Tuesday, September 9, 2014

{Sharing by Shaklee Malaysia} - Kenali jenis-jenis Cysts & Fibroids

Assalamualaikum

Kebelakangan ini reputasi Shaklee sedikit tercalar dek tindakan sesetengah pihak atau individu yang menyalahkan suplemen Shaklee berikutan masalah 'cysts' yang dialami beliau. Siapa individu tersebut? Biarlah rahsia. Rasanya kalian sedia maklum akan isu ini.

Walau apapun, saya dan rakan-rakan niaga Shaklee yang lain sentiasa optimis dan yakin dengan rangkaian produk Shaklee. Ini kerana suatu produk yang dihasilkan mengambil masa bertahun-tahun, malah ada yang puluhan tahun untuk disiapkan. Ia bukanlah suplemen atau ubat yang bertaraf kaki lima yang dijual berlonggok-longgok  di pasar malam. 



Maaf jika ia kedengaran kasar. Hakikatnya, produk Shaklee melalui proses R&D yang terperinci, serta kawalan kualiti dan pematuhan standard yang ketat. Barisan saintis Shaklee bertungkus lumus memastikan setiap produk yang diformulakan menepati piawaian yang dibenarkan. Kerana itu jugalah produk Shaklee terkenal dengan mottonya SELAMAT, SEMULAJADI & SENTIASA BERKESAN


Barisan saintis Shaklee: credit *link*


Berikutan tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh individu tersebut, Shaklee telah mengeluarkan satu kenyataan sebagai maklumbalas akan isu terbabit. Suplemen atau vitamin tiada kaitan secara langsung akan terjadinya cysts mahupun fibroid dalam tubuh manusia. 

Seterusnya, boleh baca lampiran yang disertakan di bawah.






Rumusan daripada 'statement' Shaklee di atas ialah:
  1. Tiada kaitan antara saiz pembesaran fibroids, ovarian cysts & uterine cysts dengan suplemen (makanan tambahan)
  2. Risiko terjadinya fibroids lebih rendah dengan pengambilan produk tenusu yang tinggi.
  3. Ovarian cysts terjadi kerana proses ovulasi (pelepasan telur) tidak berlaku dengan sempurna.
  4. Masalah hormon yang teruk boleh menyebabkan terjadinya masalah seperti cysts dan endometriosis (perlu rawatan pakar)
  5. PCOS (polycystic ovarian cysts) terjadi akibat obesiti dan berat badan yang berlebihan. Kawal pemakanan dan diet seimbang untuk dapatkan berat badan ideal.
  6. Untuk mendapatkan hormon badan seimbang hendaklah amalkan pemakanan sihat, senaman berkala, dan suplemen tertentu seperti multivitamin, Vit B, Vit D, Kalsium dan GLA.

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah selepas menggunakan produk Shaklee, seelok-eloknya maklumlan kepada agen yang berurusan jual-beli dengan anda. Boleh juga lakukan aduan kepada pihak Shaklee sendiri di email customerinquiry@shaklee.com.my.

Pastikan anda mendapatkan rangkain produk Shaklee dari agen yang benar-benar berilmu dan dapat 'guide' anda tentang cara pengambilan vitamin yang betul. Khidmat nasihat yang betul serta berterusan membantu pelanggan lebih arif akan suplemen yang sesuai untuk tubuh mereka. Juga pastikan anda 'kenal' diri anda sebelum mencuba mana-mana suplemen.

Jika mengalami masalah kesuburan, dapatkan rawatan doktor dengan kadar segera. Seboleh-bolehnya kami tidak mahu kejadian umpama ini berulang. Janganlah produk dipersalahkan atas ketidakcaknaan diri sendiri.

"KESIHATAN ANDA KEUTAMAAN KAMI."



HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 ----------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik