Wednesday, August 27, 2014

Simptom-simptom Endometriosis pada wanita

Assalamualaikum wbt

Seperti yang saya telah kongsikan pada 'entry' yang lepas, Endometriosis merupakan salah satu penyakit yang menghantui kaum hawa seluruh dunia. Ia boleh mengakibatkan ketidaksuburan dan kemandulan jika tidak dirawat.

*Google*


Menurut Dr Hamid Arshat, Endometriosis adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim.  Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Untuk kupasan lanjut tentang penyakit ini, saya sertakan satu perkongsian oleh alhidayah-medic.com yang boleh dijadikan panduan oleh semua wanita di luar sana. Semoga bermanfaat.

------------------------------------------------------------------------------------------------
ENDOMETRIOSIS DAN SIMPTOM-SIMPTOM

Penulis: Hj. Lokman

*Google*

 
Penyakit endometriosis merupakan satu penyakit yang agak biasa dan berlaku di seluruh dunia. Dianggarkan bahawa seorang daripada setiap 100 orang wanita disahkan menghadapi penyakit endometriosis. Dan penyakit ini boleh terjadi dari saat seseorang itu mula mengalami haid sehinggalah proses menopause bermula.

Lapisan dinding dalaman rahim dipanggil endometrium. Hormon wanita akan menyebabkan dinding endometrium untuk menebal dan diselaputi dengan saluran darah supaya seseorang itu bersedia untuk mengandung. Jikalau tiada persenyawaan berlaku di dalam rahim, kadar hormon akan jatuh dan menyebabkan endometrium luruh dan menjadi darah haid yang keluar melalui kemaluan. 

Di kalangan sesetengah wanita, terdapat cebisan tisu seperti endometrium tumbuh di luar rahim, di bahagian ovari, usus atau pundi kencing. Tisu endometrium asing yang tumbuh di luar rahim dipanggil sebagai Endometriosis. Perubahan hormon pada setiap bulan akan menyebabkan tisu endometrium asing ini turut membesar seperti tisu endometrium di dalam rahim. 

Apabila lapisan endometrium di dalam rahim luruh sebagai darah haid, tisu endometriosis turut luruh tetapi pendarahan tersebut di dalam kawasan yang tertutup. Maka, pendarahan tersebut menyebabkan keradangan di endometriosis dan menyebabkan kesakitan.

SIMPTOM ENDOMETRIOSIS    

Sebahagian pesakit endometriosis tidak mempunyai sebarang symptom tetapi ramai yang mempunyai satu atau lebih simptom-simptom yang berikut:

  • Sakit teruk di bahagian pinggul (pelvik)
  • Kesakitan semasa atau selepas hubungan kelamin
  • Sakit semasa qada’ hajat dan/atau semasa haid
  • Selalunya pendarahan haid yang banyak
  • Pendarahan sedikit (spotting) di antara tempoh haid atau beberapa hari sebelum pendarahan haid
  • Kemandulan yang menyebabkan pesakit sukar untuk mengandung secara semulajadi. Endometriosis merupakan faktor ketiga tertinggi yang menyebabkan kemandulan


DIAGNOSIS ENDOMETRIOSIS

Untuk mendiagnos endometriosis, terdapat beberapa  prosedur yang akan dilakukan oleh doktor. Antaranya adalah pemeriksaan fizikal dan juga pinggu (pelvik) akan dilakukan untuk mencari punca-punca lain yang memberikan kesakitan dan permasalahan. Kemudian, laparoskopi mungkin dicadangkan untuk meneliti dan membantu dalam penyelesaian endometriosis. 

Melalui laparoskopi, tisu-tisu endometriosis boleh disingkirkan. Tisu-tisu yang diambil akan dihantar ke makmal untuk kajian selanjutnya.  Laparoskopi ada lah satu prosedur dimana doktor akan memasukkan alat camera kedalam tubuh pesakit melalui lubang yang dibuat dibahagian abdomen pesakit. Sekiranya bahagian itu ada endometriosis, maka melalui alat laparoskopi ini, doktor akan memotong dan membuang tisu-tisu endometriosis tersebut.  


RAWATAN MODEN    

Mengikut teori, endometriosis tidak akan dapat dihilangkan terus dari badan. Namun, simptom-simptom endometriosis boleh dikawal. Kesakitan daripada endometriosis selalunya akan berkurangan semasa kehamilan dan selepas menopause. Jadi, bagi wanita yang tidak mahu hamil dalam jangka masa yang terdekat, rawatan akan difokuskan untuk mengurangkan keradangan atau memperkenalkan hormon-hormon yang memberhentikan seketika pengeluaran hormon wanita oleh ovari.


  • Ubat penahan sakit  -  ubat tersebut seperti ibuprofen, naproxen atau asid mefenamic memberi kelegaan kepada 8 daripada 10 orang pesakit yang mengalami kesakitan di abdomen. Jika anda tahu haid anda akan bermula, ambilllah ubat penahan sakit ini sebelum haid ataupun apabila sakit abdomen tersebut baru bermula.
  • Pil Perancang Keluarga – Hormon dari pil perancang keluarga akan menipiskan lapisan endometrium dan mengelakkan endometriosis daripada bengkak. Pil ini boleh digunakan secara berterusan agar tidak mendapat haid langsung.
  • Gonadotropin-releasing Hormone Agonists (GnRH) - GnRH adalah hormon yang membantu kitaran haid bulanan. Agonis GnRH yang digunakan lebih kuat dari GnRH semula jadi di dalam badan. Ia mengurangkan paras hormon estrogen dengan memberhentikan fungsi ovari. Akibatnya, wanita tersebut mengalami menopaus. Kesan ini hanya untuk sementara waktu sahaja. Kesan sampingan yang mungkin boleh terjadi adalah seperti panas badan, sakit kepala, kekeringan faraj dan kerapuhan tulang.
  • Pembedahan – Untuk membuang tisu-tisu endometriosis, pembedahan mungkin dicadangkan. Pembedahan boleh dilakukan secara terbuka ataupun melalui laparoskopi. Bagi wanita yang mengalami endometriosis teruk dan sudah tidak mahu mengandung lagi, pembedahan membuang rahim (histerektomi) boleh dilakukan.

ENDOMETRIOSIS DAN KEMANDULAN    

Sehingga kini, belum ada penjelasan sebenar yang boleh menjawab kenapa endometriosis boleh menyebabkan kemandulan. Kemungkinan, endometriosis mengubah akan lapisan endometrium di dalam rahim sehingga menyebabkan embrio tidak boleh melekat ke dinding rahim. Ataupun, endometriosis mungkin menyebabkan saluran tiub fallopio tersumbat dan menghalang telur yang tersenyawa daripada sampai ke dinding rahim. 

Pembedahan untuk membuang ketumbuhan endometriosis selalunya sangat membantu untuk pesakit mengandung. Bagi mereka yang masih belum dapat mengandung selepas rawatan endometriosis, rawatan kesuburan “in-vitro fertilization” atau IVF boleh dicadangkan.


INFO LANJUT : >>KLIK LINK INI<<

Credit: *Link*
--------------------------------------------------------------------------------
 Oleh itu, wanita digalakkan untuk mengamalkan pemakanan sihat & gaya hidup aktif bagi mengurangkan risiko berlakunya endometriosis. Jauhi makanan yang banyak pengawet & perisa tambahan serta 'junk food'. Bukan sahaja tak berkhasiat, malah ia boleh menyebabkan penyakit lain seperti darah tinggi akibat kehadiran garam berlebihan.

Sebolehnya, elakkan sumber protein dari ayam yang dicucuk hormon seperti yang boleh didapati di pasaran tempatan. Gunakan ayam kampung sebagai alternatif. Protein dari sumber laut seperti ikan amatlah digalakkan selain dari mengandungi Omega 3 yang bagus untuk kesihatan jantung dan otak.

Banyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan sumber antioksidan seperti Vitamin A, C, & E. Boleh juga amalkan multivitamin bagi anda yang sering mengabaikan gizi seimbang dek kerana kesibukan dan faktor kesuntukan masa untuk menyajikan makanan yang bernutrisi lengkap.

Multivitamin Shaklee (Vitalea): Klik *link*

Jika terdapat sebarang keraguan dan inginkan maklumat lanjut, feedback anda amatlah dialu-alukan. Boleh hubungi saya seperti di maklumat yang tertera di bawah. Kesejahteraan anda, keutamaan saya.


Konsultasi PERCUMA sepanjang hayat menanti anda sekiranya membuat pembelian produk Shaklee dengan saya.  V(^_^)V



"FAST ACTION FAST RESULT"

HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 --------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik