Atas permintaan rakan-rakan yang gojess dan cun di FB, saya nak share 6 jenis simpanan atau tabung kewangan yang boleh diamalkan. Tak kiralah yang makan gaji, kerja sendiri, berbisnes, mahupun menganggur.. Errr.. hiihihi. Ilmu ini saya perolehi semasa seminar IMKK di Mines pada 12-15 Jun yang lalu. Apa salahnya sharing sesama kita pula. Sharing is loving giteww. Eheh
Antara tujuan tabung-tabung ini adalah untuk menggalakkan kita berjimat cermat dan membelanjakan wang mengikut kemampuan. Ikut nafsu, semua benda rasa penting dan nak dibeli kan? Saya tak kata orang lain. Saya yang surirumah ni pun kekadang nafsu nak membeli dan membelah itu tinggi. Walhal duit berapa sen sangatlah yang ada dalam purse. Hikhik. Penyakit bahaya tu. Rabak poket incik suami. haha
Ok, back to the topic. 6 tabung tersebut adalah seperti berikut:-
1. Tabung Financial Freedom Account (FFA)
Tabung FFA ialah tabung bebas kewangan, di mana kita memperuntukkan 10% dari wang pendapatan untuk simpanan.
Tabung ini ibarat telur emas. Jangan guna simpanan FFA dan seeloknya buka satu akaun khas (fixed deposit account) khusus untuknya. Jangan sesekali guna kad atm dan buku bank untuk akaun ini. DAO pesan, sila bakar buku akaun. Hehehe
Keep investing & keep it growing. Sumber lain juga boleh dimasukkan ke dalam tabung FFA contohnya seperti:
- Passive income dari wang sewaan rumah (jika ada)
- Pendapatan dari kerja part time
- Duit main kutu, dll.
2. Tabung Necessity (NEC)
55% daripada hasil pendapatan diperuntukkan untuk tabung ini. Ia juga adalah tabung keperluan dan perbelanjaan rumah seperti berikut:-
- Bayar pinjaman rumah & kereta
- Beli kelengkapan rumah
- Beli baju baru, handbag/tudung/dll.
- Kos potong rambut
- Kos makan minum
- Lampin anak
- Gas memasak
- Bil perubatan dll.
- Turunkan kos hidup dan berbelanja untuk yang perlu sahaja
- Jangan bawa kereta laju-laju (save minyak)
- Kurangkan penggunaan elektrik & air, dll.
Simpan 10% daripada pendapatan untuk tabung LTSS ini. Ia adalah tabung khusus untuk digunakan pada masa akan datang seperti:-
- Beli kereta baru
- Renovate rumah
- Bina ruang dapur baru
- Down payment rumah
- Beli TV baru, dll.
4. Tabung Charity
Peruntukkan 5% daripada wang pendapatan anda untuk tujuan kebajikan seperti:-
- Derma anak yatim
- Derma untuk masjid
- Derma untuk bina sekolah tahfiz
- Bantu warga emas di Rumah Kebajikan dll.
5. Tabung FUN
Tabung ini adalah untuk bersuka ria & berseronok bersama keluarga seperti:
- Melancong & umrah bersama keluarga
- Makan malam di hotel atau restoran kegemaran
- Berkelah & bermalam di resort, dll.
Simpan 10% dari wang pendapatan untuk tabung ini. Ia boleh dihabiskan pada bulan tersebut, atau dikumpul untuk tujuan melancong pada masa akan datang.
6. Tabung Education
Sebanyak 10% wang disimpan untuk tabung pendidikan ini. Ia bertujuan membantu kita 'Upgrade diri' dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi contohnya seperti:
- Sambung Master, PhD, dan sebagainya.
- Sertai kelas memasak & menjahit
- Sertai kelas tahfiz al-Quran, dll.
Bagi yang suka berbisnes, bolehlah menyertai seminar, kursus atau apa-apa program yang bermanfaat untuk peningkatan bisnes masing-masing. Contoh seminar:
- Internet marketing
- Facebook Advertising
- Leadership training, dll.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Apa yang ditulis adalah berdasarkan pemahaman saya (kena dengar dan tulis semasa seminar). Kot-kot orang lain faham lain kan. Hihi
Walaubagaimanapun pecahan (%) itu tak terhad. Boleh di'adjust' ikut kesesuaian dan tahap pendapatan masing-masing. Cuma jangan lebihkan tabung FUN sudah.. Haha.. Tak dapek den nak nolong. Hihi
Selamat menabung ye :)
No comments:
Post a Comment