Salam 5 Ramadhan buat semua. Macam mana progress puasa kawan-kawan sehingga hari ni? OK ke KO? Heheh. Soalan tak membantu langsung...hikhik.. Apapun, saya doakan kalian diberkati dan dipermudahkan segala urusan sehari-hari.
Entry kali ni saya masih nak sentuh tentang kesuburan. Bukan apa, kesuburan merupakan satu topik yang menarik untuk sama-sama kita fahami akan punca dan sebab-sebab ketidaksuburan yang berlaku di kalangan wanita. Oppsss! Bukan wanita sahaja yang ada masalah kesuburan ini. Kaum adam turut tidak terkecuali. Cuma, wanita seringkali dipersalahkan bila lambat beroleh ZURIAT. Adilkah?
Soal anak, kuasa pencipta dan pemberi rezeki tiada di tangan kita. Siapalah kita untuk mempersoalkan bila dan mengapa lambat dikurniakan zuriat. Hanya Allah Ya Razzaq yang tahu, apa rezeki terbaik buat kita.
Contoh, suami isteri sudah lama berkahwin yakni hampir 5-6 tahun. Tetapi mengapa Allah masih belum mengurniakan mereka cahayamata? Cuba 'check' dan audit diri masing-masing. Berapa kerapkah kita mengemis memohon doa dariNya? Berapa kali kita berikhtiar untuk mengatasi kesuburan? Ataupun suami isteri perangai kurang matang, pasti Allah tahu kalian belum layak untuk memikul tanggungjawab.
Ya, semuanya bersebab. Pandanglah dari mata hati. Mungkin ada kekurangan diri. Lalu Allah menurunkan tarbiyah buat kita suami isteri. Jadi, apa langkah yang boleh diaplikasi? Banyak sangat caranya. Doa yang tak bertepi, tanpa JEMU. Ikhtiar jumpa pakar sakit puan, amalkan jamu tradisi, amalkan suplemen, berurut, dan sebagainya. Usaha selagi terdaya. Pasti suatu hari hajat kalian suami isteri termakbul jua. HAVE FAITH IN HIM =)
Oh ya, ingin saya kongsikan 5 punca atau faktor kenapa wanita tak subur. Jom semak:-
Berikut lima faktor kenapa wanita tidak subur:
Ovulasi
Mengungguli senarai faktor kenapa wanita tidak subur adalah tiadanya ovulasi
atau kekurangan ovulasi. Dalam erti yang mudah – pengeluaran telur daripada
ovari adalah rendah atau tiada langsung. Penyebab biasa masalah ini ialah, PCOS
atau penyakit polisistik ovari.
Berat badan
Wanita yang terlalu berat atau terlalu kurus juga dikenalpasti sebagai faktor sukar hamil. Jadi langkah terbaik adalah dengan mendapatkan berat badan unggul.
Usia
Umur sekitar 35 tahun ke atas adalah masa yang dianggap sebagai berkurangnya kesuburan wanita secara alamai. Hamil selepas 45 tahun adalah amat jarang berlaku walaupun tidaklah mustahil.
Masalah Di Tiub Fallopia
Ketidakbolehan tiub falopia membawa telur ke ke uterus daripada ovari juga menjadi punca. Mungkin sisebabkan tisu berparut atau jangkitan terdahulu atau endometrisis.
Masalah- Masalah Lain
Ini termasuklah pertumbuhan fibroid, tumor, masalah serviks dan bentuk uterine tidak tetap. Walaubagaimanapun, masalah-masalah ini agak jarang terjadi kepada wanita normal.
----------------------------------------------------------
Ramai juga antara customer saya yang mengalami masalah kesuburan menghidap PCOS atau polisistik ovari. Pesakit PCOS tidak boleh sama sekali mengamalkan produk yang berasaskan soya kerana boleh menyebabkan gangguan keseimbangan hormon yang teruk. Jika boleh, elakkan pengambilan produk tenusu secara berlebihan.
LEBIH INFO PCOS----> KLIK SINI
Juga, penghidap pcos dinasihatkan untuk mengambil diet seimbang dan mengurangkan berat badan. TAK MUDAH nak buat, namun TIDAK JUGA SUKAR sekiranya anda benar-benar nak fight penyakit PCOS ni. Walaubagaimanapun, penghidap PCOS tetap mempunyai peluang untuk hamil. Yang penting, dapatkan dahulu nasihat doktor dan jalani pemeriksaan terperinci punca ketidaksuburan pada diri.
Sekiranya anda tercari-cari suplemen untuk membantu meningkatkan kesuburan, bolehlah mencuba set dari Shaklee ini. Set ini juga sesuai untuk mereka yang ada masalah PCOS. Terjamin tiada unsur soya terkandung di dalamnya.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi saya untuk KONSULTASI PERCUMA. Jangan pernah penat untuk berusaha. InshaaAllah ada jalannya :)
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka -Ar-Ra'd:11
FAST ACTION FAST RESULT!
--------------------------------------------------------
HUBUNGI SAYA:-
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment