Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tuesday, September 23, 2014

✿✿ Saya buat SHAKLEE dengan ENJOY!!! (baca ala Nora danish)✿✿

Assalamualaikum..

Seriously, biz Shaklee satu-satunya biz yang paling enjoy di doniaa. Kenapa saya cakap mcm tu? Sebab setiap hari kurasakan tak lengkap tanpa Shaklee. 

Contohnya kalau ada gangguan internet. Tak dapat nak buat biz Shaklee secara online. Jiwa kacau tahap gaban. Meroyan sorang-sorang. Seolah berhari-hari tak bertemu chenta hati..kihkih

Awal-awal masa join Shaklee, saya  dah tetapkan niat kerana Allah. Sebab nak besarkan anak sendiri. Sebab nak rumahtangga lebih terjaga. Jadi, bila niat kita ikhlas, rasa sayang dengan biz ni kian bertambah. Takkan beralasan walau apa juga cabaran menimpa.

Dari seorang yang hari-hari makan tido tanpa arah tujuan. Sekarang lebih terurus. A big thanks to mummy Hafsah Mardhiah.. Ku hargai segala ketukanmu.. hihi

Asal bangun je dari tidur, terus ingat Shaklee. Of course lah Allah tetap No.1. Sebab Shaklee adalah asbab kenapa saya jaga connection dgn sang pencipta. Betapa besarnya hikmah dipertemukan dgn Shaklee.




Yang paling best, saya enjoy sebab Shaklee totally relate dengan 'izazah' yg sy belajar dulu. Itu yang paling saya rasa 'WAJIB BERJAYA' dalam Shaklee. Allah dah sediakan saya platform untuk BANGKIT dalam hidup. 
 
Lebih syok, belajar benda baru hari-hari. Sel-sel otak yang berkarat pun dah mula berhubung balik..haha. 

Saya selalu terfikir, why Shaklee? Not other MLM or business?? Hurmm..Tak payah fikir banyak. Guna peluang ada depan mata. Rezeki Allah datang dlm pelbagai sudut. Tinggal kita nak manfaatkan atau tak je.

Bila anak ada depan mata, buat kerja pun rasa SYOKKK je. Update blog sambil riba Hafiey. Buat poster sambil tolong Hafiey klik kan gambar utk poster. Tak ke bermanfaat tu? Sekaligus 'homeschooling' Hafiey jugak. 

Adatlah, adakalanya si kecil meragam. Nakkan lebih perhatian. So, stop kejap kerja. Luangkan masa dengan dia beberapa minit. Paling lama pun 30 minit saya peruntukkan. Teman dia tengok video, bacakan buku cerita, dll. Beliau bakal pewaris legasi Shaklee ku. So, kenalah kerja keras mulai sekarang kan? Masa amat singkat utk disia-siakan uolss..huhu

Last but not least, Shaklee really unlocked my inner potential. Walau tak 100% lagi bewok terbunuh, tapi hingga kini dah pandai tepis bisikan2 menggoda. Dah pandai conquer my FEAR. Bila kerja sendiri, memang kena pandai motivate diri sendiri. Kena cari motivasi. Tak kisahlah, baca buku ke, follow blog orang berjaya, dan sebagainya. Semua tu boleh boost balik semangat kita tatkala rasa lemah dan hilang momentum.



Yeahhhh.. Paling best, dah takde FEAR of REJECTION!! Dah jadi muka tembok. Yela, bila kita susah tak ramai yg nak tolong. Bil api air semua nak kena tanggung sendiri. ye dok??? Takkan nak tunggu ditimpa musibah baru kita nak bertindak cari jalan. Kena pandai berdikari. Bersedia dengan apa jua kemungkinan. Wajib jadi insan berilmu dan boleh berdiri atas kaki sediri. So, FAKE IT TILL U MAKE IT!!!

Saya hargai ukhuwwah yang terbina selama saya berShaklee. Allah, sungguh tak sangka dapat bertemu dengan insan-insan hebat. Tak lokek berkongsi ilmu. Jika ada masalah, saling membantu untuk selesaikan. Tak pernah rasa keseorangan. Sebab tu bisnes ni umpama nadi buat saya. Tanpa kata-kata semangat dari mereka, terasa hidup seolah-olah kosong. Tak percaya? Haa, kena join Shaklee la baru faham apa yang ku rasa. hihihi




Kawan-kawan, pesan saya pilihlah biz yang bleh buat anda enjoy. Takmo stress ehh :)

‪#‎Z2H‬
‪#‎inspirasi‬


HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
rynahakimi@gmail.com
Instagram: RynaHakimi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, September 19, 2014

Titipan hati: Ayah & Ibu

Assalamualaikum wbt

Bahagiakan Ibu-bapa tanpa syarat
Tak perlu tunggu kaya baru nak bantu mak ayah
Tak perlu tunggu 'ada masa' baru nak pulang menziarah
Tak perlu tunggu mereka sakit baru nak pulang
Tak perlu tunggu mereka call baru nak bertanyakan khabar


Pilihan di tangan kita
Manusia punya 24jam yang sama
Masa yang sesuai takkan pernah ada
Carilah masa.. Bukan biarkan masa mengawal kita


Hargailah mereka selagi mereka masih ada
Sayangi mereka selagi nafas dihela
Bahagiakan mereka tanpa harapkan sebarang balasan
Mereka hanya nak kita sentiasa 'ada'
Jauh di mata, dekat di hati
Jarak cuma alasan
Usaha yang membezakan


P/s: Ku pilih Shaklee untuk membahagiakan mereka. Sekurang-kurangnya mereka gembira anaknya selalu boleh pulang menziarah. Sentiasa ada untuk jaga mereka di kala sakit demam. Jadi WAHM. Aturan Allah yang terbaik untukku.


"Maka nikmat Allah yang manakah hendak kamu dustakan?"

My beloved parents


----------------------------------------------------------------------
Sebenarnya ini adalah status FB saya. Cuma teringin nak berkongsi dengan sahabat blogger jugak. Happy reading peeps! Walau daku tak puitis, tapi mesej tu sampai kan? Untuk dijadikan motivasi buat diri sendiri juga. Agar bekerja lebih gigih demi membahagiakan mereka :)


HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

Monday, September 15, 2014

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang

Shaklee merubah saya..

Dari seorang yang tak pernah fikir tentang orang lain, kini lebih cakna akan tanggungjawab sesama insan.. Saya tahu yang saya wajib kaya dan berjaya untuk membantu orang lain!!

Kalau dulu, soal solat awal waktu tak pernah nak ambil tahu. Apatah lagi ibadah sunat yang lain. Kalau tak kerana buat bisnes ni, sy takkan jatuh cinta dengan tahajjud dan dhuha.. Paling last buat solat dhuha? Zaman matrikulasi tahun 2003 kot.. Lepas tu tinggal terus..

Pernah suatu masa, saya rasa 'lost' dalam hidup. Tak tahu apa yg terbaik utk diri.. Tercari-cari sesuatu yang hilang. Ada yg tak lengkap. Bila rasa sesak, orang lain dipersalahkan.. Jiwa rasa kosong sangat.. Macam lagu Najwa Latif tu..ehe

Hinggalah saya jumpa Shaklee. Baru sy faham apa itu erti Hidup untuk memberi. Hidup bukan hanya semata² untuk diri kita. Ada sebab Allah jadikan kita sebagai khalifah di bumi ini.. 

Siapa kita nak kata Allah tak adil? Selalu rasa hidup susah dan tertekan. Walhal kita tak nampak Allah jadikan kesusahan sebagai teguran supaya tersedar dari hidup yang sia². Ujian agar kita faham ada tanggungjawab yg belum tertunai. 

Allah hadirkan Shaklee dlm hidup sy sebagai asbab untuk saya berfikir dan berubah. Untuk terus motivasikan diri. Belajar 'move on' bila jatuh. Belajar berfikir akan perlunya membantu orang lain. Belajar lebih berdikari. Belajar lebih menghargai ibu bapa dan mereka yg hadir di sekeliling kita.




Tepuk dada tanya hati.. Apa yg sebenarnya kita cari dalam hidup? Kalau tanya saya, saya jawab Ketenangan & kebahagiaan yang hakiki. Yang saya temui selepas berbisnes dlm Shaklee. Support group yang banyak memberi tunjuk ajar & kata semangat bila terjatuh. Sistem dah ada, tinggal follow saja.

Kawan-kawan yang ragu-ragu dengan Shaklee jangan risau. Ini kerana Multilevel marketing Shaklee adalah berlandaskan syariah dan halalan toyyiban. Tiada unsur tindas menindas, gharar, mahupun riba. Jangan takut kalau join Shaklee, hidup anda akan terkontang kanting tiada orang guide. 






Saya dulu pun begitu, skeptikal. namun Alhamdulillah, saya tak salah pilih 'team' untuk berShaklee. Pendek kata, Allah mudahkan urusan saya. Dapat mentor yang tak jemu-jemu nak bentuk 'anak-anak' Shaklee agar BANGKIT & BERJAYA dalam perniagaan. Sungguh ku tersentuh dengan kegigihan mentorku Hafsah Mardhiah. Kerana beliau lah saya masih meneruskan langkah dalam Shaklee walau penuh onak dan berliku.

Atas asbab Shaklee jugalah saya takkan berhenti berlari mengejar erti sebuah "Kejayaan". Penat? Taklah.. Sebab saya suka apa yang saya buat. Korang pernah tak rasa penat bila buat kerja yang tak sudah-sudah? Korang penat sebab korang tak minat dan tak ikhlas. See?? Bila buat sesuatu tak ikhlas, cepatlah down. Kuat merungut dan asyik berkeluh kesah. Kelak memakan hati dan emosi.

Saya rasa, kalau di saat ni saya kerja (makan gaji), saya takkan bermotivasi seperti tahap sekarang. Sebab jiwa saya bukan di situ. Dan saya yakin Allah dah rencanakan yg terbaik buat diri ini. Kaki dah berada dalam bidang ni. Tinggal nak terus melangkah atau tak je. Redah kasi pecah!!! Hihi

Love Shaklee ketat². Biar org nak kata kerja ni tak glamer. Like i care??? Hihi.. Janji saya tak susahkan hidup orang.

Kepada sahabat-sahabat, adik-adik yang pernah terdetik nak 'berubah' atau nak mencuba suatu yang baru dalam hidup jangan takut-takut ya. Just follow your instinct. Jangan pernah takut untuk mencuba. Cuma, kaji terlebih dahulu bisnes atau minat baru yang bakal diterokai. Itu juga ilmu. Menuntut ilmu takkan habis sampai bila-bila. DO IT NOW OR NEVER!!





‪#‎ShakleeEffect‬
‪#‎Z2H‬
‪#‎Inspirasi‬

P/s: 
1. Follow your passion, then success will follow you :) 
2. Nak sertai keluarga Shaklee saya? Jangan segan-segan untuk hubungi saya ya ;)



HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 ----------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, June 30, 2014

6 Jenis Simpanan/Tabung kewangan

Assalamualaikum wbt

Atas permintaan rakan-rakan yang gojess dan cun di FB, saya nak share 6 jenis simpanan atau tabung kewangan yang boleh diamalkan. Tak kiralah yang makan gaji, kerja sendiri, berbisnes, mahupun menganggur.. Errr.. hiihihi. Ilmu ini saya perolehi semasa seminar IMKK di Mines pada 12-15 Jun yang lalu. Apa salahnya sharing sesama kita pula. Sharing is loving giteww. Eheh

Antara tujuan tabung-tabung ini adalah untuk menggalakkan kita berjimat cermat dan membelanjakan wang mengikut kemampuan. Ikut nafsu, semua benda rasa penting dan nak dibeli kan? Saya tak kata orang lain. Saya yang surirumah ni pun kekadang nafsu nak membeli dan membelah itu tinggi. Walhal duit berapa sen sangatlah yang ada dalam purse. Hikhik. Penyakit bahaya tu. Rabak poket incik suami. haha

Ok, back to the topic. 6 tabung tersebut adalah seperti berikut:-


 1. Tabung Financial Freedom Account (FFA)

Tabung FFA ialah tabung bebas kewangan, di mana kita memperuntukkan 10% dari wang pendapatan untuk simpanan.  
 


Tabung ini ibarat telur emas. Jangan guna simpanan FFA dan seeloknya buka satu akaun khas (fixed deposit account) khusus untuknya. Jangan sesekali guna kad atm dan buku bank untuk akaun ini. DAO pesan, sila bakar buku akaun. Hehehe

Keep investing & keep it growing. Sumber lain juga boleh dimasukkan ke dalam tabung FFA contohnya seperti:
  • Passive income dari wang sewaan rumah (jika ada)
  • Pendapatan dari kerja part time 
  • Duit main kutu, dll.

 2.  Tabung Necessity (NEC)

 55% daripada hasil pendapatan diperuntukkan untuk tabung ini. Ia juga adalah tabung keperluan dan perbelanjaan rumah seperti berikut:-

  • Bayar pinjaman rumah & kereta
  • Beli kelengkapan rumah
  • Beli baju baru, handbag/tudung/dll.
  • Kos potong rambut
  • Kos makan minum
  • Lampin anak
  • Gas memasak
  • Bil perubatan dll.
Antara kaedah yang boleh diamalkan untuk berjimat cermat ialah:-
  • Turunkan kos hidup dan berbelanja untuk yang perlu sahaja
  • Jangan bawa kereta laju-laju (save minyak)
  • Kurangkan penggunaan elektrik & air, dll.
 3. Tabung Long Term Savings For Spending (LTSS)

Simpan 10% daripada pendapatan untuk tabung LTSS  ini. Ia adalah tabung khusus untuk digunakan pada masa akan datang seperti:-
  • Beli kereta baru
  • Renovate rumah
  • Bina ruang dapur baru
  • Down payment rumah 
  • Beli TV baru, dll.


4. Tabung Charity

Peruntukkan 5% daripada wang pendapatan anda untuk tujuan kebajikan seperti:-
  • Derma anak yatim
  • Derma untuk masjid
  • Derma untuk bina sekolah tahfiz
  • Bantu warga emas di Rumah Kebajikan dll.

5. Tabung FUN 



Tabung ini adalah untuk bersuka ria & berseronok bersama keluarga seperti:
  • Melancong & umrah bersama keluarga
  • Makan malam di hotel atau restoran kegemaran
  • Berkelah & bermalam di resort, dll.

Simpan 10% dari wang pendapatan untuk tabung ini. Ia boleh dihabiskan pada bulan tersebut, atau dikumpul untuk tujuan melancong pada masa akan datang.


6. Tabung Education



Sebanyak 10% wang disimpan untuk tabung pendidikan ini. Ia bertujuan membantu kita 'Upgrade diri' dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi contohnya seperti:
  • Sambung Master, PhD, dan sebagainya.
  • Sertai kelas memasak & menjahit
  • Sertai kelas tahfiz al-Quran, dll.

Bagi yang suka berbisnes, bolehlah menyertai seminar, kursus atau apa-apa program yang bermanfaat untuk peningkatan bisnes masing-masing.  Contoh seminar:
  • Internet marketing
  • Facebook Advertising
  • Leadership training, dll.
--------------------------------------------------------------

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Apa yang ditulis adalah berdasarkan pemahaman saya (kena dengar dan tulis semasa seminar). Kot-kot orang lain faham lain kan. Hihi

Walaubagaimanapun pecahan (%) itu tak terhad. Boleh di'adjust' ikut kesesuaian dan tahap pendapatan masing-masing. Cuma jangan lebihkan tabung FUN sudah.. Haha.. Tak dapek den nak nolong. Hihi

Selamat menabung ye :)



Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)  
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783  
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter  
wan_ryna84@yahoo.com

Monday, June 23, 2014

Update IMKK Jun 2014

Assalamualaikum wbt

Lama sungguh nak ambil masa update pengalaman berIMKK hujung minggu yang lalu. IMKK = Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan. Memang sangat best dan mengujakan. Dan tak ada unsur2 mengarut, merepek, melalut, mahupun khurafat seperti tanggapan sesetengah masyarakat yang sketikal. Sila sentap jika anda adalah antara golongan tersebut. Kikiki. *Jangan marah naa.. gurau sikit takkan tak boleh..hihi*




Program ini bermula pada 12 - 15 Jun 2014. Memang hectic la sepanjang 4 hari tu. Mula jam 8.30am, berakhir larut malam. Memang penat, tapi bila lihat mentor Dr Azizan Osman (DAO) langsung tak letih sepanjang hari mencurahkan ilmu sedikit sebanyak reprogram minda kami. Nak berjaya, kena ikut cara orang yang dah berjaya. Tak gitu? hihi

Saya stay di rumah abang sulung yang terletak di Shah Alam. Agak jauh juga dari MIECC Seri Kembangan. Kena turun awal pagi sebab nak elak jammed. Especially bila lalu KESAS. Pukul 7 pagi jalan dah sesak. Memang sesak nafasku tengok kereta yang berjujuk tu..Ehe. Tetapi menguji kesabaran juga. Alhamdulillah :)

KOLAM JIWA


Banyak ELMU yang dicurahkan sepanjang 4 hari seminar berlangsung. Antaranya ialah pembersihan kolam jiwa. Manusia ni memang tak pernah jauh dari berbuat dosa.  Nak bersihkan dosa2 silam itu pun bukannya mudah. Tak boleh hilang kelodak dan kotoran dalam jiwa hanya dalam sehari dua. It takes time.

Bagaimana nak rawat kolam jiwa yang berkeladak? Buh klorox ke? Haha.. Okey, tak kelakar.. Berikut adalah perkongsian DAO untuk penyucian kolam jiwa:-
  1. Banyakkan bersyukur dalam kehidupan
  2. Banyakkan senyum (lepaskan ego)
  3. Berkawan dengan orang baik-baik
  4. Sentiasa berselawat
  5. Amalkan solat dhuha
  6. Solat tahajjud
  7. Solat Taubat
  8. Banyakkan bersedekah
  9. Belajar untuk doakan orang lain
  10. Baca bahan bacaan yang baik2 (elakkan gossip/berita tak bermanfaat)
  11. Kurangkan tonton TV (drama penuh emosi, dll)
  12. Berkawan dan bergaul dengan orang positif.
Sekarang sy berjaya mengawal diri dari melayan TV sepanjang masa di rumah. Surirumah sepenuh masa kot. Cabaran besar tu nak jauh dari TV. Tambah pula langgan Astro. Huwaaaa.. Tapi boleh je sebenarnya. Mana yang lebih besar, alasan ke impian? hihi

MATLAMAT





Dalam aspek matlamat pula, semua peserta dikehendaki menulis 101 matlamat dalam jangkamasa 10 tahun akan datang. Cara tulis matlamat pun kena betul. Tulis seolah-olah kita dah capai kejayaan tersebut. Saya pernah kongsikan pengalaman hadir ke seminar BANGKIT 2014. Ada kaedah tulis matlamat yang jelas dalam entry tersebut. Jika berminat nak tahu, klik SINI.


Saya dah tulis!! :)

Matlamat pula dipecahkan kepada 7 kategori iaitu 
  • Matlamat peribadi
  • Matlamat kekeluargaan
  • Matlamat Kerjaya/perniagaan
  • Matlamat Kewangan
  • Matlamat Kesihatan
  • Matlamat Sosial
  • Matlamat Pendidikan

 Nak kupasan lanjut untuk setiap matlamat? Haruslah hadir ke Seminar IMKK. Pasti lebih berkesan dan ELMU yang dipelajari pasti mudah melekat. hihi
Banyak lagi pengisian sepanjang tempoh seminar IMKK ni. Mereka yang dah berjaya dan telah mengikuti kursus instensif bersama DAO dijemput hadir untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada para peserta. Semua best! Kaya dan Berjaya.

Antara insan yang saya kagumi ialah Ernayanee Nur Julaimi. Dari seorang surirumah, kini mengusahakan perniagaan online (dropship). Salah satu kata-kata beliau yg saya ingat sampai sekarang ialah "kejayaan kita yang sebenar ialah dengan memaafkan semua orang". Memang betul. Bila kita lepaskan semua kenangan lalu yg pahit, hati lebih tenang dan membantu connection kita dengan Allah.


PERUBAHAN PADA DIRI

Ok, suka untuk saya tekankan di sini IMKK tak sesuai untuk orang yang takde hala tuju hidup dan penuh dengan aura negatif. DAO gelarkan manusia sebegini sebagai 'biawak'. hihi..

Program ini sebenarnya membantu kita lebih mengenali potensi diri. Bukan semata-mata sukses dalam perniagaan, malah membantu kita fokus akan halatuju dan matlamat hidup. 

Dalam hidup, kita hendaklah sentiasa berfikir positif. Hendaklah selalu bersangka baik. THE POWER OF ATTRACTION--> Allah bertindak mengikut sangkaan hambaNya. Jika kita selalu negatif, fikir yang buruk2, ia umpama doa. Tak mustahil hidup kita asyik negatif aje. Asyik bernasib malang aje kan. Itu adalah hasil apa yang kita fikirkan. 

"Apa yang kita fikir, rasa, cakap,
 tulis & buat segalanya adalah DOA"

Sejak program itu juga lah saya semakin faham kenapa apa yang saya nak dan minta tak berlaku dan tak diperkenankan oleh Allah. Segala-galanya adalah kerana wujudnya 'barrier' dalam hubungan sy dengan Allah. 




Mohon doa acuh tak acuh. Kolam jiwa yang kotor, minda yang negatif dan sebagainya. Lepas IMKK, baru terbuka mata betapa Allah itu maha pemberi. Hanya manusia yg menutup peluang kerana sombong untuk menadah tangan dan berdoa--> POWER OF SUBMISSION.

Sesiapa yang nak hadir ke IMKK saya nasihatkan bawa suami/isteri ye (if dah kawen la). Sebab memang menyedarkan pasangan suami isteri sedar akan tanggungjawab. Saling bermaaf-maafan atas kesilapan yang telah dilakukan. Boleh peluk pasangan masing2 dalam dewan tu OK!! hihi.. 

Rasa syukur dan terharu sangat. Allah mendekatkan hati2 setiap pasangan. Ada tu yang hubungan dengan suami umpama retak menanti belah. Tapi selepas IMKK, kasih sayang semakin utuh. Alhamdulillah. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Hujung Oktober nanti IMKK akan diadakan di MIECC. So, kawan-kawan dah boleh mula risik2 harga tiket IMKK dengan kawan masing2. Harga asal tiket RM1997. Tapi ramai yang jual harga murah (less than RM500) sebab mereka beli secara borong. Kena rajin survey ye.

Akhir kata, saya doakan anda semua KAYA & BERJAYA.


P/s : Tak boleh cerita semua. Nanti tak surprise bila uolss hadir ke IMKK. Hehe.


Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com 

Sunday, June 1, 2014

Cerita Seminar Hidup Luar Biasa (HLB) 2014.

Assalamualaikum wbt

Baru berkesempatan untuk berkongsi ilmu yang telah saya perolehi semasa mengikuti seminar yang dianjurkan oleh Richworks di Dewan Raja Muda Musa Shah Alam. Seminar ini sangatlah ohsemm! Hihi. Tak terucap dengan perkataan.




Saya ke sana dengan family. Saya, suami dan abang sulung. Bila daftar 3 orang, secara automatik penyertaan adalah PERCUMA! Jika pergi seorang, yuran dikenakan sebanyak RM30 (sebagai komitmen fee). Jujurnya, payah nak cari seminar yang percuma. Zaman sekarang ini ada lagi ke yang percuma? Ada, tapi tak banyak. Kena pandai cari dan berusaha untuk mendapatkannya. Tak gitu? 

Encik suami dan my big bro

Seminar ini lebih mengajar kita supaya kenali potensi diri. Ramai yang takutkan bayang-bayang sendiri. Awal-awal lagi dah letakkan limit atau had kemampuan diri sebelum berusaha. Contohnya, bila nampak satu barang tu mahal. Terus cakap " Mak aihhhhh..mahal giler! Memang la aku tak mampu beli!!"

See. Ucapan atau rungutan itu merupakan satu doa. Yang secara tak langsung menunjukkan diri tak bersedia untuk menerima sesuatu yang luar dari kebiasaan. Harus diingat bahawa "Allah bertindak mengikut sangkaan hambaNya". Jika awal-awal lagi kita surrender, mengeluh tak mampu dan sebagainya, korang rasa Allah akan bagi tak rezeki kepada korang? Pastinya tak. kerana sedari awal kita menidakkan kelebihan diri sendiri. 

Satu benda yang pelajari dalam seminar ini ialah nak berjaya wajib ada MENTOR. Itu jika kita serius nak berjayalah. Jika sekadar niat berniaga untuk penuhi masa lapang atau tak ada fokus tertentu untuk mantapkan perniagaan itu bab lain. Yang nak berjaya untuk lebihkan masa bersama keluarga, tolong orang yang lebih susah, mantapkan ekonomi islam, dan kebebasan masa & kewangan hendaklah mencari mentor yang sesuai.

Antara kriteria mentor yang bagus untuk anda ialah:-


  • Jutawan : Nak jadi jutawan, mentor juga perlulah seorang jutawan.
  • Usahawan: Nak jadi usahawan, mentor juga perlulah seorang usahawan.
  • Mentor yang bagus pasti telah membantu merubah lebih ramai kehidupan (Dah terbukti membantu orang lain untuk berjaya)
  • Mentor bersedia untuk mengajar anda.
Jika kita menyelami kehidupan Dr. Azizan Osman (DAO), pasti akan terasa betapa sukarnya beliau survive suatu masa dahulu. Melalui pelbagai jenis perniagaan, pengalaman ditipu dalam pelaburan saham (dek kerana tiada ilmu), gadai tanah emak nak join skim cepat kaya dan sebagainya. Hinggalah beliau berjumpa mentor beliau bernama Peter (taikun trading import & eksport), dari situlah permulaan 'turning point' dalam hidup beliau.

Sebab itu beliau tekankan, perlunya seorang mentor yang bersedia untuk mengajar kita. Memberi tanpa syarat. yang penting, komitmen dan tenaga untuk menuntut ilmu. Jangan bila orang dah nak tolong kita pula yang tak beri 100%. Membunuh impian sendiri tu namanya. Hihi

Bercakap bab ilmu, jika nak mahu berniaga apa sekali pun memang kena tuntut ilmu. Kalau nak buat bisnes baju kurung, kena cari mentor yang pandai menjahit juga. Nak jual kuih, kena ada mentor yang pandai buat kuih yang sedap. Kalau biz MLM, cari mentor yang dah punya track record cemerlang dalam MLM. 

ILMU adalah kunci kejayaan dan kekayaan. Ramai usahawan yang tesungkur kerna kurangnya pengalaman dan tiada tindakan untuk menuntut ilmu. Biz secara semberono, tak punya matlamat jelas dan tak fokus. Endingnya, biz entah ke mana, modal pun ke laut. Itulah realitinya. Tak tahu, kita belajar. Dah tahu, kita apply dengan kuasa TINDAKAN.

Slot Bro Afdlin Shauqi
 
Di pertengahan sesi Seminar HLB2014, ada slot untuk Afdlin Shauqi. Afdlin ni pun sahabat baik merangkap pelajar/mentee kepada DAO. Tapi hampa sebab beliau kurang sihat dan tak dapat hadir . Tapi kami dihidangkan dengan video rakaman terbaik Seminar HLB di Melaka. 

Sayu dengar pengalaman Bro Afdlin Shauqi ni. Berasal dari keluarga yang biasa-biasa. Kini bangkit untuk hidup secara LUAR BIASA. Beliau sewaktu kecilnya tinggal di rumah flat. Pernah suatu hari terlihat ibunya menangis kerana tak tahan dengan sikap bro Afdlin di masa mudanya. Dari situ, terdetik di hatinya untuk berubah. Redah dan lakukan apa sahaja demi membahagiakan ibunya. 

Sejak itu jugalah beliau aktif menghadiri pelbagai audition untuk mencuba nasib dalam bidang seni. Tebalkan muka hanya untuk mengubah nasib hidup. Alhamdulillah, kini seorang pengarah, pelakon, penebit dan produser yang berjaya dlm bidang diceburinya. Dah jutawan pun. 

Kini Bro Afdlin aktif memasarkan Pelikat pant yang ekslusif diilhamkan oleh beliau dan isteri. Yang awalnya tak tahu bahawa ia boleh dikomersilkan. Kini jualan Pelikat pant dah menembusi pasaran global. Untung juta-juta uolss. Nampak tak besarnya kuasa ilmu? Idea tanpa tindakan pun takde guna juga. Semuanya perlu selaras dan balance gitu. Mentor hanya boleh berikan jalan dan guide kita supaya fokus kepada matlamat. Selebihnya adalah tindakan kita sendiri. Serius nak teruskan atau tidak.

Pesan bro Afdlin, jangan angkuh dan sombong bila menuntut ilmu. lapangkan dada, buka hati dan minda agar segala ilmu dapat diterima secara maksimum. Kena tadah seikhlas hati gitu.  Ego hanya membunuh potensi diri sendiri. Seperti kata DAO, ilmu dan rezeki takkan di 'absorb' oleh orang yang ego dan sombong. Takkan sesiapa boleh ubah dirinya melainkan tuan badan sendiri..

Intensif Magnet Kekayaan Dan Kejayaan (IMKK)

Ini adalah program atau seminar intensif yang dianjurkan oleh DAO selama 4 hari berturut-turut. Alhamdulillah saya dah pun mendaftar dengan yuran yang paling minima (tiket general). Ini rezeki untuk saya menambah ilmu, kenapa perlu saya sia-siakan? Sebelum ni ingat IMKK mahal. Rupanya salah sama sekali jika tahu caranya. Syukur diberi peluang untuk menyertai oleh mak Shaklee saya. Helping each other gitu.

Suami pun join sama nanti. Itu yang membuatkan saya lebih teruja! Sama-sama melangkah untuk memperbaiki diri. Jujur saya katakan seminar HLB2014 bukan untuk biz person semata-mata. malah ia lebih membantu kita mengatasi kelemahan dan menghapuskan bisikan-bisikan halus (negatif) dalam diri. Membantu peserta meneroka potensi diri agar lebih berani menghadapi risiko. Keluar dari 'comfort zone' supaya menjadi insan yang lebih luarbiasa.

Antara pegisian IMKK ialah:-
  1. Menyedari & memahami potensi diri yang sebenar, potensi minda dan emosi yang sebenar untuk menarik kekayaan, kejayaan kebahagiaan dan keberkatan.
  2. Memahami psikologi.
  3. Meningkatkan kapasiti kewangan.
  4. Meluaskan kolam jiwa (tarikan magnet)
  5. Formula kuasa (power)
  6. Set matlamat
  7. Kenalpasti dan atasi segala halangan diri.
  8. Mengatasi masalah kebocoran wang.
  9. Aktifkan magnet menarik kewangan.
  10. Bagaimana nak mencapai matlamat  yang jelas.
Nasihat saya, jika anda NAKKKK berjaya, timbalah ilmu. Tak semestinya dengan DAO saja. Dengan mana-mana individu pun boleh. yang penting, cari mentor yang dah terbukti berjaya tau! Jangan cari mentor tangkap muat je. Bukan takleh berjaya, tapi lambatlah sikit berbanding orang lain. Kenapa nak bazirkan masa kan? :)




Bagi yang tak kenal DAO pasti rasa yuran itu mahal, tak berbaloi, melampau dan sebagainya. Bagi anda yg tak kenal DAO juga pasti akan kata, "Kata ikhlas, ambil juga bayaran..merepek!".

Bayaran yang dikenakan adalah supaya perserta memberikan 100% komitmen sepanjang program ini. Kalau free, agak2 korang nak hadir ke 4 hari berturut2 dari pagi hingga malam. Dengan jadual padat, modul yang intensif dan sebagainya? Pastinya ada yang pandang sebelah mata. Penganjur menghabiskan masa, tenaga, kos untuk menyewa dewan, bahan2 seminar dll. Adilkah jika semua kita nak free?  Kita nak cari ilmu, tapi tak bersedia untuk berkorban demi nak mendapatkannya memang takkan ke manalah. Lain orang lain caranya. So, berlapang dada adalah lebih baik. Doakan yang elok-elok.

Ya, saya pun tak berduit. Tapi jika kita NAAAAAAK berjaya, pasti cari peluang untuk ke majlis ilmu. Saya tak tahulah org lain macam mana, tapi yang pastinya saya optimis untuk merubah kehidupan sendiri.

Hmm. Sebelum mengata, ada baiknya anda kenali insan hebat bernama DAO ini. Jika ada di hati terdetik rasa 'menyampah', 'meluat' dll, itu dah menunjukkan bahawa kita ada penyakit hati. Tak kenal tapi dah mengutuk. Adilkah?? Bila dah kenal DAO, kita akan tahu bagaimana beliau mengisi kolam jiwa perserta dengan menekankan pendekatan kita dengan sang pencipta. Tak wujud pun makan duit peserta. Kerana ianya berbaloi dengan outcome yang akan ada perolehi. Tak puas hati? boleh minta refund. Tiada masalah di situ.

Saya tak taksub dengan DAO. Sebab dia juga manusia biasa. Cuma saya pasti yang hanya orang berjaya yang boleh membantu orang lain untuk turut berjaya. Selain DAO, saya juga mengagumi saudara Zuhairi Nopiah (penulis buku LUA), saudara Amin Iris, Prof Muhaya dan saudara Irfan Khairi. Mereka semua mentor hebat! Cuma saya berkesempatan untuk menyertai seminar DAO. Jika ada kelapangan, in shaa Allah akan sertai program yang lainnya juga (biiznillah).

Masih tak puas hati? Baca surat terbuka seorang Hamba Allah ni



"HILANGKAN BIAWAK DALAM DIRI"

"TULISAN SAYA TIDAK BERBUNYI, SILA BACA DENGAN MATA HATI"



Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)  
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783  
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter  
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------ 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, March 7, 2014

Perkongsian Seminar BANGKIT!! -By Dr Azizan Osman

Assalamualaikum wbt

Salam saiyidul ayyam. Jumaat yang penuh keberkatan. Semalam sy join seminar Dr. Azizan Osman (DAO). Crowded sangat, penuh Hall. Terus berangan, in shaa Allah nanti bila aku buat magic sharing Shaklee ginilah penuhnya hall ni (kelas gitu..besar impianku..harus visualize kan..hikhik)

Banyak yg dikongsi sepanjang program. Kena fokus, alert. Bila dia DAO suruh bangun, wajib bangun. Kalau suruh duduk, kena duduk. Kalau benda basic pun takmo ikut, jangan mimpi nak buat BENDA BESAR.




Kata DAO, jika kita buat benda yang sebenarnya kecil or remeh, it will lead to BIGGER SUCCESS. Kalau suruh angkat tangan pun malas, apatah lagi nak bertindak cemerlang macam 'ORANG YANG DAH BERJAYA'.

Perlu diingatkan, perkara paling asas ialah menjaga hubungan dengan Allah. Jika kita usaha bagai nak rak pun, jika tiada keberkatan pasti ia takkan ke mana. Kuasa rezeki terletak di genggaman Allah. Hanya Dia berhak memberi kejayaan kepada siapa yang diingini. Jika kita jauh dari radar Allah, muhasabahlah.
 

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."  -[Al Baqarah:117]
 
Jom baca perkongsian DAO sepanjang 3 jam seminar berlangsung:-
------------------------------------------------------------------------------------

BANGKIT adalah ringkasan kepada BISNES AKAN NAIK GUNA KUASA ILMU & TINDAKAN. Terdapat beberapa teknik yang perlu diberi perhatian dan dipraktikkan untuk jadi seorang yang betul-betul berjaya. Jika nak berniaga, perlu kuasai ilmu perniagaan. Jika tidak, bisnes memang takkan menjadi dan mudah lingkup. Apa2 bisnes pun yang kita ceburi, jika betul tekniknya we will touch millions only in 3 years. Kalau dah 3 tahun tapi belum jutawan maksudnya  ilmu perniagaan tak cukup la tu :)


1. MENTALITI

Jika nak berjaya dan nak jadi jutawan, kita perlu ubah apa yang ada dalam minda kita. Kemudian, fokus dan disertai dengan tindakan. Impian hidup kena besar. Kita dikurniakan Allah dengan MINDA YANG BESAR. Jangan tidakkan potensi diri kita. Awal2 lagi kata yang kita tak mampu buat itu, tak layak jadi jutawan, etc2. Mentaliti lah yang mencerminkan sejauh mana kita nak berjaya dalam hidup.


2. MATLAMAT

Nak jadi seorang yang 'kaya dan berjaya' kita haruslah mempunyai matlamat yang JELAS. Kena tulis impian kita. Kena selalu tengok dan bayangkan yang kita telahpun berjaya. "You have to write clearly what's your goal". Untuk menjadi jutawan, kena follow exactly apa yang orang dah berjaya buat. Follow 100% cara dia berfikir, bercakap, bertindak, bersosial, dll.

Orang yang berjaya juga perlu ada banyak buku yang berfaedah. Contohnya seperti buku2 motivasi kejayaan, buku2 ilmiah dan buku biografi tentang orang yang dah berjaya.


3. MAGNET

Untuk jadi magnet, kita perlu berbalik kepada mentaliti kita. Kita adalah apa yang kita fikir. Law of Attraction (LOA) atau Hukum Tarikan adalah satu hukum Allah yang menyatakan bahawa “kita menarik apa yang kita fokuskan”.

Ini menepati hukum Allah swt, seperti yang dinyatakan oleh Hadith Qudsi berikut:

“Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.  Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).

Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kita wajib ubah cara bercakap, cara berfikir dan bertindak. Orang yang berjaya adalah orang yang positif. Nak jadi magnet, perlu sentiasa FOLLOW YOUR MENTOR!!

------------------------------------------------------------------------

Dalam seminar ni juga ada aktiviti di mana peserta perlu tulis matlamat untuk jangakamasa setahun dari sekarang (contohnya 5 mac 2013). Nak tulis matlamat pun kena ada ilmu. Tak boleh main tulis je. Tak boleh tulis:
  • "Saya nak/ mahu jadi seorang............"
  • "Saya akan berjaya.."
  • "Saya ingin mencapai.........."

Kita WAJIB tulis

Contoh:-

" Saya bersyukur kerana mempunyai duit sebanyak RM____________________ dalam masa setahun akan datang iaitu pada tarikh 5 Mac 2015."


Quotesvalley.com

Sebelum sesi terakhir, semua peserta diminta untuk pejam mata. Ini adalah teknik "Power Of Visualization". Semua kena ingat balik matlamat yg kita dah tulis tadi. Imagine pada tarikh yang kita tulis tu, kita dah pun capai impian tu. Bayangkan dengan siapa kita akan berkongsi kegembiraan itu. Dengan suami, mak ayah atau sesiapa sahaja.. Siapa yang akan dapat manfaat dari wang yang banyak tu. Apakah sumbangan anda kepada ibu-bapa. Hantar mereka pergi Haji, Umrah, baiki rumah, belikan kereta, etc.

Kemudian bayangkan 5 tahun akan datang. Bagaimana kehidupan anda. Wang dah makin stabil. Dapat tinggal di kediaman yang selesa. Pendidikan anak2 terbela. Kita mampu bersedeqah dan infak. Ibu bapa hidup makin selesa.

Kemudian bayangkan pula kesannya untuk 10-15 tahun akan datang. Makin kaya, berjaya dan hidup selesa. Dapat bantu keluarga, sanak saudara, sahabat dan sesiapa sahaja yang kita nak. FEEL IT.

Sanggupkah kita sia-siakan matlamat kita. Apa akn jadi jika kita tak berbuat sesuatu atau BANGKIT mulai sekarang? Adakah kita mampu menggembirakan orang di sekeliling kita? Sudah pasti tidak. Kita akan kekal miskin dan hidup biasa-biasa.(Masa ni ramai yang nangis.. termasuklah daku.. sedih bila ingat kat parents. Banyak jasa mereka pd kita kan?)

Anda nak kaya dan berjaya? WAJIB ada semua 'M' kat atas tu. Akhir sesi DAO suruh stay kepada sesiapa yang nak Join IMKK (Intensif magnet kekayaan dan kejayaan). Ni direct coaching dgn dia. Yuran tak pasti berapa, tapi kena bayarlah. Saya tak stay pun. Saya tahu DAO bukan calang2 mentor, Jurulatih kewangan No.1 Asia tu!!! Cuma ada komitmen lain dan sebab saya yakin Mentor Shaklee the BEST!! Nak belajar MLM kena berguru dengan otai MLM la kan? hikhik

Rugi sangat jika tak folow mentor betul2. Kena bagi 100% komitmen. Orang lain masih terkial2 nak cari mentor dan coach. Bila kawan sebelah tanya, "ala kenapa tak tunggu..jomlah join IMKK".. Saya jawab "Saya dah ada mentor". Wahhh..rasa sangat bangga ok!! hihi

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kawan2 semua. Nak saya jadi mentor Shaklee anda? Boleh aje. Roger roger ye. Please let me know. Sama-sama BANGKIT mengejar impian dan cita-cita.

ANDA KAYA DAN BERJAYA!!! :)

Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, January 31, 2014

Petua sentiasa ceria dan bahagia =)

Assalamualaikum wb

Terajin pula tukar layout belog. Bosan dengan wajah lama. Orang kata, wajah baru, semangat baru. Lebih ceria gitu. Semangat nak update belog pun haruslah berkobar-kobar, ye dak? Hihi..

Sebut tentang ceria, pastinya menjadi dambaan setiap insan. Kalau boleh, hari-hari nak hidup tenang. Jauh dari masalah dan tekanan. Tapi adatlah, nama pun manusia. Takkan lepas dari pandangan Allah. Pasti terselit sedikit ujian sebagai tanda kasihNya terhadap hamba ciptaanNya.

Justeru, bagaimana kita nak atasi segala kekusutan dalam hidup? Bagaimana pula nak kekal positif dan ceria dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang serba mencabar ini? Jom saya kongsikan satu tips/petua yang in shaa Allah bermanfaat buat sahabat-sahabat semua.

------------------------------------------------------------------------

PETUA UNTUK SENTIASA HIDUP CERIA



*google*



1. Hidup Bukan Sempurna - Kita semua tahu bahawa kehidupan kita bukan selalunya gembira sentiasa. Ada kalanya ia membuatkan kita sedih, kecewa dan hampa. Apa yang perlu anda lakukan adalah menerima semuanya dari sudut positif. Simpan dalam minda anda bahawa sesuatu yang pahit itu ada penawarnya Percayalah bahawa ada manusia lain di luar sana yang lebih 100 kali menderita daripada kita.

2. Jangan Berdendam - Dendam adalah penyebab utama yang menghalang anda untuk hidup gembira. Tidak kira dengan siapa anda berdendam anda perlu membuangnya. Kebanyakkan daripada kita meletakkan peristiwa pahit yang kita alami disebabkan orang kedua dan sering menyalahkan orang lain yang menyebabkan anda tidak bahagia. Menjadi pendendam menyebabkan anda kehilangan tenaga positif dan memudahkan orang lain mengunakan kelemahan ini untuk menjatuhkan anda.

3. Mencintai dan menghargai - Luahkan perasaan cinta, menghargai persahabatan, menceriakan dan menghangatkan suasana dalam hubungan sesama manusia. Ringankan lidah anda untuk mengucapkan kata-kata penghargaan dan pujian kepada setiap orang disekeliling anda. Dengan bertindak sedemikian, anda akan memperolehi respon yang positif daripada setiap orang yang pernah anda hargai dan puji sebagai balasan.

4. Bekerja dengan gembira - Anda menghabiskan banyak masa untuk bekerja, oleh itu pastikan anda melakukan sesuatu yang anda gembira lakukannya. Jika anda tidak gembira dengan kerja anda sekarang, kehidupan anda pasti sengsara. Jika kerja tersebut bukan dalam bidang kerjaya yang anda minati, buat satu perancangan yang perlu supaya anda dapat menikmati kerja yang mengembirakan.

5. Jaga Kesihatan - Jika anda inginkan kebahagiaan maka anda perlu menghargai diri sendiri. Kesihatan diri adalah senjata kepada kesihatan mental. Pastikan anda sentiasa berada pada mengamalkan makanan seimbang dan melakukan senaman. Dengan demikian anda akan dapat merasakan satu kekuatan yang penuh dengan tenaga dan semangat untuk menjalani kehidupan dengan lebih gembira.

6. Buat perkara yang anda benar-benar ingin lakukan - Kita tidak dapat buat semua perkara yang kita inginkan namun kita boleh melakukan sekurang-kurangnya beberapa perkara yang kita inginkan dalam hidup. Lakukan sesuatu yang anda benar-benar ingin lakukan dan berusaha mencapainya agar anda memperolehi kepuasan dan merasai kejayaannya.

7. Rancang Hidup dengan Baik - Orang yang mempunyai perancangan dan objektif dalam hidup lebih bahagia daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan hidup. Mudah sahaja kerana jawapannya, mereka ini lebih menghargai setiap masa yang mereka gunakan untuk mencapai setiap matlamat yang mereka rancang. insya'allah..


--------------------------------------------------------------

Pilihan untuk gembira atau sebaliknya terletak di tangan kita. Seharusnya kita sedar bahawa suatu musibah adalah proses tarbiyyah supaya kita lebih tabah untuk menghadapi hari-hari mendatang. Tak mudah untuk sentiasa positif dalam hidup, namun tak susah untuk kita mengharungi setiap ujian dalam hidup andai kita belajar untuk redha dengan segala ujian yang diberikan olehNya.

P/s: Belajar untuk menjadi muslimah yang tabah dan kuat demi keluarga tercinta :)

Tuesday, June 11, 2013

Saya dan Shaklee

Assalamualaikum wbt.

Pastinya ada yang tertanya2, bagaimana sy boleh terjebak dengan Shaklee?? Sengajakah? Sebah tiada pilihan atau pakai tangkap muat je?? Huhu. sehingga kini masih tak percaya sy adalah seorg Independent Distributor Shaklee.

Percaya atau tidak, semuanya telah pun ditentukan Allah. Dulu tak pernah timbul sikit pun minat pd produk Shaklee ni. Sebelah mata pun tak pandang aihhh.. hehe.. Bg sy mana2 produk vitamin ni sama je. Namun bila buat kajian terperinci, tenyata ia mengubah persepi sy tentang produk kesihatan ni.

Hujung Disember 2012, sy consume ESP dari Shaklee sebab susu badan merudum. Dahla nak jenis yg lapar je manjang. Ternyata pilihan sy tak sia2. Atas asbab Allah yang detikkan hati sy untuk cuba produk ini.


*google*

Tak salah bercita-cita besar. Asal tidak lari dari tujuan utama kenapa sy join bisnes ini. Tak lain hanya kerana ingin membantu suami dan meng'explore' suatu yg baru dalam hidup sy. Bukan utk menunjuk2 mahupun berbangga diri. Semoga jauh dari sifat ujub itu.

Untuk berjaya dalam perniagaan tak semudah yang disangka. Perlu ada usaha yang berterusan, never give up! Selebihnya kita tawakkal kepada Allah. Takkan hari ni mula bisnes esok terus orang ramai serbu beli kat kedai kita kan.

My mom said, nak bina perniagaan perlu lalui pahit getir dan jatuh bangun sepanjang perjalanan. Beliau dulu pun ada kedai makan. Dalam masa seminggu pertama berniaga tu memang tak ramai pelanggan. Boleh dikatakan makanan dibuang mcm tu je. Ada juga yang disedekah pd jiran2.

Masa berlalu, perniagaan beliau dah punya peminat tersendiri. Alhamdulillah.. Allah sentiasa bersama2 hambaNya yang tak kenal putus asa. Tapi sekarang my mom dah pencen. Cukup bulan kutip hutang org sewa kedai.. hehhe

So, akanku tekadkan semangat dan iltizam untuk terus berjaya dalam bisnes Shaklee ni. Asal suami redha dan menyokongku dari belakang, tu pun dah amat cukup berharga bagiku. Demi anakku yang semakin membesar, ku korbankan kerja 'makan gaji'. Bumi Allah ni luas. Rezeki ada ni mana2 asalkan kita rajin berusaha, kejayaan pasti menanti  :)

-UmmuHafiey-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik