Sunday, July 6, 2014

Kelebihan & Khasiat Kurma



Assalamualaikum wbt

Kurma atau tamar adalah makanan atau buah-buahan yang sinonim bila tibanya bulan Ramadhan. Bagi yang tak suka mengambil makanan berat, cukuplah sekadar menjamah sebiji dua tamar  semasa sahur mahupun berbuka puasa.

Malahan, ibu-ibu hamil dan menyusu turut menjadikan pemakanan sunnah ini sebagai sumber tenaga segera. Banyak khasiatnya untuk tubuh badan kita. Kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk ibu-ibu hamil. 

Untuk entry ini, saya kongsikan sedikit fakta tentang buah kurma. Harap bermanfaat ya sahabat sekalian :)
-----------------------------------------------------------
KHASIAT KURMA




Kurma adalah buah yang tumbuh dari pohon palem keluarga Arecaceae dari genusphoenix.  Nama ilmiah kurma adalah dactylifera phoenix. Kurma diyakini berasal dari tanah di sekitar tepi sungai Nil dan Efrat. Sekarang pohon kurma dibudidayakan secara luas di wilayah beriklim hangat di semua benua, termasuk di Afrika, Australia dan Amerika (California).

Kurma segar memiliki daging berserat lembut dan rasanya sangat manis, seperti campuran sirup gula dan madu. Daging buah kurma berisi gula sederhana seperti fruktosa dan dekstrose yang mudah dicerna dan memberi tenaga segera kepada tubuh. Kerana itu jugalah kurma sangat sesuai diamalkan semasa berbuka puasa.





12 Khasiat buah kurma

  1. Kaum Arab Badawi, yang makan kurma secara teratur, ia berupaya mengurangkan risiko kejadian  kanser dan penyakit jantung.
  2. Buah kurma kaya serat yang mencegah penyerapan kolesterol LDL dalam usus. Kandungan serat kurma juga membantu melindungi selaput lendir usus dengan mengurangi paparan dan mengikat bahan kimia yang menyebabkan kanser usus besar.
  3. Sebagai makanan laksatif (laxative food), kurma bermanfaat melancarkan buang air besar dan mencegah konstipasi.
  4. Kurma mengandung antioksidan yang dikenal sebagai tanin. Tanin diketahui bersifat anti-infeksi, anti-inflamasi dan anti-hemoragik.
  5. Kurma adalah sumber vitamin A, yang dikenal memiliki sifat antioksidan dan sangat penting untuk kesihatan mata. Vitamin A juga diperlukanmenjaga kulit tetap sihat. Konsumsi buah-buahan alami yang kaya akan vitamin A  diketahui membantu melindungi dari kanser paru-paru dan rongga mulut.
  6. Kurma merupakan sumber zat besi yang sangat baik. Besi adalah komponen dari hemoglobin di dalam sel darah merah yang menentukan tahap oksigen darah.
  7. Kalium dalam kurma adalah komponen penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu mengendalikan denyut jantung dan tekanan darah, sehingga memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung koroner dan stroke.
  8. Kalsium merupakan mineral penting dalam pembentukan tulang dan gigi, dan diperlukan oleh tubuh untuk kontraksi otot, penggumpalan darah dan konduksi impuls saraf.
  9. Mangan digunakan oleh tubuh sebagai unsur pendukung untuk enzim antioksidan superoksida dismutase.
  10. Tembaga diperlukan dalam produksi sel darah merah.
  11. Magnesium sangat penting bagi pertumbuhan tulang.
  12. Kurma kaya akan vitamin K dan vitamin B-kompleks, yaitu  pyridoxine (vitamin B-6), niacin, acid pantothenic  dan riboflavin. Vitamin ini membantu tubuh dalam metabolisme karbohidrat, protein dan lemak. Vitamin K sangat penting dalam pembekuan darah  dan metabolisme tulang.
 --------------------------------------------------------

Untuk sahur, anda boleh blend kurma yang direndam bersama-sama susu dan ditambah Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee ke dalamnya. Best!! Pastinya Ramadhan anda takkan lemau lagi. Hihi.. Resepi kurma ini boleh dipelbagaikan. Boleh dijadikan kuih, kek dan cookies juga. Di samping melatih anak-anak supaya lebih menggemari buah yang kaya khasiat ini.

 TERIMA KASIH YA KERANA SUDI BACA =)

Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)  
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783  
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter  
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------ 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


2 comments:

Hawa Faqihah said...

whooaa baru tahu macam2 pasal kurma ni :o

RynaHakimi said...

Samalah..akak pun baru tahu juga..hehe :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik