Sunday, October 6, 2013

Khasiat Minyak Bawang Putih

Assalamualaikum wbt

Sedikit update untuk hari ini. Semalam anakanda Hafiey tak berapa sihat.  Semalam badan dedar-dedar, hidung pun macam tersumbat. Macam nak demam. Hari ini dah Alhamdulillah dah baik. Syukur :)

Terus terniat nak buatkan minyak bawang putih ni. Orang kata elok sebagai anti virus semulajadi. Benda dah ada kat rumah, kita buat sajala. Tak sampai 5 minit pun siapnya. hihi. Sapu kat tapak kaki, dada dan bahagian belakang Hafiey.

Jam 4 pagi check kot-kot suhu badan dia tinggi lagi. Alhamdulillah, normal. Dah tak demam lagi. Tak sangka dengan natural remedy boleh pulihkan kesihatan. Nak sihat, kenalah berusaha sikit kan. Sebagai ikhtiar, selain daripada gunakan ubat hospital. hihi




Kawan-kawan pun boleh cuba nanti. Cuma bakar bawang putih guna api dapur gas tu. Pastu pecah-pecahkan sikit lalu dicampur dengan minyak masak/ minyak zaitun/ minyak baby dan sebagainya. Terpulanglah pada uoolss. Hikhik. Saya guna minyak masak je.

Bila nak tidur, sapukan pada bahagian yang disebut tadi (tapak kaki, dada dan belakang). Ada yang guna kaedah garlic socks, letak bawang putih dalam stoking. Pakaikan stoking berlubang pada kaki baby. Lepas tu letak bawang putih yang diketuk. Lastly, pakaikan stoking biasa tanpa lubang. Saya tak guna kaedah ni sebab takde stoking lubang-lubang. heuheu


Saya dah sihat.. yeayy!! *sory gambo kelabu asap.huhu*

Di samping amalkan suplemen tambahan, tak bermakna kita perlu lupakan petua-petua tradisi nenek moyang kita. Itu pun salah satu cabang ikhtiar kan. Selain kosnya lebih murah, ianya memang terbukti berkesan. Yup, mungkin kesan tu lambat sedikit. Tapi berbaloi la kan. Yang penting, berusaha dan yakin dengan apa yang diiktiarkan. InsyaAllah mujarab :)

Credit: Nadia Bakar





1 comment:

Unknown said...

tula...antara rajin dengan tak je kan kak.hee....zaman sekarang ni nak cepat orang beli ubat je...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik