Saturday, July 5, 2014

Vivix ~ Atasi Ketagihan Merokok



Assalamualaikum wbt.

Bila terpandang orang merokok, mulalah fikiran saya menerawang teringatkan kata-kata Dr. Azizan Osman tentang rokok. Sekotak rokok sekarang dalam RM12. Lebih kurang la kan. Saya bukan arif sangat, Alhamdulillah suami pun bukan perokok. Huhu

Oklah. Bila dibuat kira-kira:

RM12 x 30hari= RM360
RM360 x 12 bulan =  RM4320 setahun
RM4320 x 10 tahun = RM43200

Perghhh... Kayo sungguh perokok tegar di Malaysia ni ye. Dah boleh bayar instalment rumah banglo kalau dikumpul wang yang 'dibakar' hasil beli rokok tu. Tak rasa rugi ke? Alasan ketagih tu dah tak valid dah zaman sekarang. Semuanya mengikut akal logik. NAK atau TAK NAK merokok. Anda yang pilih!

Jom saya kongsikan sedikit fakta tentang bahayanya rokok. Baca biar masuk ke hati, terasa hingga ke tulang sum sum ye wahai perokok sekalian. Hihi

--------------------------------------------------------------------------------------------
FAKTA DAN KESAN BURUK MEROKOK


Merokok adalah penyebab utama penyakit dan membawa kepada kematian. Ia bertanggungjawab ke atas 90% barah paru-paru dan beberapa barah lain, 75% penyakit pernafasan, 25% penyakit jantung, komplikasi semasa mengandung dan penyakit pernafasan di kalangan kanak-kanak.

Sesiapa yang merokok lebih 20 batang rokok sehari mempunyai 10-15 kali ganda lebih mudah untuk mendapat serangan jantung kerana merokok merendahkan tahap lipoprotein berkepadatan tinggi (lemak yang baik) dalam darah.

JENIS PEROKOK


  1. Perokok Aktif : Individu yang menyedut asap rokok aliran utama melalui mulut.
  2. Perokok Pasif : Individu yang menghirup asap aliran sisi dan asap alirah utama yang dihembus keluar oleh perokok atau terdedah kepada asap rokok persekitaran.


ANTARA KANDUNGAN KIMIA ROKOK

Google

  • Aseton (penanggal cat).
  • Ammonia (pencuci lantai).
  • Naphthylamine.
  • Metanol (bahan api)
  • Naftalena (ubat gegat).
  • Kadmium (digunakan dalam bateri kereta).
  • Polonium-201.
  • Gas monoksida (gas beracun).
  • Vinil Klorida.
  • Hidrogen Sianida (racun yang digunakan dalam kebuk gas).
  • Toluidina.
  • Uretana.
  • Toluena.
  • Arsenik (racun anai-anai).
  • Dibenzakridine.
  • Fenol.
  • Butana.
  • DDT (racun makhluk perosak).
  • Nikotin.
  • Benzopyrine.
  • Tar


KESAN BAHAN KIMIA TERHADAP KESIHATAN

NIKOTIN

Kesan Awal

  • Menyempitkan saluran darah.
  • Meningkatkan kadar denyutan jantung dan membuatkan jantung bekerja lebih kuat.
  • Meningkatkan jumlah oksigen yang diperlukan oleh jantung.


Kesan Akhir


  • Ketagihan.
  • Meningkatkan tekanan darah.
  • Menyebabkan darah membeku dengan mudah.
  • Lebih cenderung kepada serangan jantung, strok/ulser usus dan perut.

TAR

Kesan Awal

  • Nafas berbau.
  • Gigi menjadi kuning.
  • Pakaian, rumah, dan tempat kerja berbau asap.


Kesan akhir

  • Barah paru-paru.
  • Emfisima (kesukaran bernafas).
  • Lain-lain penyakit barah



KARBON MONOKSIDA

Kesan awal

  • Mengurangkan oksigen dalam darah.
  • Kekurangan oksigen dalam darah, yang menyebabkan nafas menjadi pendek.
  • Kurang stamina.
  • Kurang oksigen untuk janin.


Kesan akhir

  • Meningkatkan peluang mendapat atherosclerosis (mengecilkan dan menyekat saluran darah).
  • Memusnahkan saluran darah dan membawa kepada penyakit saluran darah, penyakit jantung, dan penyakit paru-paru



ANCAMAN ROKOK TERHADAP ORANG SEKELILING



Wanita

  • Kelahiran bayi kurang berat badan dan tidak cukup bulan.
  • Lebih terdedah kepada kanser.
  • Kurang kesuburan.
  • Putus haid awal.
  • Kematian dan keguguran bayi dalam kandungan.


Kanak-kanak

  • Mudah mendapat penyakit lelah.
  • Mendapat jangkitan paru-paru.
  • Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu.
  • Orang dewasa merokok menjadi contoh yang buruk kepada kanak-kanak.
----------------------------------------------------------------

Bukan sekadar membahayakan diri dan nyawa orang lain, malah mengandungi bahan yang meragukan. Antara kandungan lain yang menggemparkan ialah kehadiran dna babi dalam puntung rokok yang berjaya dibongkar baru-baru ini. Allahuakbar. Bayangkan dah berapa puntung rokok telah anda habiskan. Haram tetap haram. Jangan ingat DNA babi dalam coklat Cadb*** sahaja yang perlu dibasmi ye.

Untuk mengurangkan kadar ketagihan terhadap rokok, saya ada solusinya. Ayuh cuba VIVIX!! Ia mengandungi anti oksidan yang tinggi dan membantu kurangkan ketagian. Selain itu, terdapat satu kajian oleh University of Rochester yang mendapati antioksidan berpotensi memperbaiki kerosakan sel dan melawan radikal bebas akibat pengambilan nikotin.



Jom baca testimoni anak kepada pengguna Vivix (perokok tegar).



Jika terdapat sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya ye. Bulan ni promosi Vivix Beli 6 Percuma 1. Sebotol harga pasaran RM475. Tapi jauh lebih jimat sekiranya anda mendaftar sebagai ahli. Potongan hampir 20-25%. Murah sangat!

Ok, memanglah ada yang kata Vivix ni mahal. Tapi mana lagi mahal, rokok ke Vivix? Mana lagi penting, makanan kesihatan ke rokok? Nak sihat ke nak makin ketagih merokok? Alang-alang dah hisap tu, telan je teruihhh.. Sama je kesan tu kannn..Tepuk dada tanya poket. Hihi..

Ada yang consume tak sampai sebotol dah stop terus dari merokok. Iye lah, dah pahit. Nak hisap pun tak lalu. So jika anda berminat nak mencuba roger saya ye. Nak jadi ahli amatlah dialu-alukan. 

"SAYA BUKAN ALONG,SAYA CUMA NAK TOLONG"

-----------------------------------------------------------------
HUBUNGI SAYA:-


Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)  
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783  
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter  
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------ 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik