Sunday, June 9, 2013

ESP Soy Protein

Assalamualaikum wbt..
Ada sape2 tak yang belum pernah makan kacang soya?? Tipulah kalau korang tak makan tempe kan.. Hehe.. Sy yang tekak kelate ni pun tak dapat dipisahkan dengan tempe ni. Besarnya pengaruh soya dalam hidupku.. :)

Kemudian, hujung tahun 2012 sy diperkenalkan dengan ESP (Energizing Soy Protein) dari Shaklee. Hmm, apa bezanya produk ESP ni dengan produk soya yang lain ek?? Alahh, mesti sama je kualitinya dengan air soya yang boleh didapati kat pasar2 tu kan.. Haip3x.. Tak sama tau.. Absolutely different. Asasnya sama, dihasilkan daripada soya namun cara penghasilan suatu produk itu sungguh berbeza sama sekali..

ESP merupakan salah satu sumber protein yang amat penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Anggaran 60 trillion sel-sel badan kita bergantung kpd protein untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu seperti menggantikan sel2 badan yg rosak dengan sel2 yang baru. Selain itu, protein juga bertindak meningkatkan antibodi dan imunisasi badan kita. Lagi info tentang protein boleh dirujuk di SINI




Kenapa sy pilih ESP sebagai sumber protein utama keluarga saya??

ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya (yang ni memang sy akui, kalau breakfast dengan ESP ambil lunch lambat pun takpe.. Serius :))

Antara kebaikan ESP yang lain ialah:
  • ESP terdiri dari tumbuhan berprotein yang berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan.
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot.
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gulandalam darah yang normal (sangat disyorkan kepada pesakit diabetes)
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat (kaum ada sila alert ye :))
  • Membantu menganjalkan kulit muka, memudarkan parut jerawat, merawat rekahan tumit kaki, wajah yang berseri serta gebu.
Apa beza ESP dengan soya yang biasa??

Statement di atas adalah soalan  yang paling femes bermain di fikiran kita. namun di sini ingin saya jelaskan perbezaan ketara ESP dengan produk2 soya yang lain:

  • ESP ialah sumber soya organik
Kenapa penting soya dihasilkan secara organik? Ia penting kerana sumber soya yang dihasilkan secara non-organic berkemungkinan besar mengandungi pesticides dan herbicides yg berlebihan yang merupakan pemangkin kpd penyakit kanser. Jadi, amatlah penting untuk sumber soya atau tumbuhan itu dihasilkan secara organik.

  •  ESP bukan 'genetically modified organism (GMO)'
ESP bukanlah makanan tambahan yang telah diubahsuai secara genetik. Pengubahsuaian genetik suatu tumbuhan atau tanaman boleh mengakibatkan kemasukan gen-gen baru atau asing secara tidak langsung ke dalam badan sekiranya dimakan. GMO merupakan alternatif kepada penghasilan makanan atau produk yang berkemungkinan besar memberi kesan buruk terhadap kesihatan pada jangka masa panjang.



-UmmuHafiey-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik