambil riba Hafiey. Buat poster sambil tolong Hafiey klik kan gambar utk poster. Tak ke bermanfaat tu? Sekaligus 'homeschooling' Hafiey jugak. 

Adatlah, adakalanya si kecil meragam. Nakkan lebih perhatian. So, stop kejap kerja. Luangkan masa dengan dia beberapa minit. Paling lama pun 30 minit saya peruntukkan. Teman dia tengok video, bacakan buku cerita, dll. Beliau bakal pewaris legasi Shaklee ku. So, kenalah kerja keras mulai sekarang kan? Masa amat singkat utk disia-siakan uolss..huhu

Last but not least, Shaklee really unlocked my inner potential. Walau tak 100% lagi bewok terbunuh, tapi hingga kini dah pandai tepis bisikan2 menggoda. Dah pandai conquer my FEAR. Bila kerja sendiri, memang kena pandai motivate diri sendiri. Kena cari motivasi. Tak kisahlah, baca buku ke, follow blog orang berjaya, dan sebagainya. Semua tu boleh boost balik semangat kita tatkala rasa lemah dan hilang momentum.



Yeahhhh.. Paling best, dah takde FEAR of REJECTION!! Dah jadi muka tembok. Yela, bila kita susah tak ramai yg nak tolong. Bil api air semua nak kena tanggung sendiri. ye dok??? Takkan nak tunggu ditimpa musibah baru kita nak bertindak cari jalan. Kena pandai berdikari. Bersedia dengan apa jua kemungkinan. Wajib jadi insan berilmu dan boleh berdiri atas kaki sediri. So, FAKE IT TILL U MAKE IT!!!

Saya hargai ukhuwwah yang terbina selama saya berShaklee. Allah, sungguh tak sangka dapat bertemu dengan insan-insan hebat. Tak lokek berkongsi ilmu. Jika ada masalah, saling membantu untuk selesaikan. Tak pernah rasa keseorangan. Sebab tu bisnes ni umpama nadi buat saya. Tanpa kata-kata semangat dari mereka, terasa hidup seolah-olah kosong. Tak percaya? Haa, kena join Shaklee la baru faham apa yang ku rasa. hihihi




Kawan-kawan, pesan saya pilihlah biz yang bleh buat anda enjoy. Takmo stress ehh :)

‪#‎Z2H‬
‪#‎inspirasi‬


HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
rynahakimi@gmail.com
Instagram: RynaHakimi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, September 19, 2014

Titipan hati: Ayah & Ibu

Assalamualaikum wbt

Bahagiakan Ibu-bapa tanpa syarat
Tak perlu tunggu kaya baru nak bantu mak ayah
Tak perlu tunggu 'ada masa' baru nak pulang menziarah
Tak perlu tunggu mereka sakit baru nak pulang
Tak perlu tunggu mereka call baru nak bertanyakan khabar


Pilihan di tangan kita
Manusia punya 24jam yang sama
Masa yang sesuai takkan pernah ada
Carilah masa.. Bukan biarkan masa mengawal kita


Hargailah mereka selagi mereka masih ada
Sayangi mereka selagi nafas dihela
Bahagiakan mereka tanpa harapkan sebarang balasan
Mereka hanya nak kita sentiasa 'ada'
Jauh di mata, dekat di hati
Jarak cuma alasan
Usaha yang membezakan


P/s: Ku pilih Shaklee untuk membahagiakan mereka. Sekurang-kurangnya mereka gembira anaknya selalu boleh pulang menziarah. Sentiasa ada untuk jaga mereka di kala sakit demam. Jadi WAHM. Aturan Allah yang terbaik untukku.


"Maka nikmat Allah yang manakah hendak kamu dustakan?"

My beloved parents


----------------------------------------------------------------------
Sebenarnya ini adalah status FB saya. Cuma teringin nak berkongsi dengan sahabat blogger jugak. Happy reading peeps! Walau daku tak puitis, tapi mesej tu sampai kan? Untuk dijadikan motivasi buat diri sendiri juga. Agar bekerja lebih gigih demi membahagiakan mereka :)


HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

Monday, September 15, 2014

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang

Shaklee merubah saya..

Dari seorang yang tak pernah fikir tentang orang lain, kini lebih cakna akan tanggungjawab sesama insan.. Saya tahu yang saya wajib kaya dan berjaya untuk membantu orang lain!!

Kalau dulu, soal solat awal waktu tak pernah nak ambil tahu. Apatah lagi ibadah sunat yang lain. Kalau tak kerana buat bisnes ni, sy takkan jatuh cinta dengan tahajjud dan dhuha.. Paling last buat solat dhuha? Zaman matrikulasi tahun 2003 kot.. Lepas tu tinggal terus..

Pernah suatu masa, saya rasa 'lost' dalam hidup. Tak tahu apa yg terbaik utk diri.. Tercari-cari sesuatu yang hilang. Ada yg tak lengkap. Bila rasa sesak, orang lain dipersalahkan.. Jiwa rasa kosong sangat.. Macam lagu Najwa Latif tu..ehe

Hinggalah saya jumpa Shaklee. Baru sy faham apa itu erti Hidup untuk memberi. Hidup bukan hanya semata² untuk diri kita. Ada sebab Allah jadikan kita sebagai khalifah di bumi ini.. 

Siapa kita nak kata Allah tak adil? Selalu rasa hidup susah dan tertekan. Walhal kita tak nampak Allah jadikan kesusahan sebagai teguran supaya tersedar dari hidup yang sia². Ujian agar kita faham ada tanggungjawab yg belum tertunai. 

Allah hadirkan Shaklee dlm hidup sy sebagai asbab untuk saya berfikir dan berubah. Untuk terus motivasikan diri. Belajar 'move on' bila jatuh. Belajar berfikir akan perlunya membantu orang lain. Belajar lebih berdikari. Belajar lebih menghargai ibu bapa dan mereka yg hadir di sekeliling kita.




Tepuk dada tanya hati.. Apa yg sebenarnya kita cari dalam hidup? Kalau tanya saya, saya jawab Ketenangan & kebahagiaan yang hakiki. Yang saya temui selepas berbisnes dlm Shaklee. Support group yang banyak memberi tunjuk ajar & kata semangat bila terjatuh. Sistem dah ada, tinggal follow saja.

Kawan-kawan yang ragu-ragu dengan Shaklee jangan risau. Ini kerana Multilevel marketing Shaklee adalah berlandaskan syariah dan halalan toyyiban. Tiada unsur tindas menindas, gharar, mahupun riba. Jangan takut kalau join Shaklee, hidup anda akan terkontang kanting tiada orang guide. 






Saya dulu pun begitu, skeptikal. namun Alhamdulillah, saya tak salah pilih 'team' untuk berShaklee. Pendek kata, Allah mudahkan urusan saya. Dapat mentor yang tak jemu-jemu nak bentuk 'anak-anak' Shaklee agar BANGKIT & BERJAYA dalam perniagaan. Sungguh ku tersentuh dengan kegigihan mentorku Hafsah Mardhiah. Kerana beliau lah saya masih meneruskan langkah dalam Shaklee walau penuh onak dan berliku.

Atas asbab Shaklee jugalah saya takkan berhenti berlari mengejar erti sebuah "Kejayaan". Penat? Taklah.. Sebab saya suka apa yang saya buat. Korang pernah tak rasa penat bila buat kerja yang tak sudah-sudah? Korang penat sebab korang tak minat dan tak ikhlas. See?? Bila buat sesuatu tak ikhlas, cepatlah down. Kuat merungut dan asyik berkeluh kesah. Kelak memakan hati dan emosi.

Saya rasa, kalau di saat ni saya kerja (makan gaji), saya takkan bermotivasi seperti tahap sekarang. Sebab jiwa saya bukan di situ. Dan saya yakin Allah dah rencanakan yg terbaik buat diri ini. Kaki dah berada dalam bidang ni. Tinggal nak terus melangkah atau tak je. Redah kasi pecah!!! Hihi

Love Shaklee ketat². Biar org nak kata kerja ni tak glamer. Like i care??? Hihi.. Janji saya tak susahkan hidup orang.

Kepada sahabat-sahabat, adik-adik yang pernah terdetik nak 'berubah' atau nak mencuba suatu yang baru dalam hidup jangan takut-takut ya. Just follow your instinct. Jangan pernah takut untuk mencuba. Cuma, kaji terlebih dahulu bisnes atau minat baru yang bakal diterokai. Itu juga ilmu. Menuntut ilmu takkan habis sampai bila-bila. DO IT NOW OR NEVER!!





‪#‎ShakleeEffect‬
‪#‎Z2H‬
‪#‎Inspirasi‬

P/s: 
1. Follow your passion, then success will follow you :) 
2. Nak sertai keluarga Shaklee saya? Jangan segan-segan untuk hubungi saya ya ;)



HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 ----------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, September 12, 2014

Aku seorang ibu (antara impian dan harapan)...

Assalamualaikum wbt

Berkecimpung dalam dunia Shaklee, membuatkan sy sedar ada tanggungjawab yang belum sudah. Tugas sebagai seorang anak, ibu dan isteri buat family tercinta. Tak mudah menjadi seorang ibu. Diruntun dilema yang tak sudah. Nak makan gaji atau kerja sendiri. Pilihan saya? Bisnes Shaklee yang boleh dilakukan secara online dan dari rumah. Kenapa? Restu suami ku di sini

Jujur saya sertai Shaklee dah lama. Pertengahan tahun lepas. Asalnya mencari satu aktiviti untuk mengisi masa terluang sebagai stay at home mom. Masa tu belum jadi WAHM ya. Hihi

Terjumpa Master Hafsah Mardhiah di Facebook. Langsung tak kenal. Cuma tahu beliau jual Shaklee. Masa tu mak Shaklee saya berada di rank key coordinator. Masa tu langsung tak tahu rank & level ni semua. Janji ku nak cuba berniaga online. Ok, done register sebagai member Shaklee. hihi





Sampai hari ni saya tertanya-tanya, kenapa ya aku pilih shaklee? Padahal banyak je biz lain yang boleh dicuba. Dropship ke, jual baju ke, perfume ke, etc. Macam mana ye boleh register Shaklee di bawah seorang yg tak ku kenali?? Hihihi. Tapi saya sangat yakin dengan kredibiliti Master Hafsah sebagai leader Shaklee. Nak kenal? boleh ke page Facebook Master Hafsah Mardhiah

Satu yang saya akui, berniaga Shaklee sangat mudah. Tak perlu simpan stok, tak perlu ke branch (ambil stok) dan tak perlu jumpa customer (jika jauh). Jika ada sahabat di area Perak Tengah yang nak produk Shaklee, bolehlah saya COD.





"Uisshhh.. Sia-sialah 'izazah' belajar lama-lama. Habiskan duit mak bapak je." Bagi saya, ramai orang yang takde SPM lebih sukses dari golongan yang ada 'izazah' ni. Jiwa dan minda mereka bebas. Buat apa yang mereka suka. Lebih kaya dan berjaya dalam hidup.


Ada degree menjaminkan kebahagiaan? Ya atau tidak, pilihan di tangan sendiri. Kalau rasa cinta dgn career anda, baguslah. kalau dalam sehari 10 kali duk update status menyampah meluat dgn bos, ada la yang tak kena tu.hihihi...

Apapun, syukur sebab punya ilmu dlm Bioteknologi. Sekaligus berkait rapat juga dengan nutrisi dan produk Shaklee. Kan cantik rencana Allah tu?

Selepas bersalin, saya nekad nak membesarkan Hafiey sendiri depan mata. Bercita-cita besar untuk mewariskan perniagaan kepada mereka suatu hari nanti. Ya, perjalanan masih jauh. Tapi saya tak akan sekali-kali berhenti. Sebab saya tahu rahsia orang bejaya ialah "Memulakan sesuatu dan lakukannya bersungguh-sungguh sehingga habis."


Keluarga kecil kami =)

Mak ayah pula sentiasa bagi sokongan yang tak berbelah bahagi. Asal call je tanya,


"Bisnes ok tak??"..
"Ada seminar lagi tak, boleh kami jagakan Hafiey"..
"Nak kami tolong edarkan flyers tak??"

Kejam kan kalau saya berhenti sekerat jalan? Bunuh impian sendiri satu hal. Harapan mak ayah, sanggup ke biarkan mereka kecewa dengan sikap kita? Jika mereka yakin dengan kita, kenapa kita sendiri nak nafikan kebolehan itu? Yang kata tak boleh tu 'BIAWAK' semata-mata. Haha..

Atas guidance mentor Shaklee saya, saya takkan berhenti melangkah. Biarlah apa orang nak kata. Fitnah menimpa. Kalau dah yakin, lautan api ku tempuh jua. Ada aku kesah?? kihkih.

Kalau saya susah, ada ke orang nak tolong? Kami jugak yang kena survive nak penuhkan perut anak dan diri sendiri. "Ada suami. apa susah??"... Tapi sampai bila nak menyusahkan dia? Suami juga pinjaman Allah buat kita. Bila-bila masa Allah boleh ambil balik kalau DIA nak.

Bila dah jadi ibu, baru faham apa yang seorang ibu harapkan dari anak2. Bukan semata wang ringgit, tapi kejayaan yang bakal mereka kecapi di masa akan datang. Makan gaji, kerja sendiri? Ibu tak kisah. Asalkan anak-anak boleh survive di dunia yang serba mencabar ini. 


Saya pilih Shaklee, kerana ia yang menjadikan saya yang hari ini.

Kerana Shaklee jugalah halatuju hidup saya makin jelas.

Kerana Shaklee jugalah saya cepat2 bangkit bila rasa down.

Kenapa saya buat Shaklee? Kerana saya seorang ibu yang inginkan yg terbaik buat anak-anak. Dan saya tahu, Allah restu perjuangan saya di sini.


HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

Tuesday, May 27, 2014

Hadiah untuk mak :)

Assalamualaikum wbt

Tadi dah banyak tidur, sekarang mulalah terkebil-kebil. Elok juga, boleh luangkan masa untuk update blog terchenta ni. Hehe

Duk teringat kat parcel yang dipos untuk insan kesayangku, mymom! Duk terbayang-bayang keterujaan mak bila bukak hadiah yang kami hantar tu. Cuba teka apa? Haha.. jeng jeng jeng!! Hanya golongan wanita dan suri dapur aje suka gadget2 masak memasak. Hadiah taklah mahal, tapi inshaa Allah berguna dan cukup membuatkan hati mymom berbunga-bunga.

Mak dah lama cari periuk pengukus. Dia ada cakap nak beli, tapi masih tak terbeli. Jadi sempena hari ibu yang lalu, terdetik nak beri mak hadiah. Tak terlambat lagi kan? Tak kisahlah beri hadiah bila pun. Hari ibu bukan sehari je. Hehe




Gambar sebenar isi kotak itu biarlah rahsia. haha.. mengada-ngada kan? Alaa, setakat pengukus korang dah boleh imagine macam mana barangnya. Google aje. Yang saya beli tidaklah sophisticated pun. Jenama biasa-biasa, untuk kegunaan rutin dapur. Amat berguna ok! Ehe

Oh ya, saya beli hadiah ni dengan menggunakan wang hasil jualan Shaklee saya. Ada rezeki lebih, apa salahnya kita beri 'reward' kepada orang sekeliling kita yang banyak beri sokongan moral. Ibu, pastinya insan yang paling banyak memberi kata-kata semangat untuk saya kekal aktif berShaklee. 

Suami pun turut menjadi tunjang kekuatan saya yang tak berbelah bahagi. Jadi, selagi saya tak dapat apa yang saya hajati, takkan sekali-kali saya berhenti melangkah dalam biz Shaklee ini.

Cehhh.. Luahan perasaan la pula kan. Hihi. Tapi betullah, di sebalik kejayaan seseorang itu pastinya ada insan hebat yang beri dorongan yang tak berbelah bahagi.  Betul tak? 

Masih banyak impian dalam hidup yang perlu saya kejar. Kawan-kawan nak jadi biz partner saya tak? Jom kita sama-sama belajar. Berkongsi ilmu, sama-sama bangkit dan berjaya dalam hidup. Pastinya akan ada ganjaran buat mereka yang berusaha. HAVE FAITH IN HIM :)




Nak jadi ahli?  Boleh bagitau saya. Saya memang teruja nak tambah kawan dalam biz online yang hebat ni. Jangan malu segan ye. Nak berjaya, tak boleh malu-malu. Hehe


INFO LANJUT KEAHLIAN SHAKLEE


Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, August 4, 2013

Salam Lebaran :)

Assalamualaikum wbt.

Kita dah masuk hari-hari terakhir ramadha. Serius rasa sedih kian menebal. Sedih kerana bakal berpisah dengan bulan Ramadhan, bulan yang paling dinanti setiap tahun. Semoga bakal bertemu lagi denganmu wahai Ramadhan :'(

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, 1434 Hijrah. Maaf Zahir dan Batin. Ampunkan salah silap sekiranya terkasar bahasa dan ada salah silap sepanjang berceloteh di dalam belog ini; samada langsung atau tidak langsung. Manalah tahu, kot2 buat lawak tak kena ke. hehe

Semua dah balik kampung ke? Saya lepas zuhur karang baru bertolak pulang ke kampung halaman. Doakan semoga perjalanan pulang kami sekeluarga selamat ye kawan-kawan. 

1 Syawal nanti jangan terlebih makan pula ye.Tak elok untuk kesihatan. Tapi jangan risau, Shaklee setia membantu menjaga masalah kesihatan kita. Aicehhhh..sempat beriklan tu..hahahah.. Biasalah, biz minded lah sangat..hehe.. Nak apa-apa produk, roger2 saya ye. Nak diet lepas raya?? boleh aje dengan set Diet Shaklee :)





Salam tulus ikhlas

RynaHakimi dan Keluarga

Tuesday, June 11, 2013

Saya dan Shaklee

Assalamualaikum wbt.

Pastinya ada yang tertanya2, bagaimana sy boleh terjebak dengan Shaklee?? Sengajakah? Sebah tiada pilihan atau pakai tangkap muat je?? Huhu. sehingga kini masih tak percaya sy adalah seorg Independent Distributor Shaklee.

Percaya atau tidak, semuanya telah pun ditentukan Allah. Dulu tak pernah timbul sikit pun minat pd produk Shaklee ni. Sebelah mata pun tak pandang aihhh.. hehe.. Bg sy mana2 produk vitamin ni sama je. Namun bila buat kajian terperinci, tenyata ia mengubah persepi sy tentang produk kesihatan ni.

Hujung Disember 2012, sy consume ESP dari Shaklee sebab susu badan merudum. Dahla nak jenis yg lapar je manjang. Ternyata pilihan sy tak sia2. Atas asbab Allah yang detikkan hati sy untuk cuba produk ini.


*google*

Tak salah bercita-cita besar. Asal tidak lari dari tujuan utama kenapa sy join bisnes ini. Tak lain hanya kerana ingin membantu suami dan meng'explore' suatu yg baru dalam hidup sy. Bukan utk menunjuk2 mahupun berbangga diri. Semoga jauh dari sifat ujub itu.

Untuk berjaya dalam perniagaan tak semudah yang disangka. Perlu ada usaha yang berterusan, never give up! Selebihnya kita tawakkal kepada Allah. Takkan hari ni mula bisnes esok terus orang ramai serbu beli kat kedai kita kan.

My mom said, nak bina perniagaan perlu lalui pahit getir dan jatuh bangun sepanjang perjalanan. Beliau dulu pun ada kedai makan. Dalam masa seminggu pertama berniaga tu memang tak ramai pelanggan. Boleh dikatakan makanan dibuang mcm tu je. Ada juga yang disedekah pd jiran2.

Masa berlalu, perniagaan beliau dah punya peminat tersendiri. Alhamdulillah.. Allah sentiasa bersama2 hambaNya yang tak kenal putus asa. Tapi sekarang my mom dah pencen. Cukup bulan kutip hutang org sewa kedai.. hehhe

So, akanku tekadkan semangat dan iltizam untuk terus berjaya dalam bisnes Shaklee ni. Asal suami redha dan menyokongku dari belakang, tu pun dah amat cukup berharga bagiku. Demi anakku yang semakin membesar, ku korbankan kerja 'makan gaji'. Bumi Allah ni luas. Rezeki ada ni mana2 asalkan kita rajin berusaha, kejayaan pasti menanti  :)

-UmmuHafiey-

Tuesday, May 21, 2013

Bismillah.....

Assalamualaikum wbt.

Syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izinNya saya terbuka hati untuk menyertai Shaklee sebagai salah seorang Independent Distributor. Alhamdulillah, ternyata pintu rezeki terbuka luas untuk suri-rumah seperti saya ni.

Terima kasih tak terhingga kepada coach saya, Puan Hafsah Mardhiah di atas peluang yang diberikan. Semoga perjuangan kita untuk memantapkan ekonomi sesama islam menjadi kenyataan. InsyaAllah..

Kepada suamiku, syukran jazilan dinda ucapkan di atas sokongan yang tak berbelah bahagi. Semoga rezeki kita sekeluarga sentiasa melimpah ruah di bawah rahmat dan keberkatan dariNya.. =)


-UmmiHafiey-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik