Wednesday, November 6, 2013

Apa itu Cyst dan Bagaimana GLA Complex Membantu??

Assalamualaikum wbt.


Selamat pagi diucapkan kepada semua pengunjung belog ini. Ada customer saya yang bertanya tentang produk Shaklee yang sesuai untuk membantu mengatasi masalah Cyst. Sebelum saya menyentuh lebih lanjut tentang produk GLA Complex, terlebih dahulu saya  buat sedikit perkongsian tentang penyakit Cyst yang sinonim dengan masalah kesuburan wanita. Semoga bermanfaat :)



Apa itu Ovarian Cyst?


Beza antara ovari normal dan ovari yang mempunyai cyst

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simptom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila seseorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.


Cyst adalah sejenis ketumbuhan. Ia bukan kanser kerana cyst tidak merebak secara merbahaya. Ketumbuhan ini membesar secara perlahan lahan tanpa merebak ke tempat lain seperti paru paru dan hati.  Saiznya boleh bertambah selagi ianya tidak menetas dan boleh menjadi seperti saiz biji kacang atau sebesar buah tembikai.


Apa Kata Pakar?


Menurut Dr. Hamid Arshat (Pakar Sakit Puan), Cyst terdiri daripada beberapa jenis. Ada yang akan pulih sendiri dan ada yang perlu dibedah bagi mengelakkan masalah berlarutan.


Jom kita kenali jenis-jenis Cyst dan rawatannya. Sumber penuh di:- 
 http://pakar-sakitpuan.blogspot.com/2011/03/cyst-ovary.html

Ramai orang bingung tentang jenis-jenis cyst dalam kilang ovary, mana satu yang merbahaya, malignant (jenis kanser) , benign( bukan kanser) , yang merosak benih dan peranakkan (endometriosis) dan yang bolih hilang tanpa rawatan (follicular cyst)

1. Follicular cyst . mengadungi air, bermula sebagai karung telor tetapi tidak pecah pada waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. Tidak perlu dibedah.

Dr. Hamid Arshat



Dr. Hamid Arshat


2. Corpus luteal cyst - Bermula dari bekas kantung telor yang telah pecah/ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan diperingkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang-kadang ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.

Dr. Hamid Arshat



3. Hemorrhagic cyst - cyst yang mengandungi darah, ia bolih bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku kedalam cyst atau pecah dan darah melimpah merata dalam perut menyebabkab kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan cemas.


4. Ruptured ovarian cyst - menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas.

5. Endometriotic cyst of ovary - mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim.. Perlu bedah.

Dr. Hamid Arshat


6. Dermoid cyst ovary atau terratoma mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. Perlu dibedah



Bagaimana untuk Merawat Cyst?


Rawatan masaalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.

Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

Bagaimana GLA Complex Membantu?

Selain itu, anda boleh mencuba mengambil supplemen semulajadi GLA Complex Shaklee yang efektif membantu mengawal masalah ketidakseimbangan hormon. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.
Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Klik ntuk besarkan gambar



Testimonial Pengguna GLA Complex


Sumber: cikjatt


 
Sumber: cikjatt



Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu wanita-wanita seperti saya menjalani kehidupan yang normal tanpa dibelenggu rasa gusar dan risau akan penyakit Cyst.

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan saya melalui SMS/WhatsApp: 0199138783. Konsultasi percuma akan diberikan kepada sahabat-sahabat yang sudi berurusan dengan saya. Saya bukanlah doktor yang arif akan sesuatu penyakit, tetapi ingin berkongsi kebaikan dan pengalaman mereka yang telah berjaya menjalani kehidupan yang baru dengan mengamalkan suplemen hebat daripada Shaklee.


 Credit:
1.http://www.vitaminsuci.com
2. http://cikjatt.blogspot.com



With Love,




------------------------------------------------------------------------------------------
**Produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mendiagnosis dan menyembuhkan penyakit. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik