Salam
saiyidul ayyam. Jumaat yang penuh keberkatan. Semalam sy join seminar
Dr. Azizan Osman (DAO). Crowded sangat, penuh Hall. Terus berangan, in
shaa Allah nanti bila aku buat magic sharing Shaklee ginilah penuhnya
hall ni (kelas gitu..besar impianku..harus visualize kan..hikhik)
Banyak
yg dikongsi sepanjang program. Kena fokus, alert. Bila dia DAO suruh
bangun, wajib bangun. Kalau suruh duduk, kena duduk. Kalau benda basic
pun takmo ikut, jangan mimpi nak buat BENDA BESAR.
Kata
DAO, jika kita buat benda yang sebenarnya kecil or remeh, it will lead
to BIGGER SUCCESS. Kalau suruh angkat tangan pun malas, apatah lagi nak
bertindak cemerlang macam 'ORANG YANG DAH BERJAYA'.
Perlu diingatkan, perkara paling asas ialah menjaga hubungan dengan Allah. Jika kita usaha bagai nak rak pun, jika tiada keberkatan pasti ia takkan ke mana. Kuasa rezeki terletak di genggaman Allah. Hanya Dia berhak memberi kejayaan kepada siapa yang diingini. Jika kita jauh dari radar Allah, muhasabahlah.
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia." -[Al Baqarah:117]
Jom baca perkongsian DAO sepanjang 3 jam seminar berlangsung:-
------------------------------
BANGKIT adalah ringkasan kepada BISNES AKAN NAIK GUNA KUASA ILMU & TINDAKAN.
Terdapat beberapa teknik yang perlu diberi perhatian dan dipraktikkan
untuk jadi seorang yang betul-betul berjaya. Jika nak berniaga, perlu
kuasai ilmu perniagaan. Jika tidak, bisnes memang takkan menjadi dan
mudah lingkup. Apa2 bisnes pun yang kita ceburi, jika betul tekniknya we
will touch millions only in 3 years. Kalau dah 3 tahun tapi belum
jutawan maksudnya ilmu perniagaan tak cukup la tu :)
1. MENTALITI
Jika
nak berjaya dan nak jadi jutawan, kita perlu ubah apa yang ada dalam
minda kita. Kemudian, fokus dan disertai dengan tindakan. Impian hidup
kena besar. Kita dikurniakan Allah dengan MINDA YANG BESAR. Jangan
tidakkan potensi diri kita. Awal2 lagi kata yang kita tak mampu buat
itu, tak layak jadi jutawan, etc2. Mentaliti lah yang mencerminkan
sejauh mana kita nak berjaya dalam hidup.
Nak jadi seorang yang 'kaya dan berjaya' kita haruslah mempunyai matlamat yang JELAS. Kena tulis impian kita. Kena selalu tengok dan bayangkan yang kita telahpun berjaya. "You have to write clearly what's your goal". Untuk
menjadi jutawan, kena follow exactly apa yang orang dah berjaya buat.
Follow 100% cara dia berfikir, bercakap, bertindak, bersosial, dll.
Orang
yang berjaya juga perlu ada banyak buku yang berfaedah. Contohnya
seperti buku2 motivasi kejayaan, buku2 ilmiah dan buku biografi tentang
orang yang dah berjaya.
3. MAGNET
Untuk
jadi magnet, kita perlu berbalik kepada mentaliti kita. Kita adalah apa
yang kita fikir. Law of Attraction (LOA) atau Hukum Tarikan adalah satu
hukum Allah yang menyatakan bahawa “kita menarik apa yang kita fokuskan”.
Ini menepati hukum Allah swt, seperti yang dinyatakan oleh Hadith Qudsi berikut:
“Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kita
wajib ubah cara bercakap, cara berfikir dan bertindak. Orang yang
berjaya adalah orang yang positif. Nak jadi magnet, perlu sentiasa
FOLLOW YOUR MENTOR!!
------------------------------ ------------------------------ ------------
Dalam
seminar ni juga ada aktiviti di mana peserta perlu tulis matlamat untuk
jangakamasa setahun dari sekarang (contohnya 5 mac 2013). Nak tulis
matlamat pun kena ada ilmu. Tak boleh main tulis je. Tak boleh tulis:
- "Saya nak/ mahu jadi seorang............"
- "Saya akan berjaya.."
- "Saya ingin mencapai.........."
Kita WAJIB tulis
Contoh:-
"
Saya bersyukur kerana mempunyai duit sebanyak RM____________________
dalam masa setahun akan datang iaitu pada tarikh 5 Mac 2015."
Quotesvalley.com |
Sebelum
sesi terakhir, semua peserta diminta untuk pejam mata. Ini adalah
teknik "Power Of Visualization". Semua kena ingat balik matlamat yg kita
dah tulis tadi. Imagine pada tarikh yang kita tulis tu, kita dah pun
capai impian tu. Bayangkan dengan siapa kita akan berkongsi kegembiraan
itu. Dengan suami, mak ayah atau sesiapa sahaja.. Siapa yang akan dapat
manfaat dari wang yang banyak tu. Apakah sumbangan anda kepada ibu-bapa.
Hantar mereka pergi Haji, Umrah, baiki rumah, belikan kereta, etc.
Kemudian bayangkan 5 tahun akan
datang. Bagaimana kehidupan anda. Wang dah makin stabil. Dapat tinggal
di kediaman yang selesa. Pendidikan anak2 terbela. Kita mampu bersedeqah
dan infak. Ibu bapa hidup makin selesa.
Kemudian bayangkan pula kesannya untuk 10-15 tahun
akan datang. Makin kaya, berjaya dan hidup selesa. Dapat bantu
keluarga, sanak saudara, sahabat dan sesiapa sahaja yang kita nak. FEEL IT.
Sanggupkah
kita sia-siakan matlamat kita. Apa akn jadi jika kita tak berbuat
sesuatu atau BANGKIT mulai sekarang? Adakah kita mampu menggembirakan
orang di sekeliling kita? Sudah pasti tidak. Kita akan kekal miskin dan
hidup biasa-biasa.(Masa ni ramai yang nangis.. termasuklah daku.. sedih bila ingat kat parents. Banyak jasa mereka pd kita kan?)
Anda
nak kaya dan berjaya? WAJIB ada semua 'M' kat atas tu. Akhir sesi DAO
suruh stay kepada sesiapa yang nak Join IMKK (Intensif magnet kekayaan
dan kejayaan). Ni direct coaching dgn dia. Yuran tak pasti berapa, tapi
kena bayarlah. Saya tak stay pun. Saya tahu DAO bukan calang2 mentor, Jurulatih kewangan No.1 Asia tu!!! Cuma ada komitmen lain dan sebab saya yakin Mentor Shaklee the
BEST!! Nak belajar MLM kena berguru dengan otai MLM la kan? hikhik
Rugi sangat jika tak folow mentor betul2. Kena bagi
100% komitmen. Orang lain masih terkial2 nak cari mentor dan coach.
Bila kawan sebelah tanya, "ala kenapa tak tunggu..jomlah join IMKK"..
Saya jawab "Saya dah ada mentor". Wahhh..rasa sangat bangga ok!! hihi
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kawan2 semua. Nak saya jadi mentor Shaklee anda? Boleh aje. Roger roger ye. Please let me know. Sama-sama BANGKIT mengejar impian dan cita-cita.
ANDA KAYA DAN BERJAYA!!! :)
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment