Apa khabar semua! Hari ini dah Khamis ye? Waduhhhh.. Pantas sungguh masa berlalu. Hari-hari berlalu tanpa menunggu kita. Rasanya baru semalam hari Isnin kot? Hehe
Encik suami duk mengaduh sakit gigi. Katanya gigi tu berlubang. Dah pernah tampal masa kami tinggal di Melaka. Kini selepas 2 tahun sakit kembali menyerang. Kesian. Dia dah ke klinik pergigian kerajaan. Ada temujanji 3 March nanti. Cuma dia tak berapa gemar sebab sebelum ni doc yang rawat dia kasar sangat. Di tekan-tekan gigi yang sakit tu. Dah la gusi bengkak. Oh, sangat horror okay!!
Itu yang saya gigih mencari petua yang boleh membantu mengurangkan sakit gigi itu sementara menunggu rawatan selanjutnya kelak. Yang saya pernah dengar ialah petua berkumur dengan air garam. Yang ini pernah cuba, tapi tak berkesan pada encik suami.
Google punya google, jumpalah 7 petua yang senang dan boleh dicuba di rumah. Jom saya kongsikan untuk panduan bersama. Sharing is caring ;)
*Sumber: Google* |
PETUA HILANGKAN SAKIT GIGI
Sumber: 101 Petua
Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:
1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.
5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.
Antara petua yang senang dan boleh dicuba ialah penggunaan cuka, bawang putih dan bunga cengkih tu. Lagipun semua bahan dah ada di rumah. Hope dapatlah kurangkan kesakitan tu kan.
Semoga bermanfaat buat semua juga. Selamat mencuba ya! :)
--------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk dapatkan info produk-produk Shaklee:-
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
No comments:
Post a Comment