Thursday, November 7, 2013

Anak payah makan a.k.a picky eater??

Assalamualaikum wbt.

Pastinya kaum-kaum ibulah yang paling runsing bila si manja tak mahu makan. Asyik nak menyusu aje kan.. Itu pun kalau nak menyusu lah. Dibuatnya makan tak mahu, susu taknak, peninglah mommy nak layan kerenah. Nak bagi makan pun berkejar-kejaran.. Ye dak?? hihihi

Al-kisahnya anakanda Hafiey macam tu la dulu. Sebelum umur dia setahun payah bebenar nak suapkan dia makan. Jeles dengan kawan-kawan yang anaknya debab-debab. Hafiey ni makan tak banyak. Tapi aktifnya ya ampunnnnn. Penat uminya ni nak kutip ke sana ke mari. hehehe


Putera kesayangan beta..hihi..payah sungguh nak bergambar


Lepas dia dah masuk 12bulan hari tu saya kenalkan dia dengan Meal Shakes daripada Shaklee. Dalam seminggu bagi 2-3 kali je. Itu pun tak sampai 1 sudu teh. Nak kenalkan dia dengan vitamin tambahan. Lepas bagi MealShakes, nampak perubahan ketara bila dia berselera bila disuap makanan. Umi suka!!! hikhik.. Akhirnya nak makan juga kamu wahai anak.. 




Info lengkap MealShakes 


Setelah ambil Mealshakes ni, Hafiey dah jarang demam. Kalau selsema pun sekejap sahaja. Setakat ini tak pernah lebih 3 hari. Mungkin faktor persekitaran juga, dia masih belum terdedah dengan pergaulan dengan kawan-kawan sebaya. So, sedikit sebanyak kurangkan risiko jangkitan kuman.

Suami selalu bercerita, anak-anak kawannya di taska sekolah sering dilanda demam serentak. Kalau sorang selsema, mulalah berjangkit-jangkit kepada kanak-kanak lain kat taska tu. Sudahnya ramai-ramai demam selsema. Huuu..kesian kat anak-anak kecil itu. 

Ramai juga kawan-kawan encik suami yang dah dapatkan MealShakes ni untuk tingkatkan daya tahan tubuh anak-anak mereka. Harapnya, anak-anak mereka tak mudah jatuh sakit dan terpelihara dari penyakit-penyakit berbahaya. 

Yelah, risau pula bila kana-kanak kecil yang masih belum mengerti apa-apa ni menderita dengan penyakit yang kronik seperti meningitis, demam panas, dan sebagainya. Sebagai ibu-bapa kita hanya mampu berdoa dan berusaha sebaik mungkin agar mereka sentiasa dilindungi.

MealShakes ini juga bagus untuk kurangkan ekzema pada kanak-kanak. Selain untuk kesihatan dan menyokong tumbesaran, kulit anak-anak pun cantik. Ini kerana MealShakes kaya dengan protein soya beserta dengan zat-zat yang lengkap untuk kesihatan menyeluruh.

Kepada kawan-kawan, saya sarankan  vitamin tambahan MealShakes untuk tingkatkan selera makan anak-anak. Ia juga baik untuk kecerdasan otak anak-anak kita. Jangankan kanak-kanak, orang dewasa pun boleh amalkan MealShakes sebagai sarapan segera. Rasa French vanila yang sedap itu pastinya digemari oleh semua kanak-kanak.. Yummeh! ;)

--------------------------------------------------------------------------

With Love,




**Produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mendiagnosis dan menyembuhkan penyakit. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik