Showing posts with label Vita C. Show all posts
Showing posts with label Vita C. Show all posts

Sunday, February 2, 2014

Nak sihat? Jom cuba Set Kesihatan Optimum

Assalamualaikum wbt

Seronok sebenarnya bila bercerita tentang Shaklee. Secara tak langsung menunjukkan yang kita peka akan kesihatan dan ingin berubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Tak gitu? Hehe

Ada yang bertanya, Shaklee ni ubat ke? Kalau saya makan 'ubat' Shaklee ni masalah/penyakit saya boleh terus sembuh ke? Jika ambil suplemen Shaklee ni saya boleh hamil ke?

Jawapannya Wallahua'lam. Semuanya di luar bidang kuasa saya untuk menjamin kesembuhan kalian. Shaklee bukanlah ubat untuk merawat, tetapi makanan tambahan/vitamin yang membantu badan kita mendapatkan gizi dan nutrien yang sepatutnya untuk kesihatan badan secara menyeluruh. Membantu menstabilkan masalah hormon bagi wanita yang kurang subur.

*Banyakkan doa & bertawakkal kepadaNya*- Google


Sembuh atau tidak, semuanya terletak di tangan Allah. Tugas kita, berusaha sehabis daya. SHAKLEE adalah salah satu ikhtiar yang tak kurang hebatnya. Rasa sendiri baru tahu bezanya.

Amboi, panjang lebar mukaddimah kali ini. Bukan apa, risau ada yang salah faham. Apapun, saya yakin anda semua pengguna bijak. Jika produk Shaklee tak hebat, masakan bertahan lebih 55 tahun di pasaran. Serius TERUJA :)

Untuk kesihatan badan secara optimum, saya sarankan pengambilan 3 vitamin hebat iaitu Vitamin C, B-Complex dan Vita-Lea. 

Apa kelebihan 3 produk ini? Jom kita semak :)



  • Sesuai untuk semua peringkat umur, kanak-kanak hinggalah dewasa
  • Sangat sesuai bagi mereka yang amalkan gaya hidup aktif & banyak menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian.
  • Sesuai bagi mereka yang selalu keletihan dan sering stress akibat tekanan di tempat kerja yang melampau.
  • Amat tepat diamalkan oleh mereka yang sering lupa untuk mengambil makanan seimbang dalam menu seharian.
  • Sesuai untuk pelajar-pelajar bagi menguatkan memori dan kecerdasan minda.
 --------------------------------------------

Tak hairanlah kenapa produk-produk ini sering menjadi stok utama di rumah. Kerana seisi keluarga boleh menggunakannya. So, jadilah pengguna bijak. Vitamin ekonomi gitu. Dari yang kecik hinggalah yang besar boleh kongsi. Jimat sangat uolsss..hikhik :) 

Berminat nak cuba? Bolehlah hubungi saya untuk maklumat lanjut. Nak dapatkan dengan harga promosi pun boleh. Jangan malu segan untuk bertanya ya. Konsultasi PERCUMA dan EKSLUSIF menanti anda.


Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060) 
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter  
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, November 12, 2013

Kencing manis semasa hamil??

Assalamualaikum wbt.

Beberapa hari yang lalu ada seorang sahabat bertanya tentang masalah diabetes/kencing manis sewaktu hamil. Zaman sekarang, penyakit pun semakin moden. Cakap boleh sebarang cakap, tapi kalau bab makan tak boleh semberono ye deknon! Hehe.. You are what you eat!
 
Dalam istilah perubatan,ia juga dikenali sebagai gestational diabetes melitus (GDM) yang hanya berlaku sewaktu hamil.  Tetapi tak mustahil juga jika penyakit ini kekal selepas melahirkan anak. Oleh itu, penting untuk menjalani pemeriksaan lanjut selepas bersalin.

Saya sendiri pernah melalui detik-detik cemas apabila menghidapi GDM sewaktu hamil anak sulung. Saya terpaksa bersalin secara induce walaupun kencing manis terkawal. Rasanya glucose level tak tinggi pun sepanjang waktu duk hospital untuk lahirkan Hafiey. Bacaan semua bawah 6. Entah kenapa kena induce juga. Kita yang tak berpengalaman ni ikut ajelah nasihat doktor. Cuma inginkan yang terbaik buat anak yang dikandung :)

Google


Ingin saya kongsikan satu artikel berkenaan diabetes semasa hamil ini. Semoga bermanfaat buat kita semua :)

 ---------------------------------------------------------------------------------
 BAHAYA KENCING MANIS SEMASA HAMIL

Sumber: http://nona.karangkraf.com

Menghidap pelbagai gejala atau penyakit ketika hamil adalah lumrah bagi wanita yang bakal bergelar ibu. Penyakit kencing manis misalnya merupakan salah satu daripada penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan si ibu dan juga bayi.

Masalah kencing manis sewaktu mengandung adalah serius. Menurut Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di Columbia Asia Hospital, jika seseorang wanita mengalami kencing manis sebelum hamil, wanita tersebut harus memastikan tahap atau paras glukosa dalam darahnya terkawal. Paras glukosa boleh dikawal dengan amalan diet yang disarankan dan pengambilan ubatan buat pesakit kencing manis.

Pencegahan ini penting bagi mengurangkan risiko negatif yang boleh menjejaskan wanita dan bayi yang dikandung.
Antara kesan yang mungkin berlaku kepada ibu:  
  • Keguguran
  • Tekanan darah tinggi
  • Jangkitan kuman
  • Kelahiran melalui pembedahan C-section
Kesan terhadap bayi dalam kandungan:
  • Kecacatan (paras glukosa yang tinggi menjadi toksin kepada janin yang sekaligus menyebabkan kecacatan jantung, saraf dan otak)
  • Bayi yang besar
  • Masalah shoulder dystocia ketika bayi dilahirkanMasalah bayi mati dalam kandungan
Sebagai penutup kata, ibu-ibu yang merancang untuk hamil dinasihatkan agar menjalani pemeriksaan kesihatan. Jika anda disahkan menghidap kencing manis, maka anda perlu mengawal penyakit ini di paras yang baik agar tidak membahayakan nyawa.

________________________________________________

Kesal rasanya kerana tak kenal Shaklee semasa mengandungkan Hafiey dulu. Pastinya saya akan cuba set kehamilan yang berupaya membantu menstabilkan tahap glukosa dalam darah. Di samping itu, ia juga membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil.

Seorang pelanggan saya sendiri telah mencuba set kehamilan ini. Jom baca sedikit perkongsian tentang Puan Iza:-

Pada pertengahan kehamilan,Puan Iza telah disahkan mengalami GDM di mana bacaan paras glukosa selepas minum air gula/glukosa di klinik ialah 7.2. Ia melebihi paras normal iaitu <5. Doktor menasihatkan Puan Iza untuk menjalankan ujian 'Blood Sugar Profile-BSP' setiap 4kali sehari bagi memantau bacaan glukos dalam darah beliau. Puan Iza tertekan dan kebetulan saya terbaca status beliau di Facebook. Puan Iza telah mengambil keputusan untuk menggunakan set kehamilan ini atas nasihat saya. Beliau menambah ESP atau energizing soy protein bagi memastikan beliau mendapat tenaga yang berpanjangan. Di samping mengurangkan kadar pengambilan gula dalam pemakanan seharian, vitamin2 ini membantu Puan Iza mendapatkan bacaan BSP yang terkawal. Sebelum kandungan mencecah 8 bulan, beliau bebas dari GDM dan hanya perlu lakukan BSP 2 minggu sekali untuk pantauan dan berjaya bersalin secara normal (tanpa induce) dengan izinNya. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan :)
 


Selain membantu ibu-ibu yang mengalami masalah GDM, ia juga baik untuk mengatasi masalah alahan dan loya-loya yang teruk sepanjang kehamilan.

Berikut adalah testimoni seorang pengguna set kehamilan Shaklee:-

Credit: hidupsihatcergas.blogspot.com


Untuk maklumat lanjut tentang vitamin kehamilan ini anda bolehlah menghubungi saya (Sms/ Whatsapp:0199138783) untuk harga istimewa. Kalau pandai kecek, saya bagi harga modal je.. hehehe.. Siapa cepat dia dapat.. Jom bertindak sekarang ;)



With Love,



-------------------------------------------------------------------------------
**Produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mendiagnosis dan menyembuhkan penyakit. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Tuesday, September 24, 2013

Testimonial Set Resdung Shaklee

Assalamualaikum wbt.

Hari ni semangat berkobar-kobar di samping teruja nak share testimoni one of my customer ni. Akak ni ada order set resdung, kalo tak silap dalam 2 bulan lepas beliau hubungi saya bertanyakan tentang set resdung Shaklee ni.

Set Resdung ni terdiri daripada Alfalfa, Vitamin C dan B-Complex. Set ni boleh tahan sehingga 3 bulan. Huhu, my customer cakap makan vitamin tu tak luak-luak pun.


Untuk keterangan lanjut set resdung/alahan Shaklee ni boleh tengok kat SINI  ye.

Di bawah ni pula testimonial beliau :)




Best kan?? Asalnya nak rawat resdung je. Tapi tak sangka ia dapat membantu sihatkan badan secara menyeluruh. Baik untuk sistem dalaman wanita juga. Yup, begitulah alfalfa bekerja. Membantu kurangkan keputihan dan memelihara kewanitaan kita. B-Complex pula bantu stabilkan hormon dan kurangkan stress. Alhamdulillah, I'am happy for you kak. Syukur sangat :)


Kepada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang produk ni bolehlah hubungi saya. Nak contact akak yg bagi testimoni ni pun boleh. Please let me know k.. Kalau segan nak call, boleh sms/wassap dengan saya. Nak sihat tak boleh malu-malu. Saya ikhlas nak tolong ni :)



                             With Love                                    

Saturday, September 21, 2013

Sustained Release Vitamin C

Assalamualaikum wbt

Hari ni nak buat sedikit perkongsian tentang produk HOT ni. SR Vitamin C 500mg ni dah lama takde di pasaran. Lebih kurang  1 tahun juga la tak keluar kat pasaran Malaysia & luar negara. Permintaan tinggi yang amat. Asal  available je, mesti cepat je out of stock. Ini mesej terkini daripada pihak Shaklee Malaysia.

RM0.00 Shaklee: Great News! Sustained Release Vita C Plus will be available 4 sales end of OCT 13. We'll inform you when stock is ready 4 sales. TQ.


                   Hip-hip hooray!!!!    \(^.^)/

Teruja sebab dah lama ternanti-nanti kemunculan aka come back SR Vita C ni. Most of my friends yang dah guna bagi feedback yang sangat memberansangkan. Sape2 yang ada masalah kulit, mahupun kesihatn yang tak menentu tu sesuai sangat la amalkan Vit C ni. Best sangat uolsssss :)




Jom semak khasiat Vitamin C:-
=======================

  • Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?

  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu prosesmetabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

  • Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.
Credit: http://nhmi.blogspot.com


Hmm..pasti ada yang bertanya, apa beza Vitamin C Shaklee dengan vitamin C lain yang bersepah di pasaran sekarang ni. Semua pun nak claim semulajadi la kannnnn.. Hmm, jangan sebab nak cepat laku tiru tagline produk orang lain. End up, produk tak berkesan, customer habis duit macam tu je. Tak bertanggungjawab sungguh!

APAKAH KEISTIMEWAAN DAN PERBEZAAN VITAMIN C SHAKLEE DENGAN VITAMIN C BIASA?

  • Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.

  • Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet
  • Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.

Jika nak tahu lebih lanjut tentang SR Vita C ni boleh la hubungi saya. Harga pasaran cuma RM92 untuk 180 tablets. Berbaloi-baloi uolsss.. Tahan lama sehingga 6 bulan, mana nak cari??? Nak harga diskaun?? Boleh aje.. Roger-roger la sekarang.. Sape lambat tak dapat den nak nolong..teheheee


Kalau malu nak call, sms dan wassap pun boleh..hihi.. Boleh juga PM saya di:





P/s: Tak sabar tunggu bulan Oktober. Yippeeeeee!!! :) :)

Thursday, August 1, 2013

Nak Kulit Cantik Cara Saya??

Assalamualaikum wbt.

Amboi tajuk, memang masuk bakul angkat sendiri ni.. Hehehe.. Tapi hakikatnya itulah perbezaan sebelum dan selepas saya menjadi pengguna tegar Shaklee ni. Dulu kulit kusam, rasa tak bermaya. Hmm..macam-macam masalah lah..

Guna mcm2 jenis produk kecantikan. Kesemuanya kosmetik untuk cantikkan kulit wajah la kan. Memanglah kulit tu jadi cerah, tapi masih rasa tak fresh. Macam ada sesuatu yg kurang. Hmm..tak lain tak bukan disebabkan oleh kehadiran toksin dlm badan. Tak pernah detoks, tu yang wajah tak fresh, kurang berseri2.

Hinggalah saya consume set kecantikan dari Shaklee ni. Memang terasa perubahan drastik pada badan. Buat kerja harian aktif mcm mana sekalipun memang takkan exhausted. Kekal bertenaga sepanjang masa, walaupun pada bulan Ramadhan. I tak pernah tido siang tau!!! hehe





Kulit muka pun rasa tegang dan jerawat pun dah tak tumbuh sesuka hati. Kalau dulu tempek la produk apa pun mesti jerawat nak menempel jugak. Dah naik rimas dah diriku ini. Yang paling best, encik suami asyik puji yang si isterinya ni. Katanya makin muda jelita gitu haa.. Awww.. haha.. Korang jangan buat muka pula. Ni kisah benar tau.. tak percaya, silalah cuba set kecantikan ni. Memang berbaloi2. hehe


Didatangkan dengan gabungan Vit E, B-Complex dan Vit C yang memainkan peranan dalam memulihkan kesihatan dalaman tubuh. Penggunaan secara teratur dan berterusan membolehkan perubahan kelihatan dalam masa 1 minggu. Serius tak tipu :)


Me & my beloved son. Tak mekap okay, sapu lipbalm je secoet..hihi


Niat asal saya guna produk Shaklee ni adalah untuk kesihatan kami sekeluarga.Keutamaan saya adalah untuk berkongsi kebaikan suplemen yang membantu menghindarkan kita daripada penyakit2 dan juga radikal-radikal bebas yang terdapat di persekitaran. Jom ramai2 pilih Shaklee. Ubah gaya hidup anda ke arah yang lebih baik.


FAST ACTION FAST RESULT!!!


Nak tahu lebih lanjut, jangan segan silu untuk hubungi saya ye :)





Monday, July 22, 2013

Bahaya Sinus

Assalamualaikum wbt.

Pernah tak kawan-kawan asyik bersin-bersin setiap kali bangun pagi. Tambah pula kalau mengemas rumah yang berhabuk, pastinya makin menjadi-jadi bersin tu kan. Sedar atau tidak, itu adalah petanda alahan atau resdung yang dihidapi oleh majoriti rakyat Malaysia (termasuklah suami saya.heee).

Apa itu sinus/resdung??


Kuman hama yang ditunjukkan adalah gambaran dekat menggunakan kaedah mikroskopik (microscophic). Kuman tersebut sebenarnya adalah hama yang selalu dikaitkan dengan gejala terasa ingin bersin. Ia kemudian akan membiakkan telurnya ke dalam tubuh sekiranya tiada apa-apa tindakan atau ubat diambil untuk memeranginya. Oleh itu, elakkan dari mencium / menghidu karpet, langsir atau tempat-tempat berhabuk. Juga diingatkan, kucing merupakan penyumbang terbesar mengenai kuman seperti ini.
 



Gambarajah di bawah menunjukkan tempat utama yang selalu menjadi pembiakan kuman resdung. Terjadi begitu kerana saluran di situ adalah deria pernafasan di mana udara keluar - masuk. Di kala sedutan udara berlangsung, sedikit-sebanyak akan membawa kuman / bakteria masuk. Setiap manusia mengalami proses ini - tak dapat nak dielakkan. Jadi; adalah tanggungjawab kita memastikan saluran ini dijaga serta dibersihkan dengan baik.
 
 
 
 
 
‘Resdung' melalui istilah kedoktoran: penahanan mukus yang disebabkan oleh pembengkak-an membran (sel lapisan kulit). Bengkak ini terjadi kerana saluran tersekat. Mukus adalah bahasa saintifik kepada cecair berupa lendir (hingus) yang ada di dalam tubuh manusia. Petanda paling ketara mukus berlebihan adalah kulit wajah berminyak. Minyak yang boleh mengakibatkan wajah kusam dan lebih teruk lagi; jerawat dalam bentuk bisul atau bernanah. Simptom lain yang sering dikaitkan Resdung:
 
  • mudah sejuk, menggigil di sesuatu keadaan yang tak sepatutnya (baru hujan sikit saja, dah rasa macam nak demam)
  • batuk sampai terasa gatal kerongkong, anak tekak
  • telinga selau rasa tersumbat. Kalau teruk, kena dapatkan ubat doktor cairkan sumbatan (dititik dalam telinga). Contoh: 'berdengung' telinga yang sukar hilang apabila ketinggian berubah-ubah seperti dalam kapal terbang atau lif
  • Hidung kadang-kala meleleh air (tanpa hembusan)
  • Gatal mata yang apabila digaru, semakin menjadi-jadi rasa nak teruskan - sampai merah dan berair.
  • Bersin melampau, sampai pengaruhi suhu badan (jadi panas) dan sikap (baran)
 
Disudahi dengan satu lagi petanda paling ketara: hidung kerap sangat tersumbat kerana lendir / kahak dan amat sukar dihembus keluar. Akibatnya; suara menjadi agak 'sengau'. Resdung juga dikenali dengan nama 'Sinus' (ketumbuhan dalam hidung) dan 'Alergi' (alahan kepada sesuatu jenis benda atau makanan). 
 
 
Sinus/Resdung yang Kronik Boleh Mengakibatkan:

  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.
 
 
Cara Mengatasi?? 
 
 
Pastinya dengan SET RAWATAN RESDUNG SHAKLEE
 
 
Terkenal untuk mengatasi masalah 3 A

• Arthritis
• Asma
• Alergi


Set ini terdiri daripada:-

Vitamin C
------------
1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan
2. Membantu dalam penyerapan zat besi
3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka
4. Membina kolagen untuk menguatkan tisu dalam badan
5. Menjaga ketahanan badan dari selsema
6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan
 

B Complex
------------
1. Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga
2. Mencegah kelesuan dan kemurungan kelesuan dan kemurungan
3. Membantu kelancaran urat saraf
4. Mengelakkan stress
5. Mengelakkan sembelit
 

Alfafa Complex
--------------------
• Membantu melancarkan sistem perkumuhan
• Mengandungi klorofil sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli
• Mengurangkan keputihan, berfungsi seperti kacip fatimah bagi wanita
• Memekatkan dan perbanyakkan susu
• Mengandungi 16 vitamin, 17 mineral gentian dan juga protein
• Mengurangkan sakit sendi, alergi, enzema dan resdung
 

Dapatkan set ini dengan harga yang sangat berpatutan daripada saya.
Hubungi saya untuk konsultasi percuma :)
 


Saturday, July 13, 2013

Kepentingan Amalan Berpantang Selepas Bersalin

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dah masuk hari ke 4 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Kejap je masa berlalu.. Hmm.. Agak-agak ramai tak bayi Ramadhan dilahirkan tahun ni?? Subhanallah. Sungguh bertuah kerana terpilih untuk menjenguk bumi Allah yanmg indah ini di bulan yang teramat mulia.. Tahniah diucapkan buat ibu-ibu sekalian :)

Saya sendiri tahun lepas berpuasa sewaktu hamil. Memang menduga kekuatan iman. hehe.. Walaupun tak penuh puasa tahun lepas (tinggal 4 hari sebab pening teruk), Alhamdulillah masih mampu menghabiskan saki baki Ramadan dengan baik. Masa tu belum bercinta dengan produk Shaklee.. Sedikit kesal di situ.. Tak apalah, dah tertulis segalanya terjadi sebegitu. 

Saya lahirkan anak sulung pada September 2012, iaitu beberapa minggu selepas Hari Raya Aidilfitri.. Nasib baik sempat beraya jugak tahun lepas. Bimbang juga tak sempat jamah ketupat rendang, nasi minyak, dan kuih-muih yang lain. Boleh tak macam tu?? Haha.. Takut plak dah kena pantang 1 syawal tu. Good boy, takmau keluar awal sebab nak kasi can ummi makan sedap2 ye. Ahaks..

Saya bersalin secara ceaserean sebab baby in poor progress. kalo nak ikutkan dilation dan contraction belum ada tanda-tanda lagi. Tapi terpaksa induce kerana ada darah tinggi semasa hamil. Sebenarnya taklah tinggi sangat, tapi biasalah. Ibu-ibu macam sy ni diberi perhatian yang sangat ekslusif (lah sangatttt..hihi). Bila bersalin c-zer ni, memang menduga kekuatan fizikal dan mental sebab pergerakan agak terbatas. Macam mana saya berpantang?? Ok, meh sy nak kongsikan apa itu pantang. 


Hiasan *Google*


Definisi pantang

Dari segi perubatan moden, tempoh berpantang bagi ibu yang melahirkan bayi adalah selama enam minggu dan diklasifikasikan sebagai istilah tempoh puerperium atau confinement. Namun begitu, tempoh berpantang kadangkala boleh menjangkau sehingga 100 hari bergantung kepada amalan budaya serta adat resam individu. -DEMC Specialist Hospital

Kepentingan Amalan Berpantang
  • Mengurangkan tekanan perasaan selepas melahirkan bayi.
  • Membetulkan peredaran darah.
  • Mengurangkan angin dalam badan
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Melancarkan pengaliran susu ibu.
  • Mengelakkan angin meroyan atau postnatal depression
  • Membantu menstabilkan emosi ibu
  • Tempoh rehat untuk memulihkan kesihatan ibu.
  • Membaik pulih tubuh badan ibu dan memastikan luka jahitan episotomi dan luka jahitan caeserean sembuh sepenuhnya.

Bagaimana saya berpantang??

Hanya dengan produk Shaklee!! Masa tu saya diperkenalkan dengan produk Shaklee oleh adik saya. Disebabkan sy ni bukan bersalin secara normal dan ada darah tinggi semasa hamil, sy tak dibenarkan mengambil jamu sepanjang tempoh berpantang. So, terpaksalah saya cari alternatif lain. Masa saya cuba produk Shaklee ni adalah pada minggu ke2 pantang. Lambat tak?? Hehe

Produk yang mula-mula saya amalkan ialah Energizing Soy Protein (ESP) daripada Shaklee.. ESP membantu sy kekal bertenaga waktu pantang tu. Kadang-kadang bila bosan sangat sy masak sendiri, walaupun mak ada je untuk tolong. hehe.. Saya ni jenis tak boleh duk diam. Jemur baju baby pun saya buat sendiri. Keje yang ringan-ringan bolehlah. kalo tak, mau bernanah telinga kena bebel dek mak..kikki

Masa tu juga saya  tak fully breastfeed kerana keadaan badan yang lemah lepas bersalin.. Then lambat pula berurut. Saya ingat bersalin c-zer ni tak perlu berurut. Oh. sangat jahil di situ. Selepas pengambilan ESP dan berurut selama beberapa hari, Alhamdulillah susu ibu makin banyak. Cuma sedikit mencabar sebab baby dah keliru puting. Saya terpaksa pam susu sebab baby taknak direct bf. Serius sedih sebab tak exclusively breastfeed anak sy. 

Walaupun begitu, hingga kini my baby akan minta susu ibu pada masa-masa tertentu. Selebihnya saya pam guna pam manual aje. Entah kenapa kalau guna yang elektrik pengeluarannya berkurangan. Heh.. pelik kan?? Lebih serasi dengan manual dan murah walaupun naik lenguh tangan dan bahu ni haaa..


Set Berpantang Shaklee 



Set ini terdiri daripada 4 vitamin utama yang membantu memberi kecergasan dan tenaga kepada ibu-ibu dalam pantang. Jom kenal setiap vitamin ni:

  • B-Complex: anti stress dan penjana tenaga
  • Vita C: Amat sesuai untuk mencantikkan kulit  dan bagus untuk menyembuhkan luka
  • Vita-lea: Sumber vitamin dan mineral yang lengkap, mengelakkan risiko HB rendah, dan penjana tenaga yang terbaik
  • Zinc complex: Khas untuk merawat luka dan melancarkan perjalan darah bagi ibu-ibu yang bersalin normal atau c-sect

Kalau nak tambah ESP pun boleh.. ESP ni boleh diamalkan bagi mengelakkan pengambilan karbohidrat secara berlebihan. Kiranya dapat membantu ibu-ibu dapat mengembalikan berat badan asal sebelum hamil. 

Alfalfa pula membantu untuk mengelakkan sembelit sewaktu tempoh berpantang tu. Ianya sangat membantu dan melawaskan pembuangan air besar. So takdelah lama sangat termenung dalam toilet tu kan. hehe







Boleh hubungi saya jika ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang produk2 ini. Jika segan nak call, boleh SMS aje. hehe.. 


Wan Norulhazrina (ID 923060)
0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik