Tuesday, May 20, 2014

Cara atasi ruam bayi

Assalamualaikum wbt

Baby naik ruam? Itu biasa berlaku. Tambah-tambah jika bayi yang baru lahir. Kulit amatlah sensitif. Kena sentiasa tukar lampin bayi dan bersihkan kawasan kelamin bayi.

Hafiey dulu pun tak terkecuali. Mudah sangat melecet di celah kelangkangnya. Masa tu masih berpantang di kampung. Mak yang banyak tolong uruskan Hafiey. hehe. Jika Hafiey naik ruam, biasanya mak akan sapu tepung ubi di sekitar kawasan yang melecet tu. Boleh juga guna bedak pureen (label biru muda). Ia mengandungi corn starch, memang takkan melekit dan bayi pun bertambah selesa.


Rindu Hafiey masa baby.. Comel nak geget2..hihi

Apa punca ruam ni ya? Jom saya kongsikan artikel ruam lampin yang dikongsi oleh seorang sahabat Blogger.

----------------------------------------------------------------
BAGAIMANA RUAM BERLAKU?



Ruam lampin adalah suatu reaksi yang berlaku pada kulit bayi akibat sentuhan kulit yang lama terhadap air kencing dan najis. Ini berlaku apabila bayi dibiarkan memakai lampin yang basah untuk jangka masa yang lama.

Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan ruam lampin mudah terjadi ialah:
  • Geseran antara dua permukaan kulit yang basah.
  • Kesan enzim yang terdapat dalam najis merosakkan permukaan kulit.
  • PH air kencing dan najis yang tidak sesuai dengan permukaan kulit menyebabkan berlakunya reaksi kulit.
Apabila reaksi kulit berlaku, hilang keupayaan permukaan kulit sebagai pelindung–menyebabkan kerosakan bertambah teruk.

Bahagian kulit yang biasanya terlibat ialah pada bahagian punggung, di sekeliling kemaluan dan bahagian atas paha.

SIMPTOM

Antara simptom-simptom ruam lampin ialah:
  • Bahagian kulit berwarna kemerah-merahan dan kadangkala berkuping haIus.
  • Kulit berasa kasar dan gatal.
  • Bagi ruam yang teruk, terdapat luka luka kecil pada kulit, terutama pada bahagian lipatan kulit. Ini menyebabkan bayi merasa sakit dan menangis pada setiap kali basah (membuang air).
Ruam lampin kerap kali dijangkiti oleh sejenis kuman kulat yang dipanggil Candida albican. Kulat ini biasanya terdapat di dalam najis bayi yang normal. Apabila berlaku jangkitan Candida pada ruam lampin, keadaan akan menjadi lebih teruk.

Lampin bayi perlu ditukar dengan kerap apabila basah untuk mengelakkan ruam lampin.
Jangkitan Candida akan bergerak lebih mudah ke bahagian kulit lain, terutama di bahagian leher, celah ketiak, di kelilingpunggung dan adakala sampai ke muka.

Jangkitan berlaku apabila bayi menggaru dari satu bahagian kulit ke bahagian kulityang lain. Kulat ini juga suka hidup di bahagian kulit yang berpeluh seperti di lipatan-lipatan kulit. Tanda-tanda yang kelihatan apabila ruam lampin dijangkiti Candida ialah warna kulit yang kemerahan dan berkilat di kelilingi oleh bintik-bintik kulit yang berkuping. Keadaan ini sangat gatal dan bayi akan lebih banyak menggaru dan merasa gelisah.

PENCEGAHAN

Ruam lampin boleh dicegah dengan menyapu krim pelindung pada punggung dan di sekeliling kemaluan bayi sewaktu menukarlampin. Antara krim pelindung ini termasuklah campuran yang mengandungi zink oksida, jeli petroleum, minyak cod liner dan calamine.

Ibu dinasihatkan agar mengelakkan dari menggunakan seluar dalam plastik dan lampin bayi perlu ditukar dengan kerap apabila basah. Lampin buatan baru yang lebih menyerap air adalah baik, tetapi harganya lebih mahal. Bagaimanapun, lampin jenis ini perlu diganti apabila permukaan kulit bayi didapati basah.

RAWATAN

Apabila bayi telah terkena ruam lampin, langkah yang paling baik ialah mengelakkan dari memakaikan lampin kepada bayi. Ini kerana permukaan kulit yang rosak lebih sensitif kepada geseran.

Seboleh bolehnya biarkan bayi tanpa lampin dengan menutup bahagian kemaluan dan punggung dengan kain yang lembut dan longgar. Krim yang sesuai digunakan pada masa ini ialah yang mengandungi Hydrocortisone (1-2%) yang disapu di bahagian terlibat dua atau tiga kali sehari.

Jika terdapat jangkitan Candida, gunakan krim pembunuh kulat seperti Nystatin atau krim Miconazole yang disapu tiga kali sehari. Bayi yang kerap mengalami ruam lampin perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk memastikan ia bukan jenis penyakit kulit yang serius.
(credit to berundu laut, S.Alam)

Sekiranya anak kita jenis kulit sensitif, mudah terkena ruam saya sarankan agar menggunakan diaper ichiban yang dreka khas untuk bayi berkulit sensitif.
 
Sumber: http://petuapakar.blogspot.com

----------------------------------------------------------------

Seeloknya jangan sapu bedak di celah peha baby. Sebab Hafiey dulu pun pernah kena jangkitan candida. Mula-mula melecet sikit je. Lama-kelamaan bertambah besar dan berkerak. Letak bedak gatal Agnesia pun tak jalan. Bila ke klinik, doc beri krim Candid-B. Berkesan jugalah, dalam masa 2 hari jangkitan beransur baik. Doc pesan, jangan letak bedak kat celah peha baby. nanti lagi teruk. Owh, yeke? tak tahu.. Hihi

So ibu-ibu semua, jangan pandang ringan jika anak terkena ruam. Jika berlarutan, lekaslah berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan dan ubat-ubatan yang bersesuaian.


Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

2 comments:

Unknown said...

Comelnya Hafiey ^^

RynaHakimi said...

Hihi..skg dia dah besar..tak secomel dulu..tapi masuk fasa hensem doh..hahah..mak perasan :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik