Assalamualaikum wbt
Pisang adalah antaara buah yang wajib ada di rumah saya. Tak kiralah stok pisang apa pun, janji adooo. hihi
Yang paling digemari adalah pisang berangan dek kerana rasanya yang sedap. Pisang emas pun sedap, cuma sedikit manis. Anakanda Hafiey gemar sangat dengan rasa buah pisang ini. Dia rela tak makan nasi kalau nampak pisang. Berbeza dengan buah betik, Hafiey tak berapa gemar. Asal suap mesti nak termuntah. Tak serasi kot.
Pisang ini sangat bagus untuk elakkan sembelit. Jangankan kanak-kanak, orang dewasa pun dinasihatkan supaya makan pisang untuk membantu mengurangkan masalah sembelit dan masalah sistem penghadaman.
Sebenarnya banyak lagi khasiat pisang yang tak kita ketahui. Jom semak rahsia buah pisang yang kaya khasiat ini. =)
---------------------------------------------------------------------
KHASIAT PISANG UNTUK KESIHATAN
Sumber:  http://blog3dalam1.blogspot.com
![]()  | 
| Ihsan Google | 
- Tekanan atau stres
 
Buah pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar 
kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan seseorang berasa 
tenang, mengembalikan perasaan hati dan membuatkan rasa gembira.
- Neutralkan paras glukosa
 
Vitamin B6 yang terkandung dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan perasaan hati.
- Anemia
 
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan
 hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes
 anemia.
- Tekanan Darah Tinggi
 
Pisang mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
- Penghadaman
 
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian yang membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
- Keletihan
 
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan 
membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan 
perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam 
darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula 
memperbetulkan sistem hidrasi semula.
- Panas Jantung
 
Pisang mempunyai kesan anti-asid semula jadi dalam badan. Oleh itu, 
sekiranya menghadapi rasa panas pada jantung, cuba makan pisang untuk 
pemulihan yang baik.
- Demam Pagi
 
Jadikan pisang sebagai makanan setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah bagi mengelakkan demam pagi.
- Gigitan Nyamuk
 
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang.
- Saraf
 
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf.
- Ulser
 
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan 
tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai 
peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak 
menyaluti lapisan dinding perut.
- Seasonal Affective Disorder (SAD)
 
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya 
pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini 
kerana ia mengandungi tryptophan semula jadi yang membaik pulih perasaan
 hati kita.
- Penyakit Kulit
 
Untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, 
parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan 
sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan 
menggunakan plaster luka biasa ataupun plaster bedah.
-----------------------------------------------
Semoga bermanfaat buat semua. Jom rama-ramai kita makan pisang untuk kesihatan. Hihi.
AWAS: Walaupun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit
 tertentu, ia tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana 
kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula 
setiap 126 gram pisang (19.85%). - Buletin Pengguna

No comments:
Post a Comment