Showing posts with label Kesihatan sendi. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan sendi. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Promo Promo: Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

Assalamualaikum wbt.


Dah tidur ke semua? Saya ni dari tadi terkebil-kebil. Mata tak mahu tido. Ada baiknya bemonolog di blog ni. Hehe.. Monolog kah?? Rasa yang terzahir dari hati gitu haaa.. Hihi

Bolehlah saya bercerita serba sedikit tentang promosi Shaklee untuk bulan Ogos ni. Bulan ni, AJHT bakal menjadi produk PALING LARIS di pasaran. Sekarang tengah promosi beli 6 Percuma 1. Satu botol cuma RM124 (retail price). Tapi dengan saya haruslah ada diskaun. Ahaks!

 Jom serbu warehouse Shaklee beramai2!!! Kita clear kan stock AJHT yang ada tu. Bukan apa.. Produk ni memang sesuai digunakan oleh orang-orang dah berusia macam sy ni la. Heh, baru 29 kot. Kikiki..

Saya belikan AJHT ni khas untuk emak yang sakit lutut. Memang seksa tengok dia naik tangga dan semasa nak sujud. Tak tertanggung kesakitan tu. Emak saya ni memang langsung tak minum susu. Jangankan susu Anlene, susu pekat manis pun tak dipandangnya. Yang dia gemar teh o ais. Oh ibu kesayanganku..huhu

Alhamdulillah dalam masa seminggu mak kata lutut dah tak sakit dah. Naik tangga pun semakin laju. Wahh.. Serius teruja dengan tahap kesihatan emak. Yela, saya ni surirumah. Kalau nak selalu bagi wang ringgit tu memang payahla. Diri sendiri pun harapkan elaun suami beri. Hehe. Jadi, saya hargai kedua ibu bapa saya dengan cara belikan mereka suplemen. Bukan selalu pun. Bergantung atas keperluan la kan.





AJHT ni sebotol ada 60 tablet. Sehari makan 2 Biji. So, tahan untuk 1 bulan.



Nak Tahu Bagaimana Ia Bertindak?
 
Joint Health Tablet ni membantu kita dalam 3 cara:

1. Menyokong keselesaan sendi: Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.

2. Bertindak sebagai 'kusyen': Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan

3. Memelihara tisu penyambung yang sihat: Zinc, copper, manganese and vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi dengan membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.

Melalui 3 cara inilah joint health tablet dpt bantu melegakan sakit2 sendi..Shaklee Advanced Joint Health Tablet ni sangat2 bagus sbb ianya dihasilkan dari ramuan aktif iaitu Boswellia yang bertindak dgn pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi.

Credit: Mieza Shaklee


Jika nak dapatkan satu set penuh untuk kesihatan sendi pun boleh. Maklumat lanjut di SINI.


________________________________________
Siapa lagi kalau bukan kita sebagai anak yang menitikberatkan soal kesihatan ibu bapa. Semasa mereka masih ada, jom kita beri 100% perhatian terhadap mereka. Bukanlah terhad kepada kesihatan sahaja, kerap balik jenguk mereka di kampung pun dah cukup membuatkan mereka bahagia. Bukan wang ringgit yang mereka dambakan dari anak-anak. Hanya kasih sayang dan ingatan tulus ikhlas daripada anak-anak  yang mereka harapkan.

<tetiba sebak teringatkan family di kampung..huuuuu>


Kepada sahabat yang berminat untuk dapatkan produk AJHT ni boleh hubungi saya. Nak tanya2 je pun boleh. Sambil kita share ilmu pengetahuan kan. Sharing is Caring gitu. huhu


 
Nak WhatsApp pon boleh :)




Thursday, August 1, 2013

Set Sakit Lutut Dan Sakit Sendi

Assalamualaikum wbt.

Wahhh..Dah masuk bulan Ogos la kita ye? Macam-macam peristiwa yang bakal kita sambut bulan no. Aidilfitri lagi 7 hari, 31 Ogos nanti sambut Hari Kemerdekaan pula. Meriah la Ogos kali ni. Hehe..

Bulan baru, azam baru dan usaha perlu ditambah-baik. Tak boleh lagi termenung dan 'stagnant' je. Lama-lama momentum lari. Ehe.. Peringatan untuk diri sendiri :)

Nak inform kawan-kawan, bulan ni ada promosi produk Advanced Joint & Health Tablet. Beli enam percuma satu. Retail Price untuk sebotol AJHT ni ialah RM124. Berbaloi-baloi dapat FREE 1 botol tu kan. Tapi kalau beli dari saya, pastinya harga istimewa menanti. Diskaun HEBAT menanti ;)

Ok, sebelum tu kena tahu dulu definisi sakit sendi atau osteoarthritis ni. Jom baca artikel yang ditulis oleh Dr. Anwar Arshad, Pakar Urat, Sendi, & Sakit Kronik
 




Apakah itu Osteoartritis?

Proses osteoartritis bermula dengan penghausan tulang rawan pada sendi. Tulang rawan berfungsi sebagai kusyen di antara sendi yang membolehkan sendi bergerak lancar. Ia adalah tisu yang tegap, berfungsi untuk menyerap kesan hentakan semasa bergerak dan bersenam.

Apabila tulang rawan menjadi haus dan nipis, ruang antara sendi menjadi sempit. Ini mengakibatkan hujung tulang bergesel di antara satu sama lain. Geselan tulang ini akan menyebabkan sendi menjadi sakit pembentukan tulang baru di hujung tulang menghasilkan pembengkakan sendi.
 
Mereka yang telah berumur dan mempunyai berat badan yang berlebihan didapati lebih mudah mendapat OA. Kaum wanita berkecenderungan mendapat OA lebih awal dan lebih teruk daripada kaum lelaki, dan di dalam sesetengah kes, OA mungkin menjejaskan seluruh keluarga.


Sendi-Sendi Yang Terlibat
  • Sendi-sendi jari. - Mengakibatkan bonjolan di sendi-sendi hujung jari. Ia lebih kerap di kalangan kaum wanita yang mempunyai penyakit yang sama di kalangan ahli keluarga.
  • Tulang belakang.
  • Sendi-sendi yang terlibat dalam menampung berat badan seperti sendi pinggul, lutut dan kaki.
  •  
Faktor Faktor Risiko Osteoartritis
  • Penuaan. - Osteoartritis jarang berlaku di bawah umur 40an. Penyakit ini lebih kerap di kalangan wanita yang berumur 50 tahun ke atas.
  • Obesiti (kegemukan).
  • Penyakit radang sendi yang lain seperti rheumatoid arthritis dan jangkitan kuman.
  • Kecederaan sendi.
  •  
Tanda-Tanda Osteoartritis
  • Sakit pada sendi apabila digunakan atau digerakkan.
  • Ketidakstabilan pada sendi.
  • Pergerakan dan penggunaan sendi yang terhad.
  • Bengkak sendi.
  • Sendi berbunyi apabila digerakkan.
 Jadi, bagaimana caranya untuk mengatasi MASALAH INI?

 MUDAH SAHAJA CARANYA DENGAN SHAKLEE :)

           

Amalkan 3 kaedah utama ini:-

Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat 

Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :

(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen 

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. Omega3 juga bertindak sebagai pelincir. Ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat
Ostematrix yakni sumber Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tEtapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.



______________________________________________

Tak salah rasanya jika kita lakukan sedikit pelaburan untuk yang tersayang. Besar manfaatnya jika mereka yang kita sayang terhindar daripada penyakit yang memudaratkan. Kesihatan yang baik pastinya melahirkan institusi keluarga yang bahagia.

Mencegah lebih baik daripada merawat. Takkan nak tunggu sakit dulu baru nak berubat kan. Mungkin masa tu dah terlambat. Hm, keraa itulah mulai sekarang saya galakkan ahli keluarga amalkan suplemen semualajdi daripada Shaklee ni untuk mengekalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Jika terdapa sebarang masalah atau keraguan, bolehlah hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA. 


FAST ACTION FAST RESULT, LET'S GRAB IT NOW :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik