Assalamualaikum wbt
Selamat pagi semua. Salam ceria di pagi yang indah ini. Senyummmmm.. Mulai hari dengan perkara-perkara yang positif saja. Pasti hingga ke penghujung hari takkan ada stress mahupun tekanan datang mengganggu.
Phytocol ST, siapa pernah dengar? Ahli Shaklee haruslah semua tahu kan. Hehe. Bagi yang belum pernah dengar apa itu Phytocol ST, ia adalah suplemen anti-kolesterol yang mengandungi
phytosterols iaitu sebatian sterol dan stanol dari tumbuh-tumbuhan yang serupa dengan
kolesterol. Sterol tumbuhan telah terbukti mampu menurunkan paras kolesterol
dalam darah seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan strok
termasuk masalah tekanan darah tinggi, penyakit hati dan masalah kesuburan.
Sebelum kita berkenalan dengan lebih lanjut dengan Phytocol ini, jom fahami dan selidiki bahaya kolesterol serta simptom-simptomnya.
----------------------------------------------------------------------------------
BAHAYA KOLESTEROL
Manusia memerlukan kolesterol bagi membentuk sel, hempedu
dan hormon tertentu dalam tubuh tetapi paras kolesterol yang tinggi mendedahkan
individu kepada pelbagai penyakit berbahaya. Penyakit jantung koronari
disebabkan paras kolesterol tinggi dalam tubuh menjadi pembunuh nombor satu
masyarakat di negara ini. Pesakit juga terdedah kepada serangan strok atau
angin ahmar sekiranya paras kolesterol terlalu tinggi. Apakah faktor yang
menyebabkan paras kolesterol tinggi dalam tubuh dan bolehkah keadaan itu dikurangkan?
Kolesterol dihasilkan oleh hati dan ia wujud dalam darah
setiap individu. Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan kaya dengan
kolesterol akan mendedahkan seseorang kepada masalah kolesterol tinggi dalam
darah. Penghasilan kolesterol secara berlebihan oleh hati dikaitkan dengan
faktor genetik dan keadaan ini sukar dikawal biarpun individu berusaha
mengurangkan pengambilan makanan kaya kolesterol.
Ada pesakit mengadu tidak mengambil makanan kaya kolesterol
tetapi paras kolesterol mereka tinggi dan ini sebenarnya berpunca daripada
faktor genetik. Mereka yang kuat merokok juga terdedah kepada masalah
kolesterol tinggi. Bagaimanapun, paras kolesterol tinggi yang berpunca daripada
faktor pemakanan tidak seimbang boleh dicegah.
Masalah kolesterol tinggi lebih terdedah kepada lelaki berbanding wanita. Namun
begitu, apabila wanita putus haid, mereka tidak terlepas daripada mengalami
masalah kolesterol tinggi dan sebahagian besar daripada mereka terdedah kepada
sakit jantung koronari. Sebelum putus haid, hormon estrogen melindungi wanita
daripada sakit jantung koronari tetapi selepas menopaus, hormon itu tidak lagi
dihasilkan oleh tubuh dan ini mendedahkan mereka kepada pelbagai masalah.
Tahap kolesterol boleh dikategorikan kepada Low Density Lipoprotein (LDL) dan
High Density Lipoprotein (HDL). LDL membawa kolesterol untuk dimendapkan pada
tisu manakala HDL pula bertindak mencegah pemendapan kolesterol pada tisu. LDL
disifatkan sebagai kolesterol tidak elok manakala HDL pula ialah kolesterol
elok.
Tahap kolesterol individu yang berusia 30 tahun ke atas
tidak seharusnya melebihi 4.7 mmol manakala paras kolesterol mereka berusia
bawah 30 tahun hendaklah kurang daripada 5.2 mmol. Lazimnya, pengambilan darah
boleh menentukan paras kolesterol seseorang. Apabila individu berjumpa doktor,
mereka akan ditanya mengenai sejarah dan latar belakang kesihatan diri dan
keluarga. Jika paras kolesterol normal, doktor akan menasihatkan pesakit supaya
menjalani pemeriksaan setiap lima tahun.
Bagaimana mengurangkan paras kolesterol?
1. Sekiranya paras kolesterol didapati tinggi, pesakit diminta mengubah tabiat
pemakanan harian mereka.
2. Jika pesakit merokok, mereka dinasihatkan supaya berhenti.
3. Pesakit diminta mengurangkan berat badan jika terlalu gemuk.
4. Pesakit dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan berlemak.
5. Pilih kepingan daging tanpa lemak.
6. Jika memasak ayam, pastikan kulit ayam dibuang terlebih dulu.
7. Elakkan mengambil organ dalaman haiwan seperti paru, otak lembu, hati
kambing dan hati lembu.
8. Elakkan mengambil susu penuh krim atau susu rendah lemak. Sebaik-baiknya
pilih susu skim.
9. Jika berhasrat mengambil ais krim atau keju, pastikan puan memilih yang
rendah lemak. Bagaimanapun, sebaik-baiknya ambil dadih.
10. Kurangkan pengambilan kuning telur kerana ia kaya dengan kolesterol.
11. Walaupun santan tidak mengandungi kolesterol, ia mengandungi lemak tepu dan
apabila dimakan, santan akan bertukar menjadi kolesterol.
12. Amalkan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Bersenam dapat
mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Jika satu peratus kolesterol berjaya
diturunkan, pesakit mampu mengurangkan risiko sakit jantung koronari sebanyak
dua peratus. Sekiranya pesakit dapat mengurangkan paras kolesterol sehingga
lima peratus, risiko mengalami sakit jantung koronari berjaya dikurangkan
sehingga 10 peratus.
Rawatan
Oleh kerana masalah kolesterol tinggi yang berpunca daripada
faktor pemakanan boleh dicegah, rawatan kepada masalah itu lebih kepada cara
mencegah. Bagaimanapun, jika ia berpunca daripada faktor genetik, doktor akan
memberi ubat bagi menurunkan paras kolesterol dalam darah. Beritahu doktor jika
pesakit alah terhadap ubat terbabit. Pesakit harus mematuhi setiap arahan
sebelum mengambil ubat bagi mengelakkan kesan sampingan. Pesakit dinasihatkan
supaya menjalani pemeriksaan setiap tiga bulan bagi mengetahui paras kolesterol
mereka.
Sumber:
Dr Sharifah Sakinah Syed Mohamad al-Yahya – Perunding Perubatan dan
Endokrinologi (Diabetologi) Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor.
----------------------------------------------------------------------------------
Bagaimana suplemen Phytocol ST membantu?
Phytosterols (molekul hijau) akan membentuk lapisan
disekeliling kolesterol (molekul kuning) lalu menghalangnya dari menyerap
kedalam salur darah. Kolesterol yang tidak diserap ke salur darah akan
disingkirkan dari tubuh.
Oleh itu, apabila kolesterol dalam salur darah berkurangan, paras kolesterol
akan menurun dan penyakit seperti penyakit jantung koronari dan strok dapat
dicegah. Masalah kegemukan akibat kolesterol juga dapat diatasi.
Ini adalah cara untuk mencegah masalah kolesterol secara semulajadi yang paling
selamat.
Kelebihan dan Keistimewaan Phytocol ST Shaklee.
- Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif
daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
- Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
- Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu
mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
- Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana
disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
- Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
Testimoni Pengguna Phytocol ST (Mr Ethan Wang, Sales Director Shaklee)
 |
| Cholesterol test pada 26 March 2014 (high LDL) |
 |
| Cholesterol test pada 30 May 2014 (lower LDL) |
Penurunan tahap kolesterol sebanyak 22% dalam masa 2 bulan. WOWWWWW!!!
Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut produk ini. Buatlah pilihan yang terbaik untuk orang yang kita sayang. Pastinya kita impikan tahap kesihatan mereka yang lebih baik kan. Kenapa perlu tunggu, sedangkan anda tahu solusinya? Bertangguh itu pencuri masa. Jom borong, raya dah dekat ni. Balik kampung nanti hadiahkan kepada mak ayah masing-masing. Hihi
FAST ACTION FAST RESULT!!
-----------------------------------------------------------------
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit