Saturday, May 17, 2014

Tips tingkatkan selera makan si manja

Assalamualaikum wbt

Berbicara bab selera makan anak-anak, pastinya ramai di kalangan ibu-ibu yang pening kepala dengan keletah si kecil yang cerewet. Masak macam-macam, tapi yang masuk mulut cuma sesudu dua. Haiiihh.. Kekadang mati kutu nak menangi hati anak-anak.

Jika anak-anak ada makanan 'favorite' taklah rasa pening yang terlampau. Contohnya kalau yang gemar makan ayam, bolehlah dipelbagaikan menu ayam tu kan. Yang haru biru, masak ayam pun dia tak layan. Apatah lagi nasi &sayur. Dah tu cemana?

Bercakap atas dasar pengalaman. Hafiey my dear son memang memilih bab-bab makan. Dalam seminggu memang menu makan berubah-ubah. Tak boleh repeat menu sama, confirm dia reject. Nangis umi nak habiskan..hihihi

Tapi beberapa bulan kebelakangan ni dah boleh 'tackle' seleranya. Kalau hari ini masak sup, esok goreng2 pula. Nasi goreng, bihun, mee, dll. Lusa masak spageti, laksa, or apa2 menu yang boleh diterima si manja. Janji jangan pedaslah ye.






Tapi lain budak lainlah ragamnya. Walaupun Hafiey ni suka makan, tak semestinya dia makan banyak dalam suatu masa. Makan ikut mood juga. Tak boleh dipaksa-paksa. Yang pentingkan jarakkan sekurang-kurangnya 2 jam selepas menyusu. Kalau paksa juga, alamatnya habis satu rumah dia sepahkan makanan. Takpun dia buat muka tak puas hati. hehe

Saya pernah terbaca, antara kaedah tradisi untuk tingkatkan selera makan anak ialah dengan mandikan anak dengan daun kucai dan daun kaduk. Tapi yang saya pernah cuba hanyalah dengan menggunakan daun kucai. "Wangi" semacam bau anakku. Hahaha.. Kucai kan dari keluarga bebawang juga. So boleh imagine lah bau semerbak tu kan.

Tiga hari berturut-turut mandikan selepas jam 6 petang. Sudahnya, takde menampakkan kesan pun. Entahlah, mungkin tak serasi dengan Hafiey. Untuk kanak-kanak lain tak pasti pula saya.

Antara kaedah buka selera anak-anak yang boleh dicuba oleh ibu-ibu ialah seperti berikut:-


  • Menyediakan dan menghiasi makanan dengan lebih warna-warni.
  • Bentukkan makanan dengan lebih menarik, contohnya watak-watak kartun yang mereka minati. Anda juga boleh gunakan coklat cair, kicap atau sos untuk melukis di makanan.
  • Sediakan makanan pada suhu yang sesuai, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk.
  • Guna pelbagai kaedah memasak yang boleh membangkitkan rasa, bau dan rupa hidangan.
  • Gunakan sos untuk menyembunyikan rasa yang mungkin tidak digemari anak anda.
  • Cuba makanan yang disediakan di hadapan anak dan berikan ekspresi bahawa ia benar-benar sedap!
  • Ajak mereka sama-sama menyediakan makanan, dan jadikan aktiviti itu sesuatu yang menyeronokkan. 
  • Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda mengunyahnya.
  • Bagi kanak-kanak tidak sukakan sayur, sediakan hidangan yang anda boleh sembunyikan sayuran; contohnya bergedel dan sos spageti yang mengandungi sayur yang dicincang halus. 
  •  Gunakan pinggan mangkuk yang menarik perhatian kanak-kanak seperti yang bergambar atau berbentuk watak kartun.

Betullah kata orang, jadi ibu memang kena kreatif. Tak boleh ikut rasa malas. Ikutkan hati, sedih bila makanan tak terusik. Tapi takkan nak biar je anak kalau dia taknak makan? Terpaksalah masak menu lain. Atau suap roti, kek, kuih atau biskut sebagai sumber tenaga segera mereka. Tak bolehlah nak harapkan susu sahaja sebagai sumber tenaga si kecil. Melainkan bayi <12 bulan hanya dibolehkan meminum susu ibu/formula sahaja. No SUPPLEMENT at all!

Sebagai alternatif, saya tambahkan MealShakes iaitu suplemen yang membantu memberi tenaga segera kepada si manja. Hanya satu sudu teh, 3 kali seminggu. Campur dalam minuman kegemaran anak, pasti memberikan rasa sedap yang mengenyangkan. Bukan setakat Hafiey yang gemar, mak pak Hafiey pun tumpang sekaki.. Kihkih.. Tapi berbaloi-baloi kerana satu tong tahan sehingga 6-7 bulan (bergantung kepada cara pengambilan).

Ya, tiada paksaan kepada ibu-ibu untuk memberikan suplemen kepada anak-anak. Saya sendiri pun dahulu teragak-agak dengan keberkesanan dan 'kemungkinan' timbul kesan sampingan pengambilan vitamin. Tapi atas asbab nak elakkan anak dari kerap jatuh sakit dan bantu bekalkan nutrien secukupnya, saya yakin dengan kebaikan MealShakes.


Lebih info MEALSHAKES---> KLIK SINI

Dari asal niat nak cuba, kini hati kian terpaut dengan keberkesanan Mealshakes ni. Hafiey dah jarang sangat demam teruk. Selsema pun jarang. Memang ketara perbezaan sebelum dan selepas penggunaan MealShakes ini. 

Jika anak-anak anda dihantar ke nursery atau tadika, saya memang sarankan anda salurkan kebaikan/manfaat MealShakes ini untuk anak-anak anda juga. Bukan apa, kanak-kanak ni sistem pertahanan masih lemah. Sebab itulah bila ada kanak-kanak lain demam, mulalah berjangkit kepada anak kita. Sorang berhingus, yang lain pun turut soksek-soksek. 

Kenapa kita biarkan jika kita tahu ada cara tebaik untuk kurangkan risiko jangkitan tu kan? Ibu bapa yang bijak pastinya takkan pernah berkira tentang kesihatan anak-anak. Tapi jangan salah sangka. MealShakes hanyalah suplemen tambahan. Takkan boleh mengatasi kebaikan SUSU IBU yang membentuk antibodi semulajadi anak-anak.

Jika berminat untuk mencuba MealShakes, jangan malu segan untuk hubungi saya ya! Bulan Mei merupakan bulan promosi Mealshakes BELI 6 PERCUMA 1. Elok sangatlah nak borong sementara harga tengah murah ni. Nak penjimatan berganda? Moh lerrr jadi ahli. Serius anda akan teruja dengan penjimatan sehingga 15-20% bagi setiap pembelian. Berbaloi-baloi =)


Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 -----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik