Friday, September 12, 2014

Petua Untuk Mendapat Anak Perempuan Atau Lelaki

Assalamualaikum wbt

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kehadiran cahayamata yang comel. Lelaki atau perempuan? Bergantung kepada faktor rezeki.

Kini, terdapat pelbagai cara & petua yang boleh dicuba oleh suami isteri bagi menentukan jantina anak. Berkesan atau tidak? Wallahua'lam. Kandungan pertama dahulu kami tak pernah rancang. Jika lelaki, Alhamdulillah. Jika perempuan, kami terima dengan hati gembira dan berlapang dada. Ternayta sang putera menjadi milik kami. Syukur atas anugerah yang tak terhingga.

Di sini ingin saya kongsikan satu artikel atau petua untuk mendapatkan anak perempuan atau lelaki. Bakal ayah dan ibu sekalian, silalah cuba ya. Mana tahu, tertunai hasrat di hati nanti =)
 
------------------------------------------------------------------------------------------------
Petua Untuk Mendapat Anak Perempuan Atau Lelaki





Pada zaman teknologi yang serba canggih ni sebenarnya takde masalah untuk kita membuat pemilihan jantina anak perempuan mahupun lelaki antaranya dengan membuat pemilihan jantina melalui embrio yang menggunakan kaedah PGD (Preimplantation Genetic Diagnosis) atau melalui sperma iaitu dengan kaedah IUI (Intrauterine Insemination), IVF (In Vitro Fertilisation) dan ICSI (Intra Cytoplasmic Sperm Injection).

Keberkesanan kaedah IUI, IVF dan ICSI ini adalah 70% bagi pemilihan sperma untuk jantina lelaki dan bagi pemilihan sperma untuk jantina perempuan pula ialah sebanyak 50 - 60%. Kos bagi ketiga-tiga kaedah melalui sperma adalah lebih murah berbanding penggunaan kaedah PGD (iaitu melalui embrio).  




Walaubagaimanapun faktor-faktor / petua di bawah boleh dijadikan panduan untuk pasangan yang mahu mendapatkan anak perempuan atau anak lelaki mengikut kaedah semula jadi, iaitu :-

 1) FAKTOR MAKANAN

Untuk mendapatkan anak perempuan, suami harus membanyakkan makan makanan beralkali. Manakala isteri pula perlu banyak mengambil makanan berasid. Jika anda mahukan anak lelaki pula, pihak suami yang perlu makan lebih banyak makanan berasid dan isteri mengambil lebih banyak makanan beralkali. Makanan beralkali terdiri daripada sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan sebagainya. Makanan berasid pula boleh didapati daripada makanan seperti daging, makanan laut dan lain-lain.

 2) FAKTOR MASA

Lakukan hubungan intim sebelum datang haid boleh membantu anda mendapatkan anak perempuan. Tetapi jika lakukan sebaliknya iaitu selepas sahaja selesai haid anda berkemungkinan akan dapat anak lelaki. Untuk memastikan waktu pilihan anda adalah tepat, kira seminggu awal atau seminggu selepas kedatangan haid.

 3) FAKTOR KEDALAMAN

Suami tidak perlu memasukkan zakar terlalu dalam pada vagina isteri jika mahukan anak perempuan. Namun lakukan sebaliknya sekiranya anda mahu anak lelaki. Ini disebabkan Gen X (lelaki) dan Gen Y (perempuan) mempunyai ciri yang berbeza. Logiknya kerana Gen X (lelaki) mempunyai stamina yang kuat dan dapat sampai ke destinasi dengan pantas, berbeza pula dengan Gen Y (perempuan) yang mana kurang staminanya.

 4) FAKTOR KEMUNCAK

Untuk mendapatkan anak perempuan, suami perlu sampai kemuncak sebelum isteri. Ini kerana ketika isteri sampai ke kemuncak, isteri akan mengeluarkan cecair berbentuk alkali. Jika sebaliknya iaitu suami sampai ke kemuncak selepas isteri, kemungkinan anda akan mendapat anak lelaki.

 5) FAKTOR PERSEDIAAN (ISTERI) 

Isteri boleh membasuh vagina dengan menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air sekiranya mahukan anak perempuan. Jika mahukan anak lelaki, cuci vagina menggunakan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya vagina lebih beralkali.

 6) FAKTOR KEDUDUKAN

Jika kedudukan suami di bawah manakala isteri pula di atas, membantu pasangan memiliki anak perempuan. Jika kedudukan bertentangan pula, iaitu suami di atas dan isteri di bawah, ia membantu mendapatkan anak lelaki.

--------------------------------------------------------------------------------
Semoga bermanfaat buat semua. Untuk simpanan dan rujukan diri sendiri juga. Mana tahu, selepas ini kita merancang untuk dapatkan sang puteri pula. Cukup sepasang. Tak gitu? hihihi

Oh ya, jika anda tercari set kesuburan suami isteri bolehlah hubungi saya untuk KONSULTASI PERCUMA. Nak risik-risik saja pun boleh. =)

http://ummuhafiey.blogspot.com/2013/07/vitamin-kasih-sayang-suami-isteri.html
KLIK GAMBAR UNTUK INFO LANJUT

 
 
HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 ----------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik