Sunday, April 6, 2014

OsteMatrix~ Bukan Sekadar Kalsium!

Assalamualaikum wbt.

Entri kali ini khusus untuk Ostematrix. Sempena promosi April 2014, beli 6 percuma 1. Ala-ala kelas kenali produk Shaklee gitewww.. hikhik.. Di samping kenal produk, berpeluang kenal apa itu Shaklee dan bagaimana ia berkesan membantu memperbaiki kesihatan ke tahap yang lebih baik. Jom semak! :)
  
1) Apakah itu Ostematrix dan kandungannya?

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

2) Siapakah yang memerlukan Ostematrix? 

Sesiapapun sesuai untuk amalkan suplemen Ostematrix ini. Tambahan pula, ia merupakan sumber kalsium & magnesium yang diperlukan tubuh. Amatlah disarankan buat mereka yang kurang mengambil makanan sumber kalsium dalam menu harian.


Semua individu yang ingin tahap kehidupan yang lebih baik disarankan untuk mengamalkan Ostematrix ini.   

3) Apakah keistimewaan Ostematrix berbanding produk lain di pasaran?


Ostematrix sangat istimewa dan punya kelebihan berbanding produk kalsium lain di pasaran. Pil-pil kalsium juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti calcium carbonate, calcium lactate, calcium citrate dan calcium gluconate.

Ostematrix juga dilengkapi dengan magnesium, Vit D, boron & mangan yang bertindak sebagai pelengkap kepada kalsium. Tanpa kehadiran unsur-unsur lain dalam pil kalsium, ianya tidak lengkap dan seolah-olah membina dinding tanpa tanpa tampalan simen!!!

Pengambilan suplemen kalsium tanpa magnesium dikatakan akan menyebabkan kalsium terkumpul di bahagian tertentu tubuh, bukan dalam tulang.

Ia juga meningkatkan risiko batu karang, artritis, penyakit jantung koronari dan strok! Penghidap penyakit jantung dan diabetes jenis dua yg mengambilnya pula dipercayai akan menyebabkan keadaan mereka tidak berubah atau semakin parah.





4) Apakah fungsi Kalsium/ Magnesium / Vitamin D dan lain-lain dalam Ostematrix?

Setiap daripada unsur-unsur tersebut mempunyai fungsi yang berbeza seperti berikut:-



5) Kenapa disebut Ostematrix bukan sekadar kalsium.. atau bukan sekadar utk tulang temulang?? 




Selain daripada menyihatkan tulang dan gigi, ia juga membantu  merupakan suplemen lengkap untuk kesihatan dan keselesaan badan anda.  

Ia sesuai untuk mereka yang:-

  • Sering stress, keletihan, mudah cramp, sembelit, pra-haid & sakit-sakit badan
  • Sakit kepala & migrain
  • Sedang hamil
  • Sudah bersalin dan sedang berpantang
  • Sedang menyusukan anak
  • Mengalami risiko Osteoporosis
  • Mengalami masalah sembelit
  • Tekanan darah tinggi

Ostematrix mengandungi formulasi yang lengkap iaitu:-

  • 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu  menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
  • Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang 
  • Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang
6) Apakah peranan Kalsium untuk ibu hamil?

*Google*

Ostematrix adalah salah satu vitamin yang paling femes di kalangan ibu-ibu hamil. Ianya penting sepanjang proses kehamilan dan membantu pembentukan janin.

Antara peranan Ostematrix kepada ibu mengandung ialah:-
  1. Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari.
  2. Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Dengan adanya vitamin D, kalsium dapat diserap dengan lebih baik oleh tubuh kita.
  3. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  4. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
  5. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. 
  6. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot (simpul biawak) 
  7. Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. 
  8. Sekiranya ibu hamil mengalami masalah kekurangan kalsium, ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis pada usia tua. 
  9. Sangat sesuai bagi orang yang tidak suka minum susu.



7) Apakah peranan Kalsium untuk ibu menyusu?


*Google*


Untuk ibu menyusu, biasanya susu akan merudum apabila datang bulan dan sekiranya ibu mengalami stress. Sebagai contoh, pada hari-hari biasa ibu dapat mengumpul sebanyak 300-350oz stok susu. Manakala sedikit menurun apabila didatangi haid iaitu sekita 150oz - 200oz sahaja ketika haid.

Bagi ibu menyusu juga kalsium sangat membantu dalam mengurangkan masalah "susu kurang" yang begitu ketara ketika haid. Kerana sewaktu haid, paras kalsium menurun dan turut menggangu bekalan susu anda. dan di waktu-waktu kecemasan begini stok-stok susu ibu sedia ada dapat menampung keperluan bayi anda.

Antara manfaat lain Ostematrix untuk ibu menyusu ialah:-
  1. Anda & bayi mudah lawas
  2. Gigi semakin kuat dan tidak berdarah
  3. Tiada masalah sakit tulang belakang
  4. Memperbaiki masalah gastrik  (ibu yang baru melahirkan selalu kesuntukan masa untuk makan)
  5. Membantu mengawal berat badan (mengurangkan rasa lapar akibat kekurangan glikogen)
  6. Menyediakan kalsium yang bermutu tinggi kepada anak
  7. Tiada lagi masalah kaki kejang
  8. Bantu perbanyakkan susu ibu
  9. Seimbangkan paras kalsium semasa haid
  10. Mengurangkan PMS
  11. Alternatif bagi ibu yang tak suka/tak boleh ambil susu laktosa
  12. Mengawal tekanan darah
  13. Menguatkan daya ingatan
  14. Meningkatkan kesihatan tubuh
 
8) Bagaimanakah Ostematrix membantu mengurangkan period pain / menses?

*Google*
  • Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
  • Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. 
  • Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain. 
  • Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

9) Cara pengambilan Ostematrix 

Maximum intake Ostematrix adalah 4 caplets sehari. Elakkan pengambilan Ostematrix bersama-sama iron atau zat besi kerana boleh mengganggu penyerapan (Vitalea Shaklee mengandungi iron)

 Info selanjutnya cara pengambilan vitamin di sini:-



10) Kenapa Ostematrix disarankan untuk diambil sebelum tidur?

Ia digalakkan untuk dimakan sebelum tidur untuk membantu penyerapan kalsium yang maksimum. Semasa tidur,  tubuh kita kurang menyerap air dan pengambilan Ostematrix ini juga membantu tidur yang lebih lena (kalsium) dan bangun dengan lebih cergas. Biiznillah :)


Credit:
------------------------------------------------------


Anda dialu-alukan untuk menghubungi saya sekiranya terdapat kemusykilan tentang produk dan inginkan info Shaklee. KONSULTASI PERCUMA menanti anda yang bertuah :)


Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik