Assalamualaikum wbt.
Pastinya ada yang tertanya2, bagaimana sy boleh terjebak dengan Shaklee?? Sengajakah? Sebah tiada pilihan atau pakai tangkap muat je?? Huhu. sehingga kini masih tak percaya sy adalah seorg Independent Distributor Shaklee.
Percaya atau tidak, semuanya telah pun ditentukan Allah. Dulu tak pernah timbul sikit pun minat pd produk Shaklee ni. Sebelah mata pun tak pandang aihhh.. hehe.. Bg sy mana2 produk vitamin ni sama je. Namun bila buat kajian terperinci, tenyata ia mengubah persepi sy tentang produk kesihatan ni.
Hujung Disember 2012, sy consume ESP dari Shaklee sebab susu badan merudum. Dahla nak jenis yg lapar je manjang. Ternyata pilihan sy tak sia2. Atas asbab Allah yang detikkan hati sy untuk cuba produk ini.
*google* |
Tak salah bercita-cita besar. Asal tidak lari dari tujuan utama kenapa sy join bisnes ini. Tak lain hanya kerana ingin membantu suami dan meng'explore' suatu yg baru dalam hidup sy. Bukan utk menunjuk2 mahupun berbangga diri. Semoga jauh dari sifat ujub itu.
Untuk berjaya dalam perniagaan tak semudah yang disangka. Perlu ada usaha yang berterusan, never give up! Selebihnya kita tawakkal kepada Allah. Takkan hari ni mula bisnes esok terus orang ramai serbu beli kat kedai kita kan.
My mom said, nak bina perniagaan perlu lalui pahit getir dan jatuh bangun sepanjang perjalanan. Beliau dulu pun ada kedai makan. Dalam masa seminggu pertama berniaga tu memang tak ramai pelanggan. Boleh dikatakan makanan dibuang mcm tu je. Ada juga yang disedekah pd jiran2.
Masa berlalu, perniagaan beliau dah punya peminat tersendiri. Alhamdulillah.. Allah sentiasa bersama2 hambaNya yang tak kenal putus asa. Tapi sekarang my mom dah pencen. Cukup bulan kutip hutang org sewa kedai.. hehhe
So, akanku tekadkan semangat dan iltizam untuk terus berjaya dalam bisnes Shaklee ni. Asal suami redha dan menyokongku dari belakang, tu pun dah amat cukup berharga bagiku. Demi anakku yang semakin membesar, ku korbankan kerja 'makan gaji'. Bumi Allah ni luas. Rezeki ada ni mana2 asalkan kita rajin berusaha, kejayaan pasti menanti :)
-UmmuHafiey-
No comments:
Post a Comment