Assalamualaikum wbt.
Pernah
tak kawan-kawan menderita sakit kepala tanpa mengetahui punca datangnya sakit
itu. Kadang-kadang, kalau salah tidur pun bila bangun pagi kepala terasa berat
dan kurang selesa. Sudahnya, Panadol menjadi teman setia.
Hmm,
sebenarnya tak elok jika terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Tak bagus untuk
'long term effect'. Jadi, apakah penawar terbaik yang boleh membantu
mengurangkan sakit kepala ini? Jom semak petua-petua berikut yang in shaa Allah
mujarab :)
----------------------------------------------------
Sumber: http://www.allykek.com
Sakit kepala boleh dihilangkan dengan 15 petua berikut:
1) Petua mengikut cara Islam
Bacalah
surah-surah seperti berikut iaitu:
- Surah Al-Fatihah (1kali)
- Ayatul Kursi (3 kali)
- Surah Al-Ikhlas (3 kali)
- Surah Al-Falaq (1kali)
- Surah An-Nas (1kali)
- Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)
- Selawat atas Nabi SAW (3 kali)
2) Minum segelas air putih
Di
antara penyebab sakit kepala adalah dehidrasi, oleh itu petuanya ialah minumlah
segelas air untuk meredakan sakit kepala. Tambah elektrolit seperti garam, gula
atau lemon untuk menyembuhkan sakit kepala dengan lebih cepat. Pastikan anda
mendapatkan pengambilan air putih yang cukup, pastikan anda minum 7 – 8 gelas
air setiap hari.
3) Tidur
Kekurangan
dan kelebihan tidur juga memungkinkan sakit kepala. Tabiat tidur sebegini boleh
menyebabkan sakit kepala yang berpanjangan. Tubuh manusia bukanlah sebuah mesin
yang dapat selama 24 jam setiap hari, ia perlukan tidur dan rehat. Petua
hilangkan sakit kepala ialah dapatkan tidur yang cukup dan teratur iaitu
kira-kira 7-8 jam sehari.
Dengan
membiasakan diri anda tidur dengan kapasiti normal tersebut, akan menghilangkan
sakit kepala dan tubuh anda lebih segar di pagi hari.
4) Petua urutan
Urutan
selama 15 minit di bahagian sakit kepala. Urutan pada tempat penahan sakit
dilakukan dengan cara mengurut bahagian telapak tangan yang berada diantara ibu
jari dan jari telunjuk dan diikuti dengan urutan di bahagian yang sama di kaki.
Lakukan urutan sampai anda merasa sedikit sakit disebabkan urutan ini.
Selain
itu anda juga boleh menggunakan minyak peppermint untuk disapukan di dahi,
tulang rahang atau belakang leher. Minyak ini bertindak sebagai krim kortison
semulajadi yang mengurangkan rasa sakit dan membantu menenangkan saraf serta
mencergaskan semula tenaga anda.
5) Petua menggunakan limau kasturi
Dapatkan
beberapa biji limau kasturi, belah dua dan perahkan limau keatas kepala sambil
rambut diramas-ramaskan dan kepala anda dipicit-picit supaya darah
mengalir lebih lancar.
Kulit
limau/limau yang telah diperah tu dimasukkan ke dalam mangkuk yang telah diisi
air bersih. Selepas kepala dipicit, masuk ke bilik air dan jiruskan air
yang mengandungi kulit limau tu ke kepala dan badan. Tak perlu lap, kalau
nak lap, lap sikit-sikit saja supaya jangan kering terus dan aura limau tidak
hilang.
Baring
dan tidur dengan tenang. Jangan pasang alarm. Insyaallah bangun dari
tidur, sakit kepala anda akan hilang.
6) Petua menggunakan bawang putih (berkesan juga untuk pening
kepala)
Ambil
sebiji bawang putih, potong nipis-nipis dan tampal pada kedua-dua belah
dahi anda. Bawang putih akan menyerap bisa/toksin sakit kepala. Biarkan
beberapa jam sehingga hilang rasa pening/sakit kepala.
Potongan
nipis bawang putih ini akan tanggal dengan sendirinya bila ia telah
kering. Kadang-kala akan ada tanda merah kehitaman di bahagian yang di
tampal bawang putih tu. Jangan risau kerana dalam beberapa hari kesan
tersebut akan hilang.
7) Petua menggunakan minyak zaitun dan kacang
Semasa
haid, wanita kerap merasa sakit kepala kerana hormon yang rendah. Makanan yang
kaya dengan vitamin E seperti minyak zaitun dan kekacang boleh membantu
menyeimbangkan kadar hormon, juga meningkatkan peredaran darah dan anti-radang,
berupaya meredakan sakit kepala.
8) Salmon dan lain-lain makanan laut
Keradangan
kecil pada otak boleh memberikan rasa sakit yang ketara dan tak tertahan pada
kepala. Ubatnya agak mudah, anda cuma perlu memilih makanan laut yang tinggi
kandungan asid lemak omega-3 seperti salmon, tuna, mackerel dan lain-lain. Ia
boleh membantu mengurangkan keradangan otak.
9) Halia
Halia
merupakan makanan yang berupaya menyembuhkan sakit kepala, mual, batuk, dan
banyak lagi masalah kesihatan yang kecil. Halia mempunyai sifat anti-inflamasi
dan anti-histamin. Jika kepala anda sakit kerana batuk dan selsema (flu),
seduhan teh dengan halia pasti akan menyembuhkannya.
10) Akupunktur
Akupunktur
dilakukan dengan menusuk jarum ke bawah lapisan kulit untuk membetulkan semula
aliran tenaga atau qi di dalam badan anda. Kajian Cochrane Review oleh
pakar-pakar kesihatan mendapati akupunktur membantu mencegah migrain akut
dengan sangat sedikit kesan sampingan.
Bukti
menunjukkan bahawa akupunktur juga berjaya membantu orang yang mengalami sakit
kepala kronik.
11) Bijirin penuh
Kadang-kala,
sindrom pra-haid boleh diburukkan lagi akibat kekurangan mineral terutamanya
kekurangan zat magnesium. Bijirin berserat tinggi tidak hanya akan memberikan
banyak serat tetapi juga mengurangkan rasa sakit kepala semasa haid. Anda boleh
cuba bijirin penuh dalam bentuk roti atau oat.
12) Regangan
Lakukan
regangan untuk mengurangkan ketegangan otot. Otot yang tegang boleh menyebabkan
kesakitan termasuklah sakit kepala.
Cubalah
3 pergerakan ini:
- Gerakan leher (dagu ke depan, ke atas, dan ke kiri dan kanan);
- Gerakan bahu (gerakkan bahu ke atas, putar bahu ke depan dan belakang); dan
- Leher isometrik (tangan menekan pada setiap sisi kepala) .
Lakukan
pergerakan regangan ini sebanyak 2 kali sehari selama 20 minit pada setiap
sesi. Tahan regangan selama lima saat, rehat selama 5 saat, dan ulangi setiap
regangan sebanyak 3 hingga 5 kali.
13) Aerobik
Senaman
aerobik yang konsisten boleh mengurangkan kekerapan dan intensiti migrain.
Contoh senaman aerobik adalah seperti berjalan cepat, berbasikal atau berenang.
Menurut 1 kajian, pesakit migrain yang melakukan senaman aerobik yang
teratur selama 12 minggu dengan berbasikal di dalam bilik menunjukkan
peningkatan kualiti hidup dan berkurangnya kekerapan migrain, serta intensiti
kesakitan.
14) Rileks
Latihan
seperti menarik nafas panjang, santai sambil mendengar muzik atau menggunakan
pengimejan mental, boleh membantu anda rileks dan bermungkinan terhindar dari
sakit kepala walaupun penemuan ini memerlukan penelitian yang lebih lanjut.
Satu
kajian terhadap 90 pesakit sakit kepala mendapati bahawa latihan relaksasi ini
dapat meningkatkan kualiti tidur yang lebih baik daripada akupunktur.
15) Meditasi
Pelbagai
teknik meditasi boleh digunakan untuk menumpukan perhatian dan menenangkan
fikiran dari gangguan seperti sakit kepala dan sebagainya. Vipassana
(teknik meditasi kuno India yang memberi tumpuan pada fikiran) dapat
mengurangkan kekerapan dan intensiti migrain dan meningkatkan kualiti hidup
secara keseluruhan.
Sebuah
penyelidikan kecil terhadap pesakit migrain mendapati bahawa meditasi spiritual
mengurangkan kekerapan sakit kepala dan toleransi kesakitan yang lebih baik
daripada meditasi sekular dan kelonggaran otot.
------------------------------------------------------------
Semoga
petua yang dikongskan bermanfaat buat semua. Elakkan pengambilan panadol secara
berlebihan supaya tiada kesan negatif jangka masa panjang.
Anda
juga boleh menggunakan alternatif lain seperti pengambilan B-Complex
dan Ostematrix daripada Shaklee. Sepanjang pengalaman saya sendiri
menggunakan ke dua-dua vitamin ini, stok panadol dah lama tak ada kat rumah.
Hihi. Hanya dengan mengambil pil vitamin ini, ia dapat melegakan sakit kepala.
Ostematrix (Kalsium,
Magnesium & Vitamin D)
Kalsium bukan
sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung,
menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar
daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat
diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia
juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula
penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah
menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian
telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit
kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin
D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak
boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau
pundi kencing.
B Complex
Vitamin
B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu
mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex
Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migraine, tapi
juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.
Bagi
penderita migraine, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh
menjadikan anda diserang migraine. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka
anda perlulah menjaga pemakanan anda. Begitu juga dengan perkara2 lain seperti
aktiviti harian dan sebagainya. Serta, pertimbangkanlah tentang mengambil
vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia
pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.
--------------------------------------------------------------------
Serius
berbaloi-baloi kerana ia tahan lama sehingga dua bulan. Sebotol B-Complex &
Ostematrix mengandungi 120 tablets dan pastinya bernilai bagi wang anda. Nak
sihat tanpa ubat? Pilihlah Shaklee. Hanya yang terbaik dijanjikan buat
kesihatan & kesejahteraan anda dan keluarga. Make your choice NOW! =)
Untuk
maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan tentang Shaklee dan rangkaian produk
bolehlah berhubung terus dengan saya seperti maklumat di bawah. Harga ISTIMEWA dan KONSULTASI
PERCUMA menanti anda yang bertuah ;)
Hubungi
saya;-
Wan Norulhazrina Wan
Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms:
0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk
mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment