Tuesday, May 27, 2014

Hadiah untuk mak :)

Assalamualaikum wbt

Tadi dah banyak tidur, sekarang mulalah terkebil-kebil. Elok juga, boleh luangkan masa untuk update blog terchenta ni. Hehe

Duk teringat kat parcel yang dipos untuk insan kesayangku, mymom! Duk terbayang-bayang keterujaan mak bila bukak hadiah yang kami hantar tu. Cuba teka apa? Haha.. jeng jeng jeng!! Hanya golongan wanita dan suri dapur aje suka gadget2 masak memasak. Hadiah taklah mahal, tapi inshaa Allah berguna dan cukup membuatkan hati mymom berbunga-bunga.

Mak dah lama cari periuk pengukus. Dia ada cakap nak beli, tapi masih tak terbeli. Jadi sempena hari ibu yang lalu, terdetik nak beri mak hadiah. Tak terlambat lagi kan? Tak kisahlah beri hadiah bila pun. Hari ibu bukan sehari je. Hehe




Gambar sebenar isi kotak itu biarlah rahsia. haha.. mengada-ngada kan? Alaa, setakat pengukus korang dah boleh imagine macam mana barangnya. Google aje. Yang saya beli tidaklah sophisticated pun. Jenama biasa-biasa, untuk kegunaan rutin dapur. Amat berguna ok! Ehe

Oh ya, saya beli hadiah ni dengan menggunakan wang hasil jualan Shaklee saya. Ada rezeki lebih, apa salahnya kita beri 'reward' kepada orang sekeliling kita yang banyak beri sokongan moral. Ibu, pastinya insan yang paling banyak memberi kata-kata semangat untuk saya kekal aktif berShaklee. 

Suami pun turut menjadi tunjang kekuatan saya yang tak berbelah bahagi. Jadi, selagi saya tak dapat apa yang saya hajati, takkan sekali-kali saya berhenti melangkah dalam biz Shaklee ini.

Cehhh.. Luahan perasaan la pula kan. Hihi. Tapi betullah, di sebalik kejayaan seseorang itu pastinya ada insan hebat yang beri dorongan yang tak berbelah bahagi.  Betul tak? 

Masih banyak impian dalam hidup yang perlu saya kejar. Kawan-kawan nak jadi biz partner saya tak? Jom kita sama-sama belajar. Berkongsi ilmu, sama-sama bangkit dan berjaya dalam hidup. Pastinya akan ada ganjaran buat mereka yang berusaha. HAVE FAITH IN HIM :)




Nak jadi ahli?  Boleh bagitau saya. Saya memang teruja nak tambah kawan dalam biz online yang hebat ni. Jangan malu segan ye. Nak berjaya, tak boleh malu-malu. Hehe


INFO LANJUT KEAHLIAN SHAKLEE


Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik