Wednesday, July 17, 2013

Apa itu Radikal Bebas & Anti-Oksidan??

Assalamualaikum
 
Pasti ramai yang pernah dengar, tapi kurang arif  akan apa itu antioksidan & radikal bebas. Jom baca perkongsian ini dan tambah ilmu di dada demi kesihatan diri dan keluarga tersayang :)


Dipetik daripada: Majalahsains.com

Radikal bebas adalah merupakan suatu molekul atau atom yang sangat tidak stabil kerana memiliki satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan. Elektron tak berpasangan tersebut akan berusaha mencari electron lain untuk menjadi pasangannya. Jika elektron yang diambil menjadi pasangannya adalah electron dari molekul dalam sel-sel tubuh kita maka terjadilah perubahan dan penyebab kepada proses penuaan, atau lebih merbahaya lagi menjadi sel-sel kanser.



Lihat apa yang terjadi kepada buah apple yang telah dikupas dan dibiarkan terdedah kepada udara sekelilingnya? – ianya bertukar warna menjadi kekuningan kesan dari Radikal Bebas di udara. Secara mudahnya...


Apa maksud Radikal Bebas?



Apabila sel-sel tubuh menggunakan oksigen (yang diperlukan untuk hidup dan melaksanakan fungsi-fungsi normal tubuh), ia akan menghasilkan produk sampingan yang disebut sebagai radikal bebas. 

Radikal bebas adalah penyebab kepada kerosakan sel tubuh. Banyak masalah kesihatan seperti penyakit jantung, sembelit, diabetes, kanser dan lain-lain. Kerosakan sel-sel pada tubuh adalah berpunca daripada oksidatif. Namun, kerosakan ini boleh dihalang oleh Antioksidan.


Apa sebenarnya Antioksidan?
 


Antioksidan dapat meneutralkan kesan kerosakan sel-sel yang disebabkan oleh sel-radikal bebas.Antioksidan adalah zat yang dapat melambatkan atau mengelakkan kerosakan sel oksidatif tubuh kita.


Bagaimana caranya? Antioksidan mempunyai kelebihan bekalan elektron bebas.Dengan memberikan elektron ini percuma ke radikal oksigen aktif, antioksidan boleh meneutralkan potensi pengoksidaan tinggi, sehingga melindungi rangkaian sihat. Ia berfungsi sebagai "peneutral radikal bebas", kerana ia meneutralkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.


Selain itu, pengambilan antioksidan dalam jumlah yang cukup melalui nutrisi, telah terbuktidapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh serta mampu menurunkan risiko kanser dan jangkitan.


Bagaimana Shaklee Membantu Anda??

CAROTOMAX

Sorry gamba gegar..hehe
 
  • Perlindungan antioksida dapat dipertingkatkan dengan pengambilan CarotoMax.
  • Penghasilan CarotoMax oleh Shaklee adalah bersumberkan buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukan kerotin secara semulajadi. 
  • CarotoMax menyalurkan 5 daripada ‘karotenoid’ penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia.
  • Kita tidak akan dapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

Pengambilan Carotomax Menyamai Dengan:
 
  • Beta Karotena yang sama dengan pengambilan 102 hidangan Pisang
  • Lycopena yang sama dengan pengambilan 714 hidangan Apricot.
  • Lutein dan Zeaxanthin yang sama dengan pengambilan 285 hidangan Anggur Pink. 
  • Alpha Karoten yang sama dengan pengambilan 89 hidangan Raspberi.
Credit: papazarra

Melalui pengalaman saya sendiri menggunakan produk ini, mata dah kurang letih/berpinar-pinar especially bila lama sangat mengadap laptop. Lagi satu yang saya perasa, sepanjang bulan Ramadhan ni saya langsung tak penat, dan masalah angin dalam badan dah kurang.  Carotomax ni juga baik untuk mencegah kanser akibat terdedah kepada radikal-radikal bebas.


Jika terdapat pertanyaan atau keraguan bolehlah hubungi saya untuk konsultasi percuma.. Mencegah lebih baik dari merawat. Jom sama-sma kita amalkan gaya hidup yang sihat (^.^)




 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik