Tuesday, July 16, 2013

Info buat ibu-ibu hamil

Assalamualaikum.

Nak share satu artikel tentang kehamilan. Ibu-ibu hamil di luar sana boleh jadikan panduan. Semasa hamil memang kadang2 tu sakit belakang, sakit pinggang, perut cramp, dan sebagainya. Hmm..apa sebabnya dan bagaimana ia terjadi? Jom semak :)

 
Gambar hiasan *google*


Organ yang bekerja semasa hamil

Sepanjang kehamilan ada beberapa organ dalam badan yang akan bekerja dengan lebih kuat. Antara organ tubuh tersebut ialah:-

  • Jantung 
Jantung bekerja lebih kuat dengan adanya 2 liter darah extra di dalam tubuh. Semasa di akhir trimester ke 2, aktiviti jantung meningkat sebanyak 40%. Walaupun ketika ini jantung bekerja keras, namun denyutannya adalah tetap. Pada saat ini, jantung akan mengalirkan ekstra darah ke rahim, ginjal dan kulit.

  • Paru-paru
Bagi membolehkan ekstra darah mengandungi oksigen yang mencukupi, paru-paru perlu bekerja dengan lebih masa. Justeru, lakukan senaman dan menghirup udara segar supaya bekalan darah ke paru-paru berjalan lancar.

  • Ginjal
Perlu menyaring dan membersihkan jumlah darah yang semakin meningkat. Misalnya, lebihan zat seperti urea dan asid urik dikeluarkan dengan lebih cepat. Sayangnya ginjal tidak boleh membezakan yang mana satu lebihan zat dan yang mana satu lebihan gizi seperti glukosa, vitamin dan mineral turut dibuang. Oleh sebab itulah bakal ibu digalakkan mengambil zat gizi dengan lebih banyakutnuk menampung jumlah zat gizi yang terbuang.

  • Sendi
Ligamen yang keras di dalam tubuh berfungsi menghubung, dan menguatkan sendi-sendi agar menjadi lebih stabil. Namun, sepanjang kehamilan, ligamen akan mengendur. Janin yang semakin berat akan menyebabkan regangan otot dan ligamen berada di bahagian bawah tulang punggung sehingga menyebabkan pedih punggung. Justeru, awasi postur tubuh selama kehamilan dengan memakai kasut atau sandal yang sesuai selain melakukan senaman yang sesuai.
 
 
Sumber: Mingguan  Wanita Dec2012

Semoga info ini memberi manfaat kepada bakal-bakal ibu sekalian. Sharing is caring =)
 
 



2 comments:

FarahFerraDotCom said...

Gud Sharing dear..
Semoga memberi manfaat kepada bakal2 ibu..;p

RynaHakimi said...

@Mrs Secretary
tq dear :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik