Saturday, July 6, 2013

Kepentingan Asid Folik Untuk Mereka Yang Ingin Hamil

Kali ni sy nak kongsi kepentingan asid folik ni bagi mereka yang ingin hamil dan sedang berusaha untuk mendapat zuriat. Di samping berdoa dan tawakkal kepada Allah, seharusnya kita berusaha untuk mengamalkan pemakanan sihat atau dengan pengambilan vitamin-vitamin tertentu yang dapat membantu meningkatkan kesuburan.

Seperti yang telah kongsi dalam entry yang terdahulu, sy mengalami kesukaran untuk hamil kerana kitaran menstruasi yang tak teratur. Jadi, salah satu cara untuk mengatasinya saya mengamalkan asid folik yang dibeli daripada farmasi dan juga dibekalkan oleh klinik kesihatan. Alhamdulillah dengan izin Allah swt selepas sebulan mengamalkannya sy disahkan hamil. 


Gambar hiasan *Google*


Apa ada pada asid folik?

Sumber: www.majalahsains.com

     Asid folik dianggap sebagai makanan otak juga dikenali sebagai folat atau folasin yang merupakan salah satu vitamin kumpulan B, dikenali sebagai B9. Badan kita memerlukannya untuk penghasilan tenaga, penghasilan sel darah merah dan juga norefrinefrina serta serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf). Ia turut memainkan peranan dalam membantu penghasilan DNA (bahan genetik badan), yang akan memulihkan fungsi otak dan merupakan komponen kritikal cecair tulang belakang. 


    Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Asid folik juga turut terlibat dalam metabolisma protein, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia.

    Asid folik adalah sejenis bahan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak demi memastikan pertumbuhan yang sempurna dan amat penting bagi kanak-kanak untuk mendapatkan jumlah asid folik yang diperlukan oleh tubuh mereka. 


    Sungguhpun begitu sumber makanan lain yang mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral, protein dan juga lemak adalah penting dalam memelihara pertumbuhan dan pembesaran badan yang seimbang. Hal ini kerana, makanan berbeza mempunyai jumlah nutrien yang berbeza. Tidak ada satupun makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien makanan yang diperlukan. Sekiranya si kecil tidak mendapatkan jumlah asid folik seperti yang disyorkan. Mereka mungkin mengalami tanda-tanda seperti keletihan, muka pucat dan kelesuan badan (tidak bertenaga).


    Asid Folik sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan "fetal", yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan,sebelum dan semasa mengandung.


    Ramai wanita yang tidak mengetahui yang pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Asid folik diperlukan untuk merangsang kesempurnaan pembentukan saraf tunjang semasa di peringkat awal mengandung iaitu 4 minggu pertama. Ini dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect" (NTD). 

    Menurut kajian pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini di antara 50% hingga 70% kemungkinan daripada ianya terjadi. Terdapat dua bentuk utama NTD iaitu anencephaly dan spina bifida. Anencephaly ialah tiada sebahagian atau keseluruhan otak bayi manakala spina bifida pula adalah keadaan di mana terdapat bukaan pada tulang belakang yang mungkin boleh menyebabkan lumpuh.


    Asid folik juga merupakan satu daripada beberapa nutrien yang diketahui mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida, yang berlaku bagi 10 dalam setiap 10,000 orang bayi. Wanita yang tidak mengambil asid folik secukupnya juga akan meningkatkan kemungkinan mengalami keguguran dan kelahiran yang menyebabkan kematian. Ibu yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan anak yang seterusnya dengan kecacatan yang sama. 


    Dalam kes seperti ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi bermula sebulan sebelum hamil, jika boleh, dan diteruskan sehingga tiga bulan pertama kehamilan. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat kempen-kempen giat dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada wanita tentang kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung

   Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pengambilan pil asid folik. Kemungkinan besar asid folik juga boleh mengurangkan lain-lain kecacatan atau masalah bayi seperti sumbing lelangit, kecacatan jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama panjang (limb reduction), kecacatan sistem pembuangan air kencing dan pucat (anaemia).


Badan Kesihatan Dunia ‘World Health Organisation’(WHO) mencadangkan bahawa pengambilan sumber asid folik adalah seperti berikut :

  • Kanak-kanak berusia 1-3 tahun: 160ug/sehari
  • Kanak-kanak berusia 4-6 tahun:200ug/sehari
  • Kanak-kanak berusia 7-9tahun:300ug/sehari
  • Ibu mengandung: 600ug/sehari
  • Ibu menyusu bayi:500ug/sehari


    Asid folik boleh ditemui dengan banyaknya di dalam sumber sayur-sayuran hijau dan turut terdapat di dalam susu dan sumber tenusu. Makanan berikut mengandungi asid folik : barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gand
um, dan bijirin.

    Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jikalau ia terlebih masak kerana ianya mudah larut dalam air, jadi anda dinasihatkan memasak dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima serta pendekkan masa memasak. Anda juga digalakkan untuk mencuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.


Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan pengambilan asid folik turut dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, kanser usus besar dan kanser pangkal rahim.


Kelebihan Asid Folik Shaklee





Shaklee menawarkan B-Compex iaitu produk yang mengandungi rangkaian Vitamin B termasuklah Asid Folik. Kelebihan B-Complex ini ialah ia mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang penting untuk tubuh seperti Vitamib B1(thiamine), B2 (Riboflavin), B3 (niacin), B5 (panthothenic acid), B6 (pyridoxine), B9 (folic acid), B12 (cobalamin) dan Biotin. Further info boleh semak di SINI


Siapa yang perlukan B-Complex??

Semua individu perlukan vitamin ini terutamanya mereka yang:
  • Terdedah kepada sinaran cahaya matahari
  • Mereka yang sentiasa mengalami tekanan kerja yang banyak selalu stress.
  • Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan migraine.
  • Mereka yang tidak fokus dengan perkara yang dilakukan (stress/tekanan)
  • Mereka yang menitikberatkan kecantikan diri.
  • Mereka yang mengandung, berpantang selepas bersalin dan menyusukan anak.
  • Wanita yang mengambil pil perancang
  • Wanita yang merancang untuk hamil (tingkatkan kesuburan) 

Bagaimana nak tahu jenis B-Complex yang baik?? kenalah pilih yang menandungi semua kelapan-lapan jenis vitamin B tu. Lagi satu, kita hendaklah istiqamah atau mengambil suplemen secara berterusan kerana vitamin ni biasanya efektif selepas 3-6 bulan selepas mengamalkannnya. Kena disiplin tau bab-bab amalkan suplemen ni. Lagipun ianya bukanlah ubat yang merawat, tetapi ianya membantu sistem badan kita untuk bekerja dengan lebih baik :)

Jika berminat dan nak tahu info lebih lanjut, bolehlah hubungi saya. Harganya sangatlah berpatutan.. 

Tak salah mencuba, manalah tahu lepas ni ada rezeki untuk menimang cahayamata.. InsyaAllah jika diizinkanNya :)


Wan Norulhazrina (ID 923060)
SMS/Call: 0199138783
FB: http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik