Uhuk uhuk ehekkk.. Terbatuk-batuk bila masuk belog bersawang ni.. hehehe.. Lepas raya baru berkesempatan mahu update. Rindu tak terkata..
Hari Sabtu, 19 Oktober baru-baru ni saya dan suami meluangkan masa menghadiri 'magic session' Jutawan Shaklee di Hotel Impiana Ipoh. Program bermula dari jam 9pagi-5petang. Walaupun sampai ke sana lambat dek kerana kucing menghilangkan diri di pagi, Alhamdulillah sempat serap ilmu otai-otai Shaklee yang tak lokek ilmu.
ihsan keluarga jutawan :) |
Heh, bercerita tentang kucing memang hangin la, kita duk kalut cari dia, boleh dia duk bertenggek dengan selambanya atas beranda blok atas. Stress mak! haha.. Nasib baik la jumpa. Kalau tidak, mahunya tersesat masuk pagar perumahan sebelah. haru je kena culik kan. Haruuuu
Back to the topic. Sampai Impiana hotel lebih kurang jam 9.45 pagi. Masa tu turn Master Liyana bagi talk, sharing pengalaman beliau. Sangat best hasil perkongsian yang diberi. Antara points yang sempat saya grab ialah pentingnya pengurusan masa. Cabaran dalam Shaklee ni sebenarnya diri sendiri yang banyak sangat beralasan. Semua itu boleh diatasi sekiranya kita betul-betul NAK dan FOKUS untuk mencapai impian. Terus terbuka biji mata ni.. Ahaks!
Jom layan gambar yang tak berapa cun ni. Snap dari tempat duduk aje. Payah nak mengawal si kecik yang tak reti duk diam. Habis pensel warna anak orang belakang disepah-sepahkannya. Nasiblah encik kimiey kena jadi babysitter. Mommy nak fokus okeh! hakhak
Sempoi je semua master berkongsi cerita. Semua pun pernah mengalami kepayahan, jatuh bangun sepanjang menjalankan bisnes Shaklee ni. Ada tu yang langsung tak ada modal, terpaksa kumpul sikit-sikit demi cita-cita untuk berjaya.
Kalau sentiasa beralasan, sampai bila-bila pun kita takkan ke mana. orang lain dah ke bulan, kita masih bermimpi di siang hari. Haihhhh.. Rugi tu.
Hafiey dengan dunianya sendiri. Letak atas riba takmau duduk. Maklumlah excited tengok ramai kawan seangkatan yang duk merangkak atas karpet. Jenuh mak nak mengutip. hihi.. tapi enjoy sebab Shaklee ni memang family business.
Seminar atau majlis grand macam mana pun boleh bawak anak-anak sekali. tak kisahla kalo budak-budak tu nak main kejar-kejar atau polis sentri sekali pun.. Boleh aje. haha.. Best kan? Cer bagitau bisnes mana yang allow anak masuk seminar.. Again, sebab tu SHAKLEE NI SANGAT BESTTTT!!!
Sorry gambar lebih kurang sama je. Hihi. Cuma Master yang berucap tu berbeza. Cer tilik betul-betul.. :p
Sebenarnya sangat terkilan sebab tak sempat tunggu hingga habis. Encik Kimiey ada urusan di Lahat. Terpaksalah meninggalkan dewan dengan sedikit rasa sebal. Sebab tak sempat tengok idola saya PM Shareeza berucap. Arhgghhh.. Sangat terkilan. Sedihhhh..huhuhu..
Tapi sedikit terubat dengan perkongsian ikhlas dari beliau. Alhamdulillah, semoga kak Cery sentiasa diberkati dan dilimpahi rahmat kasih sayangNya selalu. We all love you kak. Nak jadi macam kak Cery suatu hari nanti. Aminn :)
Perkongsian dari Kak Cery |
Semoga selepas ni saya berpeluang untuk menghadiri magic session seumpama ini lagi. Sangat teruja menuntut ilmu yang dicurahkan. Subhanallah. Semoga dilapangkan rezeki dalam perniagaan ini. Kawan-kawan kalau berminat nak jadi sebahagian daripada keluarga Shaklee bolehlah hubungi saya ye.
Jom bernaung di bawah payung Jutawan yang kukuh dan stabil ini. Online dan offline training diberikan.Tak perlu open table pun cari downline. hikhik
Ikhlas,
No comments:
Post a Comment