Wednesday, February 5, 2014

Petua mata sihat dan cantik

Assalamualaikum wbt.


Orang kata dari mata turun ke hati. Kiranya hanya dengan panahan sinar mata bisa menggugat hati sanubari seseorang. Betul ke? Hanya dengan renungan mata bisa mengungkap 1001 rasa yang bermain dalam diri. Tak perlu kata apa-apa. Begitu ajaibnya kuasa sepasang mata kurniaan sang pencipta :)

Hmm, berbicara tentang mata. Semua orang nak mata cantik kan. Kalau nampak mata lebam ala-ala mata panda mulalah risau. Kot-kot suami tak cair dek renungan mata yang tak berapa nak bersinar tu kan. Hihi

Ada bebarapa petua tradisional yang kita boleh amalkan untuk memelihara kesihatan mata. Jom semak :)

------------------------------------------------------------------

PETUA MATA SIHAT DAN CANTIK BERSERI



Google


Menghilangkan tanda hitam bawah mata 

1. Basuh uncang teh yang telah digunakan. Kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 10minit. Keluarkan uncang dan letakkan dimata. Biarkan selama 15 hingga 30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur. 

2. Kupas kentang dan bersihkan. Kemudian potong nipis-nipisdan lekapkan pada mata. biarkan selama 20 minit . Cuba amalkan selalu 

Hilangkan mata sembab 

1. Ambil telur ayam dan asingkan putih telur dengan kuning telur. Campurkan putih telur dengan bedak sejuk serta sedikit lendir dau lidah buaya. Sapukan di sekeliling mata disertai dengan selawat.

2. Gosokkan dua ketul ais pada bawah mata perlahan-lahan ke arah bertentangan (ke dalam). Amalkan setiap hari selepas bangun tidur.

Mata cerah dan sihat 

1. Amalkan setiap hari makan lobak merah sama ada di buat ulam, dimasak atau dibuat minum

2. Rendam daun lobak merah dalam satu mangkuk air panas, biarkan selama beberapa minit. setelah itu, minum airnya tiga kali sehari sebelum makan .

Menyegar dan mencuci mata 

1. Lekapkan hirisan timun segar pada kedua-dua belah mata. biarkan selama beberapa minit sambil anda berbaring.

2. Ramas beberapa helai daun siriih didalam air. tapiskan air ramasan sirih tadi. Kerdipkan mata ke dalam air tapisan tersebut. Hasilnya mata akan kembali bermaya.

---------------------------------------------------------------

Bab tempek hirisan timun kat mata memang saya gemar dan sering lakukan. Tapi kaedah moden pun saya follow juga. Senang aje, telan Carotomax yang kaya dengan Vitamin A dan bertidak sebagai anti-oksidan. Dengan pengambilan anti-oksidan, secara tak langsung kulit pun cantik. Serius! Eheee. 




Secara umumnya Carotomax boleh membantu:

  • Kesihatan retina mata - mengurangkan rabun jika diamalkan secara konsisten
  • Untuk kesihatan tulang
  • Kesihatan tisu kulit (mengurangkan maslah jeragat/jerawat)
  • Pembentukan sel darah putih & sel darah merah
  • Mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat.

Info Penuh CAROTOMAX--------> KLIK SINI

Harga pasaran hanya RM74 untuk 30 kapsul. Nak harga special yang muraaaah dan jimatttt? Haruslah hubungi saya sekarang. Diskaun kaw kaw menanti anda. Hehe

Nak tanya apa-apa tentang Shaklee pun boleh saja. Saya sedia membantu anda.

Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060) 
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter  
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik