Sudah beberapa hari belog tak ber'update' atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan (heh, ke malas???..hihi).. Lebih kurang 7 hari lagi kita bakal menyambut bulan Syawal. Maka berlalulah bulan mulia Ramadhan. Bagaimana persiapan?? Dah complete? Tuan empunya belog ni satu apa pun tak beli lagi.. Last minutes shopping lah, boleh?? ;)
Kali ni berkongsi sedikit maklumat tentang Healing Crisis. Apa kebendanya tu Healing Crisis?? Cer citer cer citer.. hehe.. Macam saya sekarang ni sedang mengalaminya dek kerana baru mencuba satu produk daripada Shaklee nih iaitu alfalfa complex. Ianya bagus untuk kesihatan badan dan bertindak untuk menyingkirkan toksin dalam badan.
Mula-mula tak percaya juga, tapi bila demam secara tiba-tiba ni jelaslah ia petanda sy mengalami Healing Crisis ni. Taklah teruk mana pun demam. Tapi cukuplah tukar suara yg tak berapa merdu ni kpd suara ratu rock Ella. Hehe..
*Google* |
Antara petanda lain atau simptom2 Healing Crisis ni ialah sakit-sakit badan, lenguh sendi, gatal-gatal bagi yg resdung dan sebagainya. Tak semua orang mengalaminya, tapi sekiranya terdapat simptom2 ni tak perlu risau. Ia adalah tindakbalas semulajadi tubuh terhadap vitamin yang kita consume tu.. So, setiap orang takkan alami simptom yang sama, bergantung kepada tahap penerimaan tubuh kita dengan vitamin yang diambil tu.
Apa Itu Healing Crisis??
Healing Crisis ialah kesan yang dirasai oleh mereka yang mengambil
supplement atau makanan tambahan. Ini berlaku bila tubuh badan kita yang
banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel
tubuh hasil dari pengambilan pemakanan tambahan.
Menurut 'Hering's Law of Cure', Healing crisis ialah semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Oleh yang demikian, tisu-tisu dan sel-sel mula membuang toksin. Jadi mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah-muntah dan sebagainya.
Menurut 'Hering's Law of Cure', Healing crisis ialah semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Oleh yang demikian, tisu-tisu dan sel-sel mula membuang toksin. Jadi mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah-muntah dan sebagainya.
Sebenarnya apa yang anda alami itu bukanlah kesan sampingan tetapi
adalah proses penyembuhan yang baik untuk tubuh badan dan menandakan
supplement yang anda makan itu menunjukkan tindakbalas yang baik.
Senang cerita imagine badan kita ni adalah sebuah tangki yang berkarat. So bila ambil suplemen ni, ia bertindak menghakis dan membuang semua karat dan kekotoran yang tertinggal dalam tubuh tu. Akhir sekali bila dah bersih barulah tangki tu berfungsi dengan lebih baik dan bebas kotoran. Mudah kan? Kiranya badan kita ni dah nyahkan semua toksin yang boleh menggangu kesihatan kita. Toksin-toksin inilah yang menjadi penyebab badan kita lemah, tak bermaya dan mudah kepenatan walaupun tak buat kerja-kerja berat pun.
Bagaimana pula kita nak kurangkan kesan healing crisis tu?
Sebagai contoh, apabila kita nak kurangkan karat dan kelodak dalam air tu, kita akan alirkan air yang banyak. Macam tu jugalah bila kita alami healing crisis. Kita perlu minum air yang banyak untuk memastikan healing crisis yang kita alami itu berkurangan. So, kalau anda alami healing crisis selepas mengamalkan vitamin Shaklee, amalkan minum air dengan kadar yang banyak sekurang-kurangnya 3L sehari. Insya allah, kesan yang anda alami itu akan berkurangan. Healing crisis bukan penanda anda tidak serasi tetapi adalah petanda yang bagus kerana tubuh badan anda bertindak balas dengan vitamin yang anda makan.
Anda juga boleh mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan kesan healing crisis kerana dapat membekalkan serat supaya toksin boleh dikeluarkan melalui najis.
Sekiranya ada baru mengamalkan vitamin ni boleh ambil dengan kuantiti yang sedikit bagi kurangkan healing crisis tu.
Proses penyembuhan berbeza bagi setiap orang. Ada yang 2-3 hari, berminggu dan ada juga berbulan-bulan.
Berikut adalah healing crisis dan penyebabnya:
Credit: Vitaminsihatku
Jadi kalau ada tanda-tanda mengalami proses penyembuhan ni janganla cuak ye. Ianya normal dan tiada yang perlu dibimbangkan. Yang penting, banyak minum air suam. Tambahan pula di bulan Ramadhan ni, memang menduga iman la kalau tak cukup minum air, then demam selsema pula. Sayang nak berbuka semata-mata nak makan ubat tu kan. Tahun ni dah nekad nak puasa cukup sebulan. Alhamdulillah hingga hari ini masih penuh. Yeay!!! InsyaAllah dipermudahkan segala urusan :)
No comments:
Post a Comment