Tuesday, July 2, 2013

Belum hamil?? Jangan putus asa, yang penting usaha =)

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran zuriat yang comel dan menjadi penyeri kepada rumah tangga. Soal cepat atau lambat, ada baiknya kita berserah kepada sang Pencipta.. Dia yang maha memberi rezeki.. Kita sebagai hambaNya ni kalau boleh nak cepat aje kan.. heee.. Tapi sehebat mana pun rancangan kita, Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita..

Macam sy dulu pun macam tu jugak. Tertanya2, kenapa lambat sangat nak dapat zuriat ni. Kahwin dan masuk 1 tahun lebih, belum ada tanda2. Kemudian alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran Allah khabarkan berita gembira kepaa kami.. Buat UPT test, there was 2 line!! Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... :)

Cuma yang sy ingat, sy memang amalkan pengambilan asid folik sebelum pregnant dulu. Masa tu aa terbaca kat satu artikel kat blog sorang kawan blogger. Sape2 yang bercadang atau bersedia untuk hamil seeloknya mengamalkan asid folik untuk tingkatkan kesuburan.. Lain orang lain caranya kan.. So kali ni saya nak share tips2 atau petua kehamilan yang boleh membantu sahabat2 yang ingin hamil :)


*Google*

Ada lapan perkara yang boleh dikelaskan sebagai petua cepat hamil ini.

1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual: Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur atau ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana-mana farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda.

Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi. Ini merupakan petua cepat hamil yang harus diketahui oleh pasangan suami isteri

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual: Ini bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka atau fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama.

Bagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan pada ” waktu subur”. Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada. Hubungan pada masa isteri subur amatlah digalakkan sebagai petua cepat hamil.

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda: Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wanita mencapai orgasme yakni klimaks semasa hubungan kelamin, akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik – rahim – lebih tinggi.

4. Posisi Hubungan Seksual: Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama. Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim.

 Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung dengan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja. Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur.

5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks: Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Kerana sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik – rahim – sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.

6. Buat Para Suami: Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

7. Relaks: Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress atau tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan Anda: Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.

Petua ini diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi. Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.


Mudah Hamil Dengan GLA Complex Shaklee ??

Dengan Shaklee, anda kini boleh hamil dengan mengambil GLA Complex yang pastinya membantu meningkatkan kesuburan di antara pasangan yang inginkan cahayamata. Ada set kesuburan Shaklee yang khas buat mereka yang inginkan cahayamata.. Tapi untuk entry ni sy fokuskan kepada produk GLA sahaja.. Next entry sy akan kenalkan dgn set-set kesuburan lengkap yang boleh diambil oleh pasangan suami isteri bagi mempercepatkan proses mendapatkan zuriat. InsyaAllah..


Bagaimana GLA Complex berfungsi untuk membantu anda untuk mudah hamil?
  • Paras kolestrol dalam tubuh akan dapat dikurangkan dengan pengambilan GLA (Gamma Linolenic Acid). GLA juga berfungsi membantu dalam memberikan kelegaan sekiranya wanita sedang mengalami Sindrom Pra Haid (PMS) seperti angin senggugut. Di samping itu, GLA akan merangsang penghasilan dan peningkatan lendir serviks yang berkualiti tinggi bagi menjamin kesuburan wanita. Malah,GLA berfungsi secara teraputik dengan mendorong penghasilan Prostagdalin E1 yang membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan otot.

Bagaimana GLA Complex dapat anda menghadapi sindrom PMS (senggugut)?
  • Apabila seseorang diserang senggugut, biasanya ia akan menyebabkan kekejangan otot dalam rahim dan kawasan sekitarnya. Daripada kajian yang dibuat, puncanya adalah disebabkan tubuh badan wanita tersebut tidak dibekalkan dengan GLA yang secukupnya. Justeru, pengambilan GLA ini adalah mustahak untuk menampung kekurangan GLA dalam tubuh.

Baiklah setakat ini saya faham. TAPI sebenarnya bagaimana GLA Complex dapat membantu saya untuk cepat dan mudah hamil?
  • Bagi menjamin kesuburan, seorang wanita perlu mempunyai lendir serviks yang terjamin kualitinya dan berwarna putih telur. Jika anda seorang yang teliti, anda akan perasan sebulan sekali wanita akan menghasilkan cecair putih telur tersebut. Ini menandakan ia adalah waktu subur wanita itu. Namun, tidak semua orang dapat menghasilkan cecair yang ‘subur’ seperti itu. Bagi menghasilkan cecair yang melambangkan kesuburan ini, maka disinilah fungsinya GLA. Sekaligus membantu sperma untuk berenang-renang terus menuju ke uterus, tiub fallopio dan destinasi terakhir iaitu sel ovum. Cecair subur ini juga membantu memanjangkan jangka hayat sperma di dalam tiub fallopio sehingga menjangkau 5 hari. Dari sudut positifnya, walaupun tidak kena tepat pada waktu subur namun peluang tetap cerah kerana sperma masih berada di situ hingga hari yang ke lima!





 Nak tahu lebih lanjut.. hubungi saya

Wan Norulhazrina (ID: 923060)
SMS: 0199138783

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik