Assalamualaikum wb
Terajin pula tukar layout belog. Bosan dengan wajah lama. Orang kata, wajah baru, semangat baru. Lebih ceria gitu. Semangat nak update belog pun haruslah berkobar-kobar, ye dak? Hihi..
Sebut tentang ceria, pastinya menjadi dambaan setiap insan. Kalau boleh, hari-hari nak hidup tenang. Jauh dari masalah dan tekanan. Tapi adatlah, nama pun manusia. Takkan lepas dari pandangan Allah. Pasti terselit sedikit ujian sebagai tanda kasihNya terhadap hamba ciptaanNya.
Justeru, bagaimana kita nak atasi segala kekusutan dalam hidup? Bagaimana pula nak kekal positif dan ceria dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang serba mencabar ini? Jom saya kongsikan satu tips/petua yang in shaa Allah bermanfaat buat sahabat-sahabat semua.
------------------------------------------------------------------------
PETUA UNTUK SENTIASA HIDUP CERIA
Sumber: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama
*google* |
1. Hidup Bukan Sempurna - Kita semua tahu bahawa kehidupan kita bukan
selalunya gembira sentiasa. Ada kalanya ia membuatkan kita sedih, kecewa
dan hampa. Apa yang perlu anda lakukan adalah menerima semuanya dari
sudut positif. Simpan dalam minda anda bahawa sesuatu yang pahit itu ada
penawarnya Percayalah bahawa ada manusia lain di luar sana yang lebih
100 kali menderita daripada kita.
2. Jangan Berdendam - Dendam adalah penyebab utama yang menghalang anda untuk hidup gembira. Tidak kira dengan siapa anda berdendam anda perlu membuangnya. Kebanyakkan daripada kita meletakkan peristiwa pahit yang kita alami disebabkan orang kedua dan sering menyalahkan orang lain yang menyebabkan anda tidak bahagia. Menjadi pendendam menyebabkan anda kehilangan tenaga positif dan memudahkan orang lain mengunakan kelemahan ini untuk menjatuhkan anda.
3. Mencintai dan menghargai - Luahkan perasaan cinta, menghargai persahabatan, menceriakan dan menghangatkan suasana dalam hubungan sesama manusia. Ringankan lidah anda untuk mengucapkan kata-kata penghargaan dan pujian kepada setiap orang disekeliling anda. Dengan bertindak sedemikian, anda akan memperolehi respon yang positif daripada setiap orang yang pernah anda hargai dan puji sebagai balasan.
4. Bekerja dengan gembira - Anda menghabiskan banyak masa untuk bekerja, oleh itu pastikan anda melakukan sesuatu yang anda gembira lakukannya. Jika anda tidak gembira dengan kerja anda sekarang, kehidupan anda pasti sengsara. Jika kerja tersebut bukan dalam bidang kerjaya yang anda minati, buat satu perancangan yang perlu supaya anda dapat menikmati kerja yang mengembirakan.
5. Jaga Kesihatan - Jika anda inginkan kebahagiaan maka anda perlu menghargai diri sendiri. Kesihatan diri adalah senjata kepada kesihatan mental. Pastikan anda sentiasa berada pada mengamalkan makanan seimbang dan melakukan senaman. Dengan demikian anda akan dapat merasakan satu kekuatan yang penuh dengan tenaga dan semangat untuk menjalani kehidupan dengan lebih gembira.
6. Buat perkara yang anda benar-benar ingin lakukan - Kita tidak dapat buat semua perkara yang kita inginkan namun kita boleh melakukan sekurang-kurangnya beberapa perkara yang kita inginkan dalam hidup. Lakukan sesuatu yang anda benar-benar ingin lakukan dan berusaha mencapainya agar anda memperolehi kepuasan dan merasai kejayaannya.
7. Rancang Hidup dengan Baik - Orang yang mempunyai perancangan dan objektif dalam hidup lebih bahagia daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan hidup. Mudah sahaja kerana jawapannya, mereka ini lebih menghargai setiap masa yang mereka gunakan untuk mencapai setiap matlamat yang mereka rancang. insya'allah..

--------------------------------------------------------------
Pilihan untuk gembira atau sebaliknya terletak di tangan kita. Seharusnya kita sedar bahawa suatu musibah adalah proses tarbiyyah supaya kita lebih tabah untuk menghadapi hari-hari mendatang. Tak mudah untuk sentiasa positif dalam hidup, namun tak susah untuk kita mengharungi setiap ujian dalam hidup andai kita belajar untuk redha dengan segala ujian yang diberikan olehNya.
P/s: Belajar untuk menjadi muslimah yang tabah dan kuat demi keluarga tercinta :)
2 comments:
Cantik layout baru..berubah angin ye.Thanks for sharing the petua..betul sangat2 tu kalau nak hidup bahagia jaga kesihatan agar kekal sihat,buat apa yang kita suka dan jangan ada rasa dendam insyallah hidup kekal aman bahagia
@Emy Omar
Cantik ek? tenkiu..hihi.. Itulah.. nak bahagia, hruslah sentiasa positif dan berusaha untuk sentiasa ceria. Jauhi laranganNya. Ins Shaa Allah hati kan sentiasa tenang :)
Post a Comment