Assalamualaikum wbt.
Sebut saja Shaklee, masih ramai yang skeptikal. Al-maklumlah sekarang Shaklee dan jadi satu fenomena. Jarang sangat orang tak pernah dengar tentang Shaklee. Cuma mungkin masih belum arif dan faham apa itu Shaklee, rangkaian produk dan sistem jualan yang dijalankan.
Ya, Shaklee ialah Multilevel marketing (MLM). Sebut je MLM semua dah kecut perut, takut kena paksa beli. NO NO NO. Kami tak pernah paksa sesiapa pun beli produk, semata-mata nak maintain point. Bisnes ini boleh dijalankan secara online, semuanya di hujung jari. Hanya dengan satu klik, info tersebar dan audiens dapat maklumat yang diinginkan. Jadi, terpulanglah samada nak cuba ataupun tidak.
Lagi satu, ada yang salah faham. Ramai yang ingat agen Shaklee ni jual ubat. Hehe. Jauh bezanya tu. Ubat lebih kepada untuk merawat penyakit tertentu. Manakala Shaklee adalah pengeluar suplemen yang bertindak sebagai makanan kesihatan untuk tahap kesihatan yang lebih baik. Bukan tujuan untuk merawat dan mengubati penyakit tertentu.
Shaklee ni HALAL ke HARAM eh? Jangan risau, dari segi pensijilan halal produk Shaklee telah disahkan halal oleh Institute Services of America (ISA), sebuah badan yang diikitiraf oleh JAKIM. Kenapa ISA? Kerana produk Shaklee dikeluarkan di USA. Kalau dikilangkan kat Malaysia, JAKIM lah yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal ke atas produk tersebut.
Dari segi syariah, tak perlu diragui sistem jualan Shaklee ini. Saya sendiri sebelum ambil keputusan untuk aktif dengan perniagaan ini mengambil masa yang agak lama untuk faham dan hadam akan muamalah biz Shaklee ni. Nak buat apa jenis perniagaan sekalipun, perlu ambil kira unsur syubhah, gharar, riba yang mungkin wujud. Alhamdulillah, dalam Shaklee tak ada semua itu. Kita akan dapat yang kita usahakan. Tiada keuntungan atau kos tersembunyi ke kawan-kawan.
Untuk lebih penerangan, boleh ke link Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman untuk kepastian. Di sini saya kongsikan manfaat Shaklee dan bagaimana sistem Shaklee dikatakan adil & patuh syariah. Selamat membaca :)
-----------------------------------------------------------------------------------------
ADAKAH MLM SHAKLEE HALAL & PATUH SYARIAH?
1. Harga tinggi dari biasa?
Produk Shaklee ditawarkan dengan harga yang sangat
berpatutan. Contoh paling asas. Multivitamin Shaklee ditawarkan dengan harga
RM88 untuk 120biji iaitu RM0.73 sebiji untuk kegunaan selama 4 bulan. Malah, harga ahli adalah lebih rendah.
2. Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi
dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau
yang dijual adalah barang haram.
Tiada barangan haram dalam Shaklee. Semuanya mendapat
pengiktirafan halal. Tiada paksaan pembelian atau penggunaan.
3. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang
sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan
serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya).
Produk Shaklee dikenali lebih 60 tahun sangat berkualiti
berasaskan penyelidikan. Sains Shaklee menjamin produknya SELAMAT, BERKESAN dan
MESRA ALAM.
4. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli
secara tangguh.
Tiada penjualan emas dan perak dalam Shaklee.
5. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual
dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna
orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya
sahaja.
Ya. Ini berlaku secara adil dalam Shaklee. Tanpa usaha, anda
tidak mendapat hasil. Jangan harapkan kuantiti/bilangan downline sahaja, tetapi
juga perlu menitikberatkan kualiti.
6. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau
ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di
jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan
penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
Tiada apa komisen atau bonus yang diberikan sekiranya ahli
yang ditaja tidak membuat pembelian. Dia hanya bergelar ahli/downline kita
sahaja, tanpa apa-apa hasil yang didapati selagi tiada belian dibuat.
7. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah
menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan
taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah
syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen
itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada
keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu
keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru,
sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen.
Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak
mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika
tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu
jauh ?
Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak sehingga ke
level 6, tidak lebih dari itu. Coaching, motivasi, pengisian atau apa-apa
bentuk bimbingan bagi kumpulan kami adalah 24/7 melalui FB group. Mudah &
praktikal.
8. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk
dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan
berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua,
malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya,
apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
"Siapa kerja lebih, dia dapat lebih" Ini adalah
sistem dalam Shaklee. Ianya terbukti apabila terdapat downline yang naik
pangkat lebih cepat dari upline dan ada juga downline yang menjana pendapatan
lebih besar dari upline. Menjadi upline TIDAK menjamin seseorang itu sentiasa
kaya dan sentiasa untung.
9. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan
boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala
jenis penipuan.
Buku manual pemasaran & etika perniagaan dibekalkan
bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran
baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan
surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis penjelasan mengenai insentif
berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee
10. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang
bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan
modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di
peringkat awal lagi.
Ya. Nisbah perkongsian dan keuntungan dijelaskan dalam
manual perniagaan secara jelas.
Credit: http://boostersusu.blogspot.com
-----------------------------------------------------------------------------
Faham ke faham?? Hehe. Dah terikut-ikut cara Dr Azizan Osman ye. Jelas kan, tiada yang meragukan pun dalam perniagaan Shaklee ni. Kalau ramai downline (networking) sekalipun, tapi tak buat bisnes atau tak beli barang takkan dapat apa-apa point pun. Apa yang kita buat, itulah juga hasil yang akan kita perolehi di kemudian hari.
Masih tak faham? Boleh personal contact dengan saya. Kalau segan nak call, boleh Whatsapp atau SMS. Lebih mudah kan. KONSULTASI PERCUMA menanti anda. Sama-sama kita tambah ilmu agar kita tidak lagi ragu dan skeptikal tentang perkara yang tak sepatutnya. Takde ELMU,kita tambah ELMU :)
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya:-
Wan Norulhazrina Wan
Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment