Thursday, February 6, 2014

Kawal Darah Tinggi Dengan Shaklee

Assalamualaikum wbt

Penyakit darah tinggi bukanlah suatu yang asing di Malaysia. Boleh dikatakan majoriti dari penduduk Malaysia mengalami penyakit ini sama ada mereka sedar atau tidak. Obesiti juga merupakan salah satu faktor terjadinya tekanan darah tinggi. Gaya hidup yang kurang aktif serta pemakanan yang tidak sihat turut mengundang penyakit berbahaya ini.

Untuk kupasan lebih lanjut tentang penyakit darah tinggi/Hypertensi ini, jom baca artikel yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Semoga bermanfaat dan menjadi panduan buat anda semua.

-----------------------------------------------------------------

DARAH TINGGI & HYPERTENSI

SUMBER: http://darahtinggi1001.blogspot.com (Sebahagian besar maklumat diambil dari website KKM)
                 

Tekanan Darah Tinggi, Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia

1. Tekanan Darah Tinggi / Hypertensi 

Ihsan Google
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. 

  • Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%. 
  • Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia  mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. (Persatuan Hipertensi Malaysia, 16 Sept 2008)
  • Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi). (The National Health and Morbidity Survey, Jan 2010)
 

2. Bacaan Tekanan Darah 

 

Google

 

Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75
  • Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
  • Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
 Kategori  Sistolik
 Diastolik
 Normal  < 120 And < 80
 Pra Hypertensi 120- 139 or  80 - 89
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1  140 - 159 or  90 - 99
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2 > 160 or > 100


3. Penyebab-penyebab Tekanan Darah Tinggi

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor. Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Faktor keturunan & Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan & merokok
  • Pengambilan garam yang tinggi
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid 
  • Penyakit buah pinggang

 

4. Tanda dan Gejala Tekanan Darah Tinggi

  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
(Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.)

 

5. Komplikasi Tekanan Darah Tinggi

  • Otak: Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
  • Penyakit jantung seperti : Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian disebabkan oleh Coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure & Left Ventricular Hypertrophy.
  • Komplikasi pada mata: Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata (Hypertensive Retinopathy)
  • Komplikasi pada buah pinggang: Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
  • Peripheral vascular disease seperti: Aneurysm, Kehilangan satu atau lebih denyut nadi & pembuluh darah menjadi keras.

 

6. Rawatan Hypertensive / Darah Tinggi


Tanpa menggunakan ubatan:

  • Perlu mengubah amalan cara hidup andae
  • Amalkan permakanan sihat
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
  • Melakukan senaman berkala
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok

 Kategori tekanan darah normal/optima
  • Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian. 

Pra Hypertensi
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
  • Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
  • Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
  • Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
  • Amalkan pemakanan sihat.
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
  • Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok
  • Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
  • Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Berhenti merokok
  • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
  • Prevent and treat complications early
  • Pengesanan komplikasi terutamanya :
    • Jantung
    • Ginjal
    • Mata
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
------------------------------------------------------------------------
Sebaiknya, terus berjumpa doktor atau pakar kesihatan sekiranya terdapat gejala-gejala hypertensi pada diri anda. Pastikan anda makan ubat-ubatan yang dibekalkan bagi mengelak penyakit ini tak terkawal dan boleh membahayakan nyawa anda.

Sebagai ikhtiar, anda boleh menggunakan Set Darah Tinggi dari Shaklee ini untuk mengawal simptom-simptom tekanan darah tinggi ini. Jujurnya, suplemen bukanlah bertujuan untuk merawat hypertensi. Walaubagaimanapun, ia berupaya mengawal tekanan darah kita dan membantu memberi kesihatan yang optimum.




Antara fungsi dan kelebihan set darah tinggi ini ialah:-

Vitalea
  • Multivitamin pertama di dunia yang  menyerap pantas dalam tubuh
  • Kaya dengan 28 jenis vitamin dan mineral
  • Memberi kesihatan badan yang optimum
Alfalfa
  • Membuang toksin dalam badan yang menjadi punca penyakit
  • Membantu penghadaman dan pencernaan
 
Garlic
  • Menghalang strok
  • Menguatkan sistem pertahanan tubuh
  • Menghalang penyakit berkaitan jantung
  • Mengeluarkan logam toksik dalam tubuh seperti kadmium,plumbum dan merkuri yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

Omega Guard
  • Menghapuskan kolestrol jahat dalam darah
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membersihkan salur darah dari plak kolestrol/lemak
  • Mengelakkan Obesiti
 
---------------------------------------------------------------------------
Walaupun anda telah mengambil suplemen, tidak bermakna anda boleh mengabaikan pemakanan sihat dan tidak mengamalkan senaman atau gaya hidup aktif. Untuk sihat, semua ini perlu seiring agar badan tidak mudah diserang penyakit berbahaya dan mengurangkan risiko penyakit stroke.

Jika terdapat pertanyaan tentang cadangan set Shaklee atau sebagainya, bolehlah hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA. Harus diingatkan di sini segala yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman saya bersama-sama pelanggan terdahulu. Untuk lebih informasi, jumpa doktor/penasihat kesihatan anda untuk pemeriksaan kesihatan yang terperinci.

Wallahua'lam.


Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060) 
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter  
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik