Friday, February 7, 2014

Kelebihan Jadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum wbt

Beberapa hari ini banyak pertanyaan yang saya terima tentang kebaikan dan kelebihan menjadi ahli Shaklee. Untuk menjawab semua persoalan yang diajukan, saya buat satu entry yang khas untuk mereka yang berminat untuk menambah pendapatan sampingan.

Sebelum itu, saya nak ceritakan serba-sedikit bagaimana saya boleh terjebak dalam biz Shaklee ini. Semuanya secara tak sengaja. Tak pernah terfikir pun nak join MLM sebab sebelum ini saya dah pernah join satu MLM ni. Yang kena cari orang, meeting sampai lewat malam. Kena ada downline untuk survive, dll. Memang tak kena dengan jiwa saya la kan.




Kemudian lepas bersalinkan Hafiey saya diberi satu canister/tong Energizing Soy Protein oleh adik saya. Bila dah guna, macam best pula. Sebab kulit rasa makin glowing, luka cepat pulih dan bertenaga sepanjang berpantang.

Alhamdulillah, di situlah 'turning point' saya dalam kehidupan. Secara tak sengaja saya berkenalan dengan upline saya sekarang iaitu Master Hafsah Mardhiah. Beliaulah yang bertanggungjawab mendidik saya dalam Shaklee ini.

Semuanya diajar. Sistem pun dah ada. Tinggal samada kita nak teruskan ataupun tidak. kata orang, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Tanpa menoleh ke belakang, saya mengejar cita-cita untuk berjaya dalam Shaklee. Walaupun saya cuma seorang surirumah, besar harapan saya untuk membina sebuah keluarga yang stabil dari segi kewangan, mampu membantu kedua ibu-bapa dengan pendapatan sendiri.

Panjang pula bebelan saya. hihi. Jom saya konsgikan 7 kelebihan Sebagai Ahli Shaklee


KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

  1. MESRA KELUARGA

Me & My Family

Rasanya inilah satu-satunya bisnes yang mesra keluarga. Pergi mana-mana event pun boleh bawa anak bersama-sama. Teringat tahun lepas, satu Magic Sharing Session dianjurkan di Ipoh. Memang fullhouse. Penuh dan meriah.



Anak-anak dibiarkan untuk melakukan aktiviti masing-masing. Dari yang mewarna, melukis, jigsaw puzzle, semua ada. Hafiey? Masa tu dia tak pandai berjalan sendiri lagi. Jadi sambil dengar magic sharing oleh Otai-Otai Shaklee, kenalah pantau si budak kecik ni juga. Hafiey suka berkawan. Habis mainan kawan-kawan disepahkan. Aduhh. Sudahnya, Abi yang tolong pegangkan. hihi

Kenapa Shaklee mesra keluarga? Sebab suami pun boleh join sekali. Bila dah daftar, automatik suami pun ahli bawah ID yang sama. Best kan? Suami saya pun tolong promote barang-barang Shaklee di ofis beliau. Alhamdulillah, mendapat sambutan yang menggalakkan.

Lagi satu, memang langsung tak perlu meeting bagai untuk jumpa orang. Jual barang pun secara online je. Best kan? Klik klik klik. Semuanya di hujung jari. Sambil layan anak bermain pun boleh berbiznes tanpa gangguan.


2. MODAL YANG SANGAT RENDAH

Hanya bermodalkan RM75, kita akan menjadi ahli Shaklee seumur hidup. Nak join percuma pun boleh, hanya dengan membuat pembelian bernilai RM670 ke atas. Anda diberi keahlian percuma dan siap dapat bonus lagi. Hihi

Owh, boleh aje kumpul order kalau nak cukupkan RM670 tu kan. Ajak mak ayah, sepupu, mak sedara, join ramai-ramai. Nanti dapatlah keahlian percuma. Macam saya, bayar yuran keahlian RM75 (termasuk kos pos). Then boleh terus shopping barang-barang Shaklee sesedap rasa dengan harga ahli. Hehe.. Tak rugi apa pun. Nak biznes boleh, jadi ahli untuk kegunaan sendiri pun boleh. Terpulang kepada individu.

Rasanya tak ada kot modal bisnes lain yang rendah macam Shaklee ni. Tak perlu nak buat loan bagai semata-mata nak mulakan perniagaan. Semuanya ikut kemampuan. Macam saya ni surirumah, manalah nak ada duit berkepuk-kepuk kan. RM75 pun guna duit simpanan. Tapi Alhamdulillah, tak menyesal jadi ahli SHAKLEE ni. Hidup pun sentiasa positif gitu. Nak tahu rahsianya? Jomlah join Shaklee hari ini. =)


3. PELUANG JADI WORK AT HOME MOM (WAHM)





Yeah!! Sesuai dengan nama belog saya ni. Officially A WAHM. Itulah saya sekarang. Sejak pagi hinggalah malam, masa terisi dengan aktiviti untuk mantapkan bisnes sendiri. Sayalah bos, sayalah pekerja, sayalah yang buat marketing, sayalah juga yang kena deal dengan customer. Perniagaan saya, saya yang tentukan. Orang lain tak boleh tolong. Heh, boleh tolong nasihatkan je la. Itu untungnya ada mentor/coach dalam perniagaan Shaklee ini. Offline & Online coaching untuk ahli-ahli Shaklee yang serius untuk menjalankan bisnes.

Sebelum ni kalau orang tanya kerja apa, saya jawab 'tak kerja, jaga anak je'. Tapi sekarang bila ada yang bertanya, dengan confident nya saya jawab ' Saya distributor Shaklee, kerja dari rumah sambil jaga anak'. Wahhhhh gitu. Rasa kagum dengan diri sendiri kerana mampu bantu suami sedikit sebanyak. Alhamdulillah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Kepada sahabat yang sedang cari pendapatan sampingan elok sangatlah join bisnes Shaklee ini. Manalah tahu, suatu hari nanti berpeluang jadi WAHM. Masa tu bonus Shaklee melebihi gaji kerja sekarang. Huhu. Semuanya tak mustahil. 

Semua Masters dan leaders Shaklee dulunya kerja mantap-mantap. Ada engineer, cikgu, eksekutif , dll. Tapi mereka pencen awal dengan Shaklee. Dengan asbab nak jaga keluarga dan mahu anak-anak membesar depan mata. Subhanallah. Semuanya tak mustahil dengan SHAKLEE.



4. PERNIAGAAN YANG TIADA RISIKO

Biz Shaklee ini langsung tak ada risiko. Cuma bermodalkan RM75 tu sajalah. Tak perlu pun modal ribu riban. Bila customer nak beli dan buat payment, baru kita uruskan penghantaran. Nak lagi senang, Shaklee je yang akan uruskan semua. Segalanya cukup mudah!

Untuk pengetahuan anda, Shaklee bukanlah sistem piramid di mana upline mengaut keuntungan dengan penyertaan downline baru. Kata orang tu untung atas angin. TIDAK SAMA SEKALI!!

Shaklee telah wujud sejak tahun 1956 di Amerika Syarikat. Maksudnya, dah lebih 55 tahun ia bertapak di dunia! Bayangkan, kalaulah produknya tak bagus masakan dapat bertahan sehingga kini dan mendapat sambutan yang menggalakkan.


5. TAK PERLU KELUAR RUMAH

Sepanjang saya berniaga Shaklee ni, saya hanya menjalankan perniagaan dari rumah sahaja. Macam tak percaya je kan? Serius! Saya cuma perlukan internet untuk berurusan dengan pelanggan. Hampir 100% urusan dilakukan secara online, bermula dari kerja-kerja pengesahan tempahan, pembelian dengan Shaklee dan pembayaran. Segalanya ONLINE.

Kalau ada pun cuma penghantaran ke rumah kawan-kawan berdekatan. Apa pun, terpulang kepada anda juga kan. Sama ada nak fokus secara online atau cash on delivery (COD). Macam saya sendiri lebih suka Shaklee yang poskan barang-barang customer. Lebih teratur gitu.

Tak perlu nak tempuh jam bagai. Duk je rumah depan laptop, sambil suap anak makan. Setel. Senang kan? Hihi

Tak perlupun simpan stok. Orang nak baru order. So, tak ada alasan dah kalau nak berjaya. Cuma perlu lebih berusaha untuk buat promosi di ruangan maya. Samaada di blog, page-page bisnes FB, di page FB sendiri, Instagram, dll. Semua pun boleh! Tak terbatas. Makin canggih gajet anda, makin kreatiflah anda promote.


6. RAMAI MENTOR HEBAT


Mentor saya: Dari kiri Master Ira, PMC Shareeza, Master laila & Master Hafsah

Seperti yang saya mention di atas, dalam Shaklee jangan ingat kita bergerak sorang-sorang. Anda ada mentor yang akan bimbing hingga berjaya. Sekiranya anda daftar sebagai ahli, anda akan diserap masuk ke GROUP JUTAWAN di Facebook. DI dalamnya terdapat pelbagai cara dan tips untuk membantu anda berniaga.

Kepada yang tak mahu berniaga pun tak apa. Anda tetap akan diberi panduan untuk melakukan pembelian untuk diri sendiri. Jika suatu hari nanti anda berminat nak buat biz part time, tak adalah blurr sangat. Sistem dah ada. Folow ajerrr.. Hihi

Saya sangat bersyukur dipertemukan dengan Group Jutawan ini. Presidential Master Shareeza (Pioneer Jutawan Shaklee) sentiasa memberi kata-kata semangat untuk kita sama-sama berada di puncak. Kita adalah keluarga. Saling membantu antara satu sama lain. Sentiasa berkongsi pendapat dan idea untuk bersama-sama maju ke hadapan.

Pendapatan melalui perniagaan Shaklee ini tidak terhad. Anda berhak mendapat 3,4, 5 angka sekiranya anda berusaha mendapatkannya. Usaha lebih, dapatlah lebih. Semuanya terpulang kepada sejauh mana kesungguhan anda untuk mengubah nasib hidup dengan SHAKLEE. NO PAIN NO GAIN!

7. SHAKLEE PERNIAGAAN YANG BOLEH DIWARISI


Percaya atau tidak, perniagaan Shaklee boleh diwarisi oleh anak-anak kita dan generasi seterusnya. Walaupun tak kerja gomen atau swasta, kita juga ada skim pencen sendiri tau. Haa, siapa kata makan gaji je boleh rasa duit pencen? Hehe

Jadi, kena kerja keras mulai sekarang untuk pastikan anak-anak cucu saya mewarisi segala hasil yang saya usahakan hari ini. Pasti ada rezeki dan ganjaran bagi mereka yang berusaha. Chayok2!



 8. PRODUK YANG TERBUKTI SELAMAT DAN BERKESAN


Produk Shaklee dihasilkan daripada tumbuhan semulajadi dan bebas bahan-bahan kimia. Ia telah melalui beratus-ratus ujian klinikal dan banyak penyelidikan telah dihasilkan bagi memastikan keselamatan produk. Kerja-kerja kawalan kualiti yang ketat dilakukan bertujuan untuk menjaga kualiti produk farmaseutikal yang hebat ini.



Produk Shaklee juga Halal dan disahkan oleh badan yang diikitiraf JAKIM iaitu Islamic Services America pada tahun 2013.





P/s: Sesungguhnya mencari yang halal itu fardhu dan kita sebagai umat islam perlu peka akan tanggungjawab sebagai muslim.

------------------------------------------------------------------------

Itulah sedikit sebanyak perkongsian saya tentang kelebihan menjadi ahli Shaklee. Semoga penerangan ini sedikit sebanyak memberi manfaat dan membantu anda yang ingin mencari alternatif bagi menambah pendapatan.

Jom bersama-sama menuju puncak kejayaan. Ayuh mulakan langkah anda hari ini!



Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060) 
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter  
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

2 comments:

puteri kasih said...

good luck for you biz sis...semoga terus berjaya :)

RynaHakimi said...

tq Puteri kasih.. Amiinn. semoga dipermudahkan semua urusan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik