Saturday, March 15, 2014

Apa itu senggugut?

Assalamualaikum wbt

Bila berbicara tentang senggugut, pasti ada yang mula rasa gerun. Ada yang kata senggugut ni sakitnya sama macam 'contraction'  masa nak bersalin tu. Ye eh?  Jujurnya saya tak pernah mengalami masalah senggugut ni. Cuma sebelum ini dihantui dengan masalah irregular period. Tapi Alhamdulillah sekarang dah kembali normal seperti sediakala.

Dulu masa zaman belajar ada beberapa orang sahabat yg sering diserang senggugut. Selalu saya tanya "Sakit eh senggugut ni?". Hahah, memang soalan cepu emas la kan. Sahabat saya cakap, sakit yang tak dapat nak diceritakan. Hanya yang mengalami tahu macam mana sakitnya. Tak kurang juga yang kata kalau nak kurangkan masalah senggugut, kawen je. Selesai masalah. Betul ke semudah tu? Hikhik. Manalah tahu kot2 teori tu boleh digunapakai kan =)

Untuk kupasan lebih lanjut tentang apa itu senggugut, jom saya kongsikan satu artikel. Semoga bermanfaat :)
-----------------------------------------------------

Apa Itu Senggugut dan Punca-puncanya ? 


Tulisan: Dr Norlida bt Hj Kairon


*Google*


Insan yang dipanggil wanita ini melalui berbagai fasa dalam hidup mereka samada dari fasa baligh,reproduktif seterusnya menopos. Yang pastinya ia tidak lepas dari pembabitan kedatangan haid bulan-bulan. ‘Datang bulan’, ‘datang kotor’ , ‘mens’ atau haid semuanya sama. Pasti tidak lengkap sekira ingin mendalami masaalah seseorang wanita tersebut, tanpa sejarah haidnya.

Pengaliran haid setiap insan wanita itu berlainan dengan yang lain. Dari segi jumlah hari aliran juga kitarannya. Yang pasti ada pula yang mengalami senggugut ataupun sebaliknya


APA ITU SENGGUGUT?

Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit. Ia merupakan masaalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita  dibandingkan dengan semua masaalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan runggutan mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja , sekolah dan dari aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor.

Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif saperti endometriosis.

SENGGUGUT PRIMER

Senggugut primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak. 

Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an. Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini.

Beberapa jam sebelum haid, atau bersama aliran darah. Ianya selalu berlaku dengan:-

>>Rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.

Kadang-kadang ia bersama Simtom Pramensus (PMS), seperti ;
* Tegang pada payu dara
* Pening kepala ,
* Rasa ‘pitam’
* Perut kembung
* Mual(50%) dan muntah(25%).
* Sembelit atau ceret-beret (35%)
* Tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah
Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun hilang

Faktor risiko

Kalangan berikut samada satu atau keduanya adalah berisiko untuk mendapat
* Baligh awal ( umur 11 tahun atau awal lagi)
* Sejarah keluarga juga punyai senggugut

Kenapa ia berlaku?

Banyak sebab telah di perkatakan tetapi sejenis hormon  ‘prostaglandin’ di sabitkan dengan senggugut primer. Diantara penyebab kepada kecutan rahim ini berlaku, Prostaglandin di perolehi dengan lebih tinggi konsentrasinya pada wanita ini dan menyebabkan senggugut ini. 

Kenapa ini berlaku kepada sebahagian tidak semua? Tidak diketahui kemungkinan bersangkutan dengan pengeluaran hormon ovulasi yang konsentrasi prostaglandin lebih tinggi? 

Cara Untuk Mengatasi Senggugut primer

Tanpa ubat:
  1. Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan   berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid.
  2.  ‘Tuam’ dengan sesuatu yang suam – air panas dalam beg khas/botol di bungkus dengan kain tebal yang kemudian di letak di bahagian abdomen (hot water bag) kemudian bahagian bawah berkenaan. Berhati-hati jangan terlecur
  3. Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.
  4. Teknik relaksasi – Banyakkan zikir, Yoga, Tai chi.

Dengan Ubat:

-  Sekira gagal ukuran di atas dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat.
  1. Ubatan penahan sakit saperti paracetamol/ Panadol
  2. Ubat anti prostoglandin saperti ibuprofen atau ponstan
  3. Pil perancang keluarga. Menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi berlaku.
  4. Ada beberapa keadaan yang boleh meningkatkan ‘threshold’ sakit langsung memperlihatkan seolah-olah senggugut bertambah teruk. Faktor yang biasa membuat demikian diantaranya termasuk anemia( kurang darah), penyakit kronik, kerja berlebihan, stres, diabetes dan tahap nutrisi yang rendah

Penggunaan alat dalam rahim (IUD) dan senggugut

Setelah di masukkan untuk beberapa bulan pertama kemungkinan wanita tersebut ada yang mengalami senggugut . Kebanyakan wanita ini akan terasa kurang sakit apabila IUD tersebut telah ‘serasi’ letaknya dalam rahim. Ada juga yang telah lama letak tetapi baru terasa senggugut. Sekiranya ini berlaku di nasihatkan untuk berjumpa doktor pakar untuk memastikan kedudukan alat itu. Agak kerap di dapati alat ini telah beraleh dan seakan- akan ia akan ‘terkeluar’ lalu menyebabkan rahim mengecut dengan kuat yakni senggugut.

SENGGUGUT SEKUNDER

Di antara penyakit termasuk
  • Endometriosis – sel yang melapisi dinding rahim migrasi ke tempat lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid selalu setelah pengaliran haid menyebabkan sakit yang teramat sangat
  • Fibroid – ‘tumor’ atau ketumbuhan bukan barah, dari otot dan tisu yang dari dalam rahim dan di pengaruhi oleh hormon estrogen.
  • Jangkitan kuman pada organ pelvic (PID). Keadaan ini sering di sabitkan dengan senggugut sekunder, tapi ada juga sebahagiannya sakitnya berterusan tidak berkaitan dengan haid langsung. Yang berkaitan, ada sangkut pautan dengan aksi prostaglandin.

*Google*


Rawatan Senggugut sekunder

  1. Ubatan – lebih kepada untuk mengurangkan sakit. Pil kontraseptif dan anti inflamatori saperti parasetamol, Cox-2, antiprostaglandin (ponstan).
  2. Rawatan yang definitif adalah secara pembedahan. Pembedahan secara laparoskopi atau terbuka (laparotomi). Untuk fibroid dan endometriosis rawatan pembedahan adalah definitif.
Kerap berlaku apabila ultrasound jarang menghasilkan keputusan yang positif, walaupun wanita berkenaan sakit serta gejala seperti tersebut diatas. Di sini adalah perlu untuk wanita tersebut untuk melalui rawatan laparoskopi diagnostik untuk menentukan puncanya dengan melihat lebih dekat penyebab senggugut itu. Adakalanya dengan cara ini biopsi, rawatan membakar sel-sel endometriosis itu boleh di lakukan sekali.

Komplikasi

Komplikasi dari senggugut sekunder bergantung kepada penyebabnya.  Sekira jangkitan kuman pada system pelvic, boleh meyebabkan kesan lekatan (scar) pada tiub fallopian dan menganggu sistem reproduktif. Kesan boleh mengakibatkan kandungan ektopik. Yakni kandungan luar rahim.

Endometriosis pula boleh mengakibatkan kemandulan atau menggangu kebolehan untuk mengandung.

Ramai memperkatakan yang senggugut berkaitan dengan kegagalan untuk mengandung atau ketidaksuburan( infertiliti). Dakwaan ini tidak benar. Selagi penyebabnya tidak dipastikan, sebab majoriti senggugut adalah senggugut primer yang normal. 

Di era bioteknologi ini berbagai ramuan dari para herbalist juga perawat kecantikan akan mengemukakan berbagai petua termasuk ramuan untuk mengurangkan sakit. Perlunya kajian saintifik dilakukan untuk menentukan bahan yang boleh mengurangkan sakit itu. Mungkin juga ramuan tersebut ada bahan anti prostaglandin, anti inflamatori dan sebagainya. Asalkan ia tidak di campuradukkan dengan ramuan yang memudaratkan sekira di gunakan pada jangkamasa yang panjang.

-----------------------------------------------------

Untuk masalah senggugut saya sarankan supaya anda mendapatkan nasihat doktor atau penasihat kesihatan yang bertauliah terlebih dahulu sebelum mencuba mana-mana produk. Ini penting untuk mengenalpasti punca sebenar senggugut.

Kebanyakan customer saya yang mengalami masalah senggugut berminat untuk mencuba suplemen daripada Shaklee sebagai alternatif untuk kurangkan masalah tersebut. Namun, tak bererti nasihat doktor tak dititikberatkan. Di samping penggunaan suplemen, ubatan yang dibekalkan klinik juga perlu diambil (jika diberikan oleh klinik) mengikut jadual yang betul supaya tak berlaku masalah gangguna penyerapan suplemen.

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SENGGUGUT




OsteMatrix
  1. Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut
  2. Sebelum haid bermula, paras bekalan kalsium akan menurun menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-symptom lain
  3. Wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan magnesium

B-Complex
  1.  Vitamin B5 (asid panthothenik), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut
  2. Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ia diperlukan oleh kalenjar adrenal
  3. Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita dan membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal
  4. Vitamin B6 membantu meringankan symptom-symptom fizikal dan mental termasuk kembug perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah
  5. Vitamin B12 membantu meringankan tekanan, menghindar anemia dan ia diperlukan untuk semua fungsi badan

GLA-Complex
  1. GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Fungsi utama GLA adalah untuk menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan.
  2. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda PMS dan putusnya haid. 
  3. Wanita berumur 40 tahun ke atas juga baik untuk mengamalkan GLA kerana GLA membantu mereka mengurangkan simptom-simtom menopaus seperti hot flashes, insomnia, depresi


Demikian sedikit sebanyak perkongsian maklumat perihal senggugut dan cara mengatasinya. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah terus hubungi saya. Pastinya harga yang menarik menanti anda. Juga, konsultasi PERCUMA sepanjang hayat bagi pelanggan yang sudi berurusan dengan saya.


Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060) 
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter  
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

2 comments:

Ayuni Sara said...

Nice ... :)

Aisyah Az said...

ecah sengugut teruk tiap bulan. selalunya biarkan je -.-'' bila ada rezki nanti nak test jugak minum shaklee ni =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik