Tuesday, February 18, 2014

Petua Cantik Berseri


Assalamualaikum wbt

Tertarik dengan perkongsian rakan di Facebook. Kaedah untuk menaikkan seri wajah menurut islam. Orang kata, kaedah moden kita cuba. Tapi petua orang dulu-dulu janganlah dilupakan.

Berbalik tentang penjagaan wajah, pasti bukan menjadi isu besar buat anda yang kulit yang normal dan tak bermasalah. Macam saya ni, kulit berminyak dan perlu diberi lebih perhatian gitu. Kadang-kadang kalau lupa bersihkan make-up, mulalah jerawat datang menyinggah. Kena 'particular' dalam bab menjaga kulit wajah. Nak tak nak, kenalah mendisiplinkan diri membersihkan wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Antara petua mendapatkan kulit yang cantik & berseri mengikut islam ialah:

*Ihsan Google*


Ada juga beberapa petua tradisional yang saya sendiri pernah cuba. Antaranya ialah:-

1. Kunyit & beras

Mula-mula tumbuk beras hingga lumat. Kemudian campurkan dengan kunyit yang telah di tumbuk lumat (anggaran sebesar ibu jari). Masukkan sedikit perahan asam limau, dan kacau hingga sebati. Kemudian bolehlah dilumurkan di kulit wajah sekali sehari dan biarkan kering. Kemudian bilas hingga bersih. Sangat bagus untuk kurangkan jeragat.




2. Putih telur

Ambil putih telur dari sebiji telur. Kemudian, sapu rata pada bahagian wajah. Lekapkan tisu muka di wajah dan biarkan kering. Bila dah kering, tarik tisu tadi perlahan-lahan dan bilas muka bersih-bersih. Petua ini sangat bagus untuk hilangkan bintik-bintik hitam. Nama pun petua tradisional. Memang berkesan jika diamalkan secara kerap. Kena sabar. Hehehe.



Kaedah kecantikan moden yang saya amalkan ialah................ Tak lain dan tak bukan. SHAKLEE la jawapannya.. Hihi. Dah jadi duta Shaklee secara tak langsung gitu. Tapi memang iya pun. Semua pengedar sah Shaklee adalah duta rasmi Shaklee. Bangga gitu uolsss.. hikhik

Saya amalkan Vit C, B-Complex, Vit E dan Energizing Soy Protein untuk kurangkan masalah kulit wajah. Tapi kadang2 masa datang bulan jerawat menyinggah juga. Faktor hormon gitu. Hehe. Namun, syukur Alhamdulillah saya serasi dengan produk ini.


Encik suami pun dah jadi hantu vitamin dah. Kebetulan dia mengalami resdung yang agak teruk. Jadi saya belikan beberapa vitamin khas untuk resdung iaitu Vit C, Alfalfa dan B-Complex. Ala, kami kongsi aje makan vitamin. Jimat. Berbulan-bulan pun belum tentu habis. Ekonomi sungguh beli barang-barang Shaklee ni. Testimoni set resdung DI SINI



Untuk testimoni penuh kisah saya dan Shaklee ini boleh baca kat link ini:-


Semoga perkongsian ini bermanfaat buat rakan-rakan semua. Jika ada sebarang pertanyaan, feel free to ask me. Jangan malu segan tau :)


Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


2 comments:

Unknown said...

nana minta izin save gambar petua tu,tq kak,hihi:)

RynaHakimi said...

@nana kimie

Silakan nana.. Sharing is caring :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik