Showing posts with label Jadi AHLI. Show all posts
Showing posts with label Jadi AHLI. Show all posts

Thursday, October 9, 2014

Nak jadi ahli Shaklee secara PERCUMA??

Assalamualaikum wbt

Fuhhhhh!!! Macam-macam surprise pulak semenjak dua menjak ni. Shaklee memang BEST. Ada saja kejutan. Hehe

Kawan-kawan minat tak nak tambah side income? Iyalah, dengan peningkatan harga minyak & pelaksanaa GST tak lama lagi semestinya kos sara hidup semakin tinggi kan?



Kita tak mampu nak sekat inflasi dari terjadi. Apa yang kita boleh buat?? Ubah nasib kita. Tambah pendapatan untuk menampung keperluan.

Saya pun niat berniaga untuk bantu keluarga & bantu sahabat-sahabat yang benar-benar nak merubah nasib hidup. Selagi tak cuba, kita tak tahu. 

TAKUT?? Itu normal, cuma jangan sampai mengalah dengan rasa takut. KETAKUTAN MEMBUNUH KEBERANIAN. So, redah aje. Tak semestinya biz Shaklee saja. Buatlah bisnes nasi lemak ke, rempeyek ke, homemade roti ke.. Apa sahaja, asal boleh membantu stabilkan ekonomi keluarga kita.

Berbalik kepada FREE MEMBERSHIP Shaklee, ianya berlangsung sepanjang Oktober ini. Ada syaratnya iaitu membeli satu set promo ESP Beli 6 percuma 1, sekaligus anda akan terima rebate RM35 pada bulan berikutnya.

Beli 6 tu banyak sangat?? Ish, kumpul aje order dengan kawan-kawan, adik beradik. Konfem kejap je complete order tu. ESP ni sesuai untuk siapa ya?? Jom semak

Siapa yang boleh ambil ESP??
  1. Ibu mengandung – makanan nutrisi yg terbaik,membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik
  2. Ibu yang menyusu – mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu. Pengambilan esp yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihatPenghidap kencing manis
  3. Kanak-kanak 1 tahun ke atas – sangat sesuai untuk tumbesaran yang sempurna
  4. Pelajar/pekerja/individu dewasa/warga emas - penambah tenaga/energy booster
  5. Penghidap kencing manis
  6. Lelaki dan wanita – untuk mencegah dari penyakit
  7. Orang yang alergik atau alahan.
  8. Wanita ingin menguruskan badan


INFO LANJUT ESP -----------> KLIK SINI


Harga ESP menjunam kaw-kaw sepanjang Oktober. Jimat hingga RM400. Wowwww!!!

Masih tak faham?? Inginkan penjelasan lanjut?? Jangan malu atau segan untuk hubungi saya. Konsultasi percuma menanti anda :)



HUBUNGI SAYA:-
 

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
rynahakimi@gmail.com
Instagram: RynaHakimi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, September 23, 2014

Best ke jadi ahli SHAKLEE?

Assalamualaikum wbt

Best ke jadi ahli SHAKLEE? Itu soalan yang paling kerap saya terima sepanjang berShaklee ni. Saya tahu, ramai yang ragu-ragu nak mencuba. Risaukan risiko kerugian jika tersilap langkah kan? Don't worry dear. Bisnes Shaklee adalah satu-satunya bisnes yang 'zero risk' jika anda ikut pelan bisnes yang betul.

Plan bisnes Shaklee ni macam mana pula? Jika anda serius untuk berbisnes, anda seharusnya membuat pembelian sekurang-kurangnya (minimum) RM450 ke atas bagi mendapatkan 150uv (unit volume). Melalui pembelian minima ini, anda akan mendapat bonus pertama anda. Boleh lihat gambarajah di bawah:




Oh ya. Sekiranya anda jadi ahli untuk mendapatkan vitamin dengan harga murah tanpa berbisnes pun tiada masalah. Tak perlu maintain point tertentu. Hanya mereka yang benar-benar serius untuk menjalankan perniagaan Shaklee perlu mengekalkan point tertentu bagi menentukan tahap bonus yang bakal diterima. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya secara personal ya.

Shaklee juga menawarkan 3 C iaitu:
  • CASH(WANG TUNAI)
  • CAR (BONUS KERETA)
  • CONVENTION (PELANCONGAN/UMRAH)

Best ke jadi ahli Shaklee?

Tentulah jawapannya YA!! Dari seorang surirumah yang '0' pengalaman dan pengetahuan tentang perniagaan, kini saya lebih terbuka dalam menimba ilmu baru. Lebih manis, hidup dikelilingi oleh insan-insan yang positif dan sentiasa membantu dari segenap segi.

Dalam Shaklee juga ada group mentoring dan coaching. Jika anda menyertai keluarga Shaklee kami, anda akan diberi pendedahan sepenuhnya tentang bagaimana nak menjalankan bisnes ini. Semua ilmu dan perkongsian telah tersedia di secret group kami. Sistem dah ada, cuma perlu ikut dan buat sahaja. "FOLLOW EXACTLY WHAT YOUR MENTOR DO".




Jika anda sukakan motivasi, inilah masanya anda menceburkan diri dalam dunia bisnes yang hebat ini. Segala-galanya online. Tak perlu jadi pakar IT jika nak berbisnes online. Yang perlu cuma jiwa kental, semangat yang tinggi, rajin serta sabar. Modal sebenar bisnes Shaklee adalah diri anda sendiri. Sejauh mana matlamat dan halatuju anda dalam bidang biz Shaklee ni.

Malaslah.. Join bisnes nanti kena gi kelas

No no no. Jangan fikir bisnes ni susah. Sepanjang saya berbisnes Shaklee, cuma sekali saya bertemu & coaching dengan mentor saya. Itupun kerana beliau ada urusan kerja di tempat saya. Selebihnya, kami coaching secara online. Kami diajar cara melakukan product sharing, buat poster, amalan-amalan rohani dan dibekalkan kata-kata motivasi yang membantu kami untuk kekal positif. 

Sungguh seronok kerana walaupunsaya hanya surirumah, masa terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Nak berjaya, kenalah korbankan perkara yang sia-sia seperti tidur siang, tonton tv, lepak dan sebagainya. Pendek kata, pengurusan masa kena betul. Jika tidak, banyak masa dihabiskan dengan perkara yang tak penting dan kurang bermanfaat.

Jika anda berminat nak berseminar atau belajar lebih tentang Shaklee, bolehlah menyertai 'Bengkel Nutrisi' yang dianjurkan oleh Shaklee Malaysia sepanjang tahun. Melalui bengkel tersebut, peserta dideahkan dengan pelbagai 'product's knowledge' dan kaedah memasarkan produk secara lebih berkesan. Peserta juga akan diberikan sijil sebagai bukti agen Shaklee yang bertauliah.



 Info lanjut keahlian Shaklee--> DI SINI

Jika anda berminat untuk menjadi ahli dan mencabar diri dalam cabang bisnes, inilah masanya. Jom mendaftar sebagai ahli dengan yuran hanya RM75 sepanjang hayat. Tak rugi aihh jadi ahli. Selain dapat beli barang dengan harga yang lebih jimat (15-25%), anda juga berpeluang untuk menambah pendapatan keluarga. Sambil menyelam minum air, betul tak?

Sebarang pertanyaan atau maklumbalas amatlah dialu-alukan. Boleh hubungi saya di maklumat yang tertera di bawah. Jom sama-sama mendaki puncak kejayaan bersama Shaklee. 

"FROM ZERO TO HERO"



HUBUNGI SAYA:-
 
 

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
rynahakimi@gmail.com
Instagram: RynaHakimi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, September 12, 2014

Aku seorang ibu (antara impian dan harapan)...

Assalamualaikum wbt

Berkecimpung dalam dunia Shaklee, membuatkan sy sedar ada tanggungjawab yang belum sudah. Tugas sebagai seorang anak, ibu dan isteri buat family tercinta. Tak mudah menjadi seorang ibu. Diruntun dilema yang tak sudah. Nak makan gaji atau kerja sendiri. Pilihan saya? Bisnes Shaklee yang boleh dilakukan secara online dan dari rumah. Kenapa? Restu suami ku di sini

Jujur saya sertai Shaklee dah lama. Pertengahan tahun lepas. Asalnya mencari satu aktiviti untuk mengisi masa terluang sebagai stay at home mom. Masa tu belum jadi WAHM ya. Hihi

Terjumpa Master Hafsah Mardhiah di Facebook. Langsung tak kenal. Cuma tahu beliau jual Shaklee. Masa tu mak Shaklee saya berada di rank key coordinator. Masa tu langsung tak tahu rank & level ni semua. Janji ku nak cuba berniaga online. Ok, done register sebagai member Shaklee. hihi





Sampai hari ni saya tertanya-tanya, kenapa ya aku pilih shaklee? Padahal banyak je biz lain yang boleh dicuba. Dropship ke, jual baju ke, perfume ke, etc. Macam mana ye boleh register Shaklee di bawah seorang yg tak ku kenali?? Hihihi. Tapi saya sangat yakin dengan kredibiliti Master Hafsah sebagai leader Shaklee. Nak kenal? boleh ke page Facebook Master Hafsah Mardhiah

Satu yang saya akui, berniaga Shaklee sangat mudah. Tak perlu simpan stok, tak perlu ke branch (ambil stok) dan tak perlu jumpa customer (jika jauh). Jika ada sahabat di area Perak Tengah yang nak produk Shaklee, bolehlah saya COD.





"Uisshhh.. Sia-sialah 'izazah' belajar lama-lama. Habiskan duit mak bapak je." Bagi saya, ramai orang yang takde SPM lebih sukses dari golongan yang ada 'izazah' ni. Jiwa dan minda mereka bebas. Buat apa yang mereka suka. Lebih kaya dan berjaya dalam hidup.


Ada degree menjaminkan kebahagiaan? Ya atau tidak, pilihan di tangan sendiri. Kalau rasa cinta dgn career anda, baguslah. kalau dalam sehari 10 kali duk update status menyampah meluat dgn bos, ada la yang tak kena tu.hihihi...

Apapun, syukur sebab punya ilmu dlm Bioteknologi. Sekaligus berkait rapat juga dengan nutrisi dan produk Shaklee. Kan cantik rencana Allah tu?

Selepas bersalin, saya nekad nak membesarkan Hafiey sendiri depan mata. Bercita-cita besar untuk mewariskan perniagaan kepada mereka suatu hari nanti. Ya, perjalanan masih jauh. Tapi saya tak akan sekali-kali berhenti. Sebab saya tahu rahsia orang bejaya ialah "Memulakan sesuatu dan lakukannya bersungguh-sungguh sehingga habis."


Keluarga kecil kami =)

Mak ayah pula sentiasa bagi sokongan yang tak berbelah bahagi. Asal call je tanya,


"Bisnes ok tak??"..
"Ada seminar lagi tak, boleh kami jagakan Hafiey"..
"Nak kami tolong edarkan flyers tak??"

Kejam kan kalau saya berhenti sekerat jalan? Bunuh impian sendiri satu hal. Harapan mak ayah, sanggup ke biarkan mereka kecewa dengan sikap kita? Jika mereka yakin dengan kita, kenapa kita sendiri nak nafikan kebolehan itu? Yang kata tak boleh tu 'BIAWAK' semata-mata. Haha..

Atas guidance mentor Shaklee saya, saya takkan berhenti melangkah. Biarlah apa orang nak kata. Fitnah menimpa. Kalau dah yakin, lautan api ku tempuh jua. Ada aku kesah?? kihkih.

Kalau saya susah, ada ke orang nak tolong? Kami jugak yang kena survive nak penuhkan perut anak dan diri sendiri. "Ada suami. apa susah??"... Tapi sampai bila nak menyusahkan dia? Suami juga pinjaman Allah buat kita. Bila-bila masa Allah boleh ambil balik kalau DIA nak.

Bila dah jadi ibu, baru faham apa yang seorang ibu harapkan dari anak2. Bukan semata wang ringgit, tapi kejayaan yang bakal mereka kecapi di masa akan datang. Makan gaji, kerja sendiri? Ibu tak kisah. Asalkan anak-anak boleh survive di dunia yang serba mencabar ini. 


Saya pilih Shaklee, kerana ia yang menjadikan saya yang hari ini.

Kerana Shaklee jugalah halatuju hidup saya makin jelas.

Kerana Shaklee jugalah saya cepat2 bangkit bila rasa down.

Kenapa saya buat Shaklee? Kerana saya seorang ibu yang inginkan yg terbaik buat anak-anak. Dan saya tahu, Allah restu perjuangan saya di sini.


HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

Tuesday, May 27, 2014

Hadiah untuk mak :)

Assalamualaikum wbt

Tadi dah banyak tidur, sekarang mulalah terkebil-kebil. Elok juga, boleh luangkan masa untuk update blog terchenta ni. Hehe

Duk teringat kat parcel yang dipos untuk insan kesayangku, mymom! Duk terbayang-bayang keterujaan mak bila bukak hadiah yang kami hantar tu. Cuba teka apa? Haha.. jeng jeng jeng!! Hanya golongan wanita dan suri dapur aje suka gadget2 masak memasak. Hadiah taklah mahal, tapi inshaa Allah berguna dan cukup membuatkan hati mymom berbunga-bunga.

Mak dah lama cari periuk pengukus. Dia ada cakap nak beli, tapi masih tak terbeli. Jadi sempena hari ibu yang lalu, terdetik nak beri mak hadiah. Tak terlambat lagi kan? Tak kisahlah beri hadiah bila pun. Hari ibu bukan sehari je. Hehe




Gambar sebenar isi kotak itu biarlah rahsia. haha.. mengada-ngada kan? Alaa, setakat pengukus korang dah boleh imagine macam mana barangnya. Google aje. Yang saya beli tidaklah sophisticated pun. Jenama biasa-biasa, untuk kegunaan rutin dapur. Amat berguna ok! Ehe

Oh ya, saya beli hadiah ni dengan menggunakan wang hasil jualan Shaklee saya. Ada rezeki lebih, apa salahnya kita beri 'reward' kepada orang sekeliling kita yang banyak beri sokongan moral. Ibu, pastinya insan yang paling banyak memberi kata-kata semangat untuk saya kekal aktif berShaklee. 

Suami pun turut menjadi tunjang kekuatan saya yang tak berbelah bahagi. Jadi, selagi saya tak dapat apa yang saya hajati, takkan sekali-kali saya berhenti melangkah dalam biz Shaklee ini.

Cehhh.. Luahan perasaan la pula kan. Hihi. Tapi betullah, di sebalik kejayaan seseorang itu pastinya ada insan hebat yang beri dorongan yang tak berbelah bahagi.  Betul tak? 

Masih banyak impian dalam hidup yang perlu saya kejar. Kawan-kawan nak jadi biz partner saya tak? Jom kita sama-sama belajar. Berkongsi ilmu, sama-sama bangkit dan berjaya dalam hidup. Pastinya akan ada ganjaran buat mereka yang berusaha. HAVE FAITH IN HIM :)




Nak jadi ahli?  Boleh bagitau saya. Saya memang teruja nak tambah kawan dalam biz online yang hebat ni. Jangan malu segan ye. Nak berjaya, tak boleh malu-malu. Hehe


INFO LANJUT KEAHLIAN SHAKLEE


Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, April 4, 2014

Promo April~ OsteMatrix!!!

Assalamualaikum wbt

Fuhhh..lama sungguh menyepi. Sejak masalah gangguan internet, dan masalah tablet baru yg dibeli tak berfungsi, mood berblog sedikit terganggu. Tapi tak boleh lama2. Kang uolss rindu susah pulak. Hihu

Dah pun masuk bulan April. Suku pertama untuk tahun 2014. Uiii.. Pantas sungguh. Rasanya banyak lagi impian yang tak tercapai. Kena cepat-cepat bangkit dan kejar!!

*Google*

Untuk pengetahuan sahabat semua, semua produk Shaklee hanya akan dijual mengikut harga pasaran. Kami Shaklee Independent Distributor tak dibenarkan untuk mengurangkan harga sesuka hati. Jika tidak, tindakan atau hukuman yg berat akan dikenakan sekiranya melanggar peraturan.

Tapi jangan risau. Kawan-kawan masih boleh dapatkan barangan Shaklee dengan harga istimewa sekiranya menjadi ahli sah Shaklee. Yuran cuma RM75 sepanjang hayat. Berbaloi-baloi.. Bolehlah nak shopping produk Shaklee sampai lebam. Nak berbisnes pun boleh sangat. Jana pendapatan sambil guna produk Shaklee. Orang kata, sambil menyelam minum air. Tak gitu? Hihi

Sempena bulan April ini juga, Shaklee sedang mengadakan promosi OsteMatrix Beli 6 Percuma 1. Sebotol cuma RM61. Tapi kalau nak harga yang lebihj istimewa, kenalah jadi ahli. Adil saksama gitu. Beli banyak2, boleh share dengan adik beradik, sedara-mara dan dengan sesiapa sahaja.



Antara Manfaat OsteMatrix ialah:-

  • Membantu dalam pembentukan tulang & gigi yg sihat.
  • Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh).
  • Memulihkan kekejangan, kebas - kebas, sakit tulang belakang & simpul biawak (bagi ibu hamil)
  • Meringankan stress - mengelakkan gejala mudah meradang & murung.
  • Menstabilkan tekanan darah bagi memastikan tekanan darah berada tahap yg normal.
  • Meringankan sakit ketika haid. (Kelancaran saraf & pengecutan otot memerlukan kalsium yg mencukupi. Dengan kalsium yg cukup, kita tak mudah senggugut, retensi air)
  • Membantu kekal bertenaga & bersemangat walapun sibuk dengan urusan seharian (terutama bagi mereka yg bekerja) 
  • Membantu masalah gastrik.
  • Membantu dalam pengurusan badan.
  • Membantu dalam mengatasi sembelit.

Untuk maklumat lanjut keterangan produk, anda bolehlah hubungi saya seperti di maklumat berikut. Sekiranya berminat untuk menjadi ahli, penyertaan anda amatlah dialu-alukan.

Ayuh sertai keluarga Shaklee saya. Gerenti anda tak akan menyesal dan teruja dengan ukhuwwah yang terbina. In Shaa Allah :)

 
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Saturday, March 8, 2014

Jom Sertai Keluarga Shaklee Saya :)




 ====================
RECRUITMENT!!
=====================

Saya mencari mereka yang berjiwa kental untuk sama-sama berjaya dalam bisnes Shaklee.

Modal permulaan hanya RM75 (kos temasuk pos dan member kit)


Bagi yang ingin menyertai keluarga Shaklee sy secara PERCUMA, jom grab peluang sempena promosi ESP beli 6 percuma 1 ini. Secara automatik akan mendapat keahlian percuma dan bonus menanti anda pada bulan yang berikutnya.





Anda pasti anda yang berjiwa kental?
Tidak gentar dengan cabaran dan halangan di hadapan?
Berminat untuk ringankan bebanan keluarga?
Anda layak bersama-sama saya dalam bisnes ini!!
Jana pendapatan 3, 4 atau 5 angka?

Anda yang tentukan


Ini bukan JANJI
Tapi ia PASTI



Pasti akan ada bahagian buat mereka yang berusaha.

Amaran Keras!!:

Ini bukan skim cepat kaya. Tak ada usaha, hasil pun Yillek. Jangan berangan nak cepat kaya kalau diri sendiri malas tahap asbestos.

-------------------------------------------------
Hubungi saya untuk info lanjut:-

Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik