Saturday, July 13, 2013

Kepentingan Amalan Berpantang Selepas Bersalin

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dah masuk hari ke 4 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Kejap je masa berlalu.. Hmm.. Agak-agak ramai tak bayi Ramadhan dilahirkan tahun ni?? Subhanallah. Sungguh bertuah kerana terpilih untuk menjenguk bumi Allah yanmg indah ini di bulan yang teramat mulia.. Tahniah diucapkan buat ibu-ibu sekalian :)

Saya sendiri tahun lepas berpuasa sewaktu hamil. Memang menduga kekuatan iman. hehe.. Walaupun tak penuh puasa tahun lepas (tinggal 4 hari sebab pening teruk), Alhamdulillah masih mampu menghabiskan saki baki Ramadan dengan baik. Masa tu belum bercinta dengan produk Shaklee.. Sedikit kesal di situ.. Tak apalah, dah tertulis segalanya terjadi sebegitu. 

Saya lahirkan anak sulung pada September 2012, iaitu beberapa minggu selepas Hari Raya Aidilfitri.. Nasib baik sempat beraya jugak tahun lepas. Bimbang juga tak sempat jamah ketupat rendang, nasi minyak, dan kuih-muih yang lain. Boleh tak macam tu?? Haha.. Takut plak dah kena pantang 1 syawal tu. Good boy, takmau keluar awal sebab nak kasi can ummi makan sedap2 ye. Ahaks..

Saya bersalin secara ceaserean sebab baby in poor progress. kalo nak ikutkan dilation dan contraction belum ada tanda-tanda lagi. Tapi terpaksa induce kerana ada darah tinggi semasa hamil. Sebenarnya taklah tinggi sangat, tapi biasalah. Ibu-ibu macam sy ni diberi perhatian yang sangat ekslusif (lah sangatttt..hihi). Bila bersalin c-zer ni, memang menduga kekuatan fizikal dan mental sebab pergerakan agak terbatas. Macam mana saya berpantang?? Ok, meh sy nak kongsikan apa itu pantang. 


Hiasan *Google*


Definisi pantang

Dari segi perubatan moden, tempoh berpantang bagi ibu yang melahirkan bayi adalah selama enam minggu dan diklasifikasikan sebagai istilah tempoh puerperium atau confinement. Namun begitu, tempoh berpantang kadangkala boleh menjangkau sehingga 100 hari bergantung kepada amalan budaya serta adat resam individu. -DEMC Specialist Hospital

Kepentingan Amalan Berpantang
  • Mengurangkan tekanan perasaan selepas melahirkan bayi.
  • Membetulkan peredaran darah.
  • Mengurangkan angin dalam badan
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Melancarkan pengaliran susu ibu.
  • Mengelakkan angin meroyan atau postnatal depression
  • Membantu menstabilkan emosi ibu
  • Tempoh rehat untuk memulihkan kesihatan ibu.
  • Membaik pulih tubuh badan ibu dan memastikan luka jahitan episotomi dan luka jahitan caeserean sembuh sepenuhnya.

Bagaimana saya berpantang??

Hanya dengan produk Shaklee!! Masa tu saya diperkenalkan dengan produk Shaklee oleh adik saya. Disebabkan sy ni bukan bersalin secara normal dan ada darah tinggi semasa hamil, sy tak dibenarkan mengambil jamu sepanjang tempoh berpantang. So, terpaksalah saya cari alternatif lain. Masa saya cuba produk Shaklee ni adalah pada minggu ke2 pantang. Lambat tak?? Hehe

Produk yang mula-mula saya amalkan ialah Energizing Soy Protein (ESP) daripada Shaklee.. ESP membantu sy kekal bertenaga waktu pantang tu. Kadang-kadang bila bosan sangat sy masak sendiri, walaupun mak ada je untuk tolong. hehe.. Saya ni jenis tak boleh duk diam. Jemur baju baby pun saya buat sendiri. Keje yang ringan-ringan bolehlah. kalo tak, mau bernanah telinga kena bebel dek mak..kikki

Masa tu juga saya  tak fully breastfeed kerana keadaan badan yang lemah lepas bersalin.. Then lambat pula berurut. Saya ingat bersalin c-zer ni tak perlu berurut. Oh. sangat jahil di situ. Selepas pengambilan ESP dan berurut selama beberapa hari, Alhamdulillah susu ibu makin banyak. Cuma sedikit mencabar sebab baby dah keliru puting. Saya terpaksa pam susu sebab baby taknak direct bf. Serius sedih sebab tak exclusively breastfeed anak sy. 

Walaupun begitu, hingga kini my baby akan minta susu ibu pada masa-masa tertentu. Selebihnya saya pam guna pam manual aje. Entah kenapa kalau guna yang elektrik pengeluarannya berkurangan. Heh.. pelik kan?? Lebih serasi dengan manual dan murah walaupun naik lenguh tangan dan bahu ni haaa..


Set Berpantang Shaklee 



Set ini terdiri daripada 4 vitamin utama yang membantu memberi kecergasan dan tenaga kepada ibu-ibu dalam pantang. Jom kenal setiap vitamin ni:

  • B-Complex: anti stress dan penjana tenaga
  • Vita C: Amat sesuai untuk mencantikkan kulit  dan bagus untuk menyembuhkan luka
  • Vita-lea: Sumber vitamin dan mineral yang lengkap, mengelakkan risiko HB rendah, dan penjana tenaga yang terbaik
  • Zinc complex: Khas untuk merawat luka dan melancarkan perjalan darah bagi ibu-ibu yang bersalin normal atau c-sect

Kalau nak tambah ESP pun boleh.. ESP ni boleh diamalkan bagi mengelakkan pengambilan karbohidrat secara berlebihan. Kiranya dapat membantu ibu-ibu dapat mengembalikan berat badan asal sebelum hamil. 

Alfalfa pula membantu untuk mengelakkan sembelit sewaktu tempoh berpantang tu. Ianya sangat membantu dan melawaskan pembuangan air besar. So takdelah lama sangat termenung dalam toilet tu kan. hehe







Boleh hubungi saya jika ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang produk2 ini. Jika segan nak call, boleh SMS aje. hehe.. 


Wan Norulhazrina (ID 923060)
0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik