Siang tadi ada sahabat yang bertanya ada tak suplemen Shaklee yang boleh atasi masalah sindrom Polycystic Ovarian Syndrome (P-COS). Untuk tidak menghampakan beliau, di sini saya ingik kongsikan sedikit maklumat tentang apa itu P-COS dan ikhtiar yang boleh dilakukan untuk mengurangkan gejala penyakit ini.
Menurut Dr Hamid Arshat, pakar sakit puan.
Haid yang tidak teratur pusingannya, biasanya ini terdapat dikalangan wanita yang agak gemuk atau berlebihan timbang berat ikut ukuran tingginya. Ada juga berlaku pada wanita yang tubuh badannya sederhana atau kurus akibat daripada gangguan hormon yang berlaku secara semulajadi. Bagi mereka yang gemuk, cara untuk memulihkan kitaran haid secara normal ialah dengan mengurangkan berat badan tetapi bagi mereka yang normal atau kurus berat badannya, tidak perlu bimbang selagi ia belum berkahwin. Malah keadaan keluaran haid yang jaraknya panjang antara satu haid dengan satu haid yang lain, mungkin ada kesan baik terhadap kesihatan wanita tersebut. Tentang kesuburan, memang benar wanita yang haidnya tidak teratur dan lambat datang, memang kurang subur. Tetapi keadaan ini biasanya boleh diperbetulkan dengan beberapa kaedah rawatan kesuburan.
Menurut
Dr Hamid Arshat lagi, pesakit P-COS sukar untuk pulih melainkan si
pesakit mengambil langkah-langkah untuk membendung gejala pesakit ini
seperti menurunkan berat badan, pengambilan makanan berkhasiat dan
mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat dalam menu seharian.
Di sini saya kongsikan juga artikel yang ditulis oleh Dr. Raja Juhaidah Raja Abdullah. Semoga bermanfaat buat sahabat-sahabat semua :)
Portal.hamil.com |
PCOS
atau polycystic ovarian syndrome ialah keadaan yang boleh menganggu
sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam
ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan
telur. Folikel-folikel terkumpul didalam ovari dan menjadi cysta-cysta
kecil yang boleh dilihat melalui ultrasounds scan. Ia berlaku 6-10%
dikalangan wanita dan di antara penyebab utama mengapa wanita gagal
hamil.
Siapa yang berisiko untuk mendapat PCOS?
Siapa yang berisiko untuk mendapat PCOS?
PCOS boleh
dihadapi oleh sesiapa jua tidak bangsa tetapi umur yang kerap berlaku
ialah diantara 20-30 tahun. Ia juga ada kaitan dengan faktor keturunan.
Teori punca PCOS
Teori punca PCOS
Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan:
Kekurangan hormon
Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.
Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.
Kebal kepada insulin
PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.
Faktor genetik
Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap PCOS.
Apa simtom dan tanda PCOS?
Terdapat
banyak simtom dan tanda PCOS. Tetapi kebanyakkan dari wanita yang
mengidap PCOS mengalami simtom yang berbeza-beza diantara satu sama lain
seperti:
- Haid yang tidak teratur
- Tiada haid selama berbulan-bulan
- Tiada ovulasi
- Pertambahan berat badan yang keterlaluan
- Tumbuh bulu lebat pada muka dan badan
- Kencing manis
Polycystic Ovarian Syndrome dan masalah kesuburan
Salah
satu komplikasi yang terbesar ialah sukar hamil kerana kebanyakkan
wanita ini tidak mengalami ovulasi seterusnya sukar untuk mendapatkan
zuriat.
Macam-mana untuk mengetahui yang saya mengidap PCOS?
Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:- Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)
- Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
- Ujian darah Progesterone/Testesterone
- Ujian darah prolaktin
- Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari
Bagaimana merawat masalah ini?
Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.Ubat subur
Ialah ubat kesuburan yang boleh menolong anda mengalami ovulasi.
Ubat perancang keluarga
Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simtom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pill ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.
Pembedahan
Portalhamil |
Sekiranya
anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang
memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan
ovarian drilling.
Ia adalah sejenis pembedahan dimana ovari akan dikorek dengan mengunakan alat yang khas.70% wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini. Sumber:- Portal.alamhamil.com
Ia adalah sejenis pembedahan dimana ovari akan dikorek dengan mengunakan alat yang khas.70% wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini. Sumber:- Portal.alamhamil.com
Lagi info boleh dirujuk di sini----> http://www.utusan.com.my
Bagaimana Shaklee Membantu?
Selain dari menurunkan berat badan, pesakit PCOS juga boleh mengamalkan suplemen yang membantu meningkatkan kesuburan badan.
Sedikit perkongsian daripada saya, saya sendiri mengalamai masalah gangguan kitaran haid sejak berumur 16 tahun sehinggalah selepas berkahwin. Selepas setahun perkahwinan barulah saya disahkan hamil, setelah pelbagai ikhtiar dilakukan. Alhamdulillah. Walaupun begitu, tarikh jangkaan bersalin sukar untuk dipastikan kerana saya hamil tanpa mengikuti tarikh akhir period (tak diambilkira kerana lat period sebelum tu ialah 2 bulan sebelum hamil).
Di situ saya sedar yang saya perlu amalkan pemakanan yang sihat dan mengambil suplemen untuk mengekalkan kitaran haid yang normal. Dengan pengambilan Alfalfa dan ESP kitaran haid saya kini kembali normal dan sedikit sebanyak meningkatkan peluang untuk hamil pada masa akan datang.
Di sini juga saya syorkan set yang boleh diamalkan oleh mereka yang ingin hamil (Amat disyorkan kepada mereka yang mengalami kitaran haid tak normal/PCOS).
Bagaimana ia berfungsi?
GLA Complex
GLA (gamma-linolenic acid) juga terdapat dalam EPO (Evening Primrose Oil) yang banyak terdapat di pasaran. Perbezaannya, GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dalam EPO dan ia 3 kali lebih berkesan dari EPO. Ia berfungsi untuk menstabilkan hormon wanita, menormalkan period dan juga mencantikkan kulit.
Omega Guard
Minyak ikan paling tulen di dunia berbanding jenama minyak ikan yang lain. Ia mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Ia mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita, meningkatkan sistem imun badan, mencegah kanser, membantu mengurangkan tekanan, mengawal masalah obesiti dan lain-lain.
Alfalfa Complex
‘Raja segala tumbuhan’ yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Ia membantu menghilangkan keputihan pada wanita yang menyebabkan sukar hamil, mengurangkan ‘period pain’, bertindak seperti kacip fatimah untuk wanita. Ia juga membantu melegakan keletihan, mengatasi sembelit, eczema, resdung dan lain-lain.
‘Raja segala tumbuhan’ yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Ia membantu menghilangkan keputihan pada wanita yang menyebabkan sukar hamil, mengurangkan ‘period pain’, bertindak seperti kacip fatimah untuk wanita. Ia juga membantu melegakan keletihan, mengatasi sembelit, eczema, resdung dan lain-lain.
Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya untuk konsultasi percuma. Nak harga istimewa? hubungi saya segera, diskaun menarik menanti anda :)
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
With Love
No comments:
Post a Comment