Thursday, September 25, 2014

Punca alahan makanan pada kanak-kanak


Assalamualaikum wbt

Alahan atau alergi pada makanan tak boleh dipandang ringan. Terutamanya jika berlaku kepada anak-anak kita. Seiingat saya, Hafiey pernah terkena alergi makanan sewaktu berumur 8 bulan. Saya dan suami mati-mati ingat itu penyakit campak. Badan dah naik bintik merah. Beberapa hari sebelum itu, Hafiey memang demam. Serta merta cuak, terus bawa Hafiey ke klinik.

Rupa-rupanya, alergi makanan saja. Tapi musykil juga, sebab tak beri Hafiey makan pelik-pelik pun. Seiingat saya, hanya beri puri pisang, nasi dan sup ayam. Tak tahulah punca sebenar alahan itu. Doc yang check beritahu kami itu cumalah alahan biasa. Bukan demam campak. Jangan cuak sangat. Rileksss. Hihihi

Bila melibatkan kesihatan anak sendiri, mana boleh rileks kan? Walau demam selsema sikit pun mesti nak consult doktor. Tapi sekarang dah semakin arif dalam nak menangani sakit demam Hafiey ini. Pokok utama, kita sendiri ibu bapa. Kenalah jaga kebersihan bermula dari persekitaran rumah. Juga kenalah selalu berikan anak-anak makanan yang berkhasiat, bersih dan digemari si kecil.

Ok, berbalik kepada masalah alahan tadi, jom kita kaji punca sebenar berlakunya alahan/alergi kanak-kanak ini. Semoga membantu ibu bapa di luar sana untuk mengawal pemakanan anak-anak agar alergi tak berlarutan.
-----------------------------------------------------------------------------
ALAHAN MAKANAN






Apakah itu alahan pemakanan?

Kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.


Berapa kerap ia berlaku?

Adalah dianggarkan, 2% kanak-kanak mengalami alahan makanan (lebih tinggi dikalangan kanak-kanak yang lebih muda iaitu sebanyak 5-8%). Kebanyakan kanak-kanak akan hilang alahan makanan apabila mereka meningkat dewasa. 

Walau bagaimanapun, sesetengah alahan seperti alahan kepada kacang tanah dan kerang-kerangan mungkin akan berlanjutan sepanjang hayat. Dikalangan orang dewasa, kejadian alahan makanan berkurangan kepada anggaran 1% daripada populasi keseluruhan.


Apakah jenis makanan yang biasanya menyebabkan alahan?

Antara makanan yang biasanya menyebabkan alahan adalah:

✎Susu lembu.
✎Telur.
✎Kacang soya.
✎Gandum.
✎Kacang tanah, tree nuts (walnut, kacang hazel).
✎Makanan laut, kerang-kerangan (contoh : udang, ketam, kepah).
✎Beberapa bahan pewarna dan bahan perasa.


Bilakan seseorang itu disyaki mengalami alahan makanan?

Gejala alahan biasanya berlaku dengan cepat dalam tempoh beberapa minit hingga kurang dari 2 jam selepas makan. Kadang-kala tanda-tanda alahan terjadi selepas beberapa jam makanan di makan.

Tanda dan gejala alahan makanan termasuklah:

✎'Angioedema' (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata).
✎Kesukaran bernafas dan berdehit.
✎Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok merah (urticaria).
✎Rasa loya, muntah dan cirit-birit.
✎Perut yang sakit dan memulas.
✎'Colic' (sakit perut) dikalangan bayi.
✎Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, kebengkakan dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah rendah, kejutan (shock) malah boleh mendatangkan kematian. 

Gejala ini biasanya berlaku dengan cepat dalam jangka masa beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan.

Gejala yang sama boleh berlaku dalam intoleransi terhadap makanan (food intolerance) dan penyakit-penyakit lain. Maka pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk membuat diagnosa yang tepat.


Apakah kesannya?

✎Gejala dan sakit mungkin di tahap sederhana tetapi kadang-kala gejala serius seperti anafilaksis boleh berlaku iaitu saluran pernafasan tersekat dan sistem jantung tidak berfungsi. Ini boleh membawa maut.

✎Pengelakan beberapa jenis makanan boleh menyebabkan kekurangan zat makanan tertentu sekiranya makanan tambahan tidak diambil, contohnya kekurangan kalsium boleh berlaku jika semua produk susu dikeluarkan daripada pemakanan kanak-kanak yang alah kepada susu lembu.

✎Tumbesaran terbantut dan ia boleh berlaku sekiranya banyak kumpulan makanan dihadkan.

 
Bagaimana alahan makanan dikenal pasti?

Adalah terbaik berjumpa doktor untuk mengenal pasti alahan makanan. Jangan sesekali  membuat ujian sendiri untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan boleh mencetuskan alahan. Sesetengah ujian darah untuk mengesan tahap antibodi (IgE) atau 'ujian suntikan kulit' (skin prick test) boleh dilakukan oleh doktor untuk membantu mengenal pasti alahan tertentu.


Adakah sebarang rawatan untuk merawat alahan makanan?

Ada. Antara langkah-langkah yang berkesan adalah:

✎Dalam kes yang telah dikenal pasti, elakkan makanan yang menyebabkan alahan. Dapatkan nasihat Pegawai Dietitik  jika perlu untuk mengelakkan kekurangan zat makanan.

✎Memberi rawatan untuk tindak balas yang teruk daripada pendedahan secara tidak sengaja kepada mangsa, termasuklah: 
  • Menyuntik diri sendiri dengan adrenalin/epinephrin menggunakan jarum atau pen khusus yang disediakan.
  • Dapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan segera.
  • Kebiasaannya ubat-ubatan seperti antihistamin, 'bronchodilator' (ubat membuka saluran pernafasan) dan steroid, alatan pembuka saluran pernafasan (insertion of airway) juga  cecair intravena diperlukan dalam rawatan alahan.
✎Memberi makanan yang menyebabkan alahan dalam kuantiti yang amat sedikit dengan beransur-ansur (desensitising) pernah digunakan tetapi ianya bukanlah rawatan piawaian yang diluluskan.


Apakah strategi pencegahan?

✎Penyusuan susu ibu akan mengurangkan risiko alahan makanan. Oleh itu, penyusuan susu ibu sepenuhnya perlu dilakukan sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah positif alahan makanan dalam keluarga.


Peringatan

✎Berhati-hati dengan bahan-bahan yang tersembunyi dalam produk makanan yang mungkin tidak dinyatakan pada label makanan.

✎Tindak balas silang terhadap makanan boleh berlaku seperti alahan terhadap udang, udang karang dan ketam.

✎Beri peringatan kepada kanak-kanak yang bersekolah mengenai masalah alahan mereka dan pihak sekolah perlu dimaklumkan. Perancangan khusus perlu disediakan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

--------------------------------------------------------------------------------------
Sebab itulah sebarang suplemen atau makanan tambahan hanya boleh diperkenalkan kepada kana-kanak yang berumur 12 bulan ke atas. Ini kerana untuk mengelakkan alahan makanan. Contohnya telur. Sesetengah bayi tidak sesuai mengambil telur sewaktu berumur kurang dari satu tahun. Mereka akan menunjukkan tanda-tanda tidak tolerance kepada makanan seperti kulit yag kemerah-merahan dan mata berair. 

Alhamdulillah, Hafiey hingga kini dah tiada alergi kepada makanan. Mungkin kerana ia dipengaruhi oleh debu dan habuk dalam rumah. Maklumlah, bayi 8 bulan semua nak diteroka. Merangkak ke sana sini. Sebab itu jugalah kot tetiba je naik ruam merah. Mujur tak lama. Petang tu terus baik alerginya. Jauh ummi dan abi menapak ke Ipoh jumpa pakar kanak-kanak. Hehe (sayang punya pasal).




Oh ya, Hafiey juga mengamalkan Mealshakes dari Shaklee untuk membantu tumbesaran. Sebelum ni Hafiey memang picky eater. Payah nak makan. Kalau nak pun, hanya makanan kegemarannya sahaja. Kini, dia dah mula sukakan makanan dan menu baru. Tapi kena cuba perlahan-lahan la. Kalau paksa, konfem di reject takmau makan.
 



Jika anda berminat nak mencuba Vitamin Mealshakes untuk anak-anak, bolehlah hubungi saya untuk KONSULTASI PERCUMA. Promosi Beli 3 Percuma 1 masih berjalan. Tinggal 5 hari sahaja lagi kalau nak dapatkan MealShakes dengan harga istimewa. :)


HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
rynahakimi@gmail.com
Instagram: RynaHakimi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

1 comment:

Mie said...

nice sharing akak!! hheheh'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik