Tuesday, September 23, 2014

✿✿ Saya buat SHAKLEE dengan ENJOY!!! (baca ala Nora danish)✿✿

Assalamualaikum..

Seriously, biz Shaklee satu-satunya biz yang paling enjoy di doniaa. Kenapa saya cakap mcm tu? Sebab setiap hari kurasakan tak lengkap tanpa Shaklee. 

Contohnya kalau ada gangguan internet. Tak dapat nak buat biz Shaklee secara online. Jiwa kacau tahap gaban. Meroyan sorang-sorang. Seolah berhari-hari tak bertemu chenta hati..kihkih

Awal-awal masa join Shaklee, saya  dah tetapkan niat kerana Allah. Sebab nak besarkan anak sendiri. Sebab nak rumahtangga lebih terjaga. Jadi, bila niat kita ikhlas, rasa sayang dengan biz ni kian bertambah. Takkan beralasan walau apa juga cabaran menimpa.

Dari seorang yang hari-hari makan tido tanpa arah tujuan. Sekarang lebih terurus. A big thanks to mummy Hafsah Mardhiah.. Ku hargai segala ketukanmu.. hihi

Asal bangun je dari tidur, terus ingat Shaklee. Of course lah Allah tetap No.1. Sebab Shaklee adalah asbab kenapa saya jaga connection dgn sang pencipta. Betapa besarnya hikmah dipertemukan dgn Shaklee.




Yang paling best, saya enjoy sebab Shaklee totally relate dengan 'izazah' yg sy belajar dulu. Itu yang paling saya rasa 'WAJIB BERJAYA' dalam Shaklee. Allah dah sediakan saya platform untuk BANGKIT dalam hidup. 
 
Lebih syok, belajar benda baru hari-hari. Sel-sel otak yang berkarat pun dah mula berhubung balik..haha. 

Saya selalu terfikir, why Shaklee? Not other MLM or business?? Hurmm..Tak payah fikir banyak. Guna peluang ada depan mata. Rezeki Allah datang dlm pelbagai sudut. Tinggal kita nak manfaatkan atau tak je.

Bila anak ada depan mata, buat kerja pun rasa SYOKKK je. Update blog sambil riba Hafiey. Buat poster sambil tolong Hafiey klik kan gambar utk poster. Tak ke bermanfaat tu? Sekaligus 'homeschooling' Hafiey jugak. 

Adatlah, adakalanya si kecil meragam. Nakkan lebih perhatian. So, stop kejap kerja. Luangkan masa dengan dia beberapa minit. Paling lama pun 30 minit saya peruntukkan. Teman dia tengok video, bacakan buku cerita, dll. Beliau bakal pewaris legasi Shaklee ku. So, kenalah kerja keras mulai sekarang kan? Masa amat singkat utk disia-siakan uolss..huhu

Last but not least, Shaklee really unlocked my inner potential. Walau tak 100% lagi bewok terbunuh, tapi hingga kini dah pandai tepis bisikan2 menggoda. Dah pandai conquer my FEAR. Bila kerja sendiri, memang kena pandai motivate diri sendiri. Kena cari motivasi. Tak kisahlah, baca buku ke, follow blog orang berjaya, dan sebagainya. Semua tu boleh boost balik semangat kita tatkala rasa lemah dan hilang momentum.



Yeahhhh.. Paling best, dah takde FEAR of REJECTION!! Dah jadi muka tembok. Yela, bila kita susah tak ramai yg nak tolong. Bil api air semua nak kena tanggung sendiri. ye dok??? Takkan nak tunggu ditimpa musibah baru kita nak bertindak cari jalan. Kena pandai berdikari. Bersedia dengan apa jua kemungkinan. Wajib jadi insan berilmu dan boleh berdiri atas kaki sediri. So, FAKE IT TILL U MAKE IT!!!

Saya hargai ukhuwwah yang terbina selama saya berShaklee. Allah, sungguh tak sangka dapat bertemu dengan insan-insan hebat. Tak lokek berkongsi ilmu. Jika ada masalah, saling membantu untuk selesaikan. Tak pernah rasa keseorangan. Sebab tu bisnes ni umpama nadi buat saya. Tanpa kata-kata semangat dari mereka, terasa hidup seolah-olah kosong. Tak percaya? Haa, kena join Shaklee la baru faham apa yang ku rasa. hihihi




Kawan-kawan, pesan saya pilihlah biz yang bleh buat anda enjoy. Takmo stress ehh :)

‪#‎Z2H‬
‪#‎inspirasi‬


HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
rynahakimi@gmail.com
Instagram: RynaHakimi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

3 comments:

arfan said...

nice blog!!

Unknown said...

Bagus jugak yee :) at least dapat tmbh keyakinan diri jugak

RynaHakimi said...

@arfan

Tenkiu dear :)

@Fhatin Amelia

Yup, memang bagus. Akak dulu manalah berani nak berbisnes ni. Lagi satu takde pengalaman. Tapi dgn online biz ni, semuanya mudah. Di hujung jari. Tinggal nak atau tak je.hehe :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik