Assalamualaikum wbt
Petang tadi berchatting dengan seorang sahabat lama. Kenalan FB yang dah lama tak bertanya khabar. Teruja pula rasanya. Hihi.. Asalnya kawan saya bertanyakan suplemen yang sesuai untuk sakit gout yang dialaminya. Isk, umur sebaya tapi dah ada gout. Tapi yelah kan, betullah kata orang penyakit kalau nak datang memang tak berjemput.
Saya cadangkan 3 vitamin/ suplemen yang sesuai diambil oleh pesakit gout. Nak rekemen lebih-lebih memang saya tak berani sebab Gout ni bukanlah penyakit yang boleh dipandang enteng. Silap hari bulan, asid urik yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya benjolan di bahagian tubuh kita.
Sebelum berbicara lebih lanjut tentang suplemen yang sesuai, jom kenali penyakit gout dengan lebih dekat. Di sini saya kongsikan satu artikel yang bermanfaat untuk difahami bersama.
----------------------------------------------------------------------
PENYAKIT GOUT DAN CARA MENCEGAHNYA
Sumber: http://rozisalehin.blogspot.com
Ihsan Google |
Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda-Tanda Gout
1.Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
2.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
3.Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
4.Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
5.Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
6.Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
7.Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
2.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
3.Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
4.Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
5.Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
6.Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
7.Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
1.Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
2.Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
3.Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
- Kegemukan
- Darah tinggi
- Hiperlipidemia
- Diabetes
Rawatan
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
- Rawatan serangan akut
- Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
Pemakanan
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.
ELAKKAN DAN KURANGKAN MAKAN
- Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
- Ikan bilis, kembung, sardin
- Daging cincang
- Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
- Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
- Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
- Kekacang
- Roti jagung dan bijirin
Pencegahan
- Rehatkan sendi semasa serangan gout.
- Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
- Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
- Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
- Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
- Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
- Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
- Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
- Mengelakkan minuman keras
- Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
- Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
- Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
- Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
- Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
- Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
- Minum banyak air
- Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
- Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
- Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.
Antara produk Shaklee yang sesuai diambil oleh pesakit Gout ialah Set Gout yang terdiri daripada Alfalfa Complex, Omega Guard dan Performance Drink.
Antara kelebihan ketiga-tiga produk ini adalah:
- Alfalfa - Bertidak sebagai detoks untuk menyingkirkan toksin-toksin berlebihan di dalam badan. Pengambilan Alfalfa perlu disusuli dengan pengambilan air yang cukup untuk membantu proses detoksifikasi.
- Omega Guard- Membantu mengelakkan keradangan sendi.
- Performance Drink- Memelihara kandungan bendalir dalam badan mencukupi dan mengelakkan dari dehidrasi. Adalah sangat pentung untuk pesakit gout mengambil air secara mencukupi supaya kandungan asid urik dalam badan dapat disingkirkan melalui proses perkumuhan.
Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat-sahabat yang sedang mencari alternatif bagi mengurangkan masalah keradangan akibat gout ini. Apa salahnya berikhtiar dengan Shaklee. Ia juga merupakan ciptaan terhebat dunia farmaseutikal dalam menghasilkan suplemen dan vitamin semulajadi yang hebat. Sekaligus ia membantu meminimumkan masalah kesihatan yang kian membarah di zaman yang serba moden ini.
Jika inginkan info lanjut atau terdapat kemusykilan tentang produk Shaklee ini, jangan segan untuk hubungi saya. Sharing is caring. Apa yang saya boleh bantu, saya akan kongsikan ilmu dengan anda. Pastinya Konsultasi Percuma untuk anda :)
FAST ACTION FAST RESULT!!
Wan Norulhazrina Wan
Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk
mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment